26 December 2009

Kembara Pertama

Outstation saya yang pertama di ofis baru. 22 Dis 2009.

Saya duduk lepak-lepak di ofis baru (lepak ke?) dengan 3 timbun surat untuk diminitkan (catat satu demi satu inti surat untuk belajar dan faham tentang kerja baru) sambil mulut sembang-sembang dengan kawan yang sejak 15 Dis lalu, kami berkongsi bilik kerana dia belum dapat meja untuk dia duduk lagi (saya suka betul bila ada kawan sebab selalunya saya duduk sorang-sorang je dalam bilik di ofis lama...).

Pukul 11 pg, tiba-tiba ada sorang kawan sepejabat (ok...staff saya la kot kerana tak lekang mulut panggil saya 'bos' - which is I don't like it actually...saya pun kuli je kat sini...) dan bagitau saya bahawa saya perlu ke Kelantan petang itu. Ya, dengan dia..dan 3 rakan sepejabat yang lain. 2 naik flight, dan saya...kerana masa suntuk, saya bergegas balik pukul 12.45 tghi dan mula kemas beg isi pakaian - bertolak pukul 3 petang bersama 2 rakan sepejabat - saya lebih prefer jalan darat - actually I don't like to travel thru air - kecuali dalam situasi terpaksa - yalah...takkanlah nak lalu Jalan Sutera merentas Gurun Sahara dan Gurun Gobi nak menuju ke United Kingdom dan Arab Saudi, berapa tahun baru nak tiba.

Tiba di Kota Bharu pada pukul 11.30 malam. Sungguh, letih dan mengantuk. Tapi mata tak boleh tidur. Paksa-paksa mata. Ok. At last dapat juga tidur. Setelah habis satu movie kat TV. Habis tengok MU lawan Fulham. Setelah TV pulak tengok saya.

23 Dis 2009. Pi projek pertama. Pi projek kedua. Makan tengahari di sebuah kedai di tepi Sungai Golok.




Lepas makan, pi solat di masjid ini. Huhu...rekabentuk masjid ni mengujakan. Salah sebuah masjid yang unik ada di Rantau Panjang.





Balik ke bilik. Rehat dan tertidur. Malam keluar bersama beberapa rakan sepejabat. Tuju Wakaf Che Yeh. Sungguhlah ramai orang. Tapi, saya teruskan jalan - ya, tujuan saya keluar dengan rakan-rakan sepejabat baru untuk lebih kenal rapat dengan diorang. Oh...saya terus demam malam ini. Situasi biasa jika outstation.

24 Dis 2009. Check-out. Bertolak ke projek ketiga. Pi projek keempat. Pi projek kelima. Tiba rumah saya pada pukul 10.30 malam.

Tiga hari yang saya sangat banyak belajar. Lihat rupa projek, lihat perangai manusia. Sungguh, saya benar-benar belajar, dan keletihan berkurang sedikit. Banyak yang perlu difikirkan. Banyak yang perlu dirungkaikan. Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya, insyaAllah.

21 December 2009

Cuti Yang Best!

Kata abang saya : London dan Paris yang jauh berpuluh ribu kilometer boleh pergi, pantai yang dekat dengan rumah di kampung pun tidak pernah saya jejaki.



Letih, tetapi bulan Disember tahun ini, benar-benar saya punya banyak aktiviti bersama keluarga, dan semuanya menyeronokkan.



Sepanjang tahun yang saya sentiasa sibuk bersama tugas-tugas saya - bekerja, mengajar, aktiviti di masjid, usrah, halaqah Al-Quran, kelas-kelas bahasa Arab, kelas tafsir dan mengaji - jadi, bila bulan Disember tahun ini saya dapat meluangkan hampir sepenuh masa bersama keluarga, ianya benar-benar menyeronokkan. Sementelah, keluarga saya menambah seorang ahli baru tahun ini - adik ipar saya yang pertama.



Lalu, pada 18 Disember 2009 bersamaan 1 Muharram 1431H, pukul 8.30 pagi, adik lelaki saya sudah mengambil saya di rumah. Kami berdua menghala ke selatan dan singgah untuk mengambil seorang lagi adik lelaki saya. Perjalanan diteruskan, dan tiba di kampung 15 minit sebelum waktu solat Zuhur (untuk waktu solat Jumaat). Selesai urusan solat, sekitar 3 petang, kami bertiga terus bergerak ke kedai : abang, kakak, emak dan anak-anak saudara saya sudah ada di Desaru. Membeli beberapa barang keperluan yang dipesan abang dan terus bergerak menghala ke Desaru.





Lama saya tidak melalui jalan ke Kota Tinggi. Jalannya masih lengang seperti dahulu, pun rupa-rupanya Desaru lebih kurang 57km dari bandar Kota Tinggi (saya tidak tahu pun...sangka saya pantai Desaru sangat hampir dengan Kota Tinggi). Kami tiba sekitar pukul 5 petang. Saya salam tangan emak, abang dan kakak dan terus mencapai kamera serta tangan di sebelah mendukung anak saudara yang berumur 2 tahun, terus menghala ke pantai yang hanya dalam jarak 50m dari chalet yang kami duduki.



Abang menempah 2 chalet - setiap satu chalet ada 2 bilik - di Holiday Desaru Chalet (kata abang, tempahan dibuat sejak bulan September lagi - memang pun, semua chalet penuh kerana kedudukan chalet-chalet ini benar-benar di tepi laut). Ombak tidak kuat, tetapi saya nampak langit yang sangat gelap. Puas bermain bersama anak-anak saudara dan mengambil gambar, saya terus balik ke chalet dan mandi (saya memang tidak main air laut pun - sudah disetkan di dalam diri yang saya tidak akan mandi di tempat awam...).



Lalu, 3 hari ini, kami sekeluarga (juga bersama pengantin baru), kami punya pelbagai aktiviti. Membakar ikan, udang, ayam dan daging, bermain layang-layang dan bermain air laut (anak saudara saya dan adik-adik serta abang saya - saya, kakak ipar dan emak hanya berkongsi keseronokan melihat kegembiraan mereka bermain...). Ya, saya seronok kerana jarang punya aktiviti bersama sekeluarga. Benar-benar menenangkan. Benar-benar menyeronokkan.







Kami bertolak balik (saya dan adik-adik menghala ke KL semula) pada 20 Dis 2009, pukul 11.30 tengahari. Selesai makan-makan bersama adik-adik saya di Nilai, saya tiba di rumah sekitar pukul 6 petang.

Alhamdulillah. Allah memudahkan urusan kami sekeluarga.

16 December 2009

Hari Pertama - Suasana Baru

Saya keluar lewat juga dari rumah pagi semalam. Memandu dengan tenang menuju ke ofis baru. Ofis baru lebih dekat dengan rumah. 7.25 saya keluar, 7.40 saya sudah ada di perkarangan ofis baru. Tapi, yang kritikal di sini adalah parking. Saya pusing 2 kali di 2 roundabout-s untuk mendapatkan satu tempat parking di tepi bukit di bawah pokok. Alhamdulillah. Takdelah kereta saya panas sangat.

Kemudian, saya berjalan kaki yang agak jauh. Belumpun lama saya meninggalkan ofis lama, saya terpaksa melintasi sebuah bas dipenuhi manusia berseragam hijau, putih dan biru. Sungguh rasa teruja walhal kesemua yang seangkatan bersama mereka pernah saya lalui selama hampir setahun di ofis lama.

Saya naik lif dan duduk di hadapan bilik boss baru. Apabila ada seorang lelaki menegur saya (ya...rakan baru dan rupanya dia jua baru ditukarkan dari ofis lamanya...) dan kami berbual pelbagai perkara menghilangkan bosan dan mengisi masa selama hampir 3 jam dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Kemudiannya, saya ditunjukkan bilik baru saya. Kakitangan-kakitangan baru saya (kebanyakan adalah lelaki...) dan saya melepak (sungguh masih tak ada sebarang kerja...) bersama rakan yang baru saya kenali. Usai merisik-risik lagi tentang hal kerja bersama beberapa kakitangan yang baru saya kenal, saya tahu saya perlu menjadi coordinator dan membuat pemantauan serta pengurusan ke atas kerja dan jua ke atas kakitangan.

Ok...sistemnya hampir sama. Cuma semasa di ofis lama, saya ada banyak kakitangan sokongan yang sangat ramai bersama kerja yang saaaaaaaaaaangaaaaaaaat banyak. Di ofis baru, kerja jua sangat banyak, tetapi perlu menangani kerja di dalam suasana pemikiran yang berbeza pula....(tapi, ya saya akui saya bersyukur kerana pengalaman hampir setahun di ofis lama yang hampir sama corak kerjanya serasa amat membantu saya...).

Ya. Saya perlu tunggu dan lihat. Suasana ofis baru pada hari ini pula.

15 December 2009

Tidurlah...Pejamlah Mata...

Pelik betul diri saya sejak akhir-akhir ini.

Demam teruk sangat agaknya, badan jadi sangat tidak stabil, lalu saya sering bangun dari 1 hingga 4 pagi. Buat apa?

- ambil baju-baju dan masuk dalam mesin basuh (biar mesin basuh 'bekerja' dan nanti 6 pagi boleh jemur sebelum pi kerja...)
- ambil penyapu dan sapu dalam rumah...plus mop lantai...(attention...pukul 2 pagi ada orang menyapu ke?)
- ambil buku-buku dan kemas (nak kena beli rak buku lagi ni...)
- masuk ke dapur, buka peti sejuk, cari apa-apa untuk dinyah beku atau ditelan dan masak air (atau paling kurang, saya ambil 1 sudu madu...)
- lagi best, boleh berinisiatif mencuci bilik air...

Lalu...apa kesannya kepada diri saya?

- bersin makin menjadi-jadi (demam selesema yang tak kebah...)
- badan jadi makin lemah (logik ke jatuhan pin pada 3rd game saya tengahari semalam cuma 81...serius....saya letak bola dan biarkan saja ia bergolek...tak larat nak baling2 dah...)
- selera makan makin kurang (back to normal of me...nak makan kena ada orang teman...duk sorang2 sure tak makan la...)
- simptom 'demam malam' yang agak teruk... (confirm teruk sebab badan panas...meracau dan tak boleh tido...sebab tu saya gerakkan badan dan buat kerja macam-macam...)

Bukan tak cuba pejamkan mata, tapi tetap tak boleh nak pejamkan mata. Beginilah setiap malam, sejak saya sangat sibuk. Sejak saya ada pelbagai tugasan. Sejak saya ada pelbagai suasana berbeza melingkari kehidupan saya. Sejak saya demam.

Ya, kalau demam zaman dulu-dulu, saya tidak begini.

13 December 2009

Syukur Kepada Dia



Lama tidak punya sebarang entri. Saya sibuk, dan keletihan agaknya.

Majlis kahwin sangat banyak. Tapi, yang paling penting untuk tahun ini adalah majlis kahwin adik saya. Majlis di rumah kami pada 5 Disember 2009, manakala di sebelah adik ipar saya pula pada 12 Disember 2009. Dua negeri yang berbeza, bersatu di dalam sebuah perkahwinan.

Alhamdulillah.

Sudah selesai urusan perkahwinan. Sudah selamat semuanya.



Walau punya pelbagai halangan dan ujian (ujian untuk saya la kerana masa yang langsung tidak mencukupi..) kerana di saat yang sama saya akan ditukarkan ke pejabat baru, mana masa mahu menitipkan amanat untuk kerja-kerja yang ditinggalkan, mana masa mahu mengemas barang-barang di pejabat (barang-barang peribadi saya tidak banyak, yang banyak hanyalah nota-nota yang perlu diusung dalam membantu tugas-tugas seharian...nota-nota rujukan penting...) ditambah lagi pelbagai urusan keluarga dan kawan-kawan, pelajar-pelajar saya di bulan Disember ini, dan itu baru urusan-urusan berbentuk fizikal. Saya keletihan tanpa sebarang cuti, dan sudah 'terpengsan' juga dua tiga kali di dalam beberapa minggu ini - demam dan letih yang tidak surut. Badan jadi sangat lemah dan lesu, walhal tenaga dan tulang empat kerat saya masih terus digunakan dan terus digunakan.

Dari segi mental, ya....saya jarang ada masalah dari segi mental. Sudah disetkan, di mana pun saya ditempatkan, saya akan dapat peluang untuk menimba pengalaman dan belajar perkara-perkara baru pula di tempat baru. Mungkin dalam suasana yang berbeza, rakan-rakan baru yang berbeza, di awal-awalnya tentulah akan ada rasa kelainan...tapi apabila sudah banyak berlaku pertukaran dalam kerjaya saya, saya sudah akur bahawa situasi sama akan saya hadapi setiap kali bertukar. Hanya perlu bersiap sedia supaya lebih banyak rasa sabar, tenang dan ikhlas di dalam hati. Itu sahaja. Ujiannya kan pelbagai. Tidak perlu cepat melenting, kan?

Dari segi hati...sebelum-sebelum ini, pertukaran saya tidak pernah dikaitkan dengan urusan hati. Saya kebal, tidak pernah berperasaan kepada sesiapa jua di sepanjang kehidupan saya. Walau ke mana saya pergi, di mana saya berada, sudah disetkan berulangkali, hanya Allah yang sentiasa ada di hati. Tapi, entah kenapa agaknya, pertukaran saya kali ini mengundang rasa sayu dan sedih yang bukan pula sedikit. Jauh di sudut hati, saya rasa seperti tidak mahu wujudnya sebarang perpisahan dengan sesiapa jua pun. Mungkinkah, Allah memberikan saya peluang pada kali ini untuk mendidik diri saya tentang hati pula? Ujian ke atas hati saya, dan saya akui...semuanya kali ini, saya sandarkan hanya kepada Dia.

Ujian hati ini, saya redha menempuhnya. Untuk kali yang pertama. Terima kasih kepada Dia, yang menjadikan saya tabah dan kukuh, walau pelbagai ujian datang melanda.

Mungkin, kita yang tidak pernah sedar. Ujian itu jua adalah nikmat, kerana dengan pelbagai ujian yang datang, kita dapat belajar dan dapat meneruskan hidup ini di dalam suatu situasi yang lebih indah. Jika tidak ada ujian, tidak ada masalah, hidup kita sangat hambar kerana semuanya berlaku mengikut kehendak kita, pun kita rasa tidak selesa juga kan? Manusia ini, sukar benar bersyukur kepada Dia.

Ya Allah, jadikan hambaMu ini sebagai hamba yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Amiin.

01 December 2009

Suatu Hari

Pagi 30 November.

Saya memandu terus menuju ke tapak. Oh, pagi masih sangat awal. Perlu pasang lampu kereta semasa berada di atas jalanraya. Ya, pagi ini ada pemeriksaan di tapak untuk kerja-kerja saya. Lalu, awal pagi lagi saya sudah berada di tapak. Walau berbaju kurung, saya masih memakai 'safety shoes' saya yang saya suka kerana nampak sangat comel (kaki saya tak comel pun...kasut yang nampak comel...) walaupun body kasut tersebut sebahagiannya disaluti besi.

Usai di tapak, terus menuju ke pejabat. Nampak boss saya, terus minta beliau (wah...lama sudah saya tidak menggunakan bahasa melayu kata ganti nama kedua yang mantap...) menyertai mesyuarat pemeriksaan kerja-kerja saya di tapak nanti.

Saya masuk ke bilik saya dan mula membuat beberapa kerja - mencari driver, memeriksa beberapa surat dan memastikan perjalanan urusan untuk pagi ini lancar. Hmm, kerja-kerja renyah, tapi masih perlu dilaksanakan.

Usai semuanya, terima panggilan dari ibu pejabat, bergerak ke tapak semula, mesyuarat, pemeriksaan di tapak, usai mesyuarat penutup pada pukul 12.45 tengahari.

Tengahari 30 November.

Balik ke pejabat (oh...sudah ada kakak arkitek di pejabat yang menunggu saya untuk makan tengahari bersamanya...sudah beberapa hari dia call saya mahu ajak makan dan saya masih dengan kesibukan saya...) dan makan tengahari, solat dan kemudian ke pejabat pentadbiran (mengambil surat pertukaran - esok mahu lapor diri di pejabat baru, hari ini baru saya lihat surat untuk tukar - dan saya amat terkejut apabila melihat permohonan penangguhan saya - pengarah minta saya ditangguhkan sehingga 15 Jan 2010 - lamanya! biasanya paling lama pun sebulan je...).

Petang 30 November.

Buat kerja, jumpa boss dan beritahu esok tiada di ofis kerana lapor diri di pejabat baru dan kemudian terus memandu dengan laju ke Cheras. Set tarikh dengan dua anak murid saya yang akan masuk ke Tingkatan 5 tahun depan (rajin diorang ni, nak belajar di masa cuti sekolah..campur tolak darab bahagi, ada 5 orang pelajar saya bulan 12 ni...) dan kemudian kawan saya sudah menelefon saya. Oh...dia sudah ada di masjid berhampiran rumah saya. Pukul 6.30 petang, saya sudah ada di hadapan rumah saya menunggu ketibaan kawan saya pula.

Senja 30 November.

Menaiki kereta kawan saya dan saya ditunjukkan jalan ke pejabat baru saya esok pagi. Dua kali dia berpusing di bulatan supaya esok pagi saya tidak sesat. Kemudian, entah jalan mana yang dimasukinya (sungguh saya tidak faham jalan simpang siur dengan bangunan yang pelbagai itu) katanya menuju ke Masjid Besi. Saya sesat dalam masjid...haha...alhamdulillah akhirnya saya solat di Tingkat 3 masjid tersebut. Masjid yang besar, tetapi jemaah langsung tidak ramai.

Malam 30 November.

Singgah di Dominoe's Pizza bersama kawan saya. Dia belanja saya, dan bila saya lihat tarikh pada bil yang terlekat di kotak pizza, baru saya tersedar, hari ini 30 November. Usai makan sekeping pizza comel dan dua cawan Apple Aloe Vera (ini air kegemaran saya), dia hantar saya pulang ke rumah. Baru saja hendak keluar dari kereta, dia hulurkan satu kotak dan sebungkus plastik di tengah deru hujan lebat. (Sungguh....saya rasa hadiah hari lahir yang saya terima tahun ini pada pukul 8.50 malam itu sangat saya hargai kerana sepanjang hari ini saya terlupa yang hari ini adalah hari lahir saya - ingat dan lupa semula - dan dia, kawan saya, walau tidak sms apa-apa dan sebut apa-apa untuk ucapkan apa-apa, tapi masih meraikan hari lahir saya dengan caranya yang tersendiri...saya masih ingat kata-katanya sewaktu di dalam perjalanan : kalau saya jadi calon, tentu ramai orang yang akan warning awak...dan saya hanya tergelak...malas mahu komen apa-apa...).

2 jam melepasi 30 November.

Saya bangun dari tidur dan lihat dalam facebook yang beberapa kawan-kawan juga mengucapkan selamat hari lahir untuk saya. Terima kasih pada semua.

NOTA : Serius. Saya jarang ingat tarikh lahir saya. tapi kawan saya itu, dia boleh hafal nombor ic saya pun padahal saya langsung tidak pernah ingat tarikh lahirnya...entah bila...hoho...mungkin sebab saya dan dia bukan rapat sangat pun. Kami kawan sepejabat yang hanya berjumpa sesekali apabila ada hal penting - katanya mahu tunjukkan saya jalan ke pejabat baru saya saja.

30 November 2009

TQ I Love You



Kebiasaannya apabila kita tulis terima kasih, dalam emel atau teks, kita akan Inggeriskan dan pendekkan perkataan Terima Kasih itu. Kita akan tulis 'thx' atau 'TQ'. Rupa-rupanya dalam bahasa lain, 'TQ' itu bermaksud yang lain. Dalam bahasa Sepanyol, 'TQ' adalah 'Te Quiero' yang bermaksud 'I love you'. Justeru itu kalau kamu mahu menulis terima kasih kepada senior atau senorita Sepanyol, saya cadangkan kamu tulis 'Gracias' sajalah. Tidaklah pula nanti mereka mengendeng-ngendeng kamu kerana disangkakan menaruh perasaan kepada mereka. Kamu pula yang tertanya-tanya nanti.

- saya cuplik kata-kata ini dari sebuah blog yang saya jumpa semasa merayau-rayau.

29 November 2009

Saya Rasa Saya Kurang Tazkirah

Kenapa?

- Sudah seminggu tafsir Al-Quran saya tersadai di atas buku-buku di tepi laptop dan tidak dibuka. Walhal, tafsir itu peneman saya setiap Subuh dan Maghrib, malah sesekali Isya' (kerana Zuhur dan Asar saya di pejabat...lalu usai Zuhur dan Asar, biasanya hanya diisi dengan Ayat 1, 5 dan 7 sahaja...)

- Saya ada rasa malas untuk ambil wudhu' bila waktu sepertiga malam tiba, walhal saya sudah membuka mata. Kukuh betul buhul-buhul ikatan syaithon yang merantai kaki dan tangan saya, menekan-nekan alis mata saya supaya tertutup rapat. Terlupa bahawa buhul-buhul ikatan itu bukannya boleh terurai dengan bahasa lembut dan hati yang lemah. Perlu paksa diri untuk tunjuk kasih pada Allah.

- Solat di waktu bekerja menjadi sangat lambat. Terlalu sangat dengan urusan kerja dan keduniaan. Walhal panggilan Allah lebih utama dari panggilan boss.

- Makan bila lapar. Bila sudah kenyang, sambung kerja semula. Seolah terlupa makan kerana Allah, minum kerana Allah. Hidup kerana Allah. Kurang benar bersyukur.

- Saya tidak berusaha keluar awal dari rumah setiap pagi supaya dapat dengar tazkirah Ustaz Zahazan di Radio IKIM dari Isnin hingga Khamis.

- Asyik berbicara hal orang lain, walhal sudah sering diingatkan pada diri bahawa diam itu lebih baik dari berbicara perkara-perkara yang melalaikan.

- Rasa kurang sabar, kurang ikhlas, kurang tenang dan kurang bersyukur. Hati yang kurang tenang, alpa pada maksud ayat 28, Surah Ar-Raadu.

Lalu, paling terasa bila baca beberapa laman blog Islamik yang menerbitkan rasa insaf di hati. Ya Allah, saya terasa seperti jauh benar saya dari Dia. Saya rasa saya semakin jauh, dan semakin jauh.

Alhamdulillah. Dia tidak pernah melupakan saya. Walau saya berkali-kali terlupakan Dia.

Wajarkah, kita hanya ingatkan Dia semasa kita bersolat sahaja? Semasa kita sedih dan putus asa sahaja? Semasa kita dalam kesusahan sahaja? Semasa kita sedang sakit sahaja?

Bukankah, Dia paling penting dalam hidup kita dan perlu diingati setiap saat dalam kehidupan kita.

26 November 2009

Bukan di Tempat Yang Sama

Dalam perjalanan panjang yang melelahkan, kadang-kadang kita tersadung dan kita tersungkur. Ada yang boleh bangkit segera dan menyambung perjalanan semula juga dengan segera. Ada juga yang perlu ambil masa untuk bangkit, lalu menyambung semula mungkin dengan kelajuan yang sudah berkurang. Paling dibimbangkan, tersadung jatuh dan tidak bangun semula. Lalu, mana satu pilihan kita?

Oleh kerana itu, walau tersadung dan jatuh berkali-kali, biarlah kita jatuh di tempat yang berbeza-beza. Sematkan di hati bahawa kita tidak akan jatuh di tempat yang sama untuk kali kedua. Apabila jatuh dan jatuh, belajarlah kerana pengalaman merupakan seorang guru yang tidak jemu menjadi penunjuk arah dalam menentukan perjalanan kita agar kita tidak akan memilih laluan yang salah untuk tersadung dan jatuh lagi.

22 November 2009

Untuk Kali Pertama Ia Hadir Dalam Hidup Saya

Usai sudah exam saya. Satu minggu tidak ada di pejabat. Lebih tepat, empat hari.

Tanpa disangka-sangka, saya dikejutkan dengan satu berita lain pula. Sungguhlah. Allah Maha Pengasih. Allah Maha Penyayang.

Pun, tiba-tiba....ada rasa sedih di hati.

Sukar untuk diungkapkan, namun jauh di sudut hati saya, saya tahu....ada rasa sayu yang teramat yang tidak terluah.

Semoga Allah memudahkan urusan saya, untuk urusan dunia mahupun urusan akhirat, InsyaAllah.

14 November 2009

Alam Semulajadi Yang Indah

Saya memang sukakan alam semulajadi. Malah, mungkin sukakan sesuatu yang sangat lasak dan mencabar.

Dari kecil, kehidupan kampung menjadikan saya seorang anak kecil yang lasak. Pada usia 2 tahun, saya sudah berlari mengikut abang dan seorang anak jiran pergi mengaji di hujung kampung pada waktu malam. Malah, saya sudah cuba-cuba untuk memanjat palang basikal tua yang tinggi dan besar.

Pada usia 3 tahun pula, saya sudah pernah disengat tebuan tanah sewaktu mengikut arwah abah saya membakar sampah bagi menerangkan kawasan. Semua orang risau. Emak juga. Tapi, saya buat muka selamba sambil 'suka' melihat muka saya yang bengkak-bengkak. Seminggu baru hilang bengkak.

Apabila masuk usia 4 tahun, saya sudah boleh mengenal huruf dan pada usia 5 tahun, saya sudah boleh membaca tulisan rumi. Abang rajin mengajar saya, dan saya amat rapat dengan abang saya. Pada usia 7 tahun pula, saya sudah lancar membaca tulisan jawi. Pada usia 8 tahun, saya sudah boleh menaiki basikal walaupun berulang-kali jatuh hingga berdarah-darah pun, semangat saya tidak pernah pudar.

Hasilnya, zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan bermain senapang terung pipit, memanjat pokok, bermain dan membuat ran (tau apa itu ran? sila rujuk Kamus Dewan...) malah masuk ke sungai, berenang dan menangkap ikan, mengikut arwah abah memasang jerat ayam hutan dan burung wak-wak, masuk ke kebun kelapa sawit, mengikut arwah abah mencari buluh dan rotan, masuk ke hutan, memancing, bermain bola sepak bersama kawan-kawan abang, memanjat stor baja (ini paling saya ingat sebab bangunan setinggi 5 meter itu saya boleh panjat bare-hand...nakalnya zaman kecil-kecil dulu...) dan tidak ada langsung masa saya yang penuh di rumah pada hari tidak bersekolah.

Uniknya, pada usia 7 tahun saya sudah bertudung. Pada usia 8 tahun, saya sudah bersekolah di Sekolah Agama Kerajaan Johor di sebelah petang (sebenarnya boleh masuk sekolah ini pada usia 9 tahun...tapi sebab saya sudah lancar membaca jawi, jadi saya dibenarkan masuk oleh cikgu sekolah tersebut...) di samping sudah tahu menguruskan rumah - basuh pinggan dan jaga adik saya yang masih bayi kerana emak saya bekerja. Paling best, saya selalu lambat ke sekolah sebelah petang. Kelas yang bermula pada 3.30 petang, saya perlu tunggu arwah abah saya balik dahulu sebab takde sapa nak jaga adik dan....hehe....part paling best adalah bila nampak aje motor arwah abah saya pada 3.25 petang, saya yang sudah siap berkasut sekolah di depan pintu terus capai beg dan berlari....ya...berlari di belakang rumah-rumah jiran ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 1.2km dari rumah saya. Saya akan tiba dalam masa kurang dari 4 minit.

Sangat kelakar....sebab saya berlari dengan baju kurung dan bertudung lengkap. Yalah...pergi ke sekolah agama. Masuk saja ke kelas dan terus angkat tangan, baca doa memulakan kelas. Cikgu selalunya faham keadaan saya, dan cikgu tidak risau kerana walaupun saya yang paling muda dalam kelas tersebut (style Sekolah Agama Kerajaan Johor di zaman saya dulu - sekiranya ambil peperiksaan dan tidak lulus keseluruhan, atau tidak lulus subjek wajib seperti Ibadat dan Tauhid, jadi tidak boleh naik darjah - jadi waktu saya di Darjah 3 pada usia saya 10 tahun, di dalam kelas tersebut ramai abang-abang dan kakak-kakak yang ada sebahagiannya sudah pun berusia 15 dan 16 tahun) tapi saya selalunya score...eceh, perasan hebat la pulak...

Jadi, saya membesar dalam suasana yang sering berlari di dalam kawasan kampung. Masa sangat suntuk bagi saya, masa bila mahu bermain (tentulah...sebab masih anak-anak kan?), mahu basuh pinggan, masak (pada usia 10 tahun, saya sudah mula memasak...yalah, anak perempuan sulung dalam keluarga..), baca buku, baca kitab, pergi mengaji, jaga adik...jadi masa sangat berharga dalam kehidupan saya.

Bila saya semakin membesar, naluri saya yang sukakan alam seakan-akan terpinggir. Saya sudah masuk ke sekolah berasrama pada usia 13 tahun lagi. Jadi, suasana bandar mula memenuhi persekitaran saya dan menjadikan saya 'kaku'.

Pun, semasa di sekolah menengah, saya berpeluang memanjat Bukit Pelindung di Kuantan sebanyak dua kali (sekali saja yang meredah hutan dari sebelah Laut China Selatan...sekali lagi meredah laluan jalan tar dari bahagian depan) dan semasa di universiti, saya juga pernah memanjat sebuah bukit di Perak.

Waktu mula bekerja dan ditempatkan di jabatan yang menguruskan hal-hal air....saya berpeluang menyusur Sungai Perak dan Sungai Selangor dengan menaiki bot. Malah, saya dapat masuk ke kawasan empangan yang berada di tengah-tengah hutan. Huhu. Sungguh best.

Malah, pada masa-masa ini juga, saya merancang aktiviti bersama seorang sahabat pada hari cuti memanjat Gunung Nuang. Ya, berjaya sampai ke puncak dalam tempoh 3 jam sahaja.

Kemudian, apabila sudah ditempatkan di jabatan sekarang ini, aktiviti-aktiviti alam semulajadi saya seperti sudah berkubur. Hanya sekali, pernah meredah Pulau Redang di Terengganu dan membuat pelbagai aktiviti laut bersama kawan-kawan. Selain dari itu, pernah juga meredah Kota London dan Kota Paris (aktiviti yang dibuat juga bersama kawan-kawan sekadar untuk mendapatkan maklumat tentang suasana kota-kota tersebut yang langsung tidak ada kaitan dengan alam sekitar...) dan pernah menziarah kota kelahiran dan kewafatan Rasulullah SAW.

Jadi, itu baru intro saya untuk entri kali ini. Hehe....panjangnya intro.

Jadi....bila saya sudah 'ditinggalkan tanpa sengaja' dalam satu aktiviti memanjat Gunung Kinabalu yang dibuat pada 7 November lepas kerana kesilapan teknikal...saya rasa amat frust.

Tapi, takpe. Semalam, kawan saya sudah datang ke rumah dan membawa 2 helai t-shirt Kinabalu, dua keping kek lapis beserta gambar-gambar yang membuatkan saya rasa sangat cemburu! Lalu, katanya kepada saya - takpe, kalau nak pi nanti, tak kisah pun nak pi sekali lagi untuk temankan. Tapi kali ni kita ikut trail rock climb ya...rupanya ada dua jalan naik ke puncak - satu, menggunakan tangga (huhu...dah siap laluan, cuma pastikan ada kekuatan kaki dan lutut sahaja untuk memanjat) - dan satu lagi lebih mencabar. Anda semua sendiri boleh tau saya akan memilih trail/laluan yang mana...hehe.... (sebab tu saya sendiri takut dengan aura nakal saya...).


Ini bukan kawan saya. Sekadar gambar trail sahaja. Tak susah nak naik gunung kalau ada yang macam ni...

Tapi...cantik dan menenangkan betul. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni...





dan gambar yang membuatkan saya sangat jealous...



Untuk pengetahuan anda semua, puncak Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara.

InsyaAllah, ada rezeki saya...saya akan berpeluang juga memanjat gunung ini. InsyaAllah.

12 November 2009

Entri 212 Yang Gembira

Assalamualaikum warahmatullah...

Sungguh ianya mudah. Saya sudah mendapat 'diri' saya semula. Kalau mahu katakan ianya seperti :-

kekuatan
semangat baru
ketenangan
ketabahan
rahmat
hidayah
redha-Nya

pun ianya mungkin disusun dan terpamer dalam satu kategori yang sama.

Saya mungkin terlupa lagi. Satu perkara lagi. Senyum. Ini kan trademark saya. Haha.

Sebenarnya walau saya duduk dalam 'gua' saya lama-lama pun, saya masih jua tersenyum. Tapi, kalau orang lain tidak merasakan pahit dan kelatnya senyum plastik saya itu, diri saya sendiri yang mempamerkan senyum plastik itu dapat merasakan pahit dan kelatnya - sungguh tidak best. Saya kan selalu senyum dengan seikhlas hati. Sebelum duduk di dalam gua. Ok. Selepas ini tiada lagi senyum plastik. InsyaAllah.

Saya akui, lama benar tempoh saya menginap di dalam 'gua' saya kali ini hingga saya terlupakan kehadiran 'diri' saya yang satu lagi. Berapa lama agaknya? Ya...memang benar-benar lama kerana seingat saya dalam tempoh lebih dari satu bulan. Sebab, selalunya 'gua' saya tu macam ala-ala hotel je....saya outstation dua tiga hari dan kemudian saya keluar balik. Tapi kali ini? Lama pula outstation saya kali ini.

Alhamdulillah. Saya sudah check-out dari 'gua' saya. Semalam sebelum pukul 12 tengahari. 11.11.2009. Nasib baik dapat keluar segera mengikut masa yang ditetapkan sebelum dihambat oleh pak pertapa gua yang sudah tentu akan charge saya lebih kalau saya duduk lebih masa.

OK. Selamat tinggal 'gua'.

Isnin 9.11.2009, saya balik ke rumah seawal 9 malam. Dari Putrajaya.
Selasa 10.11.2009, saya balik ke rumah seawal 6 petang. Dari pejabat.
Rabu semalam, saya balik ke rumah seawal 8.30 malam. Dari rumah kakak ipar saya.

Apa yang seronoknya dengan hari Rabu? Kalau berjumpa dengan anak-anak-anak-anak-anak saudara saya (sudah 5 orang sekarang ini) memang saya rasa amat seronok. Penghilang keresahan hati bila dapat tengok budak-budak yang comey-comey ni.

Si abang sulung, usianya 7 tahun, kalau jumpa saya, selepas dia salam dan cium tangan saya, masih cium saya di tiga tempat. Pipi kanan. Pipi kiri. Dahi. Saya jua akan cium dia di tiga tempat. Pipi kanan. Pipi kiri. Dahi. Kemudian saya akan peluk dia. Kemudian kami akan main guling-guling sebab saya akan menggeletek dia. (Attention : sejak dia baby hinggalah dia sudah besar begini, memang rutin itu tidak berubah malah sudah terjangkit kepada keempat-empat adik-adiknya). Jadi semalam bila saya mahu peluk dia, dia berulang-ulang pesan - Mak Ngah jangan geletek ya. Saya rasa sebab dia baru lepas makan mi sup. Roti canai. Perut dia masih penuh. Jadi saya tidak geletek dia. Saya memang pegang pada janji. Lagi satu, muka dia memang sebiji muka saya. Ada beberapa kawan-kawan saya kata, macam tampal muka dia tu dan letak atas muka saya. Eh, sama ke agaknya? Maknanya muka saya comey macam budak 7 tahun la? Haha. Perasan.

OK. Si abang nombor dua pula. Usianya 5 tahun. Best. Dia tunjuk robot singa dia yang abi dia (abang saya la...) baru beli sebab dia dapat nombor 1 peperiksaan lepas. Anak nombor dua (sama macam saya) jadi, ikut mood dia mahu peluk-peluk saya. Tapi kalau sudah peluk, susah mahu lepas. Saya faham. Kami yang nombor dua ni (siapa lagi nombor dua? sila angkat tangan....) memang anak nombor dua sukar menunjukkan kasih sayang. Mereka sangat manja, ada rasa sangat sayang pada semua orang di dalam hati, tapi sudah tentu akan dipendam-pendamkan dengan sangat lama, dan kadang-kadang akan terus menyiksa diri. Jadi, saya faham karakter anak saudara saya ini. Lagi satu, tentulah suka mengusik. Sebabnya, dia suka mengusik saya kalau dia nampak saya sedang baring-baring ke, hingga saya pun akan bangun dan akan kejar dia dan usik dia sampai menangis-nangis. Best kan? Haha. (Kadang-kadang, saya amat takut dengan 'aura nakal' saya yang terkadang melebihi had laju lebuhraya di Malaysia...)

Si kakak nombor tiga. Usianya 4 tahun. Huhu. Sangat manja. Tapi sebab saya bukan anak nombor tiga, saya tidak dapat menyelami sesungguh hati perasaan anak nombor tiga ini. Pun yang saya dapat perhatikan, kalau dia kata A, A lah. Kalau B, B lah. Saya juga mendapati dia sukakan perhatian. Kalau saya lebihkan perhatian itu untuk dia, tidak apa. Badannya kecil, jadi dia suka main guling-guling dan berbuai-buai bila saya peluk dia. Sebab saya buat juga untuk adik dia yang nombor 4. Jadi, dia pun mahu main buai-buai. Sungguh seronok.

Si kakak nombor 4, usianya 2 tahun. Ini, usah kira manjanya dengan saya. Saya rasa dengan saya saja. Kalau sudah lama tidak jumpa, dia akan peluk saya dan kepalanya didaratkan di atas bahu saya dengan sangat lama. Sehingga lebih setengah jam. Usia baru dua tahun, tapi sudah boleh ikut saya balik ke kampung dan duduk di kampung sehingga 3-4 hari walau umi dan abinya tidak ada. Paling penting, mak ngah ada. Haha.

Adik nombor 5. Usianya genap 2 bulan hari ini. 12.09.2009 dia dilahirkan. Hari ini sudah 12.11.2009. Saya masih belum tahu karakternya. Tapi seperti biasa saya memang sukakan baby dan budak-budak kecil, jadi bila saya jumpa dia saya akan cium dia puas-puas.

Wah...tiba-tiba saya ada rasa rindu, walau baru semalam saya berjumpa dengan mereka berlima.


Kakak nombor 3 dan nombor 4.


Adik nombor 5.

08 November 2009

Rehat dan Rawat

Saya rasa macam mahu berhenti sebentar.

Berhenti.

Berhenti bernafas.

Berhenti dari menarik nafas.

Saya mahu menahan nafas saya hanya di sini.

Nanti-nanti saya sambung semula kehidupan ini.

Saya lelah.

Menarik nafas ini, buat saya benar-benar penat.

Letih dan lesu.

Teramat.

Saya mahu berhenti sebentar dari menarik nafas.

Saya mahu kutip kekuatan semula.

Kekuatan yang sudah semakin hilang.












Bolehkah tunjukkan saya di manakah kekuatan itu boleh diperolehi?

03 November 2009

Atas IzinMu



Bersendirian tak bermakna keseorangan...
Allah sentiasa bersama-samamu...
InsyaAllah...

31 October 2009

Dia Amat Faham

Seorang Wanita

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

*"Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

* “Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar."

* “Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

* “Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

* “Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."

* “Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya .Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?"

* “Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

* “Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


p/s : Ayat-ayat yang boleh menaikkan semangat supaya tidak akan menyerah kalah. Teruskan berjuang! Allah telah memberikan pelbagai kekuatan kepada seorang wanita.

Semalam dan Sepi

Saya duduk termenung, di sini. Di depan laptop ini.

Entri 3 pagi saya sepi.

Sama seperti semalam.

Bukan tepu idea. Tapi tepu rasa.

27 October 2009

Sabtu Ahad dan Haru Biru

Hari Sabtu lepas yang sangat sibuk. Sangat mengujakan. Sangat memberangsangkan. Sangat mengharubirukan.

Saya keluar awal pagi untuk ke kenduri kahwin ini yang dijadualkan bermula pada pukul 12.30 tengahari. Majlis kahwin anak bos saya. Majlis kahwin mula lambat lagi, jadi saya merayau dahulu di dalam bandaraya Kuala Lumpur.

Kalau saya jadi pengantin, saya rasa saya akan simpan banner ini sampai ke anak cucu.

Suasana biasa majlis kahwin yang dibuat di dalam sebuah dewan.

Tema warna merah rasanya. Berbaju merah itu ayah si pengantin perempuan merangkap boss saya.


Ini apa yang ada di dalam pinggan saya untuk saya makan. Seperti biasa, kuantiti tidak boleh lebih untuk mengelakkan perut saya menjadi tepu. Makan buah dulu untuk menjaga kesihatan. Dah makan sepotong oren, baru teringat mahu ambil gambar.
Usai di kenduri kahwin, saya merayau lagi di dalam bandaraya Kuala Lumpur. Lihat-lihat tugas saya di tapak, intai-intai bersama beberapa orang staff saya.
Kemudian, saya ke satu majlis jamuan ibu bapa kepada salah seorang anak murid saya yang akan menunaikan haji tahun ini. Di sini, saya dapat tugas memangku seorang bayi berusia hampir 5 bulan sambil dikelilingi beberapa orang makcik-makcik yang sudah berusia 50 ke 60 tahun. Kini, baru saya menyedari yang kebanyakan kawan-kawan saya mempunyai usia dua tiga kali ganda berbanding saya. Patutlah dalam banyak aspek, saya jadi terlebih manja. Hahaha.
Usai makan-makan dan salam-salam, saya pun mengajar seorang anak murid saya yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Ajar Add Math. Huhu!
Saya tiba di rumah selepas solat Maghrib. Letih.
Pada pagi Ahad, saya keluar lambat untuk mengajar. Ada satu sms awal pagi yang saya abaikan. Tidak saya jawab, tidak saya buang. Tidak ada sebarang respond dari saya selain saya-baca-sms-itu-sahaja-tanpa-perasaan.
Lalu, usai mengajar dalam pukul 3 petang saya pun tiba di rumah saya kemudiannya pada pukul 4.20 petang dan menerima satu sms di telefon yang membuatkan saya terkedu. Sms yang tiba pada pukul 4.30 petang itu membuatkan saya bersiap dengan sangat lambat dan hanya muncul di hadapan salah seorang sahabat saya di dunia ini di dalam sebuah kedai pizza pada pukul 6.15 petang. (Attention, 4.30 petang itu semasa sms tersebut tiba, sahabat saya sudah siap solat di masjid yang jaraknya 2 minit dari rumah saya. Dia mahu terus ke kedai pizza tersebut. Waktu itu saya sedang mengadap facebook. Baru balik dari mengajar. Saya kata saya mahu solat Asar dulu. Saya solat Asar pada 4.45 petang. Kedai pizza itu pun cuma perlu ambil masa 7 minit dari rumah saya. Tapi, kalau kira jumlah semua masa dengan lebih tepat, pasti boleh rasa musykil kenapa saya cuma tiba di kedai pizza itu pada pukul 6.15 petang. Fikir. Ya, saya pun berfikir, kenapa saya tiba lambat di kedai pizza tersebut? Kenapa saya sengaja melambatkan masa untuk berjumpa sahabat saya itu?). Sudahlah tiba lambat. Pukul 7 petang, saya sudah keluar dari kedai pizza tersebut dan balik ke rumah.
p/s : Selalunya anda akan sengaja melambat-lambatkan masa jika anda tidak selesa (perhatian : amat tidak selesa!) kerana saya merupakan seorang manusia yang sangat menitikberatkan tentang masa kerana masa yang telah berlalu tidak boleh dibeli di mana-mana kedai basikal. Rusuh hati saya tika ini (perhatian : ini entri 3 pagi saya!).

26 October 2009

Simple Shining Inheritance

Menu simple makan malam saya hari ini. Ikan goreng, kangkung goreng belacan dan nasi. Huhu...benar-benar tidak ada selera makan. Masak malam ini pun mengenangkan siang tadi saya tidak makan apa-apa. Sibuk betul!

*** Saya sudah menghabiskan 'Shining Inheritance'. Hari ini. Cerita Korea 28 episod yang saya rasa antara yang best dan boleh ditonton. Mengisahkan Eun Sung yang kematian ayahnya dan kehilangan adiknya yang cacat kerana angkara ibu tirinya. Wah, rasa macam cerita Cinderella versi baru pulak. Cuma bezanya, Go Eun Sung tidak berkahwin dengan putera raja, sebaliknya kehadiran Go Eun Sung di dalam keluarga Hwan membawa impak yang besar dan seterusnya bukan saja mengubah keadaan, malah mengubah sikap ahli di dalam keluarga Hwan. Jika berminat, sila tonton cerita ini di You Tube. Episod penuh dari mula hingga habis. Taip : Shining Inheritance.

23 October 2009

'Acik' dan Kakak atau Adik

Rabu lepas, saya menziarahi salah seorang kakak di pejabat lama saya. Sejak dia mempunyai rumah sendiri (tinggal bersama seorang anak dan suaminya) 4 tahun lepas, dia sering menjemput saya ke rumahnya, dan saya bersama kesibukan saya yang jarang surut, memang tidak berkesempatan hinggalah pada Rabu lepas.

Beza umurnya dan saya tidak jauh. Seingat saya hanya dalam 7 tahun. Pun, 'anak gadisnya' yang sudah menginjak ke usia 5 tahun (saya membahasakan diri saya sebagai 'acik' kepada anaknya, dia juga menyebut 'acik' di hadapan anaknya untuk saya, namun suaminya membahasakan saya 'kakak' kepada anaknya) membahasakan saya juga sebagai 'kakak'. Mahu tergelak atau apa, walau sudah diulang berkali-kali supaya saya dipanggil 'acik', dia masih kekal dengan panggilan 'kakak' yang sudahnya terpaksa dipatuhi oleh uminya.

Jadi, saya jadi 'kakak' lagi. Walau anak saudara saya yang sulung pun sudah berusia 7 tahun.

*********

Saya pernah ke rumah dia pada bulan Syawal yang baru berlalu. Emak dan ayahnya sangat baik.

Lalu, selepas musim itu, saya dan dia pernah berbicara begini :-

+ Bestlah mak dan ayah awak, especially mak awak... (hakikatnya saya memang selesa benar dengan mak dan ayahnya, dan saat-saat saya berada di rumah dia..memang sangat selesa seperti berada di rumah sendiri walau baru pertama kali...)

- Mak dan ayah saya memang best...

+ Saya nak jadi kakak awak ya... (kenapa mahu jadi kakak? sebab usia saya lebih sedikit berbanding dia...)

- Alaaaa....kakak saya dah ramai...6 orang....

+ Alaaa....tambah la lagi sorang....

- Taknaklah. Saya taknak kakak dah....saya nak abang....abang ipar...

+ Saya mana ada sebarang calon untuk jadi abang awak....(dalam fikiran mula terbayang suasana laman belakang rumahnya yang best...saya mahu menikmatinya lagi...)

Bicara yang sama berulang beberapa kali dan inti bicaranya masih hampir sama. Dia tidak benarkan saya menjadi kakaknya.

Pun, tiba-tiba bicara hampir sama berulang semula di pejabat dia selepas solat Asar tadi. Cuma kali ini, intinya benar-benar berbeza.

- Awak ni macam adik saya la...

+ Adik? Eh...awak mana ada adik. Sejak bila pulak macam adik awak? (attention! dia anak bongsu!)

- Yalah...suka minta macam-macam....bila dah dapat, suka sangat....awak jadi adik angkat saya je la...jadi adik saya....

+ Err....kadang-kadang saya saja je nak bermanja.... (huhu! dalam hati saya terkedu sebenarnya...sebab...sebab...sebab...dia memang tahu pun usia saya lebih dari dia...macam mana boleh jadi adik pula ni?)

- Yalah....jadi adik saya je la....

+ (saya terus tidak menjawab dan terus mensenyapkan diri....fikiran saya mula berjalan...)

- (dia juga terus mensenyapkan diri apabila salah seorang sahabat lain masuk ke dalam bilik di mana kami berdua berada - ya..walau pintu bilik tidak ditutup, namun saya tahu yang tidak ada sesiapa di luar bilik dapat mendengar perbualan kami berdua...)

Saya tidak boleh menyimpulkan apa-apa. Saya menyerahkan semuanya kepada Dia.

21 October 2009

Entri 3 Pagi

Memang rasa agak lapang di bulan-bulan hujung tahun ini. Anak-anak murid sudah melepasi exam, dan saya sudah dapat berada di rumah seawal 7 malam. Malah, hanya tinggal beberapa orang saja lagi yang akan menghadapi SPM. Namun, bila mengenangkan yang saya sudah ditempah oleh ibu-bapa-umi-ayah beberapa pelajar saya (ada yang tempah untuk 2012 pun...), maka saya seperti biasa akur pada kehidupan sampingan saya sebagai seorang cikgu.

Best. Memang best. Punya ramai pelajar yang telah berjaya dan berada dalam pelbagai bidang. Ada yang ambil Kejuruteraan Marin, Mekatronik, Penghawa Dingin, Bisnes, Kejuruteraan Mekanikal, Quantity Surveyor, Arkitek...malah sudah ada yang menempah nama di dalam bidang perubatan dan kedoktoran dan bukan sahaja belajar di dalam Malaysia malah ramai yang sudah berada di luar negara. Alhamdulillah. Tidak ada pelajar-pelajar saya yang tercicir. Namun, selama hampir 10 tahun mengajar (lama juga ya...lebih lama dari pengalaman kerja saya...) dan memiliki hampir 150 orang pelajar (yang mana mereka semua tidak pernah melupakan saya malah masih menghormati saya hingga kini dan masih memanggil saya 'cikgu' - huh! tiba-tiba diri saya terasa 'tua' la pulak...macam cikgu-cikgu pencen zaman dulu la pulak...) dengan purata setahun sebanyak 15 orang pelajar, saya rasa saya lebih sebati dalam bidang pendidikan (agaknya la....). Tapi, pelik juga kan. Dalam ramai-ramai anak-anak murid saya itu, tidak ada seorang pun yang sama bidang dengan saya - Kejuruteraan Awam.

Tapi, untuk terjun ke dalam bidang pendidikan sepenuhnya, rasanya itu bukan agenda utama saya. Saya sukakan ilmu. Saya suka mengajar. Namun, proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan dalam apa situasi sekali pun. Saya rasa, proses pembelajaran juga masih berlaku kepada saya dalam setiap saat kehidupan saya.

Jadi, tidak perlu bergelar 'cikgu' untuk menyebar ilmu. Sekadar satu patah perkataan, ia sudah boleh menjadi satu nasihat dan panduan yang bernilai dan menjadi ilmu yang sangat berharga kepada sesiapa saja.

Contohnya : Senyumlah...Sabarlah...Tenanglah... (dalam pelbagai situasi yang mencabar minda, perasaan dan ketenangan ini, saya dapat rasakan yang saya amat-amat-amat-amat-amat memerlukan perkataan-perkataan seumpama ini dalam kehidupan saya dan perlu diingatkan kepada saya berulang-ulang - saya pun bukanlah manusia yang sempurna dan sentiasa boleh ingat semuanya...).

Benarlah. Selagi entri 3 pagi seumpama ini tidak dapat saya tinggalkan, itu petanda masih ada tugasan yang masih belum dibereskan dan menuntut perhatian minda yang lebih menjurus kepada kawalan ke atas sikap dan manusia bagi memastikan sebarang perancangan tidak akan tergendala dan boleh membawa kepada kepincangan dan permasalahan yang lebih besar (ayat apalah yang saya tulis ni?).

InsyaAllah. Dia sentiasa membantu saya. Dia sentiasa di sisi saya. Dia akan memudahkan urusan saya. InsyaAllah. Alhamdulillah.

17 October 2009

Situasi Tak Best Langsung

Saya rasa sudah jadi habit saya dalam beberapa minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang saya akan terjaga seawal 3 pagi dan tidak boleh sambung tidur semula. Setiap malam begini. Benar-benar memberi kesan kepada fizikal dan mental saya. Benar-benar...masa suntuk ini menjadikan saya benar-benar tegang. Ramai yang akan tetap bertanya dan bertanya, boleh siap ke? Huhu! Saya sendiri, ya untuk yang tahu mungkin akan tahulah, bahawa saya sendiri menyerahkan semuanya hanya kepada Allah...supaya Allah memudahkan urusan saya di dalam memastikan kerja-kerja saya dapat disiapkan selewat-lewatnya sebelum pukul 12.00 tengah malam, 31 Disember 2009. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah. Tapi, memang akan penat sedikit la. Banyak yang saya kena ambil kira. Semoga Allah memudahkan urusan saya, insyaAllah.

*******

Saya membelek blog sahabat saya dan saya rasa entrinya sangat merujuk kepada diri saya sekarang ini.

1. Drink plenty of water. - Saya memang sudah kurang minum air sekarang. Kalau dulu, sehari boleh habiskan sekurang-kurang 2.5 liter air kosong. Memang favourite saya.

2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar. - Saya jarang makan sekarang, malah untuk breakfast juga yang biasanya saya ambil dalam kuantiti yang banyak, sekarang tidak lagi...benar-benar mengganggu sistem tubuh saya. Benar-benar, berat badan saya turun.

3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants. - Ini saja yang masih sama agaknya. Yalah, kalau dalam sehari makan dua biji oren dan beberapa sudu nasi, bolehlah diambilkira lebih banyak yang saya makan dari jenis tanam-tanaman.

4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy. - yang ini...rasanya tenaga saya sudah habis. Tinggal semangat saja yang tidak pernah pudar untuk mneyelesaikan tugas yang mencabar dan memastikan tidak ada masalah yang akan membuatkan saya give-up!

5. Offer prayer five times daily. - InsyaAllah, ini sajalah yang masih ada kerana saya tahu Dia sentiasa di sisi saya.

6. Play more games. (Not Video games!!! Games that make you sweat .) - Lama saya tidak jogging di Taman Tasik Perdana. Sangat lama. Lamanya tidak main ping pong. Lamanya tidak baling bola bowling. Lamanya tidak menjenguk anak-anak saudara saya dan berguling-guling dengan diorang.

7. Read more books than you did in 2008. - Saya akui, membeli buku pun sudah jarang sangat sekarang kerana masa untuk ke kedai buku juga sudah terbatas.

8. Sit in silence for at least 10 minutes each day. - Saya mahu duduk dalam gua saya tanpa gangguan, tapi saat-saat itu tidak pernah dapat saya kecapi. Huhu!

9. Sleep for 7 hours. - Dapat ke 7 jam kalau tidur dari pukul 12 dan sudah bangun pukul 3 pagi?

10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile. - Jua tidak berkesempatan. Walau masih dengan senyum yang entah apa rasanya.

Benar. Benar-benar...saya tidak sukakan situasi yang menyelubungi diri saya sekarang. Saya sangat penat.

15 October 2009

Jika Tiada Dia

Baru saya sedar,

1. Emosi mempengaruhi cara kita berpakaian.
2. Juga mempengaruhi apa yang kita makan.
3. Malah memberi kesan kepada apa yang kita lakukan.
4. Bukan sesuatu yang normal.
5. Kadang-kadang mungkin terkeluar dari kawalan.

Jika tidak ada Allah di sisi, pasti sukar untuk berdiri semula di depan khalayak.

6. Emosi yang tidak stabil sangat merbahaya.
7. Kadang-kadang kita lebih mudah menjadi sensitif.
8. Air muka kita jua mudah berubah tanpa disedari.
9. Tindakan kita jua bukan di dalam kawalan kita.
10. Kita cuba mencari jalan penyelesaian hingga sakit-sakit kepala.

Saya tahu emosi saya sedang tidak stabil.

11. Dress-code saya lari.
12. Cara makan saya berubah.
13. Cara berfikir saya di luar kawalan.
14. Aturan hidup saya terjejas.
15. Saya jadi sangat sensitif.

Sungguh, ini satu tekanan besar. Jika tidak ada Allah di sisi, saya pasti sudah tersungkur.

16. Saya cuba tabahkan diri, kuatkan diri menghadapi cabaran ini.
17. Saya sematkan di hati : apapun yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah.

11 October 2009

Ala-ala Open House


Aktiviti melepak petang Sabtu di Taman Bunga Raya, Gombak. Ia ke Gombak? Saya pun tak tau. Agaknya la...Tapi memang best sebab mak dan abah kawan saya ni sporting habis. Saya boleh bertepuk tampar pulak dengan mak dia walau baru pertama kali jumpa, dapat makan masakan mak dia yang best (rasa macam dapat makan mak saya masak la pulak...), malah siap dapat seplastik kecil cili api dan sebiji mangga yang ditanam di belakang rumah dia untuk dibawa balik.

Tak ramai pun yang datang. Kami hanya bertiga (yang mana salah seorang dari kami bertiga perlu balik awal untuk ke kelas) jadi tinggal hanya berdua dan bersama kawan saya selaku tuan rumah jadilah kami bertiga ditambah dengan mak dan abah kawan saya, jadilah kami berlima. Itupun, nasib baiklah aura nakal saya tidak keluar kerana masih ada rasa malu sebab ada di rumah orang kan...kalau tidak agaknya mak kawan saya itu sudah saya peluk cium (eh...memang ada peluk cium pun dengan mak kawan saya sebelum saya nak balik...) sebab saya dapat rasa masakan macam mak saya masak walau berada jauh dari mak saya. Best! Huhu! Rindu la pulak kat mak saya.

08 October 2009

Teknologi Baru


Kereta jalan atas air?

Ini pula? Kereta berenang atas air. Wau! Bestnya!

Kereta ni dijual pada harga AS$ 198,600.00 (RM 678,900.00).

Upside-Down


pernah rasa jadi upside-down??!! huh! lain yang saya bagi arahan, lain pulak yang dibuat. dahlah bukan setakat sorang, malah semua. lain yang saya bagi arahan, lain yang dibuat. is it very difficult to understand the responsibility of the job? kalau nak kata budak kecil pun, umur dan pengalaman kerja pun dah lebih dari saya...huhu! cronicle kingdoms!
Ya Allah, sabarkanlah hambaMu yang lemah ini. Berikanlah kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Permudahkanlah urusan ujian ini. Hanya padaMu hambaMu ini berserah.

05 October 2009

Bual Hari-hari

Perbualan dalam kehidupan saya pada 4 Oktober 2009. Saya mengajar sebelah pagi. Dua kelas. Kemudian bergerak ke Wardieburn. Kemudian balik ke rumah saya. Kemudian ke Taman Batu Tiga, Shah Alam. Kemudian ke Masjid Al-Hasanah untuk solat Asar. Kemudian ke Masjid As-Solihin untuk makan Jamuan Hari Raya dan aqiqah oleh abang saya. Kemudian ke rumah abang dan kakak ipar saya. Kemudian baru balik ke rumah saya.

1.
- Cikgu, sapa tu? (menegur saya yang baru menghabiskan perbualan telefon...)
+ Buah hati cikgu... (dalam hati terfikir, kalaulah orang yang saya call tu tahu...)

2.
- Tulah, awak nak sangat saya pergi dengan awak (merujuk kepada baju yang tak sesuai...)
+ Takpe, dah hensem dah... (sungguh saya tak kisah pun...sebab memang nampak dia ok je dengan jeans dan shirt warna merah serta bertopi walau orang lain pakai baju melayu dan siap bersamping dan bersongkok...dan bersyukur sebab dia temankan saya...mana ntah staff2 saya yang lain...)

3.
+ Bismillah...wah, first time saya naik Vios ni. Sapa yang pernah naik kereta awak ni? Ayah awak dah naik la kan? (kereta baru keluar 16 Sept 2009, plastik di seat belakang pun masih ada...)
- Dah...ada juga orang lain dah naik.
+ Orang perempuan, dah ada yang naik? (sudah hampir 3 tahun saya mengenali dia...sebab tu berani tanya...)
- Ada...tapi yang muhrim saya la... (eh, tiba-tiba keluar muhrim dan bukan muhrim pulak...)
+ Yang bukan muhrim? Awek awak dah naik? (ia-ia je saya tanya kan?)
- Awak je la.....
+ Ye ye....bestnya saya jadi perasmi.... (huhu....ada maksud ke pernyataan dia, tapi saya terus bersandar je dalam kereta tersebut tanpa perasaan...menikmati naik Vios konon-kononnya...)

4.
- Dia ok orangnya....hensem...baik hati... (sungguh best duduk sembang-sembang bawah pokok mangga yang ada buah besar-besar...)
+ Saya macam tu la kak....kalau dia serius, saya tak kisah...saya tau dia baik orangnya...
- Kalau macam tu teruskan je la... (alamak! hati saya terus terbahagi lapan....hehe....)

5.
- Bila awak sms suruh hati-hati, saya makin risau...masa saya nak balik kampung tu...
+ Hati-hati je la bila memandu... (alkisahnya saya pun terlupa isi sms saya kepada dia...huhu!)

6.
- Sikitnya ambil nasi. Tu ada plastik besar lagi. (Qariah masjid atau mungkin kawan abang saya agaknya menegur kuantiti nasi yang saya ambil...abang saya yang menyuruh saya membungkus makanan baki dari jamuan yang dibuatnya tadi sudah balik ke rumah membawa anak-anaknya...)
+ Takpe...soghe... (huhu...tiba-tiba keluar loghat kelantan saya...tapi saya bukan kelantanese ya...)
- Oh...soghe... (hakikatnya saya jarang buat kes tapau sebab saya tau saya bukan makan banyak, tapi kerana cara anak saudara saya bercerita tentang lembu yang baru disembelih semalam di belakang masjid dan apabila menikmati daging lembu segar yang best, memang saya tak lepaskan peluang...saya cuma ambil nasi dan masakan daging lembu itu saja walau kakak ipar saya pun ada offer ayam dan acar...)

Ada satu lagi yang saya nak simpan sebagai memori...

7.
+ (biarlah saya simpan di memori saya saja kerana ia bersifat peribadi untuk dikongsikan...)

*** Sekadar beberapa perbualan yang saya ingat dan mahu dirakamkan di sini, kerana saya telah pecah rekod lagi hari ini. Tapi itulah, saya dapat rasakan yang Allah sudah kukuhkan hati saya ini. Ini hanya bual-bual biasa sahaja dalam kehidupan saya.

04 October 2009

Bangi - Kuala Kangsar - Gerik - Bangi

Saya rasa entri ini paling banyak gambar. Perjalanan ke Kuala Kangsar dan Gerik pada 24 Sept 2009 bersamaan 5 Syawal 1430H. Bertolak dari Bangi pada pukul 7.25 pagi.


Nampak kopiah kat cermin tu. Itulah abang saya yang asyik bertukar kopiah je sepanjang memandu. Ada dua kopiah yang dibawanya. Ha...nak tahu, sampai Pak Imam yang jadi wakil pihak perempuan panggil abang saya ustaz...tapi memang ramai pun panggil abang saya sebagai 'ustaz' sebab dia merupakan seorang jurutera mekanikal yang seimbang dari segi dunia dan akhirat. Saya banyak belajar dari abang dan kakak ipar saya. Alhamdulillah.

Kami bawa sirih junjung dalam kereta dan bertemu tepak sirih ini di bandar Kuala Kangsar. Apa simboliknya tepak sirih dan Kuala Kangsar ya? Atau hanya sebagai replika? Sekadar ingin tahu.

Saya telah menarik minat anak-anak saudara untuk melihat papan tanda ini. Bersama nenek (emak saya), tok andak (pak andak saya) dan nenek andak (mak andak saya) mereka berempat.

Ini bangunan hospital pertama Kuala Kangsar. Kecil je...macam rupa mahkamah lama pulak ya.

Gambar kiut-miut dua puteri kesayangan saya yang sedang berposing. Comel kan? Pantang jumpa saya, sahih tak boleh berpisah dengan 'nyanyah'-nya. Asyik pakai anak tudung yang baru saya beli kerana saya rimas melihat rambut mereka terkeluar dari tudung kerana saiz tudung yang besar. Sedikit pun tak panas dan tidak cuba membuka tudung mereka berdua walau cuaca agak panas. Nak tau, si adik baru umur 2 tahun manakala si kakak baru masuk 4 tahun.

Saya suka design ni. Kalau boleh, saya mahu design serupa ini juga, insyaAllah. Tapi, bila ya? Huhu...calonnya masih belum ditemui...

Hantaran dari pihak perempuan pula. Warna emas (waktu ni saya sedang meriba si adik - anak saudara saya yang 2 tahun - dan dia sedang tidur, jadi...gambar yang dapat pun hanya sekadar-sekadar saja....)


Terpaksa cari balai polis di Pekan Gerik apabila seluruh panggilan telefon dari talian Celcom tidak dapat digunakan. Dari Kuala Kangsar ke Gerik (banyak jumpa nama tempat pelik-pelik seperti Kampung Belum Baru - yang abang saya kata lebih mudah panggil Kampung Buruk je...), kami ambil masa lebih kurang 1 jam. Hanya tiba di Pekan Gerik pada pukul 5 petang. Makan-makan dan berhari raya di rumah kakak sepupu saya (oh....kakak sepupu ini yang menjaga saya semasa saya kecil dan masa itu saya masih bayi...) dan kemudian keluar dari Gerik menuju ke Bangi pada pukul 6.45 petang. Alhamdulillah, berjaya tiba di Bangi pada pukul 12.15 malam. Tiba di rumah abang saya, dan saya berjaya membawa balik sepotong kek (special request pada adik saya yang saya mahukan sepotong kek pertunangannya yang ada sekuntum bunga...adik saya memang baik hati) dan saya tiba di rumah saya pada pukul 12.35 tengah malam. Huhu...mengantuk!


Inilah kek yang saya terima. Sungguh menarik sehinggakan saya terpaksa menerima tambahan 1 kg dalam badan saya selepas makan kek ini. Huhu! Then, saya terpaksa jogs setiap pagi sebanyak 2km semula to reduce the increased in weight. Hoho! Bahana kek coklat...