20 January 2010

Masa oh Masa

Benarlah masa kala ini sangat sangat sangat sangat sangat mencemburui saya.

14 Januari, saya balik lewat petang semata-mata mahu mendapatkan kelulusan keluar dari pejabat yang tidak dapat dilunaskan oleh salah seorang pembantu saya.

Seawal 7 pagi 15 Januari, saya sudah keluar rumah dan menuju ke Taman Melati di Gombak. Menikmati sekeping roti canai bersama A---n dan B----l. Usai makan pagi, saya terus memandu (bila lagi mahu menikmati pemanduan naik ke Genting Highland) - macam dekat benar Genting Highland, asyik ke sana sahaja - saya yang memandu (kalau ikut A---n memang tidak dibenarkan saya memandu kerana dia tidak mahu saya penat) sehingga ke kawasan berhampiran Hotel Seri Malaysia kerana ada urusan kerja di kawasan tersebut - pengalaman lagi bila mempengerusikan mesyuarat yang dihadapan saya terdapat hampir 150 orang. Majoriti sudah tentu lelaki dan yang wanita masih bisa dibilang dengan jari tangan.

Selesai di Genting (setelah berjaya membuat pelbagai tepisan untuk membenarkan kami bertiga bergerak dari situ...), kami bertiga menuju ke Jerantut pula. Masih saya yang memandu dengan alasan saya tidak boleh tidur di dalam perjalanan walaupun di Jerantut, masih saya jua yang perlu bercakap bagi menyelesaikan satu lagi masalah projek di kawasan tersebut. Kali ini, mesyuarat dipengerusikan oleh seorang Datuk dan dianggotai oleh beberapa Datuk Datuk lain. Alhamdulillah. Keputusan dapat dicapai. Saya puas hati. Pasukan saya puas hati. Masalah dapat diselesaikan.

Selesai di Jerantut (sudah pukul 5 petang), kami bertiga menghala ke Benta - Kuala Lipis - Gua Musang dan seterusnya tiba di Kota Bharu seawal pukul 11 malam. Saya hanya memandu sehingga tiba di stesen minyak Kuala Lipis sahaja. Ya, mata sudah letih kerana jalan raya bersimpang siur dan punya banyak selekoh berbahaya dari Jerantut ke Benta benar-benar menguji kecekapan saya sebagai seorang pemandu.

Pagi 16 Januari (pagi Sabtu ni...), saya mempengerusikan dua mesyuarat lagi dan kemudian melawat 7 projek lain. Makan tengahari merangkap malam seawal pukul 6 petang dan malamnya saya hanya duduk berehat di bilik hotel.

Pagi 17 Januari (pagi Ahad...), saya menghadiri satu lagi mesyuarat dan kemudian melawat 4 projek lain yang jauh benar kedudukannya di antara satu sama lain. Usai semuanya pada pukul 5 petang, barulah bertolak balik menghala ke Kuala Lumpur. Berjaya tiba di rumah saya seawal 12 malam. Terlalu letih agaknya dan mata saya hanya boleh ditutup seawal pukul 2 pagi.

Pagi 18 Januari, punch-card saya seawal 7.10 pagi di pejabat. Benarlah, tenaga sudah tidak ada. Namun mengenangkan banyak benar urusan pejabat dan mesyuarat yang perlu dihadiri, walau sudah letih dan longlai, saya masih cuba mempamerkan senyum dan menunjukkan kekuatan.

Kata salah seorang staff saya : boss ni macam ironman la....kuat betul...

Pun, semoga Allah membantu saya. Hakikatnya, badan saya sudah terlalu lemah. Hanya Allah yang Maha Membantu dan Maha Menolong. InsyaAllah.

12 January 2010

Legend & Valley

7 Jan 2010.

Majlis jamuan perpisahan dari opis lama saya di Hotel Legend. Saya terlambat tiba dan tidak sempat memberikan ucapan (huhu...suka betul bila diberi peluang bercakap kat depan sekarang ni....penangan kat opis baru yang boleh dikatakan hari-hari jadi chairperson mesyuarat dan bagi presentation kot...) kerana baru saja mempengerusikan mesyuarat dan 'bertegas' tentang helipad. Huh!








Saya menerima dua batang pen Parker yang diletakkan di dalam kotak yang cantik. Terima kasih kepada opis lama saya. Bukan saja pen, tapi pengalaman dan ilmu yang dapat saya timba di sana benar-benar saya hargai, kerana tekanan yang diterima di pejabat baru mengingatkan saya kepada bebanan kerja pejabat lama yang lebih kurang sama, walau di dalam senario yang berbeza. Amat-sungguh-benar benar saya hargai.

9 Jan 2010.

Saya melepaskan resah hati (apa ni....resah hati? tekanan kerja kot...) dengan merayau-rayau di Mid Valley dan sempat menjenguk ke Chocolate Fair (tapi kurang best la sebab Kinder Bueno takde.....huhu.....my favourite chocolate...stok wajib ada kat rumah....).

















Hmmm...nak bertolak ke Kuantan pula hari ni. Semoga dipermudahkan Allah, InsyaAllah.

05 January 2010

Lawatan ke Taman Tema

1st trip 2010.

Saya rasa hujung tahun 2009 dan awal tahun 2010 kali ini benar-benar pecah rekod saya. Sesuatu yang tidak pernah saya lakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Benar-benar menjadikan rumah saya seperti sebuah hotel yang menjadi tempat singgah sahaja. Huhu...

Hujung Tahun 2009.

28 Dis 2009 - saya ke Kuantan. Tiba ofis 7.30 malam.
29 Dis 2009 - saya ke Gua Musang, Kelantan.
30 Dis 2009 - masih di Gua Musang, Kelantan.
31 Dis 2009 - bertolak dari Gua Musang. Tiba Lembah Kelang 6 petang.

Awal Tahun 2010.

1 Jan 2010 - bertolak ke Genting Highlands.


2 Jan 2010 - di Taman Tema Genting.









3 Jan 2010 - bertolak balik. Pi Sogo dan Mid Valley pula. Makan di Laksa Shack.



Tiba rumah pukul 6 petang.

01 January 2010

Tahun Baru 2010

Last trip 2009. Gua Musang, Kelantan.

Dari 29 hingga 31 Disember 2009, saya berada di Gua Musang, Kelantan. Membuat pemeriksaan di tapak. Sebuah bandar yang menenangkan, penuh dengan kehijauan dan tidak sibuk.

Usai pemeriksaan tapak pukul 5 petang, kami bersembilan (ramai...tapi hanya 2 orang perempuan termasuk saya...) menuju ke Sungai Galas. Hampir sejam saya dan sahabat-sahabat sepejabat me-release-kan tension (siapa kata tidak ada tekanan....sedikit sebanyak keadaan di tapak dalam satu suasana yang baru dan situasi yang benar-benar berbeza membuatkan saya sangat banyak berfikir sekarang ini - belum lagi ditambah dengan hal-hal di ofis yang sudah ditinggalkan...sungguh saya tidak stabil di minda...) dan saya yang lebih banyak me-release-kan tekanan di dalam diri saya sendiri (rasanya la....walau nampak wajah saya masih dengan senyum dan tidak ada sedikit pun kerutan...kerana saya yang paling baru...kerana bebanan tanggungjawab sepenuhnya ada di bahu saya....kerana saya yang perlu lead mereka semua....).








Usai Sungai Galas. Esoknya kami saja-saja menjenguk ke Stesen KTM Gua Musang pula.