28 February 2010

Menyusur Sungai Tembeling dan Kesibukan Melampau

Cuti 3 hari untuk menghilangkan letih 2 bulan. Memang tak cukup. Lagipun, Jumaat saja yang duduk di rumah. Sabtu dah mula mengajar semula (ya...walau badan terlalu letih....tapi sebab tak sampai hati melihat keadaan anak-anak murid yang sudah masuk kategori 'terabai' ni menyebabkan saya cuba menggagahkan diri jua untuk pergi mengajar...). So, memang jadi makin tak cukup rehat. Penat dah sampai tahap quadripel! Yalah...kerja dah jadi 7 hari seminggu selama dua bulan ni...cuti gantian punyalah banyak padahal baru dua bulan di tempat baru...dan entah bila nak bercuti rehat la....

Apa yang saya sibuk sangat sepanjang bulan Januari dan Februari ni, hingga tak sempat rehat, tak sempat update blog? huhu...sungguh banyak sebenarnya. Semuanya atas arahan dari boss baru yang menghendaki saya menghadiri beberapa tugasan penting. Belum ditambah dengan urusan kerja yang saya wajib hadir sendiri. Jadi, badan saya sudah jadi macam terminator yang terlupa kepada masa rehat, terlupa kepada masa makan, terlupa kepada jumlah kadar tenaga di dalam badan yang semakin menghilang, terlupa bahawa badan saya ada tulang dan daging, bukan dibuat dari wayar kuprum dan logam titanium...terlupa kepada mata yang perlukan rehat, anggota badan yang perlukan rehat, otak yang memerlukan rehat...ya....saya terlupa semuanya. Bila sudah cuti 3 hari begini, barulah saya merasakan kepenatan yang melampau...

Sekadar menyambung posting gambar aktiviti-aktiviti saya sepanjang di pejabat baru...

Pertama sekali tentulah aktiviti menyusur Sungai Tembeling pada 29 Januari yang lepas...huhu...bukan saja-saja enjoy pergi menyusur Sungai Tembeling ni...tapi diarahkan pergi untuk melaksanakan tugas kepada agama, bangsa dan negara. Haha.



Bermalam di resort ini..mahal juga la utk kualiti yg diberikan...tapi kalau dtg dengan famili...rate-nya memang berbaloi-baloi...


Jeti.


Jeti dan papan tanda Taman Negara.


Dalam bot. 3 jam menyusur sungai ni nak menuju ke lokasi yang dituju.


Antara kampung-kampung orang asli di tepi sungai.


Ada beberapa jeram yang agak merbahaya dan memerlukan kepakaran pengemudi bot.


Air yang tenang jangan disangka....


Lokasi yang dituju. Aman dan tenang kampung ni...asas pengangkutan memang melalui sungai atau 4 wheel drive yang memang akan menyakitkan badan (thats why kami memilih untuk menggunakan jalan sungai...). Kat sini takde liputan Maxis...yang ada cuma Celcom dan Digi sahaja...dan ini adalah kawasan wajib banjir setiap tahun...