31 December 2011

Bye-Bye 2011

Selamat tinggal 2011.

Tahun penuh memori. Memori suka duka yang penuh berhikmah.

Tahun saya pulang ke Semenanjung Malaysia. Hehe. Macam jauh je Negeri Di Bawah Bayu tu.
Tahun saya bertukar status menjadi seorang isteri. Status yang sangat indah. Terima kasih my inche' suami yang sangat-sangat disayangi. I love you...:)
Tahun saya mewarnakan hidup saya dengan menjadi pengunjung setia hospital dan menjadi terlalu banyak berfikir tentang kehidupan. Ia benar-benar mengubah minda saya. Terima kasih Allah.

Ya. Tahun yang penuh keindahan. Tahun yang penuh ujian. Tahun yang berhikmah. Hikmah dan hidayah yang indah dari Allah. Nikmat yang tidak terhitung. Alhamdulillah.

Apapun, sudahkah anda semua menunaikan Rukun Islam yang keempat? (atau masih dok fikir....Rukun Islam ada berapa ya....hehe...)

Hujung tahun yang sama, walau cukai pendapatan telah ditolak dari gaji bulanan saya, namun saya tetap akan membayar zakat. Kewajipan yang diwajibkan Allah.

Okey...nilainya tidak banyak pun. Hanya 2.5% sahaja dari BAKI PENDAPATAN kita.....kenapa saya katakan baki?

Okey....contohnya begini ya....

Jika gaji anda sebulan (jika makan gaji): RM 4000
Jadi gaji setahun : RM 48000

Tolak sara diri setahun (untuk solo) : RM 8200
Tolakan lain : KWSP, Tabung Haji dan institusi lain yang membayar zakat untuk anda : RM 5000
Tanggungan lain (mungkin ibu bapa, isteri atau anak2 - 'by person' ya) : anggaran saja RM 15000

Jadi : RM 48000 - (RM8200 + RM5000 + RM15000) = RM 19800

Jadi, zakat wajib dibayar adalah sebanyak : RM 19800 x 2.5% = RM 495 sahaja

Sikit saja kan...RM 495 sahaja. Walhal keberkatan dan rahmat Allah sangat-sangat banyak di dalam nilai yang sedikit itu. Kalau dilebihkan sedikit pun tidak apa, kerana ia milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Jadi, serahkan saja kepada Allah supaya Allah yang akan membalas segala keikhlasan hati kita. Okey....nak bayar zakat kena ikhlas ya...

Firman Allah SWT yang bermaksud :-

Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).
Maksud sebahagian ayat Surah at-Taubah : 103

For your info, zakat yang dibayar sebelum 31 Disember 2011 berhak mendapat rebat cukai pendapatan untuk tahun 2011 yang biasanya perlu diselesaikan sebelum 30 April tahun selepasnya, iaitu 2012.

Nota : Tolong pastikan tidak ramai 'anak-anak luar nikah' terhasil malam ini, atau subuh esok. Semoga sikap yang buruk dan tidak disukai Allah dapat dijauhkan dari dalam hati dan diri kita semua. Semoga redha Allah sentiasa bersama kita semua. InsyaAllah.

24 December 2011

Mengepam Oksigen

Sakit kepala.

Sakit kepala memang berbeza dengan 'pening kepala'.

Saya sudah alert (err...apa maksudnya dalam Bahasa Melayu ya...) dengan sakit kepala sejak saya mula bekerja. Tahun bila ya....seingat saya dalam tahun 2002 atau 2003....mulanya ia cuma hadir dalam sekali setahun...dan kemudian kekerapan sakit kepala lebih kerap hadir seiring dengan petambahan tahun. Tak banyak kan...sekali atau dua kali je setahun. Apapun...sekarang....untuk tiga hari ini (termasuk hari ini...) sudah 3 hari berturut-turut saya mengalami sakit kepala ini. Makin banyak ek....ya memang makin banyak.

Tandanya?

Ia bermula dengan peluh. Peluh di dahi mencuar-cuar (err....bahasa apakah ini?...sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan maksudnya - kalau ada dalam kamus la....hehe...) walaupun duduk dalam bilik air-cond bersuhu 16 degree Celcius. Pelik kan.....sejuk yang amat, tapi saya boleh berpeluh. Then....saya akan menguap berulangkali. Biasanya orang menguap dan rasa mengantuk.....tapi bila sakit kepala ini mau datang....saya akan menguap setiap saat. Hanya menguap....badan mula rasa lembik dan lemah....tanpa rasa mengantuk....dan kemudian mulut akan rasa masin-masin sedikit. Oh....air liur jadi masin. Sometimes, akan ada rasa mahu muntah. Selalunya...memang muntah.

Then. Dummm!!! Biasanya akan berguling-guling....kalau boleh rasa macam mahu keluarkan isi kepala dan nak dicuci-cuci je isi kepala yang menyebabkan sakit. Okey...saat ni memang kena ingat kat Allah banyak-banyak. Ada ketika ia jadi di pejabat pada waktu dulu-dulu, atau ketika mengajar, atau ketika outstation, dan saya tetap cuba senyum sambil membawa kereta untuk balik ke rumah. Kena banyak sabar. Kena banyak redha. Walau badan sudah lembik. Kan ia cuma ujian. Nak pass ujian dengan 'full mark', kenalah bersusah payah sikit kan. Kena banyak senyum dalam sakit. Lagipun....Allah takkan uji kita di luar kemampuan dan di luar tahap kekuatan yang diberikan olehNya kepada kita. Sabar, itu sudah cukup. Dan ingat pada Allah banyak-banyak.

Dulu. Saya tidak tau. Jadi ubatnya cuma ada dua. Bukan paracetamol. Pernah jadi kes awal-awal dulu saya makan paracetamol, then muntah-muntah bersama 'pil yang tak hadam' dan kemudian badan jadi flat selama 3 hari tak boleh bangun. So, Pertama, buat air coklat panas - betul2 panas tau...terus minum dan kemudian 'paksa' diri untuk tidur. Tapi, kedua, kena pastikan table fan dipasang pada level 3 dan betul-betul mengadap muka. Okey. Air cond tidak berkesan ya. After 3 or 4 hours deep sleep....selalunya ok. Itu dulu. Sekarang, lepas deep sleep, bangun pun masih tak okey. Masih sakit, atau sudah lebih rasa sakitnya.

Ada beberapa yang membeitahu ia migrain, tapi saya katakan....ia bukan migrain. Ternyata telahan saya benar. Walau saya telah berjumpa ramai doktor di tahun-tahun sebelum ini yang tidak dapat mengesan kewujudan hal ini dalam badan saya.

Setelah didiagnos melalui ujian MRI pada bulan Jun 2011 lalu, saya sudah tahu puncanya. Tak perlu disebut sakit apa, tapi dengan bilangan hari 'MC' yang sudah menjangkau 99 hari serta tempoh 'light duty' tanpa kerja berat yang diberikan oleh doktor juga menjangkau hampir 4 bulan...hingga kini, saya masih begini. Pun, saya tetap bersyukur. Kena ingat, ada banyak hikmahnya kejadian Allah untuk kita semua. Walau macamana pun bentuk ujian yang datang.

Cuma satu yang saya mahu cerita. Bab sakit kepala itu. Ia berlaku kerana blood capillary saya yang menuju ke kepala tersekat. Jadi, hemoglobin yang terkandung dalam sel darah merah dengan fungsinya membawa oksigen ke seluruh badan - terutamanya ke kepala - tidak dapat berfungsi dengan sempurna. So, otak saya tak cukup oksigen, dan dengan otak anugerah Allah ini juga saya berfikir dengan sangat banyak terutama di dalam pelaksanaan kerja-kerja saya...yalah...manusia kan diwajibkan berfikir...ada disebut juga dalam salah satu ayat Surah Al-Baqarah rasanya....jadi, itulah penyebab sakit kepala saya selama ini....otak saya kurang oksigen.

Alhamdulillah...setelah terbaca dalam satu web : http://exerciseforbulgingdiscs.com, saya menemui salah satu penyelesaian murah dan mudah untuk masalah sakit kepala ini.

Hanya dengan menggunakan 'gym ball', duduk di atasnya dan 'bounce' kan diri (err...apa maksudnya dalam bahasa Melayu ya....) tanpa mengangkat badan dari gym ball dan buat dalam kadar 5 minit, saya dapat mengepam oksigen dari badan untuk naik ke otak melalui blood capillary yang tersekat itu. Alhamdulillah. Walau blood capillary masih tersekat, dan walau masih alami sakit kepala sehingga kini...ia mengurangkan tahap sakit tersebut tanpa menyebabkan saya berguling-guling dan sentiasa ada perasaan mahu mengeluarkan otak saya dan 'mencucinya'. Haha.

Apapun....ia cuma suatu usaha. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Yang Maha Besar. Tapi, Allah juga tidak suka kepada orang-orang yang tidak berusaha untuk memperbaiki dirinya sendiri. Semoga kita semua diredhai oleh Allah. InsyaAllah.

nota : jika ada sesiapa di antara anda yang mengalami simptom sakit kepala seperti saya, sila pergi ke mana-mana hospital terdekat, minta doktor buat MRI ya....xray mungkin boleh, tapi dalam kes saya....xray kurang berkesan....

16 December 2011

Hospital : My 2nd Home

Pagi ini ke hospital lagi. Ya. Dah jadi my 2nd home. Dalam sebulan, mungkin dua atau tiga kali berulang pi hospital. Paling minimum pun, sekali mesti akan pi. Setiap kali pi, setiap kali tu jugaklah akan dapat 'Medical Certificate'. Tak pernah yang tak dapat. Paling sikit, satu hari - reason : sebab pi Jabatan Kecemasan. Paling lama, ermm....ada yang pernah sampai almost satu bulan setengah. Dah lali. Dunia saya yang terkini. Dunia pemberian Allah yang amat saya hargai. Dunia yang penuh hikmah.

Hari ni, pi lagi. Dummm!!! Dapat 4 suntikan. Masuk ubat tahan sakit entah berapa dos. Boleh jadi pulak menangis sampai tersedu-sedan. Gara-gara terlalu sakit. Walhal sebelum ni, kalau sakit macam mana pun...muka saya tetap akan senyum, sampai orang tak sedar pun bahawa saya ni sedang sakit. Suara pun okey je. Tapi, tadi....memang sangat-sangat sakit. Suami puas memujuk, tahu sungguh bahawa saya sangat-sangat sakit, sebab sebelum ni memang 'tak pernah pun menangis macam tadi' terutama tadi ada tiga orang doktor di hadapan kami berdua.

Ya, saya rasa sangat sakit. Pun, doktor kasihan...lalu selepas proses x-ray yang memerlukan saya baring dan berdiri - sebelum ni masa buat MRI je yang saya pernah baring, saya diberikan sebuah katil untuk berbaring dengan bayaran RM 3 (err....sebelum balik, sempat makan nasi hospital....kira bukan bayar katil la....bayar harga nasi dan lauk ayam dan sayur tu sebenarnya...). Semasa berbaring di katil inilah, saya tahu, sakit saya hanya sedikit. Ada yang lebih sakit dari saya, dan mereka semua mampu menanggung kesakitan itu.

Ya, di sebelah katil saya, ada seorang wanita. Apabila doktor duduk di sisinya dan bertanya perihal dirinya, dia bercerita tentang dirinya yang mengalami pembengkakan buah dada serta mengeluarkan nanah lebih kurang dalam setengah cawan. Saya terkesima di dalam balutan selimut. Bukan kerana suhu sejuk hospital yang membuatkan segala sendi saya mengalami rasa bisa teramat sangat, tapi kerana tahu.....sakit saya masih kurang sangat-sangat berbanding wanita itu. Baru disuntik sebanyak 4 suntikan, sudah tersedu sedan dengan bersungguh-sungguh. Oh...saya rasa sangat-sangat kerdil. Lalu, inilah yang saya selalu fikirkan di setiap kunjungan saya ke hospital - my 2nd home : sakit saya hanya sedikit. Ujian yang masih ringan berbanding orang lain yang menerima ujian lebih berat dari saya.

Jadi.....redhalah. Ya...saya redha semula dengan ujian ini. Ini hanya ujian yang sedikit. Saya perlu lebih banyak bersabar. Semoga ada redhaNya. Semoga ada perlindunganNya. semoga dimudahkan olehNya. InsyaAllah.

09 December 2011

Utamakan Allah, Kemudian 'Family'


Dulu, saya sering meletakkan diri saya di tempat yang beratus-ratus anak tangga. Keutamaan kepada diri tiada langsung (err....sekarang pun tak tau dah ada atau tak....tapi rasanya dah ada...insyaAllah..). memberi sepenuh komitmen kepada kerjaya serta kerja-kerja sampingan saya yang melibatkan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang agak banyak.

Boleh dikira dengan jari, berapa jam saya dapat berehat setiap bulan. Ya, setiap bulan kerana dalam seminggu pun selalunya masa-masa rehat untuk diri benar-benar tidak ada. Boleh dibayangkan semasa bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Bandar Baru Nilai, saya akan keluar dari rumah seawal 6.15 pagi dan hanya akan tiba di rumah semula seawal 12.30 tengah malam. Jadual serupa itu pula merupakan jadual pada hari bekerja (Isnin - Jumaat) manakala bagi Sabtu dan Ahad pula, saya sudah bertolak dari rumah sekitar 6 pagi dan tiba semula di rumah juga sekitar pukul 12 malam. Bekerja 7 hari seminggu dan boleh diibaratkan 24 jam sehari. Tiada masa bersosial, malah kurang juga masa bersama keluarga.

Jika saya ada di rumah pun, selalunya kerana demam yang 'benar-benar tidak boleh bangun dan tidak boleh memandu'. Lalu, pada masa dan ketika itulah, dalam keadaan lemah dan tidak berdaya, barulah saya punya masa untuk bermain bersama-sama anak saudara.

Malah, apabila sudah berpindah dari Nilai pula, saya masih leka dengan 'kehidupan padat' saya. Masih keluar dari rumah seawal 6.30 pagi dan tiba di rumah semula seawal 11 malam. Terkadang bersarapan di Kuantan, boleh pula makan tengahari di Kuala Lumpur, dan ada ketikanya sehari dan sehari selepasnya pun, saya masih berada di luar kawasan di seluruh Malaysia bersama bebanan tugas yang menuntut komitmen dan pemikiran yang mantap.

Masih saya ingat di suatu hari di Ramadhan pada hari 'SABTU' yang entah tahun bila, saya menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu yang bertolak pukul 7.30 pagi dari KLIA dan tiba di KK lebih kurang pada pukul 11 pagi, kemudiannya boleh pula bergerak ke tiga buah lokasi berbeza dan saya perlu melakukan aktiviti memanjat bumbung bangunan - ya....memang bumbung bangunan yang saya panjat di bulan Ramadhan dalam keadaan saya berpuasa, selesai urusan tugas hanya lebih kurang pada pukul 5 petang, sempat berbuka puasa di KK pada pukul 6.27petang sebelum berkejar pula menaiki kapal terbang balik ke Kuala Lumpur pada pukul 6.45petang di hari yang sama. Tiba di rumah seawal 11 malam....saya sudah letiiiiiiihhhhhh. Pun, alhamdulillah....dalam kesibukan dan kepadatan serupa itu pun, saya masih diizinkan Allah dan diberikan kekuatan untuk melaksanakan solat terawih pada malam tersebut.

Puncanya? Apabila boss berulangkali bertanya pada masa bila saya dapat meluangkan masa untuk membuat 'semakan' ke atas bangunan-bangunan tersebut untuk ditakrifkan sebagai 'bangunan yang selamat untuk digunapakai' sedangkan jadual padat saya di pejabat pada hari bekerja yang biasa pun sudah sangat-sangat padat dengan pelbagai agenda dan mesyuarat. Bukan juga kerana arahan boss semata-mata, tapi kerana saya memikirkan 'keselamatan pengguna bangunan-bangunan tersebut'. Okey.....dalam tugas saya, satu nyawa pun sangat penting. Saya tidak mahu buat kesilapan dalam tugasan saya dan membahayakan nyawa orang lain yang tak berdosa.

Sehinggalah selepas saya diijabkabulkan pun, saya masih leka dengan 'dunia kesibukan' saya. Sebelum 'ujian dari Allah' ini datang dan menduga diri saya.

Ermmm....apa yang saya kejar sebenarnya?

Jika ditanya hal ini di 'zaman padat' saya sebelum ini, hakikatnya saya tidak pernah mengejar apa-apa. Bukan duit, bukan nama, bukan pangkat, bukan harta. Tiada apa-apa. Hati saya memang kosong.

Ini pinjaman Allah, kebolehan dan keupayaan diri saya. Lalu....ini semua kerana mahu mendapatkan redhaNya.

Hinggalah tarikh 4 Mei 2011 tiba dalam hidup saya. Barulah saya faham makna redha. Barulah saya faham makna limit (had). Barulah saya faham makna rehat. Barulah saya faham makna 'keluarga'. Barulah saya faham makna 'ini milik Allah'. Barulah saya faham makna 'dalam ujian Allah memang ada pelbagai hikmah yang sangat-sangat indah'. Barulah saya faham makna 'rasa sayang kepada diri sendiri'.

Ya....utamakan Allah, kemudian diri sendiri, dan kemudian keluarga. Kerjaya, pangkat, harta, nama....hanyalah sekadar satu 'aset kesederhanaan' yang tidak boleh dipaksa-paksa sehingga melebihi had. Dulu, saya tidak kejar pun semua itu....niat saya hanya mahu memenuhkan masa dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada semua orang....dan mendapatkan redha Allah semata - mata. Pun, mungkin pelaksanaan aktiviti-aktiviti saya telah melebihi had. Sedangkan Rasulullah SAW juga membahagikan malamnya kepada 3 bahagian, dan satu bahagian diberikan untuk dirinya berehat. 'Had' yang saya lupakan di suatu ketika dulu.

Jika diberi pilihan, pilihlah keutamaan antara Allah, juga keluarga. Hanya itu sahaja.

Keseronokan dunia tidak wujud, jika tidak ada redha Allah. Allah menggalakkan kita bersederhana...maka bersederhanalah, kerana 'wasatiyyah' itu merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah SAW.

Semoga ada redha Allah dalam setiap perlakuan kita semua. InsyaAllah.

***Kisah 4 Mei 2011 itu masih ada di dalam diri saya, masih bersama-sama saya bersama hikmah yang amat banyak. ALHAMDULILLAH.

03 December 2011

Belakang Kedai Makan

Semasa membuat 'terjahan' mencari beberapa farmasi untuk membeli 'wheelchair' baru-baru ini, terkadang saya terpaksa meredah laluan belakang deretan kedai.

Di satu laluan, terdapat ramai orang di dalam sebuah kedai makan yang melihat saya di dalam kereta. Apabila saya tiba di bahagian belakang kedai, barulah saya faham. Itu bukan laluan untuk kereta pun. Agak sempit, dan kotor. Tapi, masih boleh dilalui. Boleh diredah dengan sangat berhati-hati.

Paling best, betul-betul di bahagian belakang kedai makan tersebut (hobi saya baru-baru ini, suka melihat bahagian belakang bangunan kedai-kedai makan di Malaysia, terutama kalau pengunjungnya agak ramai - banyak yang saya temui)....saya nampak sebuah 'tent' kecil (errr....khemah kot yang biasanya digunakan untuk penjual2 gerai kecil2an) yang sudah koyak di bahagian bumbungnya. Memang dah kira takde bumbung lah tu. The best part is, bawah khemah tu bersusun periuk-periuk dan pinggan mangkuk 'bersih' - saya kira bersih kerana bersusun elok tanpa sebarang sisa makanan...(saya terpaksa bawa kereta dengan perlahan kerana laluan agak sempit)

Yang mengharukan adalah...semuanya disusun di atas tanah, dengan bumbung ala-ala mahu roboh, dan diletak di bahagian belakang, luar dari kawasan bangunan. Kalau hujan, memang akan kotor....dan untuk periuk-periuk pula akan terdedah kepada karat. Boleh ke kita nampak karat dalam periuk atau kuali sebab yang dihidang pada kita sure dalam pinggan yang agak cantik2 kan....Kiranya pinggan2 mangkuk tu dan periuk2 tu 'tidur berbumbungkan langit dan berbantalkan tanah' la...

Ini entah kali keberapa saya melalui pengalaman ini. Sebelum ini, pernah juga semasa menggunakan ' kaki'. Tiada khemah pun, dan bahagian belakang kedai tanpa bumbung dijadikan tempat membasuh pinggan dan gelas. The best part is, cuma ada satu besen penuh berisi air sabun dan satu besen penuh berisi air bilasan yang dah takde makna 'jernih'. Jelas yang saya nampak bahawa pinggan mangkuk yang kotor direndam di dalam air sabun dan kemudian terus dibilas, dan terus disusun dan kemudian digunakan oleh.................







...........................pembeli / anda semua. Hmmm....

Pada pendapat saya, sebelum anda semua singgah di mana-mana kedai makan untuk makan atau membeli makanan...sila ambil peluang untuk menjenguk ke dapur dan ke belakang dapurnya....lagi bagus kalau dapat berjumpa dengan tukang masak utamanya dan lihat bagaimana dressingnya dan bagaimana cara beliau menjawab pertanyaan anda. Lihat juga bagaimana cara simpanan pinggan mangkuknya, periuk dan kualinya serta keadaan persekitaran dapurnya. Kat depan kedai/ruang makan mungkin cantik....

Kita adalah apa yang kita makan.

Semoga ada redhaNya. InsyaAllah.

***tiada gambar disertakan. boleh find out sendiri.

24 November 2011

Lembu Pun Taknak Makan


"Nak beli kangkung?", tanya saya pada suami, sementelah saya tahu itu merupakan salah satu sayur kesukaan suami.

"Boleh juga...", jawab suami.

Lalu, saya diikuti suami yang menolak troli pasaraya, menghala ke arah bekas-bekas kangkung, bayam, sawi dan kailan, yang nampak dari jauh, sangat elok.

Apabila tiba sahaja di bekas kangkung, tangan saya lambat saja membelek daun-daun kangkung yang sudah kekuning-kuningan dan nampak tidak elok. Belum sempat saya memberitahu suami, seorang lelaki di sisi saya leka mengambil lebih kurang tujuh ikat kangkung tersebut sambil berkata kepada saya, menegur agaknya, "sayur dah macam ni, kalau bagi dekat lembu pun lembu taknak makan....".

Saya tergamam. Menoleh ke troli di sisinya yang sarat dengan pelbagai bahan dalam kuantiti yang banyak. Hampir muntah isi troli dengan bahan-bahan basah dari pasaraya tersebut. Malah, terdapat seorang wanita di sisinya yang menolak troli sarat muatan. Semuanya berisi barang-barang basah. Hati saya terdetik, berniagakah dia? Kalau tidak, masakan kangkung yang 'lembu pun tidak mahu makan' diambil olehnya dalam kuantiti yang sangat banyak.

"Kalau nak elok, kat pasar malam ada juga yang elok rasanya...", saya cuba berbasa-basi.

"Kat pasar malam mahal sikit. kat sini murah...", bersahaja dia menyambung, sambil mencapai beberapa ikat sawi pula.

Saya mendekati suami, sedikit berbisik, kangkungnya tak eloklah bang. Kalau nak beli, boleh tengok yang kat pasar malam kot...sambil saya menarik tangan suami menjauhi bekas sayur-sayuran tersebut.

*****

Sehingga kini, kisah awal November yang lalu, di sebuah pasaraya masih jelas di ingatan saya. Terfikir di benak saya, jika sayur sebegitu yang dimasak dan dijual kepada pembeli dengan harga RM 0.80 untuk beberapa sudu pun, keuntungannya masih banyak. Ini pula sayur yang sudah kekuningan, lantas dijual untuk dimakan oleh orang yang membeli, apakah kesannya kepada pembeli agaknya?

Saya jadi takut. Itu baru kangkung. Itu satu kisah yang jelas di depan mata saya. Bagaimana dengan ikan, ayam, udang, sotong, daging dan lain-lain bahan masakan lain pula. Yang tidak berlaku di depan mata saya.

Keinginan untuk masak sendiri makanan yang akan dimakan seharian semakin kuat. Saya tidak mahu makan makanan yang 'lembu pun tidak mahu makan'.

Semoga sentiasa dilindungi Allah di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

18 November 2011

Kerusi Roda


Baru tiba di rumah. Keluar mencari kerusi roda (wheelchair a.k.a 'wilcha' dalam cerita Mak Limah). Bukan kerusi roda biasa. Mahu mencari kerusi roda elektrik.

Selama ini tidak pernah ambil tahu pun tentang harga sebuah kerusi roda. Tadi, baru tahu.

Kerusi roda biasa-biasa - harga dalam RM 600++
Kerusi roda biasa yang canggih sedikit - harga dalam RM 1000++ (saya cuba menggunakan kerusi roda jenis ini tadi..mempunyai pemegang untuk memusing roda....tapi...nampaknya agak sukar untuk digunakan...)

Ready-stock pula cuma ada kerusi roda biasa-biasa saja. Bukan motorized/electric wheelchair.

Lalu keinginan membeli kerusi roda elektrik terus mantap di hati saya. Julat harga, kata pharmacist tadi - semua kerusi roda elektrik berharga RM 4000++ (gayanya macam orang seperti saya tidak mampu untuk membayar harga seperti itu - err....saya memakai jubah lusuh, longgar dan besar berwarna hitam dan sehelai tudung labuh bidang 60" yang berwarna kelabu...serta sebuah sling bag yang agak lusuh...- haha....memang gaya macam orang takde duit pun agaknya....)

Jadi, jika ada sesiapa di antara anda yang ternampak kedai/outlet/farmasi yang menjual kerusi roda elektrik, terutama seperti gambar di atas - features paling penting untuk saya adalah : seat/tempat duduknya mesti sangat-sangat lembut....err...sila maklumkan kepada saya ya....pertolongan anda sangat dihargai...

Semoga Allah memudahkan saya dan anda semua dalam kehidupan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

******

update : Saya sudah membeli sebuah kerusi roda di sebuah farmasi. Alhamdulillah.

14 November 2011

Pembuka Minda

Baru menghabiskan karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Secangkir Teh Pengubat Letih, salah satu pemberian suami kepada saya untuk hantaran perkahwinan kami.

Alhamdulillah. Ia membuka minda saya kepada negara itu.

pertama - teliti dan halus dalam perbuatan berkaitan agama, walau dalam hal remeh temeh.
kedua - kekuatan Islam yang ditunjangi mereka.
ketiga - cara dan praktikaliti mereka membina ukhuwah sesama Muslim.

...dan lain-lain lagi.

Malah, perjuangan belia muda-mudi negara tersebut dalam mengorak perjuangan kepada Islam yang syumul cukup indah. Saya terus berharap, penulis yang saya kenali melalui coretan beliau di Majalah i suatu ketika dahulu, dan sehingga kini masih terus meminati olahan idea beliau, akan terus berkarya dengan karya-karya sebegini.

Ia, hanya diperolehi melalui pengalaman, yang diolah menjadi bahan pembacaan.

Semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati kita semua, insyaAllah.

05 November 2011

Baru Teringat : Takde Pengapit

Duduk sorang-sorang di rumah menantikan kepulangan mr.hubby dari kerja untuk bertolak pulang ke kampung untuk menyambut Idul Adha membuatkan saya merayau-rayau di dalam 'internet' mencari bahan-bahan bacaan yang boleh 'menjana minda' saya yang semakin beku. Tapi takdelah beku sangat pun...saja merayau-rayau...asyik dengan DragonBall, then DragonBallZ...mujurlah DragonBallGT tinggal 6 episod je nak habiskan.

Yay....habis tulis entri ni....akan habiskan 6 episod yang masih berbaki tu dan saya akan terus simpan semua DVD tu...tunggu mr.hubby beli home theater / TV 55" / projektor baru....barulah saya akan buka semula kotak simpanan DVD DragonBall saya yang ada full series....hehe....bukan saja DVD...stickers, figurines...saya sukakan Son Goku...lihatlah....dan fikirkan ciri-ciri Son Goku yang baik yang boleh memotivasikan diri kita....insyaAllah...(ambil yang baik dan ada redha Allah saja ya....)

Sambil merayau-rayau...saya terbaca dalam sebuah blog tentang persiapan perkahwinan. Ayatnya lebih kurang begini : dalam tempoh 2 bulan sebelum majlis, perlu sediakan pengapit.....ehhhh.....pengapit??? Baru saya teringat. Semasa majlis pernikahan dan perkahwinan, saya tidak terfikir langsung tentang pengapit...dan saya memang tidak ada pengapit.

Sekadar gambar hiasan

Majlis perkahwinan yang tidak mempunyai pelamin (hanya satu ruang yang berhias untuk makan bersama mr.hubby dan keluarganya sahaja...makan bersila ya...), tidak bertukar pakaian - saya hanya pakai sepasang baju kurung perak semasa majlis nikah dan sehelai jubah hijau longgar dan besar yang saya tempah untuk dipakai semasa majlis perkahwinan, tidak ada mak andam mengiringi saya (hehe....ada mak andam, tapi dia cuma saya minta datang ke rumah untuk solekkan saya - solekan paling nipis - yang berkali-kali dia mengulang cakap untuk majlis kahwin biasanya mekap yang diletakkan di wajah pengantin agak tebal - dan percaya atau tidak, saya hanya membayar RM70 kepada mak andam itu), lagu nasyid yang dipasang oleh abang saya di sepanjang majlis - tiada DJ...dan baki makanan selepas majlis dijalankan hanya semangkuk nasi kenduri dan beberapa lauk/daging yang tidak banyak untuk disimpan dan tidak terbazir. Alhamdulillah. Tidak ada sebarang pembaziran makanan / bunga telur / apa2 pun persediaan majlis pernikahan.

Malah, cenderahati utama yang diberikan berupa sebuah buku 'surah Yasin dan Al-Ma'thurat' yang bertulis tinta emas tanda terima kasih kerana menghadiri majlis perkahwinan saya dan Mr.Hubby. Nampak simple bukan? Tapi...saya rasa effort untuk 3 bulan selepas bertunang bagi menyiapkan majlis sangat mengujakan. Penyediaan kad jemputan dan sebagainya....suatu pengalaman dan keadaan yang saya sendiri melaluinya dan ia sangat-sangat mencabar.....pun sangat menyeronokkan.

Alhamdulillah. Tak terasa masa berlalu, sudah lebih kurang 7 bulan dan 2 minggu kami bersama dalam alam perkahwinan. Semoga pernikahan dan hubungan sah ini akan sentiasa tenang, dilindungi, diberkati dan diredhai Allah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

I love my inche' suami...:)

31 October 2011

Aura 'Busyuk'

Saya pun tidak tahu mahu meletakkan 'tajuk' bagaimana kepada entri saya kali ini...tiba-tiba saja 'tajuk' seumpama itu muncul di minda saya.

Saya pernah teringat kepada salah satu ceramah motivasi oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah yang menyatakan bahawa setiap hidupan mempunyai aura ataupun gelombang yang dipancarkan dari tubuh mereka. Sama juga seperti manusia, ada aura atau gelombang yang kita keluarkan pada masa-masa tertentu (at certain time - hehe....terkadang ada perkataan2 yang lebih tepat maksudnya apabila dinyatakan 'in english' rupa-rupanya...)

Bukan. Saya tidak mahu memburukkan atau membuka aib sesiapa. Tetapi, terkadang kita akan bersua dengan seseorang manusia yang apabila kita bersama dia, diri kita menjadi 'tidak selesa'. Tidak selesa - in term of that we're not comfortable to stay/talk with them. Bukan kerana kita ada rasa hormat atau malu kepada mereka, tetapi mungkin saja aura atau gelombang yang dikeluarkan boleh dikategorikan sebagai aura 'busyuk'.

Kenapa 'busyuk'???

Hmmm...contohnya begini.

Insan A berkawan dengan insan B. Satu hari, insan A nampak insan B ambil duit insan C - curi la kan. Esoknya pulak, insan B curi pulak duit insan D. Insan A pun nampak juga insiden ni. Keesokannya pulak, insan B ajak insan A pergi makan McDonald. Insan B bagitau insan A - dun wori...aku belanja kau. So, kalau insan A ni termasuk kategori cap-cap yang baik-baik, bila dia mula duduk dekat-dekat dengan insan B, mesti akan ada 'rasa something' yang 'not so comfortable' kan...sebab dia tau insan B dah buat sesuatu yang Allah tak redha.

So, kesimpulan dari cerita tu....selalunya kita boleh kesan aura 'busyuk' bila kita dah mula tau keburukan seseorang tu. Malah, sekiranya tiada rasa ikhlas dalam hati seseorang tupun, mungkin aura 'busyuk' tu akan memancar dari diri seseorang tu dan membuatkan orang-orang di sekitarnya berasa tidak selesa kepada mereka. Paling best dan mudah, kita boleh kesan aura 'busyuk' ni bila seseorang tu marah. Kita rasa macam nak pi jauh-jauh je dari orang yang marah kan...sebab dia sedang mengeluarkan aura 'busyuk'...hehe....
Semoga Allah tidak mewujudkan aura 'busyuk' yang akan dipancarkan dari diri saya. Semoga Allah meredhai semua umat Islam di dunia ini - yang telah meninggal dunia, yang masih hidup dan yang masih belum dilahirkan. InsyaAllah. Apapun, berharaplah kepada Allah supaya aura 'busyuk' tidak banyak keluar dari diri kita. Hanya Allah yang paling utama dan Yang Maha Berkuasa.

01 October 2011

Masak Sendiri VS Beli

Cerita tentang makanan! Yahuuu!

Sejak berkahwin dan mempunyai suami yang tidak cerewet tentang apa saja masakan, saya merasa sangat bersyukur. Terima kasih!! Arigato!! Syukran jazilan!! Alhamdulillah....


Walaupun kami jarang menikmati makanan di luar (membeli atau makan di luar memang sangat jarang dan boleh dikira dengan jari), namun dalam tempoh 6 bulan usia perkahwinan ini (rasa masih baru berkahwin meskipun sudah mencapai usia setengah tahun ---- insyaAllah sampai bila-bila ada rasa begini....kan inche' suami?? Hehe...), namun kami ada juga pergi ke beberapa restoran ataupun makan di luar dari rumah. Antaranya :-

1. Mc Donalds (hmmm....jangan tak percaya, saya sangat sukakan set Happy Mealsnya...errr....dengan permainan yang menarik....bunyinya macam 'budak kecil' kan....tapi suami sentiasa menurut selera 'nakal' saya ini)

2. Dominos Pizza (suka pergi bila ada 'value for money' promotion...hehe...)

3. Kedai burger tanpa nama di Bandar Baru Bangi (burger special yang sangat9x best....terkini dengan harga serendah RM3.00 untuk seketul....dan saya sudah menikmati burger ini dari kedai yang sama sejak di universiti....since almost 10-15 years ago....sejak harga burger specialnya hanya RM 1.80...)

4. Kenny Rogers (baru pergi sekali je...)

5. Secret Recipe (baru pergi sekali je...)

6. Kentucky Fried Chicken (baru pergi sekali je...)

7. Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah (baru pergi sekali...tapi mungkin pergi lagi....insyaAllah...sebab kata suami - dan saya juga....err...dim sum ayamnya sedap dengan harga RM3.80 untuk tiga ketul...)

8. Pappa Rich (baru pergi sekali je....)

9. Gerai makanan tepi jalan yang pernah saya pergi semasa zaman belajar dahulu (baru pergi sekali...err amazing juga bila makan kuetiau sup, nasi goreng kampung dan air durian belanda panas it goes to RM14.20....memang itukah value makanan sekarang???)

10. Gerai nasi kerabu berdekatan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi - pagi je ya (ermmm....sebenarnya gerai ni ada jual nasi dagang, nasi lemak dan nasi putih juga...) tapi kami suka beli nasi kerabu je...dengan harga RM 4 dah boleh dapat complete set nasi kerabu beserta ayam ataupun daging atau lauk2 lain....

Selain dari itu, kami selalu makan di taman rekreasi....memasak dari rumah dan membawa bekal....ber track-suit dan berkasut sukan.....usai makan kami akan pusing2 taman berjalan kaki sambil berpimpin tangan berdua-duaan.....haha.....merangkap sesi 'dating' kerana kami tidak pernah bersua walau sekali pun secara berdua-duaan sebelum kami berdua diijabkabulkan....so selepas diijabkabulkan.....hari-hari macam sesi 'dating' je.....;)


Rasanya itu sahaja tempat-tempat yang kami pernah pergi untuk makan. Malah, semasa Ramadhan yang baru berlalu pun....hanya sekali saja kami berdua ke bazaar Ramadhan untuk mencari air tebu dan air lai chi kang. So, terbeli juga sebungkus nasi kerabu...tapi hanya sekali saja ya kami pergi....untuk tempoh puasa selama 30 hari....

Malah, restoran-restoran ataupun 'sesi makan luar' yang kami lakukan hanyalah untuk membuat perbandingan antara 'masakan isteri' di rumah dan rasa masakan di luar - ni kata suami sayalah - which end up 'sedap lagi isteri abang masak'.....so rasanya 'sesi makan luar' kami berdua pun almost ditamatkan...yang masih belum test pun hanyalah Sushi King...


Apakah keseronokan dan keberkatan memasak sendiri?

Errmmmm.....ikut priority ya....

1. Kerana Allah Taala....pernah terbaca email pada zaman dulu2 bahawa 'air kencing anjing hitam' lebih baik dari 'air tangan wanita yang tidak menjaga aurat'....so kalau makan kat luar, boleh ke nak dipastikan bahawa masakan kat luar tu dimasak oleh 'wanita yang menjaga aurat'? Errr....yang menjaga auratnya ya.....bukan yang 'menutup' auratnya.....jenis yang pakai baju ketat dan singkat serta seluar ketat dan juga masih boleh nampak bentuk badan tu termasuk kategori 'menutup' aurat sahaja....

2. Kebersihan makanan terjaga....dari pemilihan bahan mentah hinggalah kepada persediaan bahan masakan, alatan yang digunakan dan kaedah memasak yang digunapakai...such as basuh telur dan kulit2nya sebelum masak....baca doa semasa memasak...mendoakan makanan menjadi rezeki yang diberkati Allah....bersih makanan bukan saja dari segi lahiriahnya tetapi juga dari segi batiniahnya....ermmm...yang ni mungkin masih tak boleh nak dipastikan kalau makan atau membeli makanan di luar...

3. Kualiti makanan berbanding kos...hehe.....such as kalau buat pizza di rumah....dengan kos serendah RM 5.00 dah boleh dapat pizza saiz regular (ermm....bahan ikut suka boleh letak....kalau suka more crabstick...letak banyak sikit....) yang biasanya dijual paling kurang pun RM 25.00 untuk satu pizza regular....jadi makanan yang dimasak ikut selera kita....bahan yang kita suka letak lebih....then boleh balance-kan due to 'pengoptimunan penggunaan bahan makanan mengikut piramid makanan'....so takdelah kes beli nasi dan ayam goreng serta telur goreng saja tapi tak nak beli sayur sebab sayur tak best....dah layu.....or harga sayur tak padan dengan kualiti sayur yang dimasak...so badan kurang serat....end up lama2 jadi tak sihat....

4. Tiada MSG...hoho....ni part paling best sebab sesi Chef Sabri di IKIM Jumaat lepas baru bagitau hal ni....makan di luar mesti guna MSG...kadang2 bergenggam2 MSG yang digunakan untuk menyedapkan makanan....hehe.....almost 5 tahun masak sendiri.....kat rumah saya masih belum pernah sekali pun membeli Pak 'Aji' ya....sebungkus garam halus harga RM 0.50 pun hanya akan habis selalunya selepas 8 bulan.....atau kadang-kadang hingga setahun....bukan sebab jarang masak, tapi sebab kawal penggunaan garam, gula dalam masakan or minuman....

5. Tambah ilmu.....sebab bila memasak....kita akan kenal sangaaaaattt banyak bahan masakan yang tidak dikenali sebelum ini.....so macam-macam kita boleh tau fungsinya, rupanya dan kaedah penggunaannya....hehe....then barulah boleh jadi chef di dapur sendiri - bak kata suami saya la.....dengan macam-macam makanan pelbagai rasa dan rupa yang boleh direka walaupun tanpa resepi....ilmu penyediaan pelbagai masakan pun ada juga....such as buat mi kuning, kuetiau dan laksa sendiri....

6. Untuk sihat. Sediakan buah sebelum makan....dan air kosong.....then makan dalam satu dulang dengan suami - boleh eratkan kasih sayang ni - untuk para suami isteri bolehlah cuba....banyakkan sayur dan kurangkan makan ayam, daging, telur......kalau boleh lebihkan makan ikan....cara masak lebih elok kukus, rebus dan bakar.....such as jika anda kukus sekeping daging burger....tanpa letak apa-apa bahan lain....boleh dapat minyak almost satu cawan....kalau goreng memanglah sedap.....tapi kuantiti minyak dalam makanan memang akan melampau2 banyaknya....masuk dalam badan, tu yang boleh jadi kolesterol dan tersekat pada arteri....

7. Eratkan kasih sayang suami isteri dan anak-anak.....air tangan isteri tak sama dengan air tangan mamak ya....

Errmmm....banyak lagi nak cerita. Tapi stop kat sini dulu. Suami pun asyik bertanya-tanya bila nak post entry ni....nak post entry ni dah ambil masa almost satu minggu lebih...


Next time kita sambung lagi kisah tentang makan di luar dan masak sendiri di rumah ni ya....

Semoga redha, rahmat, berkat dan kasih sayang serta perlindungan Allah sentiasa bersama kita semua di dunia dan di akhirat....insyaAllah...:)

24 August 2011

Persediaan Pra Raya

Kurang dari satu minggu, semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Idul Fitri, atau Hari Raya Puasa. Suatu sambutan kegembiraan bagi semua umat Islam, walaupun ada yang puasa tidak cukup sebulan, solat terawihnya cerlam-cerlum...dan yang paling utama mungkin masih belum pergi membayar zakat fitrah (sungguh menarik apabila dapat bersama-sama suami pergi membayar zakat fitrah bagi tahun ini....yang biasanya zakat fitrah untuk diri saya akan dilunaskan oleh emak, setelah arwah abah meninggalkan kami pada 2009...hati terasa sangat-sangat berbunga indah....sudah tahu ada orang yang lebih bertanggungjawab kepada diri ini...)

Sehebat mana atau seteruk mana pun puasa kita, biasanya sambutan dan persediaan untuk Hari Raya lebih hebat lagi. Kain langsir ditukar baru, alas kusyen ditukar baru, ada juga yang bertukar perabot baru, malah ada yang membeli rumah baru, kereta baru, kasut baru, baju baru, tudung baru....hmmm....segala serba serbi baru. Terus terang, jarang benar saya menyambut ketibaan hari raya seperti itu (membeli semua keperluan-keperluan baru) kerana keperluan sediada masih banyak dan boleh digunakan dengan elok. Saya tidak mahu memenuhkan almari saya dengan pakaian-pakaian yang banyak dan tidak digunapakai sepenuhnya. Suatu kiraan mudah yang biasa bagi pembelian pakaian dan keperluan kasut serta beg tangan seorang wanita :-

Kiraan untuk tempoh setahun :----

Sambutan hari raya idul fitri : 4 pasang baju baru
Sambutan hari raya idul adha : 2 pasang baju baru
Menghadiri kenduri kahwin (purata 10 kenduri kahwin setahun) : 10 pasang baju baru
Pakaian mengandung : 10 pasang baju baru
Majlis makan malam (purata 10 majlis makan malam setahun) : 10 pasang baju baru
Blouse untuk berjalan dan shopping dan bersantai : beli ikut suka, purata pembelian sebulan 2 helai...sudah 24 helai setahun
Tudung (ikut kiraan pembelian baju mengikut tema dan warna) : Purata 10 helai sebulan...err...setahu saya macam lebih pula apabila melihat trend kawan-kawan di pejabat membeli tudung...
Pembelian kasut : Selalunya ikut tema baju atau tudung (purata 2 pasang kasut sebulan) - 24 pasang
Pembelian beg tangan : Purata 1 beg tangan sebulan - 12 buah beg tangan

Ini cuma anggaran saya dari segi kuantiti mengikut kebiasaan yang saya lihat pada cara membeli seorang wanita normal zaman ini (saya akui saya memang sedikit tidak normal apabila masuk bab pembelian kasut dan pakaian dan beg tangan - contohnya : kasut ke pejabat saya dan kasut pergi berjalan-jalan saya hanya sepasang, yang seingat saya berharga dalam RM 195, jenama Alain Delon berwarna hitam dan saya beli pada tahun 2004 - sehingga kini masih saya gunakan setiap hari dan saya masih tidak membeli sebarang kasut baru untuk menggantikannya kerana kualitinya masih sangat elok...alah membeli, menang memakai...)

Hanya tentang kasut, saya rasa saya sudah banyak buat penjimatan. Saya tak perlu berbelanja purata RM 60 sebulan untuk membeli sepasang kasut baru setiap bulan, yang jika dikira setahun, saya akan berbelanja RM 720 ringgit hanya untuk kasut sahaja. Paling terbaik, rak kasut di rumah saya kecil sahaja...rak kasut yang dibeli pada tahun 2007 dengan harga RM 5.90...dan saya tidak memerlukan ruang banyak untuk menyimpan kasut-kasut saya. Penggunaan sangat optimum, dan saya merasa puas kerana tidak membazir dari segi keperluan yang boleh diminimumkan penggunaannya.

Sungguh, saya rasa jika ada pereka fesyen dan pereka kasut baca post saya kali ini, sudah tentu mereka akan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan cara hidup saya. Tapi, itulah saya. Bukan tidak mampu, tapi saya lebih suka bersederhana.

Masih saya ingat pada hari raya tahun lepas, sewaktu menggosok baju kurung yang biasa saya pakai untuk pergi bekerja...err...almost sudah 2 tahun saya gunakan baju kurung tersebut....makcik saya yang ada di sisi saya ketika itu menegur : cantiknya warna baju raya ni....nampak timbul je...(mudah bukan...bila kita lebih teliti dalam penjagaan pakaian dan barang-barang kita, yang lama pun akan nampak baru dan cantik)

Allah sendiri tidak menggalakkan kita membazir. Paling utama, membazir itu amalan syaitan. Saya suka membeli barang yang berkualiti (bukan berjenama ya...) walau terpaksa membayar lebih sedikit dan dapat digunakan lebih lama. Ruang jimat, masa jimat, duit pun jimat...dan yang paling utama....kita tak ikut amalan syaitan. Sudahlah di bulan puasa, kita sangat 'rajin' memenuhkan meja makan dengan makanan dari bazar-bazar Ramadhan yang kemudiannya lebih banyak yang dibuang dari dimakan...selepas Ramadhan berlalu pun, kita masih tidak kembali kepada fitrah....kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW...walau itu yang sepatutnya menjadi produk utama setelah Ramadhan berlalu...

Kembalilah kepada fitrah...dan tinggalkanlah Ramadhan yang akan berlalu bersama sikap-sikap yang lebih baik dan lebih diredhai Allah...semoga kita sentiasa diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-syurgaNya...insyaAllah...

**Tiga perkara yang saya mahu ingatkan kepada pemandu-pemandu jalan raya :-

1. Sila beri signal dalam jarak 50 meter dari simpang yang hendak kita masuki / keluar. Kebanyakan kenderaan di Malaysia sukar memberikan signal/isyarat kepada pemandu-pemandu lain.

2. Sila beri keutamaan kepada kenderaan di sebelah kanan anda, walaupun ia hanya sebuah motosikal kapcai. Undang-undang memandu di Malaysia yang selalu dilupakan, kenderaan di sebelah kanan anda lebih berhak jalan dulu dan anda yang duduk di sebelah kiri adalah perlu menunggu.

3. Kerap saya nampak, kenderaan yang dibawa di laluan kanan highway yang berhad laju 110km/j, atau laluan tengah akan membawa kenderaan dengan kelajuan yang sangat perlahan. Pernah saya jumpa, ada yang bawa 40km/j pun. Dalam kereta, penuh dengan ahli keluarga si pemandu. Tolong faham, jika anda sangat perlahan, sila duduk di laluan paling kiri. Jika tidak, anda boleh menyebabkan traffic jammed di belakang anda.....dan selalunya anda juga akan menjadi penyebab kepada kemalangan dan meragut nyawa orang lain, tanpa anda sedari.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

08 August 2011

Ugutan Kanak-Kanak?

"Auntie, temanlah saya....saya takut....", pohon seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang naik di dalam lif bersama saya. Kanak-kanak berpakaian hijau PASTI itu pastinya baru pulang dari sekolah bersama seorang sahabat lelakinya yang sudah saya 'paksa' keluar di tingkat 1 tadi.

Ya, kanak-kanak lelaki itu, saya terpaksa memaksanya keluar di tingkat 1 (rumahnya) walaupun semasa mula-mula masuk ke dalam lif, kanak-kanak perempuan itu menutup button nombor 1 dengan tapak tangannya dari ditekan oleh kanak-kanak lelaki tersebut, yang kemudiannya saya yang menekan button nombor 1 itu.

Sejujurnya, ia suatu keberanian seorang kanak-kanak 'mempengaruhi' kanak-kanak seusianya. Saya mendengarnya pun hanya sepintas lalu, namun tanpa saya sangka ia mempunyai impak besar kepada saya. Rasa mahu melindungi, rasa mahu membetulkan, rasa mahu mendidik, rasa mahu berdoa....semuanya bersatu dalam diri saya. Termasuk juga rasa sedih. Dia, mereka, kanak-kanak zaman ini merupakan generasi selepas saya. Pelapis Islam.


Tiba sahaja di hadapan lif, saya segera menekan butang 'naik' dan menunggu, kerana lif masih berada di tingkat 7. Mulanya saya tidak menghiraukan bualan 2 orang kanak-kanak di sisi saya yang sama-sama menunggu lif, tapi kemudiannya saya mula tertarik...

Kanak-kanak lelaki : Nanti emak aku marah, ayah aku pun marah....emak aku tak bagi...

Kanak-kanak perempuan : Alahhh.....emak kau bukannya tahu. Jangan bagitau dia....

Kanak-kanak lelaki : Mana boleh macam tu...tak bolehlah macam tu...

Kanak-kanak perempuan : Kalau engkau taknak, nanti aku bagitau cikgu....

Kanak-kanak lelaki : Bagitau apa?

Kanak-kanak perempuan : Errmmm...jangan bagi engkau jajan lagi....coklat....gula-gula....kalau cikgu bagi pun, semuanya aku nak....

Kanak-kanak lelaki terdiam dan berjalan hingga ke balik dinding. Kanak-kanak perempuan mengikutnya dengan 'wajah penuh yakin'.

Pintu lif pun terbuka.

Saya segera memanggil mereka berdua : Jom....dah....dah....masuk....

Setelah kedua-duanya masuk, selepas isnsiden 'button lift' yang saya ceritakan di atas, kepada kedua-duanya saya tanyakan, samada emak mereka ada di rumah atau tidak. Alhamdulillah, emak mereka berdua tidak bekerja. Lalu saya bertanyakan umur, dan puasa mereka.

Kanak-kanak perempuan : (angguk) saya puasa penuh

Kanak-kanak lelaki : tipu...semalam dia tak puasa....dia ada makan semalam...

Saya : Jadi, adik puasa penuh tak?

Kanak-kanak lelaki : (angguk) mak cakap puasa sampai petang....semua penuh...

Kanak-kanak perempuan. Tidak ada riak di wajah bersalahnya. Tidak ada perubahan air muka walau sekelumit. Dimanakah rasa malunya? Sedangkan setahu saya, anak-anak 6 tahun zaman kini sudah boleh merasa dan memikir dengan baik.

Button yang ditekannya 'nombor 7'. Sebelum keluar dari lif, saya berpesan : Puasa tau lepas ni. Kena puasa penuh. Bukan sebab raya, tapi sebab taknak Allah marah.

Cukuplah untuk hari ini...

02 August 2011

Puasa 100%

Assalamualaikum warahmatullah...

Teruja saya, menyambut tahun keempat tinggal di rumah saya pada 1 Ramadhan 1432H yang telah berlalu, yang selama 3 tahun ini saya hanya menyambutnya berseorangan...dan kini sudah ada orang yang menjaga saya dan menemani kehidupan saya di rumah ini. Alhamdulillah.

Sudah melepasi 1 Ramadhan. Selamat berpuasa dan semoga dapat melakukan semua amalan ikhlas penuh khusyuk dan terbaik yang diredhai Allah di bulan yang mulia ini. Semoga dapat bertemu lagi Ramadhan yang selepasnya dan selepasnya dan selepasnya....dan seterusnya....insyaAllah...jangan hanya fokus pada sambutan 1 Syawal setelah melepasi 10 hari di bulan Ramadhan.....jangan.....jangan....jangan....


Pagi ini, seperti biasa saya mendengar celoteh DJ di radio IKIM. Hal yang menarik minat saya adalah lelucon biasanya saja yang menyebut lebih kurang begini - pastikan sehingga petang, sehingga waktu berbuka puasa....nilai puasa kita masih gred A...masih 100% dan tidak berkurang kualitinya...


Saya terkesan hanya dengan satu perkara...walau jika dihitung dan difikir-fikirkan, masih banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan. Tapi, saya hanya mahu cerita satu perkara saja...

Petang semalam, saya keluar dari pejabat pada pukul 4.40 petang. Ya, seperti biasa petang di bulan puasa, memang sangat sibuk, sesak dan mencemaskan. Ramai yang balik awal (ya, bagi kakitangan kerajaan yang boleh memilih waktu anjal, di saat bulan begini memang ramai yang akan memilih untuk balik pada 4.30 petang dan tiba di pejabat sebelum 7.30 pagi...).

Saya tidak hirau kesesakan atau traffic jammed - itu memang normal.
Saya tidak hirau ramainya orang yang memikirkan makanan dan minuman dan persediaan berbuka serta bersibuk-sibuk dengannya - itu memang normal.
Saya tidak hirau orang di sekeliling saya yang mahu cepat - itu memang normal.

Tapi...saya sangat-sangat menghiraukan keselamatan. Bukan saja keselamatan saya, tetapi juga keselamatan orang lain, terlebih para pemandu-pemandu dan pengguna jalan raya.

Pada petang semalam, banyak kenderaan dibawa dengan sangat laju. Masing-masing berkejar, tapi hanya memikirkan hal sendiri. Tidak hirau undang-undang jalan raya, tidak hirau pengguna jalan raya yang lain. Mungkin bimbang jualan makanan di bazar Ramadhan akan habis, atau ada yang mahu mengambil anak-anak, atau ada yang mahu menjemput isteri.

Masing-masing nampak tidak sabar.

Langsung, bila sudah tidak sabar...walau ditahan-tahan dari pagi hari, di mana sebenarnya kualiti puasa kita setelah habis waktu pejabat? Bertempiaran pahala-pahala puasa kita di jalan raya - membahayakan orang lain, mementingkan diri sendiri, tidak sabar dll lagi. Apabila tiba di rumah, adakah yang 100% nilaiannya tadi masih 100%, atau sudah jadi 2% sahaja?

Fikir-fikirkan....di mana kualiti puasa kita? Adakah pada makanan yang kita makan semasa berbuka, atau pada pantasnya kita dapat tiba di rumah pada bulan puasa....atau bagaimanakah?

Allah Maha Adil. Jangan risau dan jangan bimbang. Kalau kita mahu cepat dan ada niat yang baik, Allah akan bantu kerana Allah Maha Menolong. Pelbagai keajaiban akan muncul. Tidak perlu gelabah, tidak perlu panik, tidak perlu risau, tidak perlu gelisah. Usahakan bersama sabar, ikhlas dan senyum....selebihnya biar Allah yang uruskan...

Pastikan...puasa kita masih 100% di saat azan Maghrib berkumandang. InsyaAllah.

17 July 2011

Solar Apple

Pernah nampak 'solar apple' yang sering diletakkan dalam kereta dan selalunya dihiasi dengan bunga atau rama-rama....cantik kan?

Bestnya kalau boleh jadi macam apple tersebut....duduk diam sunyi sepi tapi bila orang tengok boleh terhibur....

Hmmm......tapi tak ramai orang macam tu dalam dunia sekarang kan?

13 July 2011

Kita Selalu Lupa dan Lalai

Assalamualaikum warahmatullah...

Terdetik di minda hari ini.
Melihat dunia dan isinya.
Masing-masing menunjukkan belang...
Masing-masing menunjukkan kuasa.

Masing-masing telah terlupa...
siapa yang paling berkuasa...

terlupa kepada Yang Maha Kuasa.

Ya....tanpa kita sedar, setiap detik...setiap saat...sebenarnya kita berada di bawah kawalan dan kekuasaan Allah Taala...

Kita dapat berjalan kerana Allah Yang Maha Berkuasa memberikan kita kaki. Ada juga yang tiada kaki, namun masih diberikan peluang...menggunakan idea dari Allah jua untuk memiliki kaki palsu....atau kerusi roda...

Kita dapat makan kerana Allah Yang Maha Kuasa memberikan kita mulut, lidah dan gigi. Ada juga yang tiada gigi...pun Allah memberikan idea kepada manusia untuk mencipta gigi palsu...

Kita dapat memegang kerana Allah Yang Maha Kuasa memberikan kita tangan...

Kita dapat berfikir kerana Allah Yang Maha Kuasa memberikan kita akal...

Kita dapat bernafas kerana Allah Yang Maha Kuasa memberikan kita oksigen dan hidung...

Dan tidak sekali-kali Allah menarik kesemua pemberian itu dalam sekelip mata walaupun hati kita sudah hitam berselaput dosa-dosa yang banyak....

Kerana Allah Yang Maha Kuasa jua Maha Pengampun....Dia memberikan kita peluang untuk bertaubat pula...sebelum kematian menjemput kita....

Tapi kita jarang sedar. Kita selalu fikir kita akan hidup lama, tapi kita tidak ingat yang kematian sangat hampir kepada kita...siapa boleh tahu yang pada tarikh 1 Januari 2012 kita masih hidup lagi? Masih bernyawa lagi? Duduk di dalam kubah besi bersimenkan konkrit pun, jika Allah Yang Maha Kuasa telah memutuskan kematian seorang hambaNya pada masa yang tertentu....maka hambaNya itu tetap akan mati...

Kita sering lalai....

Kita sering lupa...

Kita sering alpa...

Bila kita mahu sedar? Mati nanti aset kita cuma kain kapan dan papan lahat sahaja....kalau mahu bawa amalan yang baik dan diredhai Allah, kenapa masih tidak berubah...ikut Al Quran dan sunnah?

Kita saja suka-suka meletakkan diri kita dalam kelalaian...kan?

08 July 2011

Bahagia dan Sempurna

Jarang saya menulis di blog ini sekarang, walhal masa senggang di rumah agak banyak. Mungkin jua kerana saya tidak boleh duduk tetap di satu tempat dalam masa yang lama, jadi laptop ini sekadar jadi tempat saya pandang-pandang seketika, baca akhbar dan kemudian terus ditutup sahaja.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar, hampir dua bulan saya begini. Semoga Allah melindungi saya, suami saya, ibu saya dan semua ahli keluarga saya serta semua kaum Muslimin dan Muslimat di dunia ini samada yang belum dilahirkan, yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia dari kejahatan dunia dan keburukan akhirat dan sentiasa memudahkan urusan dunia dan akhirat saya dan semuanya...insyaAllah...amiinnn.

Duduk-duduk di rumah, saya terkesan pada satu ceramah motivasi yang saya dengar di radio IkIm.fm beberapa hari yang lalu. Saya terlupa nama penceramahnya, namun kisah yang dinyatakan di dalam ceramah itu mencuit hati saya. Sangat-sangat mencuit hati saya, dan saya mahu berkongsi kisah itu di sini. Begini kisahnya, dan saya ringkaskan sedikit ceritanya.....

Terdapat seorang wanita yang sentiasa berfikir untuk menjadi seorang yang sempurna. Serba serbi sempurna dan elok di pandangan matanya. Apa saja dalam kehidupannya, akan dilaksanakan dengan sesempurna dan paling baik yang boleh dilakukannya. Sehinggalah dia berkahwin dengan seorang lelaki, dalam suatu majlis perkahwinan yang benar-benar sempurna dan dirancang dengan sangat teliti. Mereka pun tinggal di sebuah rumah yang mendapat sentuhan terbaik wanita ini. Semua isi rumahnya kemas dan nampak sentiasa sempurna. Tiada habuk, tiada sebarang cacat cela. Dia memang sangat rajin menyempurnakan keindahan dan kebersihan rumahnya.

Setelah beberapa lama berkahwin, wanita itu pun disahkan mengandung. Pasangan suami isteri tersebut berasa sangat gembira. Lalu, wanita ini pun menyediakan sebuah bilik di dalam rumahnya untuk bayi tersebut. Susunan pakaian kanak-kanak di dalam bilik itu sungguh hebat. Pakaian sudah dibeli hingga bayi tersebut berusia 6 bulan. Segala kelengkapan permainan juga sudah tersedia dari usia bayi hanya belajar memegang, hinggalah kepada sudah boleh mengenal huruf. Semuanya sempurna, walaupun bayi tersebut masih belum lahir lagi.

Selepas beberapa bulan, bayi tersebut pun dilahirkan. Seorang bayi lelaki. Alhamdulillah, sempurna sifat dan segalanya. Wanita dan suaminya merasa sangat gembira.

Selepas dua tahun, barulah terserlah sifat kanak-kanak lelaki tersebut. Sifat yang sangat-sangat berbeza dari ibunya. Apabila dia nampak suratkhabar atau kertas, dia akan segera mengoyak-ngoyakkan suratkhabar tersebut menjadi ceraian kecil-kecil. Langsir akan ditarik, kain akan direnyuk-renyuk dan disepah-sepahkan, dan semuanya akan dibuat pada setiap masa. Hanya apabila dia tidur sahaja, barulah hal-hal tersebut tidak akan berlaku. Ini memang sangat-sangat membuatkan ibunya merasa marah kepadanya. Lalu, kanak-kanak kecil ini selalu sahaja dipukul dan dicubit oleh ibunya. Walaupun begitu, naluri kanak-kanak mungkin, selepas dimarah dan dipukul serta dicubit pun, kesukaan itu masih jua dilakukannya.

Hinggalah pada suatu hari, terdapat seorang sahabat lama wanita itu menelefon dan mahu singgah menziarahi wanita itu dan keluarganya. Oleh kerana lama tidak berjumpa dengan sahabatnya, lalu wanita itu pun berhempas pulas membersihkan keseluruhan rumahnya dengan sesempurnanya. Kemudian, dia pun masuk ke dapur dan memasak makanan untuk sahabatnya itu. Siap sahaja memasak, dia pun mula mengangkat hidangan yang dimasak ke ruang tamu rumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat anaknya yang berusia 2 tahun itu sedang mengoyak-ngoyakkan kertas suratkhabar. Bantal-bantal berjatuhan, dan langsir-langsir telah tertarik serta terjatuh. Ruang tamu rumahnya menjadi porak peranda.

Sebaik saja melihat keadaan tersebut, wanita itu segera menjerit. Anak kecil itu yang sudah tahu apa yang akan dibuat oleh ibunya segera berlari dan dikejar oleh ibunya dengan selaju-lajunya. Dalam sedar tak sedar, wanita itu terdengar satu dentuman yang kuat dan terasa wajahnya sangat basah. Apabila dia menyapu wajahnya, didapati tangannya penuh dengan darah. Apa yang dia nampak selepas itu adalah anaknya yang sudah tergolek di tengah jalan dengan darah yang penuh bercucuran.

Pada ketika itu....ya....pada ketika itu, hilang rasa marahnya. Terus dirangkul anaknya, dimasukkan ke dalam kereta dan terus dibawa anaknya itu ke hospital. Saat itu, tiada apa yang ada di hatinya...cuma doa...Ya Allah...aku bukan ibu yang terbaik, tapi Kau selamatkanlah anakku...jangan ambil nyawanya Ya Allah....selepas ini aku akan menjadi ibu yang terbaik untuk anakku ini...ya....hanya itu saja yang ada di dalam hatinya ketika itu. Dia berdoa berulangkali sehinggalah apabila dia ternampak doktor yang merawat anaknya keluar dari bilik rawatan. Doktor itu cuba tersenyum dengan tenang, menenangkan hati wanita itu.

Bagaimanapun....Puan, maafkan kami. Anak puan telah meninggal dunia....dan pada ketika itu, seolah-olah dunia sudah tiada di dalam pandangannya.

Pada waktu malamnya, wanita itu terjaga dari tidurnya. Dia pun menyelongkar tong sampah di rumahnya dan mengeluarkan cebisan-cebisan kertas suratkhabar yang dikoyakkan oleh anaknya, dikumpulnya sebanyak-banyaknnya dan dibawa ke dalam rumahnya. Sambil air matanya mengalir, cebisan-cebisan kertas itu ditabur di dalam ruang tamu rumahnya.

Barulah dia terasa...itulah sebenarnya kebahagiaan hidup yang selama ini dilihatnya sebagai suatu keburukan....


***Kisah yang sangat-sangat mencuit hati saya. Semoga saya akan sentiasa mengingati kisah ini di sepanjang perjalanan hidup saya. Anak adalah amanah Allah. Bahagia bukannya dengan memiliki kehidupan yang sempurna, tetapi perasaan bahagia akan datang dan akan mewujudkan rasa kesempurnaan...insyaAllah...

Kisah ini hampir sama dengan kisah yang pernah saya baca beberapa tahun dahulu...seorang lelaki yang baru membeli kereta baru dan membawa keretanya balik ke rumah. Semasa dia sedang berehat, anak gadis kecilnya mengejutkannya dan menunjukkan lukisannya sambil bertanya....cantik kan ayah? dengan wajah comelnya. Pun, lukisan itu rupanya hanyalah contengan-contengan kasar oleh sebatang paku karat di badan kereta baru ayahnya. Ya, si ayah mengamuk dan menikam-nikam tangan si anak dengan paku karat tersebut. Meraung-raung si anak kecil tersebut, tapi ayahnya tidak meghiraukan raungan dan tangisan anaknya.

Selepas beberapa hari, luka di tangan anaknya semakin merebak kerana paku karat tersebut. Apabila dibawa berjumpa doktor, didapati tangan anaknya terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan semakin teruk. Meraunglah pula si ayah...tangan si anak mana ada galang gantinya sedangkan jika cat kereta yang tercalar masih boleh dicat baru....

Kita sering terlupa dan terlalai...dan setelah kita tersedar...hanya ada rasa sesal dan masa yang sudah tidak boleh diputar balik....

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua...insyaAllah...

18 June 2011

Sambung Yang Lama Pergi

Alhamdulillah. Kembali online...with my new equipment! Alhamdulillah...

Sungguh. Cuti yang panjang terasa sangat-sangat membosankan tanpa dapat menyebarkan maklumat kepada dunia luar. Hmmm...

1. Cuti panjang (no detail....nanti jadi fitnah dan ruang untuk orang2 lain memperbesar cerita pulak...)
2. My loving hubby is here already....alhamdulillah....
3. Got new equipment....alhamdulillah...(semalam...hehehe....)
4. Tadi sahabat terkarib di hati, jiwa, iman dan perasaan hantar mesej....dah selamat melahirkan bayi sulungnya...bayi lelaki di Kajang, Selangor....alhamdulillah...
5. Isnin nanti nak kena buat satu proses mengerikan yang tak pernah buat sebelum2 ni...harap2 dimudahkan dan dilindungi Allah...insyaAllah...
6. Hari ni...pagi tadi berjaya proses mee kuning sendiri di dapur saya sendiri...plan nak buat mee rojak hari ni....(my hubby yang memproses sementara saya jadi supervisor yang memberikan arahan je....apa nak buat....terpaksa....)
7. Oh....lama sungguh saya dah tak pi mengajar....rindunya kat anak-anak murid saya...

Semoga Allah memudahkan saya dalam semua urusan dunia wal akhirat dan sentiasa meredhai saya, suami saya, keluarga saya dan semua muslimin dan muslimat di dunia ini....insyaAllah...

27 April 2011

Semoga Redha Allah Mengiringi Kami

Alhamdulillah.

Segalanya dimudahkan dan dilindungi Allah. Jua diredhai Allah. Alhamdulillah.

Setelah lebih sebulan saya tidak mengemaskini blog saya. Ya...kesibukan yang sangat melampau kerana dalam masa yang agak singkat untuk menguruskan proses-proses untuk menjadi seorang isteri dan diijabkabulkan dengan suami tercinta pada 19 Mac 2011 sekitar pukul 9 pagi di sebuah masjid di selatan tanah air.

Perkenalan yang lama memakan masa berbelas-belas tahun, dan kami dipertemukan semula oleh Allah untuk menjadi suami isteri yang dipenuhi rahmat Allah dan kasih sayang Allah. Maha Besar Allah dan luasnya kasih sayang Allah di dalam mengikat hati kami berdua dengan penuh rasa cinta dan rindu yang teramat...walaupun dalam sela masa panjang yang telah berlalu.










Semoga pernikahan ini dan hubungan suami isteri yang telah terbina ini akan sentiasa dilindungi, dimudahkan dan diredhai Allah di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa mengurniakan ketenangan, keikhlasan, kesabaran, nur, hidayah, berkat dan rahmat di dalam pengisian jiwa-jiwa kami bagi membolehkan isi pernikahan ini sentiasa dihayati kerana Allah jua. Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa kami hamba-hamba Allah yang lemah ini di sepanjang penghidupan kami supaya kami berdua akan beroleh keimanan di akhir hayat kami sebelum bertemu denganNya...semoga kami dijauhkan dari azab kubur dan didekatkan ke arah pintu-pintu syurga...semoga Allah mengkabulkan doa-doa kami...insyaAllah...

11 March 2011

Really Miss It!!!

Saya baru habis mesyuarat. Oppsss...pukul 1.05 petang. Tepu. Mesyuarat bermula pukul 9 pagi, dan it is a non-stop meeting. Sepatutnya rehat bermula pada pukul 12.15 petang. So, sekarang....konon-kononnya adalah masa untuk merehatkan diri sementara masuk waktu Zuhur.

Sekadar gambar hiasan

Tiba-tiba...macam masa-masa di Sabah juga dulu...di waktu-waktu begini...I miss my home! Really miss my home...ohhh....kalau belum pukul 1 tengahari, mahu juga saya redah balik ke rumah. Bukannya jauh sangat pun, tapi memikirkan banyak perkara lain yang nak dibuat sebelum bercuti panjang...badan yang tak dapat rehat yang mencukupi....lalu saya batalkan hasrat itu.

But...deep in my heart...I really miss my home!!! Rumah baru tinggalkan pagi tadi pun dah dirindui bagai nak rak...sungguhlah saya ini....

Tapi...itulah rumah saya...itulah syurga saya sejak 1 Ramadhan 1428H....suasana yang amat saya rindui...walaupun semasa saya bercuti di luar negara....sungguh...itulah dunia kesukaan saya...my home sweet home!!!

02 March 2011

Sabar itu Wajib

Perjalanan ke Genting Highlands hari ini terasa kosong. Minda agak bercelaru. Banyaknya urusan, penuhnya masa saya dengan pelbagai task yang masih belum diselesaikan. Pun, apabila salah seorang kakak di pejabat yang mengikut saya memberitahu tentang salah satu isi kuliah agama yang pernah didengarnya, saya menjadi teruja.

Sabar itu WAJIB.

Sabar itu memang luar biasa. Orang yang sabar, banyak kebaikannya, bukan saja kepada dirinya, tetapi jua kepada persekitarannya. Pun bila ia dikaitkan dengan hukum, saya sangat-sangat teruja.

Wajib : Perkara yang dibuat akan mendapat pahala dan jika tidak dibuat akan mendapat dosa.

Lalu saya terfikir, jika ada kes sebegini sebagai contoh :-

Kes 1 : Seorang insan yang miskin dan lapar bersabar dengan kehidupannya. Dia berusaha dan bekerja walaupun hasilnya amat sedikit berbanding keringat yang telah digunakannya. Dia redha dengan rezeki yang halal yang diterimanya, walaupun pasti dia tidak boleh semewahnya menikmati kehidupan di dunia ini.

Kes 2 : Seorang insan yang miskin dan lapar tetapi tidak bersabar dengan kehidupannya. Kerana ketidaksabarannya itu, dia mula mencari jalan untuk mendapatkan kemewahan dengan jalan singkat. Dia meragut, menyamun, merompak, mencuri hingga melakukan pembunuhan semata-mata ingin memenuhi kehendak hatinya. Walaupun rezeki yang diterimanya tidak halal, namun dia tidak merasa bersalah dengan apa yang dibuatnya.

Kes 3 : Seorang insan yang miskin dan lapar tetapi tidak bersabar dengan kehidupannya. Dia tidak meragut atau mencuri dan tidak berusaha untuk menambahkan rezekinya, tetapi di hatinya timbul rasa dengki dan iri hati kepada insan lain yang lebih berjaya dan lebih mewah dari dirinya. Hidupnya dipenuhi keluh kesah, dan dia tidak pernah bersyukur kerana masih diberikan Allah peluang untuk bernafas di dunia ini. Mulutnya dan hatinya sentiasa berfikiran negatif dan tidak pernah sunyi dari berfikiran buruk kepada persekitarannya.

Beberapa kes yang saya terfikir di saat ini, bagaimanapun konteks sabar itu sangat luas sebetulnya.

Merujuk kepada beberapa kes tersebut, dapat saya simpulkan makna 'wajib'. Sabar itu wajib, kerana tanpa sabar ia akan mengundang kepada sikap-sikap lain yang tidak diredhai Allah. Jika sikap-sikap buruk itu tidak diredhai Allah dan terhasil kerana ketidaksabaran kita dalam menghadapi pelbagai ujian dan nikmat Allah di dunia ini, maka menggunapakai sikap-sikap buruk itu memang akan berdosa kepada Allah.

Jadi, sabar itu.....wajib. Membuatnya dan mempraktikkannya akan mendapat pahala yang amat banyak. Mengamalkannya akan membersihkan hati, memberikan ketenangan jiwa, meningkatkan kualiti iman dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah Yang Maha Esa.

Sabar itu....separuh dari iman.

Semoga ada redha Allah mengiringi setiap saat perjalanan hidup kita dan amalan kita di dunia ini. InsyaAllah.

28 February 2011

Mencari Hikmah di Sebalik Musibah

Pagi tadi saya bangun seperti biasa. Solat dahulu, kemudian menggosok baju, dan kemudian baru mandi. Cadangan : mahu buat roti telur (oh...sangat lapar sebab seharian semalam cuma makan sebiji buah belimbing, dua keping roti putih, tiga ketul roti jala dan 4 ketul kuih sahaja...jeng jeng....1 2 3 4.....).

Siap mandi, jam sudah 6.45 pagi. Biasanya mesti baru pukul 6.38...atau 6.40 pun still ok. Aduss!! paling lewat pun 6.55 mesti sudah ada di atas jalanraya. Kalau tidak, sure akan tersekat dalam traffic jammed. So, roti telur tidak sempat buat. Paling best, apabila tiba di ofis, roti butterscotch yang ada di atas meja di rumah pun saya terlupa nak ambil!

Lalu, plan diubah mahu beli makanan di kafe. Tiba-tiba.....ada seorang kawan sepejabat lalu di hadapan bilik saya dan menyatakan kafeteria tutup pada hari ini. Oh! Kalau cuti sekolah logik juga tutup...kenapakah? Hati mengharap kehadiran seorang kakak sepejabat membawa bekal juga berkubur apabila dia tiba di hadapan meja saya dan menyatakan yang dia tidak memasak apa-apa pagi ini.

Lalu, kami berdua ke perhimpunan bulanan. Biasa akan ada kuih dua ketul dan air mineral. Pun, sebaik saja saya buka bekas makanan yang diberikan, isinya adalah pulut kuning dan rendang ayam. Oh! Sudu pula tiada di tangan. Majlis pula hampir bermula. Perut sangat lapar, sudah berbunyi-bunyi...namun makanan itu hanya mampu dipandang sahaja. Mahu makan, tangan akan jadi kotor. Dalam dewan besar dan luas, mana mahu mencari cucur air untuk membasuh tangan.

Tiba-tiba pula, boss saya menelefon dan menyatakan saya perlu menghadiri mesyuarat di tapak projek bersama beliau. Tapak projek pembinaan yang baru bermula, so sangat becak dan lecak. Saya pula hanya berbaju kurung dengan kain yang labuh dan terbuai-buai ditiup angin. Sangat tidak sesuai ke tapak projek yang masih banyak kerja tanah dengan berpakaian begitu. Habis rosak kasut. Kalau tahu dari awal, saya ada safety boot sendiri yang boleh saya pakai. Memang kasut ke tapak yang sudah lama tidak dipakai. Sejak balik dari Sabah.

Usai mesyuarat, saya balik semula ke pejabat. Sedang duduk-duduk dan menulis, dua orang rakan sepejabat masuk ke bilik saya dan menjemput saya memberikan pandangan dalam sebuah mesyuarat projek yang dihandle oleh mereka. Gaya ala-ala advisor je. Pun, jadi lebih tension apabila melihat segelintir rakyat Malaysia yang masih cuba menekan projek-projek kerajaan untuk kepentingan diri sendiri.

Selesai mesyuarat dan menguruskan beberapa hal pejabat, saya pun terfikir untuk bertolak balik ke rumah. Sudah lewat benar, lalu saya memutuskan untuk menunda kelas mengajar saya. Tiba-tiba.....dammmm!!! Adussssss!!! Cepat-cepat saya berhenti. Body-kit bahagian hadapan kereta saya tercalar teruk. Ia tidak pernah tercalar atau menyentuh apa-apa walau sekali pun, sepanjang ia digunakan oleh saya. Huh!!!! Cisss!!! Uarghhhhhhhhhhh!!!!

Terus takde mood. Itulah kisah hari ini yang banyak menguji kesabaran saya. Semoga ada hikmahnya, insyaAllah....

Esok, apakah pula? Mesyuarat di tempat lain.....projek yang saya tidak suka....pemikiran yang tidak saya persetujui. Be positive.....esok tak perlu masuk ofis!!!! :-)

12 February 2011

Sistem Komunikasi Yang Tidak Lancar : CELCOM

Celcom yang sangat kelakar.

Sejak 2001 hingga 2005 saya merupakan pengguna postpaid celcom yang sangat setia. Dengan penggunaan panggilan bulanan saya sebanyak lebih kurang RM 30 sahaja, saya terpaksa membayar ‘hidden cost’ yang tidak diketahui puncanya dan setiap kali bil bulanan tiba, nilai bil pasti sehingga RM 100 atau lebih dari itu. Cukup adil kan? Guna RM 30 dan bayar RM 100 atau lebih.

Celcom memang sangat pandai. Pandai mengambil hak orang lain tanpa disedari.

Pun, saya merupakan ‘pembayar’ yang sangat bagus. Tidak pernah komen pun untuk nilai yang perlu dibayar melebihi amaun penggunaan. Oleh kerana tidak mahu berulangkali membayar bil celcom samada di pejabat pos atau di branch celcom terdekat, jadi selalunya saya akan membayar amaun yang lebih dari bil, selalunya sekitar RM 300, walau bil saya cuma bernilai RM 100 untuk bulan-bulan tertentu. Selepas itu, selama dua bulan atau tiga bulan, bil saya akan menunjukkan nilai yang negatif. So, tak payah pergi bayar bil, walaupun bil tiba di rumah setiap bulan. Dan, saya tidak berhutang apa-apa. Sungguh, saya memang pembayar yang sangat bagus.

Pun, semasa di penghujung 2005, saya merasakan pembaziran yang sangat banyak dengan membayar hidden cost yang entah apa-apa. Lalu, saya berkeputusan untuk menggunakan prepaid DiGi sahaja. Lalu, saya ke celcom untuk menamatkan perkhidmatan postpaid yang entah apa-apa tersebut. Walau dipujuk berulangkali oleh pekerja celcom di branch celcom tersebut, saya tetap muktamad dengan keputusan saya untuk menamatkan perkhidmatan celcom tersebut.

Paling best, setelah dibuat semakan sebelum talian postpaid saya ditamatkan, Celcom ‘berhutang’ dengan saya sebanyak lebih kurang RM40. Yalah, saya kan pembayar yang bagus. Selalu bayar melebihi amaun, walaupun celcom tidak pernah memberi kredit apa-apa kepada saya. Oleh itu, pihak celcom di branch tersebut pun memberitahu bahawa duit saya akan dipulangkan dengan menggunakan cek.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SEJAK TAHUN 2005 SEHINGGA SEKARANG - SUDAH TAHUN 2011, CEK TERSEBUT TIDAK PERNAH SAYA TERIMA. LAMA SUNGGUH CELCOM “BERHUTANG” DENGAN SAYA DAN NAMPAKNYA CELCOM “TIDAK BERNIAT” PUN UNTUK MEMBAYAR HUTANG TERSEBUT. DAH JADI DARAH DAGING SIAPA AGAKNYA “DUIT HARAM” TERSEBUT. KENAPA “DUIT HARAM”? TENTULAH DUIT HARAM KERANA ITU DUIT SAYA TETAPI CELCOM TIDAK MEMULANGKAN DUIT SAYA DAN MEMBAYAR GAJI PEKERJANYA DENGAN MENGGUNAKAN DUIT SAYA YANG MASIH BELUM SAYA HALALKAN PUN. WALAU SETAKAT RM 40, NILAI ITU MAMPU MEMBELI BERJUTA-JUTA BIJI SAWI...HAHA...KENAPA SAYA SEBUT BIJI SAWI? SEBAB, ALLAH AKAN MENILAI SEBESAR-BESAR AMALAN WALAUPUN AMALAN TERSEBUT SEBESAR BIJI SAWI...SO, NAK TUNGGU JUGA DI AKHIRAT NANTI BARU NAK BAYAR KAT SAYA KOT...

Walhal, saya tidak bertukar alamat dan rumah yang saya duduki ketika itu memang 24 jam mempunyai penghuni kerana kakak ipar saya adalah suri rumah sepenuh masa. Lagipun, bukankah bila ada pengguna berhutang dengan celcom, cepat saja celcom menghantar surat amaran kepada pengguna tersebut. Kenapa bila celcom yang berhutang dengan pengguna, lembabnya celcom nak bayar balik hutang tersebut. Nampak sangat ketidakadilan wujud di situ. Bagaimanalah celcom bekerja agaknya?

Pun, dalam kesibukan, saya abaikan saja RM 40 tersebut kerana kerja saya memang sangat-sangat sibuk. Untuk pergi ke branch celcom, jawapannya tentu saja sama. “Kami akan hantar cek” – oh! Celcom sangat kelakar! Saya sudah boleh bayangkan....

Pun, sejak 2009, saya mula menggunakan broadband celcom kategori RM98 sebulan pula. Kenapa broadband celcom? Setelah saya membuat siasatan, saya mendapati bahawa broadband yang boleh dicapai di kampung saya hanya celcom sahaja. Jadi, bila dua tiga hari duduk di kampung, tak adalah duduk saja-saja tanpa talian internet. So, nak tak nak 'terpaksa' lah juga menggunakan celcom dan sentiasa berharap dan berdoa di dalam hati supaya tidak ada masalah lagi setelah bertahun-tahun tidak menggunakan celcom. Mungkin celcom dah perbaiki sistem dan dah lebih efisien, kalau tak takkan makin luas kawasan celcom kan, itulah yang terdetik di hati saya - 'after so many years, hopefully celcom dah lebih efisien...'

Mulanya, saya membayar bulan-bulan di pejabat pos untuk broadband saya. Namun, bila celcom memperkenalkan ‘bayaran melalui telefon dengan menggunakan nombor kad kredit’, saya yang selalu sibuk sangat mengalu-alukan cara tersebut. Bulan pertama dan kedua, pembayaran saya lancar. Masuk bulan ketiga, celcom careline memaklumkan ‘bayaran saya ditolak dan perlu menghubungi bank di mana kad kredit saya dikeluarkan’.

Apabila saya menghubungi bank, saya dimaklumkan bahawa bayaran tersebut tidak ditolak pun oleh celcom. Celcom menerima dan mengambil bayaran sebanyak RM98 tersebut. Apabila bil kad kredit tiba,saya pun mencari ruang untuk pergi ke branch celcom dalam kesibukan saya dan menunjukkan bil kad kredit tersebut yang menunjukkan ‘celcom telah mengambil RM98 saya untuk bayaran broadband saya’. ‘Bukti’ tesebut dibuat salinan dan diambil oleh pihak celcom. Malah, bukan setakat itu saja, ruang lapang saya di branch tersebut membuatkan saya membuat bayaran advance sebanyak lebih kurang RM700 bagi broadband saya kerana saya malas mahu melayan kesibukan saya dan pergi membayar bil celcom lagi.

Hasilnya?

2 ke 3 hari selepas itu celcom careline menelefon saya dan memaklumkan ‘ kami memerlukan bukti bahawa RM98 tersebut telah dichargekan kepada kad kredit tuan’. Haha! Saya mahu tergelak atau apa....lalu saya katakan, saya dah ke branch celcom dan dah tunjukkan bukti. Malah, pihak celcom dah buat salinan pun untuk ‘bukti’ tersebut. Jawapnya : ok...kami akan semak semula.

Semak? Semak yang entah berapa tahun pun saya tak tahu...apa hasil yang saya dapat?

1. Celcom tambah hutang dengan saya : RM40 + RM98. Siapalah yang makan ‘duit haram’ tersebut pada kali ini agaknya? Hingga kini, kad kredit tidak memulangkan duit saya....celcom apatah lagi, menghubungi semula pelanggan di mana mereka 'telah berhutang' jauh sekali. berulangkali memberitahu : "kami tak ambil duit tu...sila tanya bank di mana kad kredit dikeluarkan..."

2. Advance payment saya dengan nilai RM 98 sebulan, dengan kelakarnya apabila bil tiba ditolak bayaran yang entah apa-apa pula. Lebih dari RM98. Hidden cost apa pula entah, sedangkan broadband saya berharga RM 98 saja sebulan. So, advance payment saya yang sepatutnya sehingga Dis 2010 jadi berkurang, dan perlu ditambah lagi.

3. Kini, saya sudah tidak boleh menggunakan broadband saya pula. Kalau alasannya saya masih belum bayar bil, logik juga. Kelakarnya, saya sudah bayar bil, tetapi dinyatakan “cik kena beli kapasiti tambahan pula”. Oleh itu, laluan internet tersebut tetap disekat. Kami akan buka laluan internet tersebut pada 8 Februari. HELLO! KALAU HANYA NAK BUKA 8 FEB, KENAPA ‘PAKSA’ PENGGUNA BAYAR SEBELUM END OF JANUARY? SO, WALAU DAH BAYAR BIL, TAPI SAYA TAK BOLEH GUNA UNTUK 8 HARI PULA...APA MAKNANYA BIL SAYA RM98 “SEBULAN”???

Oh....celcom!!! Sangat pandai menipu pengguna!

Andaikanlah...tidak ramai, ambil saja lebih kurang 100,000 orang pengguna Celcom di Malaysia ditipu sama seperti ini, akan menghasilkan :-

RM 98 x 100,000 = RM9,800,000 (Sembilan juta lapan ratus ribu ringgit Malaysia) - patut pun keuntungan celcom berganda-ganda...menipu pengguna saja sudah boleh dapat almost 10 juta ringgit...ini baru satu kes....tipu kes-kes lain lagi??? Patutlah makin banyak gejala sosial...banyak sangat 'duit haram' yang jadi darah daging generasi kini...

Terpulang kepada anda semua untuk menilai ‘kisah benar dan nyata’ yang saya alami sendiri sejak tahun 2001 bersama celcom. Pun, apa yang saya dapat simpulkan di sini, jika beginilah mentaliti salah satu syarikat komunikasi terbesar dan berprestij di Malaysia, sesungguhnya ianya hanya dipenuhi dengan penipuan dan penyelewengan sahaja. Inikah mentaliti rakyat Malaysia?

Sungguh...hanya ALLAH YANG MAHA ADIL YANG AKAN MEMBALAS PERLAKUAN SEPERTI INI....dan sesungguhnya, saya berdoa supaya Allah akan menunjukkan kuasaNya kepada mereka semua. InsyaAllah...saya hanya hambaNya yang lemah...tidak mempunyai ‘kuasa di dunia’ seperti mereka semua...pun, atas ‘kuasa-kuasa besar’ itu semua...sesungguhnya ALLAH JUA YANG MAHA BESAR DAN MAHA HEBAT...

Jadi...tunggu sajalah balasan Allah...insyaAllah...

**Entri yang diperolehi pada 3 Februari 2011

24 January 2011

Masa, Keinginan dan Impian

Oh. Tiba-tiba ada keinginan mahu tulis blog 'at least 1 post per day'. Sekadar sebuah keinginan. Belum menjadi target/matlamat. Belum menjadi kewajipan dan tanggungjawab. Hanya baru sebuah 'keinginan'.

Tapi, kalau tidak ada 'keinginan yang sangat-sangat kuat', sudah tentu tidak akan menjadi target, dan sudah tentu tidak akan menjadi kebiasaan dan tanggungjawab rutin kita bukan?

Ya. Kalau boleh, hari ini saya mahu senaraikan keinginan-keinginan saya supaya mempunyai target dan boleh dipraktikkan ke alam realiti.

Keinginan dan impian, semuanya saya mahu merealisasikannya...insyaAllah...kerana jika bukan diri saya sendiri, siapa pula yang akan menjadikan impian-impian saya menjadi kenyataan.

Sekadar gambar hiasan.
Masa, sangat penting untuk merancang impian menjadi kenyataan.

05 January 2011

Azam 2011 : Hapuskan Pembuangan Bayi

Tahun baru 2011 sudah tiba.

Pagi tadi, semasa hendak ke pejabat, saya mendengar berita kisah buang bayi lagi. Alhamdulillah, bayi tidak cukup bulan itu dapat bertahan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil - dilaporkan oleh berita yang didengari melalui radio pagi tadi. Kasihan kepada bayi itu. Apa yang akan dirasainya apabila dia berumur 5 tahun, 15 tahun, 25 tahun, 35 tahun....bukankah dia akan menjadi dewasa dan akan menjadi seorang manusia yang memiliki perasaan, sama seperti kita semua?

Azam tahun baru?

Pada saya, semua rakyat Malaysia kena ada azam supaya TIDAK MENGGALAKKAN kes-kes pembuangan bayi berleluasa lagi. Mulai dari sekarang, hingga ke masa-masa seterusnya sehingga dunia ini kiamat.


Pun, bukan saja azam. Lebih elok begini : azam + kesungguhan + praktikaliti + fikir = hasil yang lebih baik dan lebih kekal dan lebih menyentuh nurani dan lebih mengekang keadaan sekarang yang tidak stabil.

Apa keadaan sekarang? Kenapa tidak stabil? Apa yang tidak stabil?

Buang bayi bukan salah satu 'hasil biasa-biasa'. Buang bayi merupakan satu 'hasil luar biasa'. Memang sungguh luar biasa kerana kucing pun tahu sayangkan anak, burung pun tahu mengasihi anak tetapi manusia yang lebih dimuliakan kerana dianugerahkan akal dan hati tiba-tiba saja jadi tidak tahu menyayangi, atau lebih tepat lagi 'terlupa' kepada rasa sayang, walhal sudah tentu sewajarnya (jika dipatuhi betul-betul hukum agama) setiap bayi yang dilahirkan terhasil dari rasa kasih dan sayang serta cinta antara dua jantina yang berbeza.

'Hasil luar biasa', yang saya maksudkan, lebih kepada bagaimana terhasilnya kes pembuangan bayi yang semakin banyak sekarang ini. Sebab-sebab kepada terhasilnya hal ini sangat banyak. Pun, walau apapun, saya hanya mahu menggariskan beberapa sebab, dan beberapa kesan sahaja.

Sebab :-

1. Terpengaruh oleh nafsu.

2. Jahil bab agama (atau lebih kepada tidak mempraktikkan agama).

3. Dibuai keseronokan dunia.

4. Rasa hebat memiliki teman lelaki/wanita sehingga dilupakan bahawa teman yang dimiliki tanpa redha Allah, pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa redha Allah, salah satu laluan ke arah zina.

5. Tiada halangan dari ahli keluarga terdekat (kebanyakan ibu dan bapa lebih bimbang sekiranya seseorang anak gadisnya 'jual mahal' dan tidak didekati mana-mana lelaki akan menjatuhkan maruah dan air muka keluarga - bimbang tidak akan disunting sesiapa sehingga tua, tetapi tidak bimbang anak-anak gadis lepas bebas sesuka hati dan menjatuhkan air muka ibu dan bapa di hadapan Allah)

6. Ibu dan bapa yang terlalu sibuk sehingga terlupa kehadiran anak-anak yang masih mentah.

7. Penggunaan medium komunikasi yang salah - eksploitasi tubuh wanita/lelaki yang berleluasa di media massa, terutama internet.

Kesan :-

1. Generasi kini, remaja zaman ini yang berusia dalam lingkungan 15 - 25 tahun merupakan pembentuk generasi akan datang. Jika diri sendiri sudah tidak boleh dibentuk, bagaimana dan apa yang akan berlaku pada generasi akan datang yang semakin jauh dari ciri-ciri kebaikan.

2. Anak-anak tidak sah taraf (saya rasa 'term' ini lebih nampak sopan) yang lahir di zaman ini, apakah masa depan mereka, pembentukan sikap mereka, perasaan mereka 20 atau 30 tahun lagi. Tidakkah mereka akan mengalami simptom 'kurang kasih sayang dan perhatian' dan akan membentuk suatu generasi lain yang sangat berbeza. Walhal, bilangan mereka menjadi semakin ramai dari sehari ke sehari.

3. Kesan kepada pembentukan negara Malaysia dalam 20 atau 30 tahun lagi? Sikap rakyat Malaysia?

4. Ada redha Allah? (Ini paling mengerikan...kerana kepanasan api neraka tidak ada siapa pun yang mampu bertahan dengannya...kalau rasa mampu bertahan dengan kepanasan api neraka, boleh cuba dekatkan hujung jari kepada sebarang api di dunia ini, atau paling-paling pun cuba pegang periuk yang sangat panas di atas dapur...)

Paling mengerikan, sahabat-sahabat saya sering bercerita apabila malam Tahun Baru menjelang tiba. Salah seorang pernah menyatakan bahawa kes-kes buang bayi paling banyak sekitar Ogos, September, Oktober, November, Disember dan Januari setiap tahun. Mengapa?

Kerana pergaulan sangat bebas lelaki dan perempuan, terutama remaja sering berleluasa dan tidak dikekang dan tidak dikawal pada malam Tahun Baru pada 1 Januari setiap tahun, malam Valentine yang berlaku pada 14 Februari, dan beberapa hubungan 'intim yang tidak sah' selepas dari perkenalan pada malam-malam tersebut.

Ceteknya pemikiran kita. Salah siapa sebenarnya? Paling utama, apa tindakan setiap dari kita untuk mengurangkan dan terus menghindari masalah-masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang ini?

Sampai bila kita mahu bersekongkol dan sama-sama bersubahat membuang bayi-bayi yang tidak berdosa?

Apa yang akan kita jawab apabila ditanyakan Allah di Padang Mahsyar nanti?

Apa tindakan kita? Hanya berpeluk tubuh dan menjaga diri sendiri sahaja?

Redha Allah boleh dicari dengan cara apabila kita melihat sesuatu kejahatan, cubalah dielakkan kejahatan itu dengan tangan, jika tidak mampu, gunakanlah perkataan, dan jika masih tidak mampu dan memiliki sebarang kekuatan, maka berdoalah kepada Allah supaya kejahatan seumpama itu dapat dibendung dan dihapuskan.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan meredhai setiap bayi-bayi yang akan dibuang, yang telah dibuang, yang telah meninggal dunia, yang telah ditinggalkan, yang tidak dikasihi, yang sering dikasari...insyaAllah...