01 December 2012

Sakit Itu Nikmat Allah...

Mengharap 'ujian yang mudah' dari Allah berupa kekayaan, kemewahan, kemudahan, kebahagiaan dan keselesaan hidup merupakan impian semua orang. Itulah 'ujian mudah' berupa 'nikmat' yang jarang kita ingat sebagai 'ujian dari Allah'. Lalu kita jadi lupakan Allah, kita jadi kurang bersyukur kepada Allah, kerana menyangka 'nikmat-nikmat' itu hadir hanya kerana usaha titik peluh kita. Bukan dari Allah.

'Nikmat kesukaran hadiah dari Allah' pula kita sangkakan sebagai ujian atau bala dalam hidup. Kita harapkan 'nikmat' itu pergi secepat-cepatnya, walhal dalam tempoh 'nikmat berupa ujian' itu hadir, ia...

1. Menambah rasa keimanan kepada Allah.
2. Menginsafi diri sebagai hamba Allah yang lemah.
3. Dapat merasakan kesusahan dan kesakitan orang lain.
4. Mempositifkan diri kita.
5. Sering mengingatkan kita kepada Allah dalam setiap saat dan ketika (lebih ingat dari masa-masa sihat).

dan bermacam-macam lagi rasa sebagai 'orang sakit'.

Sungguhlah. Saya pernah menjadi pengguna tegar kerusi roda, sudah pernah menjadi pengguna setia tongkat yang tidak pernah dilupakan (dah nampak macam orang sangat berusia pun), pernah rasa denyutan-denyutan maksimum yang sering membawa kepada tidak tidur malam, hilang selera makan, sukar mahu bergerak, ada had untuk bergerak bebas, memandu, berjalan, membuat sebarang kerja dan sebagainya.

Alhamdulillah. Ia sudah berkurangan. Walau kini 'perlu PAKSA diri' pakai 'soft-collar' dengan lebih kerap pula. Terima kasih Allah. Ia hadir sebagai 'satu nikmat yang sangat indah'.

Alhamdulillah.

22 November 2012

Makan Nasi Arab

Sungguhlah hari ini saya kelaparan. Rasa sangat lapar. Walhal awal pagi lagi sudah makan 'fish nugget' bersama kentang bakar yang diadun bersama garam, oregano, lada hitam dan lada putih. Kemudian, pada pukul 10.30 pagi, semasa berada di pertengahan kursus, saya sudah makan nasi lemak pula.

Peliknya, selalunya saya tidak rasa lapar seperti ini.

Mulanya, saya cuba tahankan. Namun, menjelang 3.45 petang, perut saya sudah tidak dapat ditahan tahap kelaparannya. Antara sunnah Rasulullah SAW, makanlah semasa kamu merasa lapar. Lalu, apabila suami menjemput saya pada 4.30 petang, saya terus mengajak suami mencari kedai makan (saya pergi juga makan di kedai-kedai di luar, walau tidak kerap). Walhal, suami sudah mengeluarkan satu bekas berisi udang saiz XL dari peti sejuk di rumah...konon-kononnya mahu makan bihun tomyam - tomyam udang - petang ini.

Sambil berfikir-fikir, akhirnya kami berdua mengambil keputusan makan nasi arab. Sudah terbayang-bayang rasa nasi arab (sebelum ini, beberapa bulan lepas, ada sebuah kedai makanan arab Al-Abraj yang sedap di bandar baru bangi tapi kini sudah ditutup - kami pergi beberapa kali juga ke sini) yang sedap yang sudah lama tidak dinikmati, tapi biasanya memang di sekitar bangi sajalah yang akan kami cari. Mudah. Tak banyak masalah parking. Jimat masa juga.

Lalu, saya dan suami mencuba sebuah kedai makanan arab yang tidak pernah kami pergi. Lokasinya sangat dekat. Pintunya bertutup dari luar - ada penghawa dingin. Masuk sahaja, saya tidak terasa aura yang boleh merangsang minda saya. Namun saya abaikan. Alangkah bagusnya jika saya mengikut instinct saya. Instinct yang baik itu pasti benarlah dari Allah.

Duduk saja di meja, saya sudah dapat merasa permukaan meja yang agak kesat dan sedikit berhabuk. Saya menyapu sedikit permukaan meja, suami pula memanggil waiter. Dari pertuturan waiter, pasti benar saya yang dia bukan orang Malaysia. Mungkin dari Indonesia. Hati sudah terdetik, tapi apabila melihat menu yang dipaparkan, saya abaikan lagi.

Menunya tidak banyak. Sedikit, jika dibanding dengan kebanyakan restoran-restoran Arab yang saya pernah pergi. Hanya sekeping kertas, di bahagian hadapan diletakkan senarai makanan, dan di ruang belakang diletakkan senarai minuman.

Saya memesan 'royal arabic' yang dipaparkan berharga RM14 di dalam menu, manakala suami memesan 'chicken kabsah' yang berharga RM13 di dalam menu tersebut serta satu jus lobak susu berharga RM3.50 (selalunya kami memang berkongsi air, sebab biasanya selepas makan, air yang saya minum tidak banyak sangat).


Jus lobak susu dihantar dahulu, saya terus membaca ayat ke-81 di dalam Surah Yunus (sila amalkan jika anda kerap makan di luar, atau makan makanan yang bukan anda yang memasaknya, sila baca sebelum makan) rasanya sedikit masam. Saya mencicip lagi - oh, bukan lobaknya yang lama dan mungkin buruk, tetapi lebih kepada susunya. Susunya agak masam. Suami melihat wajah saya, dan saya hanya meminta suami merasa sedikit. Wajah suami juga agak berubah.

Apabila 'royal arabic' dan 'chicken kabsah' tiba pula, saya terus merasa daging kambing yang terdapat dalam menu saya. Kering. Tidak berasa. Seperti bukan kambing (di rumah saya tidak pernah miss stok daging kambing samada untuk dibakar atau untuk dimasak beriyani atau nasi kabsah - jadi, ini tidak seperti rasa kambing). Nasinya juga kering. Ayam di dalam menu suami pula bukan seperti nasi kabsah yang saya selalu masak (eh...ya....nasi kabsah itu kerap juga saya memasaknya semasa saya agak sihat, tapi rasa ayam di dalam kabsah di kedai itu tidak ubah seperti rasa ayam kukus yang dituang sedikit santan bersama sedikit garam...walhal memasak kabsah tidak menggunakan santan langsung...)

Dalam diam, saya dan suami cuba menghabiskan makanan kami. Sungguh tidak enjoy, tapi kami hanya senyap sahaja, walau di dalam hati saya berdetik - this is our first and the last to eat at this place.

Usai makan, kami dimaklumkan jumlah semua makanan kami berharga RM34.50. Menu yang tadi menunjukkan 'royal arabic' berharga RM14 tidak ditunjukkan, sebaliknya satu menu lain yang menunjukkan 'royal arabic' berharga RM16 dipaparkan dihadapan kami, dan dimaklumkan pula set royal arabic berharga RM16 itu untuk ayam, manakala kerana saya meminta untuk set kambing, lalu harganya dikatakan berharga RM18.

Suami sudah mula mahu bersuara, tapi saya hanya menegah - bayar je la, kata saya (di dalam hati saya terdetik, suka benar mereka-mereka ini menipu di dalam perniagaan - sungguh benar menikmati rasa memakan duit haram) kerana, jika ia memang benar dan dipaparkan berharga RM18, memang saya tidak akan memesannya.

Keluar dari kedai tersebut, saya mengajak suami membeli nasi beriani kambing berharga RM10 di sebuah kedai yang agak berdekatan, Mattop Beriani (kalau berjalan kaki mungkin ambil masa 6-7 minit juga dari kedai makanan Arab yang tidak best itu). Nasi beriani kambing yang sudah saya nikmati sebanyak tiga kali itu juga yang memenuhi selera saya. Alhamdulillah.

Ini hanya satu kisah yang saya alami sendiri. Entri yang tersimpan di dalam folder saya yang baru siap ditaip pada hari ini. Semoga menjadi panduan untuk rakan-rakan yang membaca.

Semoga ada redha Allah, di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

19 November 2012

Bawa Bekal ke Pejabat

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Hari ini, pasti ramai yang tahu bahawa lebih kurang 200,000 ketul burger percuma akan diberikan oleh McDonald di Malaysia dari pukul 7 hingga ke pukul 10 pagi. Pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk 'beratur' di semua restoran-restoran McDonald yang mempunyai 'breakfast service'. Siapa yang tidak mahu makanan percuma kan?

Walau saya tahu saya berkesempatan untuk pergi ke McDonald pun (kerana jarak rumah saya ke McDonald 24 jam, jika berjalan kaki hanya akan mengambil masa kurang lima belas minit, dan jika menaiki kenderaan, tidak sampai lima minit sudah tiba di McDonald)...untuk mendapat burger percuma, namun ia tidak saya lakukan.

Bangun sekitar 5 pagi tadi, saya mula masuk ke dapur dan mengeluarkan satu bekas berisi lima ekor ikan kerisi dari peti sejuk dan diletakkan di sinki. Kemudian, saya mula membersihkan 'bekas beras' saya yang sudah kosong. Setelah siap mengelap bekas beras, saya mula mengeluarkan beras dari plastik (beras ini baru dibeli semalam - Ahad - setelah lebih kurang selama lima hari hanya makan roti, kentang bakar (fries bakar), fish cocktail, spaghetti, fussili, misuah, sup dll (tapi bukan nasi...). Saya dan suami memang jarang makan nasi. Selalunya, jika kerap pun, mungkin tiga kali sahaja dalam seminggu. Selebihnya, western. Eh...western pula...tidaklah western sangat pun sebenarnya, tapi lebih kepada makanan 'rendah karbohidrat' yang akan dibakar atau dikukus sahaja. Yang paling penting, penyediaannya lebih ringkas, malah kos juga jauh lebih murah (sangat-sangat murah) berbanding dengan mencari selera western di restoran-restoran. Jadi, ketuhar dan pengukus (steamer) saya memang kerap digunakan. Malah, jika di hari tidak bekerja, nasi yang dimasak pun selalunya adalah nasi kukus.

Jadi, saya mula menganggarkan kuantiti beras untuk dimasak. Setelah menghidupkan periuk nasi, saya terus mandi. Mandi, siap berpakaian dan bersolat Subuh, barulah saya masuk ke dapur semula. Jam sudah menunjukkan pukul 6.10 pagi.

Ikan kerisi yang sudah mula 'mencair', saya gaulkan dengan kunyit dan garam (ini keinginan suami, mahu makan kerisi goreng yang disalut dengan kunyit yang agak banyak - kunyit boleh banyak, garam sedikit saja ya...). Saya biarkan seketika. Bekas beras yang hampir kering, saya lap sehingga kering, dan kemudian memasukkan beras yang baru dibeli semalam. Suami pula yang sudah usai mandi dan solat, mula masuk ke dapur, mengangkat bekas beras yang sudah penuh untuk diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Kemudian, saya mula mencapai dua tangkai pucuk ubi di dalam peti sejuk. Membuang batang-batang yang keras. Membasuh pucuk ubi. Mencapai pula sebiji bawang merah (saiz kecil) dan mula menghiris halus bawang setelah dikopek dan dibasuh.

Meletakkan periuk kecil di atas dapur induksi (thats why saya kena masak nasi dulu...saya hanya menggunakan elektrik untuk memasak...di rumah saya tidak ada dapur gas), memasukkan secawan air 'filter' - kualiti air yang digunakan untuk memasak sangat penting kerana ia akan masuk ke dalam badan kita, mencampak bawang yang telah dihiris, memasukkan sedikit serbuk ikan bilis dan secubit garam. Setelah mendidih (dapur induksi sangat cepat...kurang dari seminit sudah mendidih), saya mula memasukkan pucuk ubi dan menuangkan sedikit santan (hanya dalam dua sudu besar) dan kemudian selebihnya adalah air - kurang kolesterol lebih baik kan - dan saya biarkan mendidih. Tidak sampai dua minit, pucuk ubi masak lemak saya sudah siap dimasak.

Saya mengangkat 'non-stick pan' pula, memasukkan minyak 'carotino' - minyak rendah lemak juga - memanaskan minyak seketika, dan kemudian memasukkan tiga ekor ikan kerisi ke dalam kuali untuk digoreng.

Sambil ikan dimasak, saya mula bersiap memakai tudung, stokin, mengambil satu bekas polisterina dan mula memasukkan nasi dan sayur pucuk ubi ke dalam bekas polisterina tersebut. Sambil-sambil itu juga, saya membalik-balikkan ikan, sementelah suami menyiapkan keperluan barang-barang dan bekalan air saya untuk ke pejabat.

Siap saja ikan digoreng, saya mengambil seekor untuk dimasukkan ke dalam bekas polisterina untuk bekalan saya. Selebihnya dimasukkan ke dalam pinggan beralas 'kitchen tissue', ditinggalkan untuk suami makan. Jam sudah menunjukkan pukul 6.55 pagi. Saya dan suami segera keluar dari rumah. Suami akan menghantar saya ke pejabat yang lebih kurang 20minit perjalanan menaiki kenderaan dari rumah saya. Saya tidak terlewat, punch-card saya pada pukul 7.25 pagi hari ini. (okey...ini musim cuti sekolah...jika di hari biasa, saya akan limitkan supaya saya dapat siap memasak paling lewat pun pada pukul 6.35 pagi...)

- sekadar hiasan -

Walau bekalan saya nampak mudah, hanya nasi putih, ikan kerisi goreng dan sayur pucuk ubi, namun ia menimbulkan rasa puas hati. Puas hati kerana 'di dalamnya ada doa kepada Allah', puas hati kerana ia dari air tangan saya sendiri, puas hati kerana saya tahu sumber-sumber di dalam makanan yang saya makan. Minyak yang saya gunakan, air yang saya gunakan.

InsyaAllah di masa akan datang saya akan berkongsi menu lain pula di awal pagi.

Semoga ada redha Allah untuk kita semua, insyaAllah.

Semoga Allah memudahkan urusan dan melindungi semua kaum muslimin dan muslimat yang sedang berjuang di Palestin, di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

08 November 2012

Kisah Anak Yatim

Firman Allah :-

"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah dewasa) harta mereka, janganlah kamu menukar yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sungguh (tindakan menukar dan memakan) itu adalah dosa yang besar." - An-Nisa', ayat 2.

Dahulu, selalunya, apabila berjumpa dengan anak-anak yatim meminta sedekah, saya jadi kasihan. Malah, walau tidak mahu membeli barang-barang jualan mereka, atau memberikan derma kepada mana-mana badan yang meminta derma (sering mereka membawa resit-resit/surat-surat), sering benar saya memberi sedikit wang untuk membolehkan mereka menyimpan/digunakan untuk membeli makanan atau minuman.

Sungguh. Saya kasihan, membayangkan kehidupan mereka tanpa ibu, tanpa ayah. Sesetengahnya memang sebatang kara di dunia ini. Tidak mempunyai saudara-mara pun. Memang sangat-sangat kasihan.

Malah, sering juga saya ke sebuah rumah anak-anak yatim, memberikan mereka kelas tuisyen percuma untuk membolehkan mereka bertanya tentang kemusykilan di sekolah serta memberi semangat untuk mereka bangkit menjadi generasi yang lebih berjaya di masa akan datang, bukan saja di dunia, malah untuk akhirat juga.

Ya. Banyak. Tapi, sedikit saja yang saya berikan untuk dijadikan contoh. Hanya sekadar contoh betapa saya sangat-sangat sayangkan anak-anak yatim yang biasanya bukan saja punya masalah kewangan, yang lebih utama adalah kurang kasih sayang sejati.

Itu kisah sebelum saya ditimpa ujian dari Allah seperti yang saya ceritakan dalam entri-entri sebelum ini.

Selepas ditimpa ujian Allah, kaedah saya membantu anak-anak yatim sangat-sangat berbeza. Malah, sejak saya rajin mengunjungi blog wartawan TV3 semasa cuti sakit yang agak panjang, mazidulakmal yang banyak menceritakan tentang kaedah-kaedah yang digunapakai untuk sebilangan individu untuk meminta derma/sedekah (antara kisah yang dicatatkan oleh mazidulakmal, terdapat individu bukan Islam pun yang memakai tudung labuh dan jubah serta boleh meraih pendapatan dari sedekah orang ramai sehingga 200 hingga 500 ringgit dalam tempoh 3 jam meminta sedekah untuk setiap hari - jika dikira dalam tempoh sebulan, dengan bekerja hanya 3 jam sehari, gaji mereka lebih banyak pun dari gaji saya yang punya kerjaya yang agak stabil...), saya mula menukar kaedah saya. Saya pergi sendiri ke mana-mana tempat/pejabat/badan/lokasi untuk menyalurkan bantuan, atau membeli mana-mana produk di kedai/bangunan yang memang saya tahu bahawa duit/bantuan yang saya beri memang akan digunakan oleh anak-anak yatim itu dengan sebenar-benarnya. InsyaAllah.

Lalu, jika terjumpa mana-mana individu samada di stesen minyak (kerap benar...walhal tudung fareeda atau ariani yang tersangkut di kepala serta gaya pemakaian langsung tidak menunjukkan bahawa mereka ini punya masalah kewangan) atau di kedai-kedai makan atau di pasaraya-pasaraya atau di hadapan-hadapan bank atau di pasar-pasar, biasanya saya hanya akan menjawab salam (apabila ditegur), senyum tetapi tidak memberikan sebarang wang.

Lalu, semalam, saya bercuti. Sewaktu keluar dari sebuah kedai makan di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi bersama suami saya, saya diajukan salam oleh seorang anak kecil sekitar umur tujuh tahun. Di tangannya ada resit-resit yang agak tebal. Saya jawab salamnya, senyum, menggelengkan kepala sambil berkata, "takpe...taknak ya...".

Dalam rasa separuh sedar, saya seperti terdengar dia seperti menjerit ke arah saya, PEKAKNYA!!! Eh...salamnya sudah saya jawab. Saya pun sudah memaklumkan bahawa saya tidak mahu memberi apa-apa kepadanya. Adakah dia yang tidak mendengar?

Sebelum sempat berbuat apa-apa, dia sudah meluru masuk ke dalam kedai makan tersebut. Suami pula yang sudah berjalan ke arah kereta, menoleh dan bertanya kepada saya. Saya bercerita kepada suami tentang hal itu, dan di saat itu, anak kecil peminta sedekah itu sudah berada di belakang kami berdua. Hanya sekadar lalu, melihat suami saya, dan terus buru-buru melarikan diri ke kedai selang tiga buah dari hadapan kedai di mana kami meletakkan kereta. Terus hilang dari pandangan. Suami jua terkedu. Hendak mengejar / menampar, saya hanya menegah. Itu bukan gaya kami berdua. Biar Allah saja yang membalasnya.

Oh! Saya amat terkejut. Insiden hanya lebih kurang 45 saat itu benar-benar menyuntik rasa dalam diri saya.

Hebat sungguh gaya peminta sedekah zaman ini. Malah, anak kecil seumur tujuh tahun pun sudah boleh menjerit kepada saya yang sudah punya umur menjangkau suku abad ini.

Mungkin dia tidak tahu, dunia ini sangat luas di hadapannya. Usianya masih kerdil, masih banyak yang dia perlu lalui, masih banyak yang dia belum tahu, terlalu sedikit pengalaman hidup yang baru dilaluinya, terlalu sedikit orang yang baru ditemuinya.

Dalam hati, saya hanya beristigfar sebanyak-banyaknya. Semoga Allah mengampunkan saya, semoga Allah mengurniakan hidayah kepada dia.

Hanya redha Allah yang amat-amat saya harapkan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

22 October 2012

Panggilan Telefon Tidak Dikenali

Assalamualaikumwarahmatullah...

Nak perihalkan satu kisah di petang Sabtu ni. Pernah tak ada orang telefon anda (nombor adalah tidak dikenali dan tidak tercatat di dalam memori telefon anda) dan bertanya begini :

"Ni kat mana ni?" (dengar nada suara macam dibuat-buat seperti tergesa-gesa...errr...seorang lelaki ya...)

Then saya jawab dengan elok, lemah lembut dan sopan santun : Boleh saya tau encik nak bercakap dengan siapa? (selalunya saya memang tidak mahu memberitahu lokasi saya yang tepat, untuk 'menipu' lokasi pula bukan habit saya...errr....menipu pula bukan habit saya...)

Nak tau apa dia jawab : Dengan siapa saya nak bercakap tu saya taulah...tapi saya nak tau ni dekat mana. Kot tersilap nombor... (nada suara dah tinggi sikit...eh! kenapa tiba-tiba nak marah pula ni?)

Ah-ha!! 'Kot tersilap nombor'. Tapi taknak sebut nama orang yang nak dipanggilnya. Kalau tau nak bercakap dengan siapa, sila je la bagitau yang awak tu nak bercakap dengan siapa. Senang dan mudah saya nak bagitau yang memang awak tu tersilap nombor. Kenapa perlu tanya lokasi pula. Then, nak aje saya jawab : saya kat atas dunia lagi ni...belum masuk alam kubur lagi.

Sudahlah nombor telefon yang didail merupakan nombor peribadi saya. Nombor telefon ini cuma suami, emak dan adik beradik saya saja yang ada. Ipar-duai pun tiada nombor peribadi saya ini. Apatah lagi bank, pejabat atau apa-apa saja, jadi bagaimana pula orang yang didailnya (jika disebut nama) boleh saya kenali? Mudah untuk saya jawab : 'maaf anda tersilap nombor'. Tak perlulah beria-ia nak tau lokasi orang yang di-call pula. Banyak kali juga terkena begini. Nombor yang meng-call pula bermacam-macam jenis nombor.

Nombor handphone bukan macam nombor talian tetap yang boleh menentukan lokasi. Kalau talian tetap bolehlah dilihat sebagai 'lokasi berhampiran', contoh kalau di Putrajaya, biasanya nombor talian tetap bermula dengan 03-888xxxxx, tapi jika nombor handphone, tidaklah sama. Sebagai contoh 012-3456789 mungkin dibeli oleh orang yang menetap di Negeri Sembilan, manakala nombor 012-3456788 pula mungkin dibeli oleh orang yang menetap di Kuala Selangor. Ini sekadar contoh sahaja. Jadi, bagaimana timbulnya 'soalan tentang lokasi' agaknya?

Lebih mudah kan, bila membuat panggilan telefon kepada seseorang yang anda tidak tahu betul atau tidak nombornya : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan xxxxxxxxx? Mudah pula saya jawab : Maaf, encik silap nombor ni.

Tak perlulah jawab pula : saya taulah saya nak bercakap dengan siapa.

Manusia. Manusia. Banyak benar ulah-nya.

Sesungguhnya Allah Maha Besar, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Hanya kepada-Nya saya berharap dan berserah diri. Semoga ada redha-Nya. InsyaAllah.

19 October 2012

Ingatlah SABAR

Anda hendak mengeluarkan kereta dari kotak parking anda. Laluan anda terhalang oleh sebuah kereta yang meletakkan kereta bukan di tempat yang sepatutnya. Bukanlah terhalang sangat, cuma sukar sedikit mahu mengeluarkan kereta. Sambil memutar-mutar stereng...

1. Apalah parking kat sini. Menyusahkan orang betul. Takkan tak nampak situ takde kotak parking. Mata letak dekat mana agaknya. Kerjanya asyik menyusahkan orang saja. Kalau takde tempat nak parking, pergilah letak tepi jalan sana. Jangan menyusahkan orang...bla...bla...bla...

(bila terserempak pula dengan tuan punya kereta...dengan muka masam mencuka...menghambur kata-kata kesat kepada tuan punya kereta)

atau

2. Alhamdulillah. Ujian hati ni. Allah nak tengok sabar atau tak. Mungkin orang tu parking sekejap je. Mungkin dia berkejar nak ke tandas agaknya, atau mungkin ada barang-barang berat yang nak diangkat. Kalau letak kereta jauh, susahlah dia nak angkat barang. Takpelah. Alhamdulillah.

Mana satu pilihan anda? Pada ketika ini, saya pasti...ramai akan memilih pilihan yang ke-2, namun hakikatnya apabila situasi itu dialami sendiri, tanpa kita sedar, pilihan pertama yang akan menjadi pilihan kita.

Apabila sudah membuat pilihan yang ke-2 pula (sambil di dalam hati memuji-muji diri sendiri kerana kebaikan diri sendiri - sebenarnya segala pujian hanya untuk Allah...), kemudiannya di lokasi yang berbeza dalam situasi yang berbeza, kita juga ada desakan-desakan tertentu yang membuatkan kita 'terpaksa'....ya, kita TERPAKSA menghalang sedikit laluan kenderaan orang lain. Orang tidak akan faham situasi orang lain melainkan diberitahu...tetapi takkanlah setiap perkara mahu memberitahu orang lain...lalu, apabila ada orang menegur anda tentang perlakuan anda menghalang kenderaan orang lain...

1. Saya bukan halang pun kereta awak. Boleh keluar tu kan. Lagipun urusan saya kat sini sekejap je. Susahlah nak parking jauh-jauh. Lagipun mana saya tahu awak nak keluar-masuk masa ni. Lain kali letak la pemberitahuan masa awak nak keluar dan masuk. Awak yang menyusahkan saya tau tak...

atau

2. Saya minta maaf. Anak saya sakit tadi. Nak cepat, tu yang parking kat sini. Minta maaf banyak-banyak sebab saya susahkan awak...minta maaf ya... (sambil senyum sebanyak-banyaknya)

Mana satu pilihan kita?

Hakikatnya, dalam setiap apa pun tindakan kita, kita kena ada SABAR. Samada kita menghalang kenderaan orang lain, atau orang lain menghalang kenderaan kita (ini sebagai contoh situasi-situasi dalam kehidupan kita sahaja...banyak lagi contoh lain seperti potong queue, mengambil dan menggunapakai hak orang lain tanpa izin, memotong di jalanraya tanpa memberikan lampu signal dll), tidak ada pihak yang betul dan tidak ada pihak yang salah.

Setiap orang ada kesulitannya yang kita tidak tahu. Oleh sebab itu, belajar untuk menerima apa saja, kerana apa saja kejadian Allah, ada hikmah di sebaliknya yang di luar pengetahuan kita. Kita hanya hamba-Nya yang lemah. Hanya kepada Allah kita berharap dan berserah diri.

Semoga ada redha Allah untuk kita semua. InsyaAllah.


16 October 2012

Oreo oh Oreo oh Oreo

Banyaknya oreooooo!!!

Sapalah yang mahu adun satu demi satu guna home-mixer dan bakar satu demi satu dalam oven kecil. Ini lebih pantas. Hasil lebih juta-jutaaaaan biskut setiap hari...

Sila menikmati video ini ya...:)


dan juga yang ini...


dan tidak dilupakan yang ini...


menarik tak?

12 October 2012

Muslimin di hari Jumaat

Seorang lelaki keluar dari tempat kerjanya pada pukul 1.15 tengahari di hari Jumaat, memasuki keretanya dan mula bergerak menuju ke masjid yang lebih kurang 4km dari tempat kerjanya. Azan Zuhur sudah berkumandang agak lama, lalu lelaki ini bergegas bagi memastikan beliau mampu untuk menikmati khutbah Jumaat yang akan disampaikan oleh imam bertugas nanti. Malah, bukan sengaja mahu pergi ke masjid lewat, hanya masa itu yang diperuntukkan oleh tempat dia bertugas.

Perjalanan agak lancar (kereta yang dinaiki berada di lorong kiri di jalan dua lorong) sehinggalah bertemu dengan sebuah lori kontena di hadapannya (di lorong kiri) yang agak perlahan. Beliau mahu masuk ke lorong kanan, bagaimanapun terdapat sebuah kereta Kancil pula yang juga dipandu dengan sangat perlahan (kelihatan seperti seorang wanita yang nampaknya tidak fokus pada pemanduan) yang tidak mengambil kisah situasi di sekitarnya, masih kekal di lorong kanan dengan perlahan walaupun tiada sebarang kenderaan di laluan dihadapannya lebih kurang sepanjang 1km.

Okey...kisah di hari Jumaat. Di tengahari hari Jumaat.

Jika anda wanita, apa yang anda rasa?
Jika anda lelaki, apa yang anda rasa?

Dulu, sebelum saya menjadi seorang isteri, setiap kali hari Jumaat tiba, tempat saya adalah di pejabat. Memanfaatkan masa rehat yang agak panjang untuk menghabiskan kerja yang agak bertimbun, rehat sebentar, dan untuk bersolat. Jarang keluar, kerana mahu memberi 'laluan luas' kepada para muslimin yang mahu mengerjakan solat Jumaat, makan sebelum solat Jumaat dan juga untuk mereka mendengar khutbah. Selebihnya, saya lebih suka dapat menunaikan solat Zuhur tanpa gangguan di pejabat. Sebabnya, pejabat sangaaaattt sunyi. Boleh muhasabah diri lagi. Alhamdulillah.

Bila sudah bergelar isteri pula, tempat saya di waktu solat Jumaat berlangsung, adalah di rumah. Menyiapkan bekalan suami, bersolat Zuhur, dan kemudian bergerak semula ke pejabat. Bergerak semula ke pejabat pun berlaku sekitar 2.15pm ke atas...jadi, solat Jumaat biasanya sudah usai, sudah tidak memberi gangguan kepada muslimin mahu bersolat Jumaat dengan tenang.

Ulasan saya :-

1. Solat Jumaat adalah satu ibadah wajib untuk semua muslimin. Rasa hormat kepada hari Jumaat, dan menghormati orang yang mahu menghadiri solat Jumaat, jua adalah satu kewajipan semua muslimat. Boleh untuk keluar dari pejabat pada masa yang sama dengan muslimin keluar, tetapi sila mengutamakan laluan kepada muslimin yang mahu menghadiri solat Jumaat, yang mahu mendengar khutbah Jumaat.

2. Ini pula bab pemanduan. Jika anda memandu dengan kadar yang saaaangaaaattt perlahan, tidak kiralah di hari Jumaat ataupun tidak, sila JANGAN memandu di laluan kanan. Sila masuk ke lorong kiri supaya anda tidak menyebabkan rasa amarah orang lain. Jika mahu menggunakan handphone atau bermake-up, sila berhentikan kenderaan anda. Ia sangat bahaya bukan saja kepada anda, tetapi juga kepada kenderaan-kenderaan berhampiran anda.

3. Jadilah muslimat yang sentiasa diredhai Allah. Memudahkan diri sendiri, keluarga, juga masyarakat di sekitarnya untuk perkara-perkara berkaitan Islam dan kehidupan yang diredhai Allah. Sila jangan mendabik dada untuk sesuatu yang tidak pernah dimiliki oleh diri anda. Sesungguhnya, diri kita ini pun hakmilik Allah, apalah agaknya yang kita miliki di dunia ini untuk dibanggakan?

Semoga ada redha Allah. InsyaAllah.

16 September 2012

Asyik Membeli-belah

Cuti 3 hari, bagi kakitangan kerajaan dan para eksekutif syarikat-syarikat swasta. Cuti untuk membeli-belah, atau saja keluar makan-makan, atau menziarahi kawan-kawan sahabat handai dan saudara-mara.

Ya. Memang banyak aktiviti yang boleh dibuat. Tapi, saya dan suami hanya melepak di rumah saja. Sungguhlah malas, walau mahu keluar ke pasaraya di hadapan rumah. Tiada apa-apa yang mahu dibeli.

Okey. Saya memang suka membeli-belah. Barang-barang yang saya selalu beli dan belah, sebahagiannya adalah seperti berikut :-

bawang merah, bawang putih,
kentang, beras,
ikan, udang, daging kambing (bolehkah...habis je stock dan terus pi mencari lagi...),
serai, tomato, lobak, brokoli, kobis bunga, sawi, bayam, kangkung,
cili padi, cili merah/hijau, capsicum,
spaghetti, fussili, macaroni,
keju, tepung gandum, dan lain-lain.......

Ya. Memasak sendiri di rumah, memang sudah jadi habit. Jadi, stok wajib sentiasa ada dan peti sejuk mesti sentiasa ada ruang untuk menjadi tempat simpanan barang-barang.

Banyak kan yang perlu dibeli? Ya. Agak banyak. Selalunya memang agak panjang juga senarai barang di dalam resit pasaraya, sehingga terkadang (masa awal-awal belajar membeli barang dapur banyak-banyak) sering pula 'tertipu', entahlah samada tertipu atau ditipu dengan sengaja. Oleh siapa?

Ya. Ia memang pengalaman saya sendiri.

Setelah selesai memilih barang-barang, lalu tiba di kaunter pembayaran, biasanya kalau sebelum-sebelum ini, saya jarang benar melihat skrin komputer untuk melihat 'setiap' harga barang yang di-scan, tetapi selepas beberapa kali pengalaman (yang setelah tiba di rumah, membelek resit pembelian....eh! kenapa harga dalam resit ni lain dari harga yang dipamerkan di rak semasa membuat pilihan barang? tapi..yalah...takkanlah nak pergi semula ke pasaraya semata-mata kerana beza harga barang sebanyak 50sen atau seringgit kan?)

Pun, setelah melalui pengalaman yang banyak (yang apabila dihitung-hitung, mungkin saja saya sudah mengalami kerugian menghampiri RM100, atau lebih, apabila ia kerap berulang-ulang dalam tempoh hampir 2 tahun ini, walau berlainan pasaraya yang saya pergi untuk membeli barang-barang dapur...) lalu saya sering bertekad, juga memaklumkan kepada suami, supaya melihat dengan 'sangat-sangat teliti' semasa barang-barang di-scan. Jika ada kesilapan, boleh dimaklumkan segera pada masa itu juga.

Hasilnya, dalam sepuluh kali pergi membeli-belah, pasti ada 3 atau 4 kali berlaku kesilapan 'harga'. Harga yang di-scan selalunya memang lebih dari harga yang terpapar di rak-rak. Lalu selalunya akan membayar lebih, yang jika ia berlaku kepada saya seorang, kesilapan mungkin hanya 50sen...sangat-sangat sedikit, tapi jika berlaku kepada jutaan orang lain, berapakah agaknya 'keuntungan' yang dapat diperolehi dari sedikit 'kesilapan' kita yang jarang benar menjadi teliti ini.

Tapi, itulah. Bila sudah pergi ke pelbagai pasaraya, mengalami pengalaman di bermacam-macam pasaraya, sebilangan besar pasaraya mengakui 'kesilapan' dan membuat 'pembayaran semula' walaupun hanya sekadar 60 sen, tetapi ada juga sebilangan pasaraya yang mempunyai pekerja yang bersikap 'saya tak tahu, ni kerja orang yang meletakkan harga barang'. Bila ada sikap seperti ini, pelanggan seperti saya yang berniat mahu datang semula membeli di situ, sudah tidak jadi mahu membeli pula di masa-masa akan datang.

Sungguh saya akui, 'customer service counter' sangat perlu bagi menjamin kepuasan pelanggan, dalam apa jenis perniagaan, walau di mana pun lokasi perniagaan anda, atau jenis apakah pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmat perniagaan anda.

Please. Don't ever judge a book by it's cover.

Kembali kepada fitrah, bersama rezeki yang lebih diberkati dan diredhai Allah, walau dengan hanya nilai 20sen. Ada satu kisah yang saya pernah terbaca tentang nilai 20sen, lebih kurang begini ceritanya...

'Ada seorang ustaz menaiki bas untuk menuju ke suatu lokasi. Duit baki tambang yang dihulur oleh si pemandu bas bukan beragama Islam rupanya terlebih 20sen. Ustaz hanya perasan setelah duduk di dalam bas. Berbolak-balik hatinya samada mahu memulangkan lebihan 20sen itu atau tidak, walaupun hatinya menafikan yang pemandu bas sedar akan hal tersebut. Pun, Allah Maha Berkuasa. Sewaktu mahu turun dari bas setelah tiba di lokasi yang dituju, ustaz tersebut menyerahkan semula 20sen kepada pemandu bas. Lalu kata pemandu bas - wahai ustaz, saya hanya ingin menguji anda. Sengaja saya memberi terlebih 20sen. Jika Islam benar-benar jujur, tentu anda akan memulangkan semula lebihan duit tersebut. Saya bersedia untuk menganut agama Islam kerana Islam benar-benar syumul.

Beristighfar ustaz tersebut di dalam hati. Mahalnya nilai 20sen, yang jarang dipandang orang. Ia mampu mengubah akidah dan kepercayaan, jika benar-benar dikehendaki oleh Allah.'

Sedikit perkongsian untuk hari ini. Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah. InsyaAllah.

07 September 2012

Sesudah Ramadhan 1433H

Ramadhan sudah berlalu. Syawal juga sudah hampir tamat. Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal saya saja yang masih belum tamat. Sudah terbiasa, menyelesaikan puasa qadha' yang termasuk dalam kategori 'wajib' dahulu, bila sudah diselesaikan, barulah hati terasa 'lega' mahu berpuasa sunat semula. Selagi tidak dilunas, malam pun sukar untuk lena. Sungguh! Bimbang tidak sempat 'dibayar kepada Allah' dalam keadaan saya masih berleka-leka, dan tanpa dijangka, tetiba maut pula sudah menjemput.

Amal sudahlah tidak banyak, akhlak pula bukanlah baik sangat, ikhlas kepada Allah juga masih belum sempurna, jadi jika 'hutang' masih ada...dimanalah agaknya kedudukan saya di sisi Allah? Oh! Sungguh terasa sangat-sangat kerdil mahu meneruskan hidup di dalam dunia ini...jadi, bila sudah diselesaikan (semoga Allah meredhai saya...sentiasa...insyaAllah...) barulah hati terasa lega. Minda terasa lapang. Jiwa sungguh merasa sangat tenang. Kalau tidak sempurna, semoga Allah sempurnakan. InsyaAllah.

Kita kan tak tahu pada waktu bilakah kita akan dikembalikan kepadaNya? Kalau malam ini...kalau saat ini...bagaimana? Jika ada hutang yang masih belum dibayar lagi...dimanakah kita akan diletakkan oleh Allah?

Idul Fitri yang baru berlalu, tahun pertama saya tidak berhari raya di negeri kelahiran saya. Tidak berhari raya bersama emak saya. Tidak berhari raya di rumah yang saya telah membesar bersama-samanya. Tidak duduk di dapur bersama emak di malam raya.

Tahun pertama saya berhari raya di rumah keluarga suami. Ia memang pengalaman yang berbeza. Namun, satu pengalaman indah yang menyeronokkan. Suasana yang berbeza, udara yang berbeza, ruang yang berbeza, juadah yang sedikit berbeza - pun saya seronok melihat suami berselera menikmatinya. Sungguh terasa kelainannya, dan tanpa sedar...ada rasa rindu yang tidak terbendung. Sungguhlah...Idul Fitri memang benar-benar menyuntik rasa hati.

Patutlah rezeki saya semasa membuat ijazah pertama, walau menerima tawaran ke United Kingdom dan Jepun, ia tidak tertunai...kerana Allah tahu lemahnya 'hati' saya yang sering sarat rasa rindu kepada kampung halaman. Bukan sewenangnya boleh pulang ke Malaysia jika sudah ada di luar negara. Alhamdulillah. Terkadang hikmah solat istikharah itu bukan boleh 'ditemui' dalam masa yang singkat, ada yang akan mengambil masa hampir 15 tahun! Allahuakbar!

Perasaan selepas Ramadhan?

Ia suatu rasa 'kosong' yang tidak dapat saya ungkapkan.

Hanya yang didoakan - Ya Allah, temukan saya kepada Ramadhan 1434H. InsyaAllah.

Sungguh....saya sudah mula merindui Ramadhan...walau ia baru beberapa detik berlalu. Masihkah ada Ramadhan untuk saya? Masihkah ada Ramadhan untuk anda semua?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Semoga saya, suami, emak, ayah, dan anda semua sentiasa diredhai Allah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

12 August 2012

Persediaan Menyambut Raya

Rindu. Oh sungguh rindu ingin menaip di sini. Tapi, tempoh masa di depan laptop yang sangat-sangat perlu dikurangkan (terutama untuk menaip) due to my sickness menyebabkan apa yang dibuat hanyalah menyambungkan kabel HDMI dari laptop ke televisyen, sambil memegang wireless mouse, membuka laman web youtube dan bersandar di 'rocking chair'...sambil dengan rasa selesa yang amat di bahagian leher, hanya bersandar sambil jari jemari hanya menekan butang mouse untuk melihat 'isi' di dalam youtube di skrin besar.

Haha. My new hobby. Nampak sangat pelbagai DVDs yang dibeli itu sudah merencatkan minda saya, menjadikan saya bosan untuk menonton movies.

Apa yang dibuat di youtube? Saya tengok pelbagai dokumentari. Macam-macam ada. Klik sahaja. Secara tak langsung, ia menambah ilmu dan menjana minda saya yang serasa beku. Okey. Saya sangat tidak suka minda saya beku. Jadi, walau dalam peluang 'cuti sakit yang panjang', saya bukan jenis yang hanya duduk diam dan hanya membiarkan minda saya sepi tidak bergerak. Saya sangat sayangkan anugerah Allah kepada saya.

Sudah hari ke-23 Ramadhan. Ramadhan tahun ini sangat pantas. Walau saya sangaaaattt banyak duduk di rumah saja pun di Ramadhan ini...tetapi terasa benar pantasnya masa berlalu.

Hujung minggu terakhir sebelum semua umat Islam akan menyambut Idul Fitri pada minggu hadapan. Hujung minggu yang sesak (mungkin mana-mana pusat membeli-belah pun sesak agaknya...saya memang tidak keluar membeli-belah pun...tidak ada keperluan apa pun untuk dibeli rasanya...walau suami berulangkali - sangat tidak jemu - mengajak saya membeli baju raya saya....haha...sungguhlah saya ini, suami saban hari mengajak saya membeli 'baju raya saya' pun, saya tidak ada keinginan mahu keluar membeli-belah...), sangat terasa terutama apabila melihat lebuhraya di hadapan rumah saya yang tidak sunyi dengan bunyi kenderaan yang sangat banyak.

Biskut raya? Sudah ada 3 jenis di rumah saya...ditambah dengan sebalang kuih raya lagi (pemberian boss suami saya), jadi sudah ada 4 jenis kuih raya di rumah saya. Biskut samperit dahlia, biskut kelapa, biskut cip coklat a.k.a 'chipsmore' (kata suami rasanya lebih sedap dari chipsmore pun) hasil air tangan saya sendiri. Dibuat semasa suami mengambil cuti dua hari di bulan Ramadhan, lalu peluang itu saya gunakan sepenuhnya mengajak suami membantu membuat biskut raya. Kos lebih rendah, kuantiti lebih banyak, malah penggunaan minyak pula bukan menggunakan minyak biasa, sebaliknya minyak carotino yang dibeli dengan harga lebih kurang RM10 untuk kuantiti sebanyak 1 liter. Biskut rendah lemak, kurang gula, bahan-bahan terbaik yang dipilih, dan sihat. InsyaAllah. Dan paling penting, ia mengukuhkan kasih sayang antara suami isteri. Sila cuba kalau tak percaya...;)

Langsir rumah, masih belum koyak. Langsir sejak tahun 2007, semasa kali pertama saya menetap di rumah ini. Masih nampak cantik. Masih elok mata memandang. Jadi, tidak perlu ditukar.

Perabot juga masih kelihatan baru. Rak buku yang patah (entri sebelum sebelum ini) sudah selamat diletakkan dan dikukuhkan (malah masih digunakan pun) di dalam bilik membaca a.k.a stor besar saya. Jadi, hanya perlu mengelap perabot dengan 'pengilat perabot', selebihnya hanya mengemop lantai dan membersihkan rumah - sudah dilaksanakan oleh suami saya kesemuanya. Terima kasih my loving inche' suami yang sangat baik hati dan rajin dan sangat menjaga saya semasa saya sakit.

Apa lagi ya? Duit raya untuk anak-anak saudara juga sudah tersedia. Baju raya suami sudah ada. Biskut raya sudah ada. Lagi? Lagi? Lagi? Rasa macam sudah tidak ada apa-apa untuk dibeli. Kalau ada pun, mungkin sehari sebelum kami bertolak balik ke kampung, barulah saya akan keluar bersama suami untuk membeli 'hadiah' untuk emak dan ayah kami. Itu saja. Jangan ditanya tentang 'baju baru' saya. Selain persediaan perkahwinan - baju untuk akad nikah dan majlis kahwin - seingat saya, sudah hampir lima tahun saya tidak membeli baju baru.

Walau tiada baju baru, pilihlah pakaian paling cantik, paling elok, tidak 'menonjolkan' aurat walaupun nampak seperti 'tertutup', di pagi Syawal nanti, serta memakai wangi-wangian, tetapi jangan terlalu banyak sehingga bauannya boleh dihidu terutama oleh lelaki yang bukan mahram bagi kamu (khusus untuk wanita). Salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sangat rugi jika berbaju baru, cantik, mahal, tetapi 'aurat' tertonjol di sana sini, hingga hilanglah 'gemilang'nya kejayaan menamatkan Ramadhan untuk kembali kepada fitrah.

Paling penting, semoga kita dikeluarkan dari Ramadhan ini dalam keadaan bersih untuk kembali kepada fitrah - hamba kepada Allah, Tuhan sekelian alam - dan sentiasa berada dalam keadaan fitrah, hinggalah ditemukan semula di Ramadhan tahun akan datang. InsyaAllah.

Semoga kita semua dilindungi Allah dalam perjalanan, dalam kehidupan, dalam pertuturan, dalam perbuatan. Semoga sentiasa ada redha Allah untuk kita semua di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

p/s : Manfaatkan di penghujung Ramadhan ini untuk lebih meningkatkan amalan yang baik dan lebih meng-istiqamah-kan ibadat kita. Hidup ini hanya untuk Allah, dan di hujung usia kita nanti (kematian), kita hanya akan membawa amalan dan perlakuan kita untuk dihisab di hadapan Allah...dikembalikan kepada Allah...

29 July 2012

Pagi Ahad Yang Indah

Assalamualaikum warahmatullah...

Wah...sudah masuk hari ke-9 di Ramadhan tahun ini. Sungguh benarlah, cepat benar Ramadhan tahun ini berlalu. Sedar tak sedar, sudah sepertiga Ramadhan ini dilalui. Hanya tinggal dua pertiga lagi, dan di takuk manakah amal kita agaknya? Sudah naik beberapa tingkat atau sudah merudum jatuh ke beberapa tingkat yang di bawah? Sama-samalah kita renungkan. Ramadhan ini sangaaaaaaaattt singkat.

Pagi ini, pagi yang indah. Sungguh indah.

Bangun tidak terlalu awal, sekitar pukul 5 pagi hari ini, mandi, solat dan kemudian dalam 5.28 pagi barulah mula makan sahur. Tak perlu masak apa-apa, hanya memanaskan nasi dan gulai kawah yang siap dimasak pukul 10 malam sebelumnya, digandingkan pula dengan sayur bayam rebus yang juga salah satu lauk berbuka puasa semalam. Mudah, biasanya cuma ada dua lauk atau kadang-kadang jika di dalam menu ada makanan-makanan berasaskan haiwan-haiwan air (sotong, udang, ikan), maka bolehlah menggoreng ikan masin sebagai pelengkap rasa. Tapi, jika menu berasaskan daging atau ayam, memang ikan masin itu tidak akan digoreng langsung.

Sudah jadi habit. Tidak pernah mencampurkan makanan dari air dan makanan dari darat untuk dimasukkan ke dalam perut pada masa yang sama.

Ini gambar ihsan google.
Saya memang malas mahu ambil gambar dan upload ke dalam laptop.
Tapi, lebih kurang serupa inilah warna gulai kawah saya...haha...

Jadi, gulai kawah itu, bahan asasnya daging lembu tempatan (yang sungguhlah liat semasa hendak memotongnya - sebab tu siap pada pukul 10 malam kerana menunggu suami balik dari kerja untuk mengerjakan daging liat itu sebelum dimasukkan ke dalam periuk tekanan - dulu-dulu, sangat risau jika terbeli daging liat yang memerlukan masa hampir 3 jam untuk merebus dan melembutkan daging, tetapi sejak ada periuk tekanan (pressure cooker), saya cuma memerlukan kurang setengah jam untuk memasak gulai kawah atau kari daging...) dan hasilnya memang sungguh superb!!! Urat-urat putih yang biasanya liat itu boleh dimakan seperti biasa, sangat empuk dan memang menyelerakan (ini kata suami saya la...dia memang alergik sungguh dengan daging lembu yang liat-liat selepas dimasak).

Walau sudah masuk hari ke-9 di Ramadhan tahun ini, sama juga seperti tahun lepas, saya dan suami memang tidak berkunjung ke bazaar Ramadhan. Kami berdua lebih selesa menikmati menu ala kadar (oh....ala kadarkah?) yang dimasak sendiri di rumah.

Masakan panas-panas yang baru dimasak (haha...yang biasanya dimasak selepas suami tiba di rumah pun selepas balik dari kerja...) memang kegemaran suami. Ditambah dimasak di dapur sendiri, memang suami dan saya kurang sungguh makan di luar. Jika mahu kurang gula, kurang garam, memang di dapur sendirilah di mana kita boleh menentukan kuantiti sesuatu bahan yang mahu kita letakkan di dalam makanan.

Semoga ada redha Allah di Ramadhan ini. Untuk saya. Untuk suami. Untuk anda semua. InsyaAllah.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kadar pelaksanaan ibadat kita di bulan yang mulia ini.

Wassalam.

24 July 2012

Cepatnya Ramadhan Berlalu


Masih belum sempat saya menitip ucapan 'Selamat Berpuasa' di blog ini, Ramadhan sudah masuk hari ke-4. Subhanallah. Cepat sungguh Ramadhan berlalu. Malah, saya masih cuba mengejar-ngejar, berusaha untuk mengkhatamkan al-Quran...kalau boleh mahu banyaaaak-banyaaaak kali...di Ramadhan ini...tapi baru saja tiba juzuk yang ketiga. Paling sedih, Surah Al-Baqarah pun ada satu muka surat lagi berbaki. Sungguhlah. Iman tidak tepu. Sangat kurang!!!

Sudah hari ke-2 mendapat sijil cuti sakit. Masih berbaki lagi 31 hari. Sekian lama ke hospital dan sudah terbiasa dengan bilangan sijil cuti sakit sebanyak dua atau tiga hari semenjak dua menjak ini, semalam...berjumpa doktor...saya jadi teruja..."nak MC berapa lama?", tanya doktor kepada saya. Okey. Dah lama rasanya tak dengar soalan macam tu dari doktor...tanpa sedar, ia satu petanda...sakit saya berulang semula.

Apabila doktor pakar 'menjentik' hujung jari saya...dan dari diagnosis yang dibuatnya lalu beliau meminta saya melalui satu lagi prosedur MRI (wah...saya pun tak tau samada saya dapat bertahan atau tidak dengan kadar radiasi 600kali ganda berbanding prosedur X-ray yang telah saya lalui sebanyak sekali tahun lepas...kalau X-ray, saya rasa sudah buat almost 10 kali juga dalam tempoh setahun ini...adehhh! Semoga Allah melindungi saya!) yang dijangkakan pada pertengahan Ogos nanti...dan ingin mendapatkan decision saya seminggu selepas raya...okey...saya agak 'panik' sebenarnya...

Apapun. Melalui hari-hari MC di bulan Ramadhan, ternyata ia agak menenangkan. Memujuk hati membaca Al-Quran selepas solat Subuh (yang jarang sangat dapat dilakukan kecuali pada hujung minggu sahaja, itupun jika tidak ke masjid - jika ke masjid, boleh dengar kuliah Subuh pula...), duduk-duduk mengadap DVD kartun atau cerita Korea (atau rancangan memasak di televisyen), membelek internet (bab menulis blog dan melawat facebook itu saja yang kurang...hahaha), tidur sebelum solat Zuhur, dan menghayati malam-malam Ramadhan yang sangat menyelesakan.

Sungguh. Ia agak menenangkan. Walau di kala 'cuti panjang' begini, ingatan kepada kampung halaman terus menerpa datang. Rasa mahu berpuasa dengan emak di kampung, berbuka puasa dengan emak di kampung, terasa mahu duduk-duduk di depan pintu dapur, menghirup udara kampung. Alangkah seronoknya!!!

Ya. Andai ini Ramadhan yang terakhir...apakah agaknya yang akan saya dan anda semua fikirkan? Mungkinkah saya akan berfikir yang muluk-muluk begini? Mencipta mimpi dan angan-angan, walhal jika ada masa senggang, bukankah lebih baik digunakan untuk Allah? Semoga Allah melindungi dan meredhai kita semua. InsyaAllah.

Sungguhlah.

Jika ini Ramadhan kita yang terakhir.....

p/s:jom tengok Ketuk-ketuk Ramadhan bersama Sheila Rusly dan Shamsul ghau-ghau...di TV1..

10 July 2012

Impian Adalah Kenyataan?

Sungguhlah. Benarlah. Saya memang kurang masa untuk menulis. Menaip. Mengarang. Bukan kerana tiada masa...sebenarnya, tetapi kerana jiwa saya yang tidak serasi untuk duduk mengadap laptop lebih dari setengah jam sehari...kecuali...ya kecuali untuk melihat dan merayau di blog-blog masakan kegemaran saya atau untuk melihat DVD...movies...ya....memang benar...

Sejak suami membelikan sebuah televisyen berskrin 40 inci, itu sajalah kerja saya. Mencari movies2 untuk dilihat...mengulang kembali melihat movies2 lama....pernah tengok cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge...ha, saya baru melihatnya dua hari lepas....hinggakan cerita 'Brave' yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini pun, saya mahu menunggu DVDnya dijual...nanti mahu duduk lepak-lepak bersama suami (atau berseorangan???ahaks!!yalah...suami saya busy la....tapi kalau dia tidak busy, memang selalunya dia akan temankan saya...i love you my loving inche' hubby!!!) untuk melihat movie tersebut. Tutup langsir, tutup sliding door...then pasang loudspeaker....perghh!!! memang best dan terasa seperti berada di pawagam sendiri...bila mahu buat hal lain pula, hanya perlu tekan butang 'pause' saja.....marvelllous!!! Kadang-kadang, ada juga makan 'homemade' chicken chop sambil tengok movies....kat pawagam boleh ke???!

Yalah. Lagipun, saya kurang 'fit' untuk buat banyak kerja. Hanya boleh duduk-duduk bersandar tengok movies atau paling-paling, saya akan 'on' treadmill saya dan akan berjalan perlahan-lahan sambil tengok movies....dapat 3km sehari pun sudah berbaloi...alhamdulillah!!!

Apapun. Bagaimanapun. Hobi 'menulis' dan 'menaip' itu juga merupakan satu hobi, bukan sekadar hobi jika....berani saya katakan...beberapa tahun lepas ada sebuah novel yang saya hasilkan tetapi tidak diterbitkan pun masih berlegar-legar di ruang alam maya...menunggu 'ending' yang sengaja tidak saya letakkan di alam maya, lalu...keinginan saya untuk memiliki 'ruang' atau bilik menulis sendiri di rumah ini, adalah impian selama bertahun-tahun....yang hari ini...ya....insyaAllah hari ini....akan direalisasikan oleh suami saya (ahaks! bolehkah...suami tengah mengemas-ngemas dan mengangkat itu ini, tapi saya hanya duduk lepak-lepak?? ya...tapi memang suami takkan bagi saya menolong pun...kudrat saya ni lemah lagi...mekacih lagi sekali inche' suami....i love you!!!).

Tapi...yalah...impian bukan kenyataan yang molek-molek boleh tiba dan boleh menjadi dengan hanya mengelipkan mata. Lalu, semasa suami menolak salah sebuah rak buku milik saya (wah....macam banyak sungguh rak buku di rumah ini ek? ya.....memang banyak....dan buku-buku saya pun saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangaaaaattttt banyak....), maka kaki salah satu dari sebuah rak buku itu telah patah! Uhuks! ala.....patahnya sikit je pun, tapi menangisnya je nak lebih-lebih ek? Ya....sedih sangat. Rak buku yang dibeli sejak tahun 2007 itu dah patah kakinya.....tapi....masih boleh guna kan? Ya...masih boleh guna....kurang dah sedih ni....kalau tak, bagaimana mahu menaip dengan air mata penuh mencurah-curah....

Dan...bila dengar suami cakap...."apa saja berlaku ada hikmahnya kan?"....so, saya pun kembali tersenyum dan terus membuat pesanan pizza online untuk suami yang sedang berhempas pulas mahu merealisasikan mimpi-mimpi saya....hahaha...hari ini hari cuti saya dan suami, jadi mood nak masuk dapur pun boleh merudum ek.....hahaha....

So, itulah. Impian untuk dijadikan sebuah kenyataan bukanlah boleh jadi hanya dengan mengelipkan mata. Kena ada usaha. Kena fokus. Kena ada perancangan. Kena ada tenaga. Kena ada kaedah yang sesuai. Kena ada....kena ada macam-macam!!!

Semoga ada redha Allah untuk suami saya yang sangat baik hati. Semoga suami saya sentiasa dilindungi dan dipermudah Allah. Untuk saya juga. InsyaAllah.

Alhamdulillah.

p/s : Jom makan pizza....sambil tengok Oliver Twist plak....

20 June 2012

Surirumah Berijazah

Saya jarang menulis blog. Walau ada seribu juta macam cerita di dalam minda saya setiap saat, setiap hari, ia akan berlalu begitu saja. Paling-paling, saya akan mencatatkan di dalam sebuah buku kecil yang selalu saya bawa ke mana-mana (buku tiga 5 saja pun) jika berkesempatan, atau terkadang di dalam telefon tangan saya. Okey...saya kurang suka mencatat di dalam telefon tangan sebenarnya, walau telefon yang saya miliki agak canggih (haha...handphone saya ada connection untuk kabel HDMI juga...) sebab saya lebih suka menulis dengan menggunakan pen. Kelakar bukan? Kalau dulu, jika tanpa pen dan buku kecil, paling-paling pun saya akan mencatat dalam Draft Message...sungguhlah! Punya banyak ruang notes bersama kapasiti 16GB pun...saya lebih suka menulis di atas buku kecil saya...kalau handphone habis bateri, saya masih boleh membaca nota tulisan saya di dalam buku kan? (Okey...isi cerita perenggan pertama ini tidak ada kaitan pun dengan cerita perenggan seterusnya...boleh gitu?)

gambar ihsan Yahoo-search (N8)

Hari ini, untuk pertama kalinya...saya terkesan dengan satu segmen di TV3...iaitu Wanita Hari Ini. Saya memang tidak ingat waktu bermula siaran ini, tetapi segmen hari ini benar-benar menyuntik minda saya.

Surirumah Berijazah.

Hanya sedikit yang saya ingat tentang segmen ini, kerana saya tidak mencatit isi perbincangan segmen ini secara terperinci (asyik memerhati perbincangan, sehingga terlupakan pen dan buku tiga 5 saya...haha...). Surirumah berilmu, punya pendidikan tahap tinggi, namun rela melepaskan tekanan kerja di pejabat dan bergerak aktif di samping tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. Anak dijaga dan dididik sendiri, malah salah seorang 'surirumah berijazah' yang ditemuramah dalam segmen ini bukan saja memiliki Ijazah Sarjanamuda, malah memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan dari sebuah universiti di United Kingdom. Seingat saya, namanya Dr.Aznizah. Hebat bukan?

Antara kata-katanya yang saya ingat dan saya olah semula ; "saya sering balik lewat, bila sudah pulang ke rumah pula, badan rasa sangat penat dan seolah-olah tiada masa untuk keluarga dan diri sendiri, bila saya fikir-fikirkan, apa yang saya kejar sebenarnya dalam hidup ni kalau saya ada gaya hidup yang sebegini, jadi selepas kahwin dan dapat anak, saya terus ambil keputusan untuk berhenti kerja...sekarang ni saya masih bekerja...dari rumah...review certain research...tetapi saya dapat lebih fokus kepada anak dan keluarga saya..."

Okey. It is normal. Sebagai pekerja yang menggunakan otak dalam kerja (hampir sama corak kerja seperti beliau), saya pun sering penat. Sungguh. Bila tiba di rumah, walau seawal 5 petang, kepala serasa sudah tepu. Betul-betul 'memeras' isi kepala sepanjang 8 jam bekerja. Kalau ada rehat pun untuk otak, memang hanya pada Sabtu dan Ahad. Itupun, kalau dapat rehatkan otak. Tumpuan pada keluarga di hari bekerja memang serasa kurang. Jadi, boleh faham apa yang Dr.Aznizah rasa.

Ughhh! Bila pula saya mahu buat tindakan berani? Melepaskan sebulan gaji yang lumayan (oh! hanya itu tujuannya pergi bekerja?) - apa sebenarnya yang saya kejar dalam hidup ni? Kalau mati, bawa duit masuk ke kubur-kah?! (ini kes marah pada diri sendiri - pun masih ada rasa ragu-ragu...arghh!!)

Fikir. Saya masih berfikir. Ia benar-benar menyuntik minda saya. Badan saya lesu. Saya mahu rehat, beribadat, jadi surirumah, sentiasa ada masa untuk Allah, ada masa untuk keluarga...Allah! Sungguhlah. Saya perlu lebih tabah. Perlu lebih memiliki hati yang kuat. Perlu lebih berani. Perlu lebih yakin dengan Allah.

Allah. Bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Semoga ada redha-Mu dalam setiap perlakuan dan fikiranku. InsyaAllah.

07 June 2012

Roti Tortilla

Pernah makan roti tortilla? Tau apa itu roti tortilla?

Tortilla - gambar ihsan Yahoo Search

Saya akui saya belum pernah makan roti tortilla, tapi saya hanya mengenali rupa roti tortilla. Roti ala-ala lempeng nipis tetapi kenyal dan boleh dijadikan 'wrap'...errr....agaknya lebih kurang rupanya macam 'twister' kat KFC tu kot. Rasanya memang saya tak tau. Tak pernah rasa. Twister kat KFC tu pun pernah rasa sekali je. Tupun 5 tahun yang lalu kot. Haha.

gambar ihsan Yahoo Search

Beriya-iya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini mencari roti tortilla untuk dibeli, atau mencari resepi roti tortilla. Ya. Sungguh susah. Salah satu blog masakan Australia yang selalu saya lawati itu juga tidak mempunyai resepi roti tortilla.

Roti, pada saya...jenis-jenisnya...membuatnya mudah dan tak payah, tetapi untuk me'naik'kannya dan menggebukannya...memang proses menguli tu sangat penting. Sangat-sangat penting, bersama jenis yis yang hendak digunakan. Tapi kalau tengok roti tortilla, tak nampak macam guna yis pun. Dah terang-terang nampak kenipisannya. Kata suami, ni salah satu specialty saya...tengok je makanan...walau belum rasa pun, dah tau secara kasar tentang bahan-bahan yang digunakan. Alhamdulillah.

Okey. Jalan punya jalan. Belek punya belek. In detail saya membelek. Selama beberapa bulan (saya jarang putus asa dalam bab masak-memasak ni...atau dalam bab apa pun - lalu teringat pokok pandan depan rumah yang dah 2 hari tak bersiram..oh! janganlah cuba-cuba nak mati pulak ya...insyaAllah...) Akhirnya saya menemui bungkusan 8 keping roti tortilla di sebuah pasaraya. Biasanya jenis-jenis makanan macam ni ada kat tempat sejuk beku ya...di mana anda boleh jumpa pastry puff...dan juga keju...dan juga benda-benda lain...rambang je mata kalau tiba kat area ni...tapi takdela membeli makanan sejuk beku macam karipap atau pau atau popia atau samosa atau roti canai pun...ada tak ada akan beli keju, pastry puff, whip cream...sebab bab karipap beku, popia beku, samosa beku...hatta croquette beku (sejenis masakan Jepun berasaskan kentang)...semuanya memang saya buat sendiri di rumah dan saya bekukan selebihnya untuk makan di masa akan datang.

Teruja sungguh nak membeli, tetiba...suami yang pergi untuk memeriksa harga di mesin pengimbas harga, menghala ke arah saya dengan muka yang sungguh teruja. Perlahan saja dia berbisik ke arah saya, RM 18.90 katanya. HAHHH!!! paling-paling kalau sebungkus 8 keping itu harganya dalam RM10...nak juga saya membelinya. Jadi...tidak membeli...walau teringin. Memanglah mahal. Roti dalam paket tu roti import dari 'over the sea'. Haha.

Sungguhlah.

Baru-baru ini, saya terjumpa resepinya. Allah seperti tahu semua keinginan saya. Alhamdulillah. Cuma belum berkesempatan membuatnya. Menantikan suami ada di rumah, untuk bantu menguli (yalah...tangan saya masih belum kuat...kudrat masih agak lemah...alhamdulillah suami rajin masuk ke dapur setiap kali waktu memasak - walaupun waktu awal pagi, lebih kurang 5.45 atau 6 pagi, untuk saya bawa bekal ke tempat kerja). Sungguh, di rumah saya tidak ada 'bread maker'. Sengaja tidak dibeli, sebab mahu membuat roti 'air tangan sendiri'. Walau roti bun sekalipun. Atau roti sandwich, walau kadang-kadang bila dah lama tak jumpa roti...tersinggah juga Petronas membeli roti Gardenia. Haha. Bukan guna duit pun. Guna kad Mesra je. Redeem points.

Ya. Tortilla roti yang agak mudah. Bahan asasnya cumalah tepung, baking powder (seperti yang saya sudah jangka sewaktu melihat gambarnya yang nampak seperti ada berlubang-lubang kecil), garam, air suam dan shortening (ni pun salah satu misi nak habiskan shortening yang ada kat rumah tu juga sebelum expire...). So boleh faham kan kenapa saya taknak beli 8 keping dengan harga RM18.90?

Alhamdulillah.

Lepas ni...akan ada tortilla sejuk beku di rumah saya. InsyaAllah. Dan bolehlah dipelbagaikan isi/intinya. Baru semalam membeli salad sebanyak 3 pokok...

gambar ihsan Yahoo Search

Semoga ada redha Allah untuk usaha saya dan suami memastikan makanan yang masuk ke perut kami sekeluarga adalah bersih, halal, seimbang, berkualiti dan berkhasiat. InsyaAllah.

28 May 2012

Macam-macam...dan masih bermacam-macam...

Sungguh bermacam-macam kehidupan ini.

Macam taknak update blog!

Okey...hari ni dah 28 Mei 2012. Dah nak masuk ke bulan Jun. Dah hampir setengah tahun di 2012. Dan...di setengah tahun inilah...kerja saya hanyalah mengadap internet, facebook, usik-usik suami (saya memang kaki mengusik pun...ahaks!) dan pi balik pi balik kampung (kira maaakaaaaaannnn anginnnn la ni...cover semula taun lepas yang kurang maaaakaaannn angin...). Boleh gitu? Ya...macam orang takde kerja kan. Uishhh! Macam best je kalau ambil cuti (tapi nak laaa ada gaaaaji.......hahahahaha). Okey! Saya sudah bosan. Walau takde apa-apa...tak kira...tak kiraaaaa....saya berharap 'ikhtiar' saya positif....membuahkan hasil yang positif....dan saya nak mula bekerja. Sungguh! Minda saya serasa beku.....(alahai...ini luahan hati atau apakah??)

Macam dalam filem.

Sungguh.

Menerima panggilan telefon menyatakan nenek suami saya sakit tenat, lalu kami pun bergerak balik kampung dengan segera (lalu membatalkan kehadiran ke dua kenduri perkahwinan yang memang dah diset-kan nak pi...uhuk!!! Boleh tak kalau saya katakan yang saya teringin sangaaaattt nak makan nasi minyak kenduri kahwin....uwaaaa...dah lebih setahun setengah keinginan ini saya hanya mampu pendamkan kerana 'sakit' saya...uhuk!!!) dan sebaik saja kami tiba di depan pintu rumah...nampak...ramainya orang-orang kampung membaca Surah Yaasin...dan hati saya terus berdegup laju. Ya...walau nenek itu hanya pernah saya temui sekali saja...tapi hati saya benar-benar tersentuh...

Alhamdulillah. Ketika itu, nenek masih ada. Masih mampu berbicara. Walau tidak seperti biasa.

Lalu kami balik semula ke Lembah Kelang.

Lalu, selang dua hari kemudian, kami bergerak lagi ke kampung. Perkhabaran 'kematian' itu benar sungguh menimbulkan rasa sedih di hati. Mujurlah...alhamdulillah....kami sempat menemuinya dua hari sebelumnya. Al-Fatihah dan doa sebanyak-banyaknya kepada arwah nenek suami saya, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan sentiasa dalam redha dan rahmat Allah...insyaAllah...

Macam penat. Letih.

Hari ini ke hospital lagi. Dapat 'sijil cuti sakit' lagi. Boleh gitu?

Rasa macam sihat. Tapi doktor bagitau "Oh...masih lemah ya?"

Sungguhlah. Rasa 'positif' yang sentiasa merajai diri saya perlu kuat lagi. Supaya badan saya lebih sihat. Saya lebih sihat. Saya lebih kuat. Walau fizikalnya...saya masih lemah.

Semoga ada redhaNya. Semoga ada rahmatNya. InsyaAllah.

13 May 2012

Tidak Boleh Marah. Kalau Marah, Anda Kena Jual?

Marah. Suatu ciri negatif yang menyukarkan sebahagian besar diri dan emosi kita. Marah juga, salah satu pintu masuk syaitan. Marah, perlu diatasi dengan S.A.B.A.R.

Pun, Jumaat yang baru berlalu, 11 Mei 2012, menyaksikan 'kemarahan saya' yang amat. Ya. Saya sangat marah. Walau 'anger management' atau pengurusan marah sering cuba untuk dipraktikkan dalam sebarang situasi, cuba melembutkan hati sedalam-dalamnya apabila rasa negatif itu cuba menguasai saya, tapi hati saya tetap tercalar dengan insiden yang berlaku. Amat-amat tercalar, sehingga saya 'mengisytiharkan perang' kepada insan tersebut kerana kejadian itu. Ya. Saya marah kepada seorang manusia, kerana perlakuan dan tindakannya. Bukan kerana rupa fizikal yang telah Allah jadikan dengan begitu indah. Semua kejadian Allah memang indah, kita manusia ini yang bersifat nafsu serakah dan menerima hasutan syaitan yang sering memburukkan kejadian Allah yang sangat indah.

Mengapa saya marah?

Anda semua pasti tahu bahawa hari Jumaat, semua yang bergelar lelaki beragama Islam diWAJIBkan mengerjakan solat Jumaat (WAJIB - jika dibuat dapat pahala, jika tidak dibuat akan berdosa). Jika ada yang diberi rukhsah (kemudahan) oleh Allah pun, hanya kerana ada sebab-sebab yang diwajarkan dan diberi kelonggaran.

Insan ini, beragama Islam. Berada dalam suatu majlis yang beliau kawal (maksudnya beliau ada 'power' untuk meneruskan/memberhentikan majlis). Di dalam majlis itu, selain dari penyampainya lelaki bukan Islam, yang lainnya - majoriti lelaki - adalah beragama Islam. Jadi, saya menanti-nanti majlis tersebut tamat. Memerhatikan jam berulangkali. Dari pukul 12 membawa ke 12.30 hinggalah ke pukul 1 tengahari di hari Jumaat, masih tidak ada tanda-tanda majlis akan tamat. Cuba juga berulangkali memastikan 'tiada masjid' di hadapan pintu masuk ke majlis/tempat tersebut (ini ayat sindiran...jika pintu masjid di hadapan pintu tempat tersebut, sudah tentu majlis 'keduniaan' itu sudah ditamatkan seawal 12 tengahari...kerana apa...kerana malu kepada manusia....sungguhlah...bilalah kita semua akan belajar 'rasa malu kepada Allah'? Tidak adakah sekelumit rasa pun untuk 'malu kepada Allah'?).

Akhirnya, majlis tamat. Pada pukul 1.15 tengahari. Tahu bukan, kalau ada masjid yang agak dekat pun di kawasan tersebut, ia adalah suatu 'waktu yang mustahil' untuk berada di masjid sebelum imam memulakan khutbah Jumaat? Tahu bukan waktu solat Zuhur masuk pada pukul berapa? Tahu bukan, pada masa bila 'malaikat pencatat' bertugas menulis nama-nama umat Islam yang masuk ke masjid di hari Jumaat sebelum imam naik untuk membacakan khutbah? Tahu bukan...perkara-perkara sunat di hari Jumaat sebelum bergerak ke masjid yang juga dapat memberi kesan kepada emosi? Tahu bukan...ia hari Jumaat. Bukan hari-hari biasa yang boleh membawa kepada solat Zuhur dilunaskan seawal 4 petang, atau terus terlepas langsung...terus diabaikan. Terus dilupakan. Tanpa rasa bersalah kepada Allah yang telah membenarkan anda semua hidup sehingga ke hari ini. Langsung tidak mahu mengikut suruhan Allah. Tidak mahu meninggalkan larangan Allah.

Jadi, kalau tahu...kenapa tidak bertindak 'menjadi seorang Islam yang baik'??? Sanggup 'membelakangkan Allah' hanya kerana hal dunia (majlis yang saya katakan di atas tidak ada kaitan langsung dengan majlis-majlis keagamaan).

Jika sikap buruk yang ditunjukkan kepada saya, hanya merujuk kepada saya, atau hanya merujuk kepada 'manusia' sahaja....saya masih boleh mengabaikannya. Walau bersikap buruk itu juga merupakan sikap yang tidak diredhai Allah. Tapi, jika 'membelakangkan Allah' hanya kerana hal-hal dunia....ia menjadikan hati saya tercalar...lukanya amat dalam! Saya akui saya menangis melihat perlakuan seperti yang baru saya alami pada Jumaat yang lepas.

Sejujurnya...hari ini...saya terjumpa ini...dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil...

Daripada 'Amr bin Syuaib, daripada ayahnya, daripada bapa saudaranya (Abdullah bin Amr bin al-'ash), dia berkata: Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam keluar untuk menemui para sahabatnya yang di saat itu sedang berselisih tentang persoalan qadar, maka Baginda marah sehingga seakan-akan sebuah delima keluar daripada wajah Baginda kerana kemarahannya. Lalu Baginda berkata: INIKAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN KE ATAS KALIAN DAN UNTUK INIKAH KALIAN DICIPTAKAN? KALIAN TELAH MELEMPARKAN SEBAHAGIANNYA AL-QURAN DENGAN SEBAHAGIAN YANG LAIN. HAL SEPERTI INILAH YANG TELAH MENGHANCURKAN UMAT-UMAT SEBELUM KAMU"

Lalu Abdullah bin 'Amr berkata: Aku tidak memandang baik terhadap perbuatan diriku di suatu majlis di mana di situ Rasulullah sangat marah lantaran para sahabatnya membahaskan sesuatu yang sedikit pun tidak memberi manfaat kepada mereka.

Ya...untuk apa memandang dunia terlalu lama, memikirkan dunia sahaja....sehingga terlupa bahawa dunia ini adalah 'ladang' untuk akhirat kita. Jika baik 'benih' dan 'tanaman' kita di dunia ini, maka eloklah juga hasil tuaian yang akan kita bawa sebagai 'bekal' di akhirat nanti. Pun....jika di dunia ini 'benih yang kita tabur adalah benih yang buruk, terlebih benih yang tidak diredhai Allah'...jadi apakah 'bekalan' kita di akhirat nanti?

Sungguh malang.

Kejarlah redha Allah di dunia agar Allah akan meredhai kita di saat harta benda, anak-pinak, saudara-mara dan kawan-taulan tidak lagi dapat membantu kita. Itulah 'akhirat'. Hanya Allah yang dapat membantu, dan hanya rahmat dan kasih sayang Allah yang memberikan 'kebahagiaan hakiki' di akhirat nanti. Dunia ini hanya sementara, sangat seketika tempohnya.

Kejar-kejar dunia, untuk akhiratmu. Jangan mengejar dunia, hanya mengikut nafsumu.

Semoga ada redha Allah untuk entri saya kali ini. Semoga Allah sentiasa mengurniakan hidayah kepada kita semua, semoga Allah meredhai kita semua. InsyaAllah.

12 May 2012

Display Set

Okey...topik yang dah lama sangat saya nak tulis. Topik yang tersimpan hampir 9 tahun sudah. Topik membeli-belah. Beli and belah...ok? Ramai suka buat kan...walau macamana gawatnya pun ekonomi dan duit dalam poket dan bank anda.

Peel/kelakuan/sikap saya apabila mahu membeli sesuatu barang, saya suka 'survey'/research/buat kajian. Bukan setakat survey harga, tapi survey segala-galanya. Dari segi fungsi, keperluan, cara penggunaan, cara nak maintain/cara nak jaga, cara nak mewujudkan fungsi-fungsi tambahan, perkara-perkara yang boleh merosakkan sesuatu benda yang saya nak beli tu...pendek kata....everything! Bukan hanya semata-mata kerana harga sahaja. Malah, saya juga akan memikirkan (sentiasa memikirkan sebenarnya) samada 'sesuatu' itu adalah keperluan saya (maksudnya, jika takde benda ni akan terjejaslah hidup saya...contoh item adalah berus gigi) atau hanyalah berdasarkan kehendak dan nafsu serakah saya (contoh...Honda Civic 2.0 - errr....contohlah...memang saya nak, tapi berpada-pada la dengan Toyota kesayangan itu sekarang...masih elok dan boleh guna...masih cantik dan masih mengancam pun...).

Saya akan buat survey dalam internet (bab ni....saya akan cuba compare dengan tahap international pun...sebab benda depan mata klik dengan tangan je kan...maklumat di hujung jari anda...mudah and boleh dapat a lot of new informations yang tidak tersangka-sangka...), saya akan cuba 'menziarahi' kedai-kedai berkaitan, berbual dengan pengguna-pengguna berkaitan, malah kadang-kadang bila masuk ke kedai mana-mana, saya akan maklumkan bahawa saya adalah orang yang sedang buat survey (macam ni je cakap....akak tengah survey je ni dik....kalau okey, lain kali baru akak datang beli - secara tak langsung tidak menghampakan salesperson yang akan melayan anda bagai nak rak...), malah kekadang saya akan sentuh-sentuh item yang saya nak beli itu..cuba-cuba test..dan kemudian mungkin setelah beberapa minggu, atau beberapa bulan...malah terkadang ada yang makan tahun pun (okey....saya sangaaaaattt 'sabar' dalam membeli sesuatu...tidak terburu-buru....malah sentiasa melakukan pemikiran yang banyak berdasarkan kajian-kajian yang saya telah buat tidak kira barang yang saya nak beli itu murah atau mahal...), barulah saya pergi ke kedai berkaitan untuk beli.

Yay!! Nak beli dah ni...sungguh nak beli dah ni..tetiba....tetiba...tetiba....

................................................

"Kak....kami cuma ada yang ni je....display set ni....ni kira stok baru ni kak...."

Aiyooooo....kalau stok baru kenapa masa akak datang sini enam bulan lepas, rupa barang itu masih seperti itu?

Ooooo....kami susun sama je tempatnya...memang tak ubah pun....stok yang masa tu dah ada orang lain beli....sambutan hebat untuk barang ni kak....

Kalau hebat dan ramaaaaaai orang suka beli, kenapa letak display set je....kenapa tak beli banyak-banyak buat 'ready-stock'? Kan rugi kalau ada orang nak beli tapi barang tu dah takde plak kat sini, contohnya akak dah beli sekarang....then jap lagi ada customer masuk pun nak barang yang sama...macamana?

Kami akan order lagi dan suruh dia datang masa lain...esoknya ke....

.........................................

Cheeettttt!!! Kalau ikut logik pun anda boleh fikir itu worang cakap betul atau tak. So, kesimpulannya saya 'tak jadi membeli' walau dah buat survey bertahun-tahun pun. Baik pi cari kedai lain je...banyak lagi kedai lain dalam Malaysia ni sebenarnya....nak kena rajinkan diri je...

..............................................

Pi pulak kedai lain....

"Kami takde stok kat sini....tak simpan kat sini....kalau you nak, you bagi deposit...nanti I bawa barang tu mari sini, you boleh tengok...tapi deposit memang tak boleh pulang maa....."

You akan bawa berapa? Sepuluh barang tu untuk saya pilih? Semua baru ke? Atau you ambil display dari kedai mana-mana?

Saya tak boleh bawa banyak la...satu je saya akan bawa...untuk you tengok...kalau you suka, you beli lah...kalau you tak suka, deposit you hanguslah...

Tak boleh nak pilih-pilih la?

Memang tak boleh...

Berapa you nak I bagi deposit?

Barang you nak tu, harga RM1500....so I minta deposit RM200 la....

Kalau saya taknak ni, hangus la duit saya?

Yalah...mau kira transport lagi...minyak kereta kena bayar maaa....

Mana saya tau you ambil barang kecil macam tu guna kereta?

Saya cakap butul ni...

RM200 tu kalau guna kereta saya boleh ulang alik dari Perlis ke Johor....barang yang you nak ambil ni ada kat mana? Jauh sangat ke? Esok tak dapat lagi la saya nak tengok?

Kalau you nak...you bayar deposit...lepas 1 jam nanti you datang sini semula....I tunjuk itu barang dekat you...

................................................................

Okey....hebat kan?!! Saya akui...ini adalah pengalaman-pengalaman betul saya sepanjang saya cuba melunaskan keinginan-keinginan dan kehendak saya kepada sesuatu barang. Yang mana, ia akan berakhir dengan 'saya tidak membeli pun barang-barang tersebut'. Hampa. Kecewa. Pun cepat-cepat memberitahu diri...ada hikmahnya setiap kejadian dijadikan Allah.

Sungguh, ia tidak logik. Kenapa?

Mengikut Islam, dalam rukun jual beli, ada 3 perkara penting : Pembeli dan penjual, Sighah (ijab dan kabul : contoh 'saya jual', 'saya beli') dan Ma'qud Alaih (Barang dan Harga).

Syarat-syarat 'barang' yang perlu dipatuhi pula ada lima :

1. Wujud semasa jual beli (kalau masih takde...kenapa nak kena bayar deposit dan deposit hangus pula kalau tak nak membeli....deposit pula bukan seringgit dua ringgit)

2. Harta yang bernilai dan bermanfaat (kalau penjual sendiri dah tak suka dan tak menghargai barang tu, contoh display set...atau ada kekurangan lain....kenapa masih nak jual pada pembeli dengan harga mahal tapi kualitinya rendah?)

3. Milikan sah

4. Mampu untuk diserahkan

5. Mengetahui kuantiti, jenis dan sifat (kita tak tahu barang tu 'sifat'nya elok atau tak....kenapa nak kena bayar duit untuk barang yang tak nampak?)

Oleh itu....sekiranya satu rukun dalam jual beli tidak dipatuhi...maka kontrak jual beli itu tidak sah dan dengan sendirinya terbatal.

Jadi....berhati-hatilah anda semua semasa membeli/menjual sesuatu barang.

Kita hidup di dunia ini sangat - sangat berharap pada redha Allah. Kalau tak buat sesuatu yang Allah redha, macamana nak menjadi manusia yang diredhai Allah di dunia dan di akhirat?

Semoga ada redha Allah dalam entri saya kali ini. InsyaAllah.

21 April 2012

Cerita Tentang Hati

Semalam, saya mengambil peluang menunaikan solat Asar di masjid berdekatan dengan rumah saya. Sudah lewat, pun cuba untuk dicepat-cepatkan. Oh! Ruginya solat yang terlewat...

Kalau nak di-analogi-kan...dibayang-bayangkan...cuba waktu solat ni dianggapkan macam waktu untuk masuk panggung wayang (contoh la ni kan...). Kalau dapat masuk on time, tepat pada masa, dapat tengok movie dari awal bersiaran hinggalah habis...tentu rasa berbaloi-baloi kan...tapi kalau masuk dalam panggung lagi 10 minit nak habis movie, apa perasaan anda? Tapi...pelik pula...kalau 'terlepas tengok wayang', rasa nak menangis dan rasa rugi tersangat-sangatlah ruginya. Mesti masuk ke dalam pawagam paling awal...

Tapi, kalau terlewat solat, ada tak antara kita semua yang akan menangis? Ada tak antara kita yang rasa rugi? Ada tak yang rasa teramat sedih? Ada tak antara kita semua yang menjadi 'penanti dan penunggu setia' kepada waktu solat, sentiasa menanti-nantikan waktu solat tiba? Hmm...untuk difikir dan direnung-renungkan. Rasanya, anda semua lebih arif dengan jawapan dari hati anda kan? Errm...entah bilalah hati kita ni nak 'improve' ek? Kalaulah esok pagi maut datang menjemput...kalaulah esok pagi terjadinya kiamat? Aduhai...

Usai solat Asar, saya masih duduk di masjid. Menanti waktu solat Maghrib, dan kemudian selepas solat Maghrib berjemaah, memang akan ada Kuliah Maghrib pada setiap malam di masjid ini. Malam itu, Ustaz Khusairi Hamthan membicarakan tentang akidah, akhlak dan hati.

Saya terkesan dengan kuliah yang beliau sampaikan berkenaan tentang kewajipan solat berjemaah. Bagaimana Rasulullah berkeinginan membakar rumah-rumah para sahabat yang tidak menghadirkan diri untuk solat berjemaah. Walhal, kita semua sedia maklum, Rasulullah ini manusia terbaik yang punya ketinggian akhlak, kesempurnaan diri yang dianugerahkan Allah kepada beliau. Beliau kekasih Allah. Jadi, jika kitalah...ya...kita yang tidak maksum ini...kita ini tidak maksum pun...apa kesalahan yang boleh dibuat oleh seseorang kepada kita sehingga menjadi sebab untuk kita membakar rumah seseorang? Apakah jenis kesalahan agaknya....dan ia boleh dibayangkan betapalah 'besarnya' kesalahan orang yang tidak menghadirkan diri dalam solat berjemaah pada setiap waktu solat fardhu sehingga rumahnya boleh dibakar oleh 'Rasulullah yang maksum'. Ya, saya takut. Dari dulu lagi sudah tahu...tapi...seperti biasa, tuntutan waktu kepada 'dunia' sering membataskan diri. Terlebih untuk solat Subuh berjemaah di masjid. Sungguhlah amat payah...Ya Allah...jadikan ia mudah...solat berjemaah ini mudah...untuk saya, keluarga saya, dan semua muslimin dan muslimat...insyaAllah...

Kemudian, ustaz juga menyampaikan tentang 'MUDAHNYA UMAT ISLAM ZAMAN INI MEMPRAKTIKKAN PERKARA-PERKARA YANG SILAP DAN DILARANG OLEH ALLAH'. Lebih mudah jika dikatakan bahawa umat Islam zaman ini 'menjadikan perkara haram sebagai cara hidup'. Contoh yang diberikan oleh ustaz sangat mudah. Ia berkaitan tentang 'menjaga aurat' - saya letakkan perkataan 'menjaga' di sini...kerana perkataan 'menutup' aurat tidak sinonim dengan 'menjaga aurat'. Kata ustaz, Perkara 1. Jangan pakai pakaian jarang hingga menampakkan bentuk badan (ini mengingatkan saya kepada malam sebelumnya sewaktu saya sedang duduk di tempat meletak kereta di hadapan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi, malam sudah lewat...suasana gelap yang ada hanya cahaya dari Pusat Rawatan Islam tersebut sahaja...tiba-tiba ada 3 orang wanita lalu di hadapan kereta saya menghala ke pusat rawatan tersebut. 2 orang berpakaian 'ketat' dan seorang lagi memakai baju longgar tetapi menjadikan 'saya malu' untuk melihatnya. Ugh!! Saya yang wanita ini pun merasa amat malu untuk melihatnya. Apabila saja wanita itu lalu di hadapan saya, susuk tubuhnya amat jelas dilihat 'dengan bantuan cahaya' dari hujung kaki hingga ke pinggang, mujurlah memakai baju sejuk dan tebal di bahagian atas badan, dengan memakai tudung. Errmmm....nasihat saya kepada para wanita...TOLONG! Sila tolong pakai 'kain di bahagian dalam' pakaian anda, atau pakai seluar panjang yang agak longgar di bahagian dalam pakaian anda jika anda memakai baju kurung atau apa-apa saja pakaian yang nampak 'labuh dan menutup' tetapi sebenarnya ianya jarang...ia TIDAK MEMBOLEHKAN ANDA 'MENJAGA AURAT' ANDA...).

Perkara 2 yang disebut oleh ustaz pula adalah tentang pemakaian 'ketat' dan 'sendat' yang memang berleluasa sekarang. Ini, saya tidak perlu ulas. Semua sudah sedia maklum bagaimana sendatnya pakaian zaman ini hingga menampakkan apa saja bentuk tubuh, samada seseorang wanita itu mempunyai susuk badan yang 'berisi' ataupun tidak. Malah, pakaian-pakaian seumpama ini dijual dengan berleluasa. Sangat banyak. Apa yang saya mahu nyatakan, ia sungguh benar DILARANG OLEH ALLAH...walaupun majoriti...ya, walaupun memang ramai wanita di zaman ini yang berpakaian sebegini. Ya...kerana ia dibuat oleh 'majoriti'...ia jadi seperti satu 'kebiasaan yang dibolehkan'...kenapa kita tak rujuk semula kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW apabila ada keraguan di hati kita? Kita di zaman ini....suka benar 'mengikut rentak dan gaya orang lain'...tidak belek-belek pun samada ada redha Allah atau tidak dalam apa yang kita lakukan. Redha Allah, atau redha manusia? Kata suami saya...kalau di zaman ini, 'tidak berpakaian' itu menjadi satu fesyen...maka semua orang pun akan menganggap 'tidak berpakaian' itu sebagai satu perkara normal kerana ia dibuat oleh 'majoriti'...

Malah, ustaz juga membicarakan dan menegur tentang 'tudung ranting pokok'. Haha. Mungkin ia cuma istilah saya, tapi kata ustaz, majoriti wanita zaman ini memakai tudung yang 'menyangkut' menutup rambut dan kepala saja, sama seperti kain yang menyangkut di ranting pokok...tidak ikut konsep tudung yang telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran...

Apapun, ia berkait dengan hati. Jika buntu, hati yang mengingati Allah akan mencari penyelesaian melalui jalan yang diredhai Allah. Jika sedih, Allah jua tempat kita merafaq kasih, menagih simpati. Jika gembira, Alhamdulillah...segala puji bagi Allah sekelian alam. Semunya dari Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan...hanya kepada Dia...

Jadi, tepuk dada, tanya hati, belek iman. Semoga ada redha Allah dalam entri saya kali ini. InsyaAllah.

14 April 2012

My Lovely Sling Bag

Saya suka pakai sandal - hehe...sandal sangat buruk tanpa tumit yang sebelum sakit...saya jadikan sandal itu sebagai sandal untuk saya ambil wudhu' (wooo....mulia taraf sandal ni...hari-hari bantu saya untuk solat...) - err...buruk-buruk pun...hanya buruk di mata orang lain agaknya. Ia sangat bagus, dibeli pada tahun 2004 pada harga seingat saya lebih kurang RM25 (wah....almost 8 tahun sudah ek? dan untuk sandal taraf selipar jepun pada RM25...ia sangat-sangat berbaloi..) dan saya masih memakainya sehingga kini (ya...masih pakai hari-hari...dan sejak kaki saya sakit setahun sudah...sandal itu kerap dipakai bersama stokin..) dan ia masih tidak rosak. Alhamdulillah. Alah membeli menang memakai.

Ya. Kaki masih sakit. Sedikit-sedikit. Masih pakai sandal (hello...ayat 'lari-lari' dalam entry sebelum ini hanya gimmick ya...haha...mana ada berlari lagi...) walau ke mana-mana pun, dengan berjalan perlahan-lahan.

So, bila 'sling bag' a.k.a handbag saya yang sudah digunapakai sejak tahun 2004 sudah mula rosak dan koyak (kerap memakainya...bila pergi ke site, atau ke mana jua sebab ia mudah, ada ruang yang luas dan kainnya sangat tahan lasak..), maka saya pun 'rajinlah' menjenguk ruang menjual handbag di pasaraya untuk mencari 'sling bag' baru sebagai ganti. Saya pakai sandal, stokin, baju kurung labuh dan longgar, tudung bidang 60 inci yang labuh dan tak ada gaya pun macam orang banyaaaaakkkk duit. Haha. Inilah gaya saya kalau saya ke mana-mana sebenarnya. Suami tidak pernah menghalang, malah lebih menggalakkan. Kata suami, lagi bagus pakai macam ni...dia tak banyak nak tanggung dosa.

Dah koyak...tapi 'sangat lambat' nak koyak terus...inipun ambil masa dekat 9 bulan...baru jadi seteruk ini...dari satu lubang yang kecil je...kalau beg biasa, sampai 9 bulan ke ek? dengan penggunaan kerap hari-hari?

I love this bag....

Sling bag saya sebelum ini, brand 'Roberta di Camerino' (sila google sendiri ya...sebab saya pun membuat google sebaik saja membeli beg ini 8 tahun lepas dan saya amat terkejut..kalau dalam Dollar US tu...convert je la dalam RM boleh dapat berapa...yang biasa saya jumpa, almost RM 7000 - RM10,000 juga....) dibeli dengan harga RM 112.....seingat saya, setelah diskaun 70%.....dan harga asal 'sling bag' itu...lebih kurang dalam RM500++. Okey...saya membelinya kerana teruja dengan rupanya....bukan kerana brand...walau sebelum membeli, saya tidak mengenali 'Roberta di Camerino' pun...malah, bila sudah menjadi pengguna sling bag ini...saya tahu, ia merupakan jenama yang sangaaaatttt berkualiti...alhamdulillah...

Biasanya, tidak ramai yang mempedulikan saya. Yalah, nampak macam tidak ada duit kot. Haha.

Pun, bila saya (saya hanya berseorangan...suami ke rak kasut...) masuk menjenguk di antara rak-rak handbag yang bersusun itu, saya terjumpa - ahaksss!!!- terserempak dengan tiga orang jurujual wanita yang bersandar di rak sambil berbual-bual. Tidak ketiga-tiganya, hanya salah seorang di antara mereka memandang saya dari atas ke bawah dengan rasa syak?? (agaknyala...sebab perlakuannya berulang-ulang...memandang saya dengan pandangan 'merendahkan diri saya'??...okey...ia mungkin cuma perasaan saya...tapi selalunya instinct saya tepat...) membuatkan saya terus pergi ke rak lain.

Hmm...mungkinlah....mungkin kerana harga-harga handbag di rak-rak tersebut dari RM70-RM300...dia merasakan 'untuk apalah dia ni masuk ke sini, bukannya mampu pun nak beli apa2'...dengan gaya saya yang agak selekeh, atau selebet...errmm....don't try to judge any books by its cover....please...

Okey. Saya tidak membeli. Bukan kerana harga. Bukan kerana jurujual. Tapi, saya tidak berjumpa rekabentuk (bab rekabentuk beg...ia memang sukar diperoleh, kadang makan tahun pun...sama juga jika saya mencari kasut untuk dibeli...) yang saya suka. Tidak terlalu 'glittering', tidak terlalu glamour....tapi selalunya 'suit with all pupose'...saya tidak suka membeli banyak kali, tapi saya suka membeli 'yang berkualiti', 'worth the price' dan 'suit with all purpose'....'worth the price' paling utama....kalau harganya RM500 dan ia datang bersama kualiti RM500 atau RM700....ya....saya akan membeli...bersama design yang saya mahukan....

Ada sesiapa tahu di mana butik 'Roberta di Camerino' di area Lembah Klang? Sudah google...tapi tidak berjumpa....saya rasa, saya mahu brand ini juga....haha...

...sekadar mengisi masa terluang, semoga kita semua sentiasa diredhai Allah. InsyaAllah.

...menilai manusia dari segi taqwa...bukan dari segi perhiasan yang dipakainya...dan harta apa yang dimilikinya...

28 March 2012

Ulang Tahun Pertama : 1st Anniversary

Okey...ada hati mahu taip entry walau jam sudah 9.05 malam. Hehe. Biasanya time ni saya sudah lari-lari keluar dari lif menuju ke kereta (Ehhh....kaki dah baik ke? Anda sudah sihat ke? Eh...bila baik ni? Ehh....sakit punya 'makan tahun'....tup-tup....sila citer....sila citer - okey...kena abaikan dulu ya....hehe...fokus pada entry ini dulu...)

Saya tidak terlupa kepada 1st anniversary kami. Sayangnya...tiada entry di sini kerana kami berdua 'memadu kasih' - wink!!! - ke utara tanahair. As usual, bila buat long journey....memang 'no internet'. I'm busy...hehe....internet cuma guna untuk tengok GPS je....sebabnya....bila jalan-jalan jauh-jauh ni, lebih baik dimanfaatkan untuk berjalan dengan bersungguh-sungguh. Terlebih pula, sudah hampir setahun saya tidak dapat menikmati momen-momen berjalan-jalan seumpama ini...alhamdulillah.

Sungguh, menikmati kehidupan selama setahun (kini setahun seminggu dan dua hari sudah...) bersama seorang suami yang sangat penyayang, sangat romantis, sangat rajin, sangat baik hati....okey! cukup dulu ek...yang lain-lain saya nak rahsiakan sebab banyak keistimewaan suami yang saya tak nak...okey, TAK NAK kongsi dengan orang lain...haha...membuatkan saya sering berfikir yang saya baru je berkahwin semalam (erkk....semalam ek? ya....tapi itulah yang saya fikir setiap hari sepanjang melalui kehidupan perkahwinan saya...tidak terasa masa berlalu...) dan ia sangat-sangat membahagiakan. Thanks a lot my loving inche' suami....

Allah....sudah 9.15....saya kena log out dulu....hehe....tiada entry sambungan ya...

Saya bersyukur. Saya bahagia. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan keindahan hidup ini kepada saya dan suami. Ya Allah, hambaMu yang lemah ini memohon semoga saya dan suami sentiasa dilindungi, dimudahkan, dikurniakan hidayah, dirahmati dan diredhai di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Semoga dikekalkan kasih sayang kami berdua hingga ke syurga. InsyaAllah.

p/s : kami berdua TIDAK PERNAH dating sebelum kahwin. Kali pertama saya berjumpa suami adalah lebih kurang setengah jam sebelum kami dinikahkan...indah kan?

21 March 2012

Dia Yang Mempunyai Rasa Sakit di Hati

Dia tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain.
Dia tidak boleh melihat kegembiraan orang lain.

Dia tidak percaya kepada qada' dan qadar. Padanya, qada' dan qadar MESTI mengikut setiap kehendak dan keinginannya. Kalau tidak semua pun, sebahagian besar hal-hal yang penting dalam hidupnya mesti menurut keinginannya. Tidak tahukah dia, bahawa qada' dan qadar termaktub dalam salah satu Rukun Iman. Tidak percaya kepada salah satu dari enam perkara dalam Rukun Iman, ia akan mewujudkan suatu hal lain dalam kehidupan seorang Muslim yang percaya tentang kewujudan Allah (sepenuhnya).

Dia yang mempunyai rasa sakit di hati.
Dia yang mempunyai rasa benci.
Dia yang mempunyai rasa marah. Kepada manusia.

Tanpa sedar. Ya. Tanpa dia sedar.

Rasa amarahnya bukan hanya kepada manusia. Seolah-olah dia marah kepada Allah.

Tanpa sedar.

Allah juga benci kepadanya.

Kerana Allah membenci kepada manusia yang tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain. Apatah lagi benci Allah kepada manusia yang menjadi mudarat kepada orang lain.

Dia tidak tahu itu. Kerana hatinya ditutup oleh rasa amarah, dan rasa benci.

Dia tidak tahu. Bila-bila masa maut akan menjemput dia. Dan tahulah dia nanti, datang ke hadapan Allah dalam keadaan mempunyai rasa sakit di hati dan memberi mudarat kepada insan lain yang dicipta oleh Allah.

Tahulah dia nanti.

Di sini, saya hanya bersabar. Berdoa. Bermunajat. Bertahan. Bersama Allah.

Ampunkan saya, Ya Allah. Sembuhkan saya, Ya Allah.

Ampunkan jua dia, Ya Allah. Dia jahil. Hatinya jahil. Akalnya dangkal. Dia tidak tahu DUNIA INI HANYA SEMENTARA.

Ya Allah. Semoga ada redhaMu. HambaMu ini amat lemah. Semoga ada redhaMu. InsyaAllah.