Celcom yang sangat kelakar.
Sejak 2001 hingga 2005 saya merupakan pengguna
postpaid celcom yang sangat setia. Dengan penggunaan panggilan bulanan saya sebanyak lebih kurang RM 30 sahaja, saya terpaksa membayar ‘
hidden cost’ yang tidak diketahui puncanya dan setiap kali bil bulanan tiba, nilai bil pasti sehingga RM 100 atau lebih dari itu. Cukup adil kan? Guna RM 30 dan bayar RM 100 atau lebih.
Celcom memang sangat pandai. Pandai mengambil hak orang lain tanpa disedari.
Pun, saya merupakan ‘pembayar’ yang sangat bagus. Tidak pernah komen pun untuk nilai yang perlu dibayar melebihi amaun penggunaan. Oleh kerana tidak mahu berulangkali membayar bil celcom samada di pejabat pos atau di
branch celcom terdekat, jadi selalunya saya akan membayar amaun yang lebih dari bil, selalunya sekitar RM 300, walau bil saya cuma bernilai RM 100 untuk bulan-bulan tertentu. Selepas itu, selama dua bulan atau tiga bulan, bil saya akan menunjukkan nilai yang negatif. So, tak payah pergi bayar bil, walaupun bil tiba di rumah setiap bulan. Dan, saya tidak berhutang apa-apa. Sungguh, saya memang pembayar yang sangat bagus.
Pun, semasa di penghujung 2005, saya merasakan pembaziran yang sangat banyak dengan membayar
hidden cost yang entah apa-apa. Lalu, saya berkeputusan untuk menggunakan
prepaid DiGi sahaja. Lalu, saya ke celcom untuk menamatkan perkhidmatan
postpaid yang entah apa-apa tersebut. Walau dipujuk berulangkali oleh pekerja celcom di
branch celcom tersebut, saya tetap muktamad dengan keputusan saya untuk menamatkan perkhidmatan celcom tersebut.
Paling
best, setelah dibuat semakan sebelum talian
postpaid saya ditamatkan, Celcom ‘berhutang’ dengan saya sebanyak lebih kurang RM40. Yalah, saya kan pembayar yang bagus. Selalu bayar melebihi amaun, walaupun celcom tidak pernah memberi kredit apa-apa kepada saya. Oleh itu, pihak celcom di
branch tersebut pun memberitahu bahawa duit saya akan dipulangkan dengan menggunakan cek.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SEJAK TAHUN 2005 SEHINGGA SEKARANG - SUDAH TAHUN 2011, CEK TERSEBUT TIDAK PERNAH SAYA TERIMA. LAMA SUNGGUH CELCOM “BERHUTANG” DENGAN SAYA DAN NAMPAKNYA CELCOM “TIDAK BERNIAT” PUN UNTUK MEMBAYAR HUTANG TERSEBUT. DAH JADI DARAH DAGING SIAPA AGAKNYA “DUIT HARAM” TERSEBUT. KENAPA “DUIT HARAM”? TENTULAH DUIT HARAM KERANA ITU DUIT SAYA TETAPI CELCOM TIDAK MEMULANGKAN DUIT SAYA DAN MEMBAYAR GAJI PEKERJANYA DENGAN MENGGUNAKAN DUIT SAYA YANG MASIH BELUM SAYA HALALKAN PUN. WALAU SETAKAT RM 40, NILAI ITU MAMPU MEMBELI BERJUTA-JUTA BIJI SAWI...HAHA...KENAPA SAYA SEBUT BIJI SAWI? SEBAB, ALLAH AKAN MENILAI SEBESAR-BESAR AMALAN WALAUPUN AMALAN TERSEBUT SEBESAR BIJI SAWI...SO, NAK TUNGGU JUGA DI AKHIRAT NANTI BARU NAK BAYAR KAT SAYA KOT...
Walhal, saya tidak bertukar alamat dan rumah yang saya duduki ketika itu memang 24 jam mempunyai penghuni kerana kakak ipar saya adalah suri rumah sepenuh masa. Lagipun, bukankah bila ada pengguna berhutang dengan celcom, cepat saja celcom menghantar surat amaran kepada pengguna tersebut. Kenapa bila celcom yang berhutang dengan pengguna, lembabnya celcom nak bayar balik hutang tersebut. Nampak sangat ketidakadilan wujud di situ. Bagaimanalah celcom bekerja agaknya?
Pun, dalam kesibukan, saya abaikan saja RM 40 tersebut kerana kerja saya memang sangat-sangat sibuk. Untuk pergi ke
branch celcom, jawapannya tentu saja sama. “Kami akan hantar cek” – oh! Celcom sangat kelakar! Saya sudah boleh bayangkan....
Pun, sejak 2009, saya mula menggunakan
broadband celcom kategori RM98 sebulan pula. Kenapa
broadband celcom? Setelah saya membuat siasatan, saya mendapati bahawa
broadband yang boleh dicapai di kampung saya hanya celcom sahaja. Jadi, bila dua tiga hari duduk di kampung, tak adalah duduk saja-saja tanpa talian internet. So, nak tak nak 'terpaksa' lah juga menggunakan celcom dan sentiasa berharap dan berdoa di dalam hati supaya tidak ada masalah lagi setelah bertahun-tahun tidak menggunakan celcom. Mungkin celcom dah perbaiki sistem dan dah lebih efisien, kalau tak takkan makin luas kawasan celcom kan, itulah yang terdetik di hati saya -
'after so many years, hopefully celcom dah lebih efisien...'
Mulanya, saya membayar bulan-bulan di pejabat pos untuk
broadband saya. Namun, bila celcom memperkenalkan ‘bayaran melalui telefon dengan menggunakan nombor kad kredit’, saya yang selalu sibuk sangat mengalu-alukan cara tersebut. Bulan pertama dan kedua, pembayaran saya lancar. Masuk bulan ketiga, celcom
careline memaklumkan ‘bayaran saya ditolak dan perlu menghubungi bank di mana kad kredit saya dikeluarkan’.
Apabila saya menghubungi bank, saya dimaklumkan bahawa bayaran tersebut tidak ditolak pun oleh celcom. Celcom menerima dan mengambil bayaran sebanyak RM98 tersebut. Apabila bil kad kredit tiba,saya pun mencari ruang untuk pergi ke branch celcom dalam kesibukan saya dan menunjukkan bil kad kredit tersebut yang menunjukkan ‘celcom telah mengambil RM98 saya untuk bayaran
broadband saya’. ‘Bukti’ tesebut dibuat salinan dan diambil oleh pihak celcom. Malah, bukan setakat itu saja, ruang lapang saya di
branch tersebut membuatkan saya membuat bayaran
advance sebanyak lebih kurang RM700 bagi
broadband saya kerana saya malas mahu melayan kesibukan saya dan pergi membayar bil celcom lagi.
Hasilnya?
2 ke 3 hari selepas itu celcom careline menelefon saya dan memaklumkan ‘ kami memerlukan bukti bahawa RM98 tersebut telah di
chargekan kepada kad kredit tuan’. Haha! Saya mahu tergelak atau apa....lalu saya katakan, saya dah ke
branch celcom dan dah tunjukkan bukti. Malah, pihak celcom dah buat salinan pun untuk ‘bukti’ tersebut. Jawapnya : ok...kami akan semak semula.
Semak? Semak yang entah berapa tahun pun saya tak tahu...apa hasil yang saya dapat?
1. Celcom tambah hutang dengan saya : RM40 + RM98. Siapalah yang makan ‘duit haram’ tersebut pada kali ini agaknya? Hingga kini, kad kredit tidak memulangkan duit saya....celcom apatah lagi, menghubungi semula pelanggan di mana mereka 'telah berhutang' jauh sekali. berulangkali memberitahu : "kami tak ambil duit tu...sila tanya bank di mana kad kredit dikeluarkan..."
2.
Advance payment saya dengan nilai RM 98 sebulan, dengan kelakarnya apabila bil tiba ditolak bayaran yang entah apa-apa pula. Lebih dari RM98.
Hidden cost apa pula entah, sedangkan broadband saya berharga RM 98 saja sebulan. So,
advance payment saya yang sepatutnya sehingga Dis 2010 jadi berkurang, dan perlu ditambah lagi.
3. Kini, saya sudah tidak boleh menggunakan
broadband saya pula. Kalau alasannya saya masih belum bayar bil, logik juga. Kelakarnya, saya sudah bayar bil, tetapi dinyatakan “cik kena beli kapasiti tambahan pula”. Oleh itu, laluan internet tersebut tetap disekat. Kami akan buka laluan internet tersebut pada 8 Februari. HELLO! KALAU HANYA NAK BUKA 8 FEB, KENAPA ‘PAKSA’ PENGGUNA BAYAR SEBELUM
END OF JANUARY? SO, WALAU DAH BAYAR BIL, TAPI SAYA TAK BOLEH GUNA UNTUK 8 HARI PULA...APA MAKNANYA BIL SAYA
RM98 “SEBULAN”???
Oh....celcom!!! Sangat pandai menipu pengguna!
Andaikanlah...tidak ramai, ambil saja lebih kurang 100,000 orang pengguna Celcom di Malaysia ditipu sama seperti ini, akan menghasilkan :-
RM 98 x 100,000 = RM9,800,000 (Sembilan juta lapan ratus ribu ringgit Malaysia) - patut pun keuntungan celcom berganda-ganda...menipu pengguna saja sudah boleh dapat
almost 10 juta ringgit...ini baru satu kes....tipu kes-kes lain lagi??? Patutlah makin banyak gejala sosial...banyak sangat 'duit haram' yang jadi darah daging generasi kini...
Terpulang kepada anda semua untuk menilai ‘kisah benar dan nyata’ yang saya alami sendiri sejak tahun 2001 bersama celcom. Pun, apa yang saya dapat simpulkan di sini, jika beginilah mentaliti salah satu syarikat komunikasi terbesar dan berprestij di Malaysia, sesungguhnya ianya hanya dipenuhi dengan penipuan dan penyelewengan sahaja. Inikah mentaliti rakyat Malaysia?
Sungguh...hanya
ALLAH YANG MAHA ADIL YANG AKAN MEMBALAS PERLAKUAN SEPERTI INI....dan sesungguhnya, saya berdoa supaya Allah akan menunjukkan kuasaNya kepada mereka semua. InsyaAllah...saya hanya hambaNya yang lemah...tidak mempunyai ‘kuasa di dunia’ seperti mereka semua...pun, atas ‘kuasa-kuasa besar’ itu semua...sesungguhnya ALLAH JUA YANG MAHA BESAR DAN MAHA HEBAT...
Jadi...tunggu sajalah balasan Allah...insyaAllah...
**Entri yang diperolehi pada 3 Februari 2011