Majlis jamuan perpisahan dari opis lama saya di Hotel Legend. Saya terlambat tiba dan tidak sempat memberikan ucapan (huhu...suka betul bila diberi peluang bercakap kat depan sekarang ni....penangan kat opis baru yang boleh dikatakan hari-hari jadi chairperson mesyuarat dan bagi presentation kot...) kerana baru saja mempengerusikan mesyuarat dan 'bertegas' tentang helipad. Huh!
Dunia yang sempurna dengan kebaikan ibarat sebuah ladang yang subur dan dipenuhi tanaman yang bermanfaat dan dapat dituai pada masa yang tepat untuk dibawa pulang sebagai bekal di akhirat yang kekal abadi. Berjihadlah di ladangmu kerana Allah yang Maha Esa.
12 January 2010
Legend & Valley
Majlis jamuan perpisahan dari opis lama saya di Hotel Legend. Saya terlambat tiba dan tidak sempat memberikan ucapan (huhu...suka betul bila diberi peluang bercakap kat depan sekarang ni....penangan kat opis baru yang boleh dikatakan hari-hari jadi chairperson mesyuarat dan bagi presentation kot...) kerana baru saja mempengerusikan mesyuarat dan 'bertegas' tentang helipad. Huh!
05 January 2010
Lawatan ke Taman Tema
Saya rasa hujung tahun 2009 dan awal tahun 2010 kali ini benar-benar pecah rekod saya. Sesuatu yang tidak pernah saya lakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Benar-benar menjadikan rumah saya seperti sebuah hotel yang menjadi tempat singgah sahaja. Huhu...
Hujung Tahun 2009.
28 Dis 2009 - saya ke Kuantan. Tiba ofis 7.30 malam.
29 Dis 2009 - saya ke Gua Musang, Kelantan.
30 Dis 2009 - masih di Gua Musang, Kelantan.
31 Dis 2009 - bertolak dari Gua Musang. Tiba Lembah Kelang 6 petang.
Awal Tahun 2010.
1 Jan 2010 - bertolak ke Genting Highlands.
2 Jan 2010 - di Taman Tema Genting.
Tiba rumah pukul 6 petang.
01 December 2009
Suatu Hari
Saya memandu terus menuju ke tapak. Oh, pagi masih sangat awal. Perlu pasang lampu kereta semasa berada di atas jalanraya. Ya, pagi ini ada pemeriksaan di tapak untuk kerja-kerja saya. Lalu, awal pagi lagi saya sudah berada di tapak. Walau berbaju kurung, saya masih memakai 'safety shoes' saya yang saya suka kerana nampak sangat comel (kaki saya tak comel pun...kasut yang nampak comel...) walaupun body kasut tersebut sebahagiannya disaluti besi.
Usai di tapak, terus menuju ke pejabat. Nampak boss saya, terus minta beliau (wah...lama sudah saya tidak menggunakan bahasa melayu kata ganti nama kedua yang mantap...) menyertai mesyuarat pemeriksaan kerja-kerja saya di tapak nanti.
Saya masuk ke bilik saya dan mula membuat beberapa kerja - mencari driver, memeriksa beberapa surat dan memastikan perjalanan urusan untuk pagi ini lancar. Hmm, kerja-kerja renyah, tapi masih perlu dilaksanakan.
Usai semuanya, terima panggilan dari ibu pejabat, bergerak ke tapak semula, mesyuarat, pemeriksaan di tapak, usai mesyuarat penutup pada pukul 12.45 tengahari.
Tengahari 30 November.
Balik ke pejabat (oh...sudah ada kakak arkitek di pejabat yang menunggu saya untuk makan tengahari bersamanya...sudah beberapa hari dia call saya mahu ajak makan dan saya masih dengan kesibukan saya...) dan makan tengahari, solat dan kemudian ke pejabat pentadbiran (mengambil surat pertukaran - esok mahu lapor diri di pejabat baru, hari ini baru saya lihat surat untuk tukar - dan saya amat terkejut apabila melihat permohonan penangguhan saya - pengarah minta saya ditangguhkan sehingga 15 Jan 2010 - lamanya! biasanya paling lama pun sebulan je...).
Petang 30 November.
Buat kerja, jumpa boss dan beritahu esok tiada di ofis kerana lapor diri di pejabat baru dan kemudian terus memandu dengan laju ke Cheras. Set tarikh dengan dua anak murid saya yang akan masuk ke Tingkatan 5 tahun depan (rajin diorang ni, nak belajar di masa cuti sekolah..campur tolak darab bahagi, ada 5 orang pelajar saya bulan 12 ni...) dan kemudian kawan saya sudah menelefon saya. Oh...dia sudah ada di masjid berhampiran rumah saya. Pukul 6.30 petang, saya sudah ada di hadapan rumah saya menunggu ketibaan kawan saya pula.
Senja 30 November.
Menaiki kereta kawan saya dan saya ditunjukkan jalan ke pejabat baru saya esok pagi. Dua kali dia berpusing di bulatan supaya esok pagi saya tidak sesat. Kemudian, entah jalan mana yang dimasukinya (sungguh saya tidak faham jalan simpang siur dengan bangunan yang pelbagai itu) katanya menuju ke Masjid Besi. Saya sesat dalam masjid...haha...alhamdulillah akhirnya saya solat di Tingkat 3 masjid tersebut. Masjid yang besar, tetapi jemaah langsung tidak ramai.
Malam 30 November.
Singgah di Dominoe's Pizza bersama kawan saya. Dia belanja saya, dan bila saya lihat tarikh pada bil yang terlekat di kotak pizza, baru saya tersedar, hari ini 30 November. Usai makan sekeping pizza comel dan dua cawan Apple Aloe Vera (ini air kegemaran saya), dia hantar saya pulang ke rumah. Baru saja hendak keluar dari kereta, dia hulurkan satu kotak dan sebungkus plastik di tengah deru hujan lebat. (Sungguh....saya rasa hadiah hari lahir yang saya terima tahun ini pada pukul 8.50 malam itu sangat saya hargai kerana sepanjang hari ini saya terlupa yang hari ini adalah hari lahir saya - ingat dan lupa semula - dan dia, kawan saya, walau tidak sms apa-apa dan sebut apa-apa untuk ucapkan apa-apa, tapi masih meraikan hari lahir saya dengan caranya yang tersendiri...saya masih ingat kata-katanya sewaktu di dalam perjalanan : kalau saya jadi calon, tentu ramai orang yang akan warning awak...dan saya hanya tergelak...malas mahu komen apa-apa...).
2 jam melepasi 30 November.
Saya bangun dari tidur dan lihat dalam facebook yang beberapa kawan-kawan juga mengucapkan selamat hari lahir untuk saya. Terima kasih pada semua.
NOTA : Serius. Saya jarang ingat tarikh lahir saya. tapi kawan saya itu, dia boleh hafal nombor ic saya pun padahal saya langsung tidak pernah ingat tarikh lahirnya...entah bila...hoho...mungkin sebab saya dan dia bukan rapat sangat pun. Kami kawan sepejabat yang hanya berjumpa sesekali apabila ada hal penting - katanya mahu tunjukkan saya jalan ke pejabat baru saya saja.
14 November 2009
Alam Semulajadi Yang Indah
Dari kecil, kehidupan kampung menjadikan saya seorang anak kecil yang lasak. Pada usia 2 tahun, saya sudah berlari mengikut abang dan seorang anak jiran pergi mengaji di hujung kampung pada waktu malam. Malah, saya sudah cuba-cuba untuk memanjat palang basikal tua yang tinggi dan besar.
Pada usia 3 tahun pula, saya sudah pernah disengat tebuan tanah sewaktu mengikut arwah abah saya membakar sampah bagi menerangkan kawasan. Semua orang risau. Emak juga. Tapi, saya buat muka selamba sambil 'suka' melihat muka saya yang bengkak-bengkak. Seminggu baru hilang bengkak.
Apabila masuk usia 4 tahun, saya sudah boleh mengenal huruf dan pada usia 5 tahun, saya sudah boleh membaca tulisan rumi. Abang rajin mengajar saya, dan saya amat rapat dengan abang saya. Pada usia 7 tahun pula, saya sudah lancar membaca tulisan jawi. Pada usia 8 tahun, saya sudah boleh menaiki basikal walaupun berulang-kali jatuh hingga berdarah-darah pun, semangat saya tidak pernah pudar.
Hasilnya, zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan bermain senapang terung pipit, memanjat pokok, bermain dan membuat ran (tau apa itu ran? sila rujuk Kamus Dewan...) malah masuk ke sungai, berenang dan menangkap ikan, mengikut arwah abah memasang jerat ayam hutan dan burung wak-wak, masuk ke kebun kelapa sawit, mengikut arwah abah mencari buluh dan rotan, masuk ke hutan, memancing, bermain bola sepak bersama kawan-kawan abang, memanjat stor baja (ini paling saya ingat sebab bangunan setinggi 5 meter itu saya boleh panjat bare-hand...nakalnya zaman kecil-kecil dulu...) dan tidak ada langsung masa saya yang penuh di rumah pada hari tidak bersekolah.
Uniknya, pada usia 7 tahun saya sudah bertudung. Pada usia 8 tahun, saya sudah bersekolah di Sekolah Agama Kerajaan Johor di sebelah petang (sebenarnya boleh masuk sekolah ini pada usia 9 tahun...tapi sebab saya sudah lancar membaca jawi, jadi saya dibenarkan masuk oleh cikgu sekolah tersebut...) di samping sudah tahu menguruskan rumah - basuh pinggan dan jaga adik saya yang masih bayi kerana emak saya bekerja. Paling best, saya selalu lambat ke sekolah sebelah petang. Kelas yang bermula pada 3.30 petang, saya perlu tunggu arwah abah saya balik dahulu sebab takde sapa nak jaga adik dan....hehe....part paling best adalah bila nampak aje motor arwah abah saya pada 3.25 petang, saya yang sudah siap berkasut sekolah di depan pintu terus capai beg dan berlari....ya...berlari di belakang rumah-rumah jiran ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 1.2km dari rumah saya. Saya akan tiba dalam masa kurang dari 4 minit.
Sangat kelakar....sebab saya berlari dengan baju kurung dan bertudung lengkap. Yalah...pergi ke sekolah agama. Masuk saja ke kelas dan terus angkat tangan, baca doa memulakan kelas. Cikgu selalunya faham keadaan saya, dan cikgu tidak risau kerana walaupun saya yang paling muda dalam kelas tersebut (style Sekolah Agama Kerajaan Johor di zaman saya dulu - sekiranya ambil peperiksaan dan tidak lulus keseluruhan, atau tidak lulus subjek wajib seperti Ibadat dan Tauhid, jadi tidak boleh naik darjah - jadi waktu saya di Darjah 3 pada usia saya 10 tahun, di dalam kelas tersebut ramai abang-abang dan kakak-kakak yang ada sebahagiannya sudah pun berusia 15 dan 16 tahun) tapi saya selalunya score...eceh, perasan hebat la pulak...
Jadi, saya membesar dalam suasana yang sering berlari di dalam kawasan kampung. Masa sangat suntuk bagi saya, masa bila mahu bermain (tentulah...sebab masih anak-anak kan?), mahu basuh pinggan, masak (pada usia 10 tahun, saya sudah mula memasak...yalah, anak perempuan sulung dalam keluarga..), baca buku, baca kitab, pergi mengaji, jaga adik...jadi masa sangat berharga dalam kehidupan saya.
Bila saya semakin membesar, naluri saya yang sukakan alam seakan-akan terpinggir. Saya sudah masuk ke sekolah berasrama pada usia 13 tahun lagi. Jadi, suasana bandar mula memenuhi persekitaran saya dan menjadikan saya 'kaku'.
Pun, semasa di sekolah menengah, saya berpeluang memanjat Bukit Pelindung di Kuantan sebanyak dua kali (sekali saja yang meredah hutan dari sebelah Laut China Selatan...sekali lagi meredah laluan jalan tar dari bahagian depan) dan semasa di universiti, saya juga pernah memanjat sebuah bukit di Perak.
Waktu mula bekerja dan ditempatkan di jabatan yang menguruskan hal-hal air....saya berpeluang menyusur Sungai Perak dan Sungai Selangor dengan menaiki bot. Malah, saya dapat masuk ke kawasan empangan yang berada di tengah-tengah hutan. Huhu. Sungguh best.
Malah, pada masa-masa ini juga, saya merancang aktiviti bersama seorang sahabat pada hari cuti memanjat Gunung Nuang. Ya, berjaya sampai ke puncak dalam tempoh 3 jam sahaja.
Kemudian, apabila sudah ditempatkan di jabatan sekarang ini, aktiviti-aktiviti alam semulajadi saya seperti sudah berkubur. Hanya sekali, pernah meredah Pulau Redang di Terengganu dan membuat pelbagai aktiviti laut bersama kawan-kawan. Selain dari itu, pernah juga meredah Kota London dan Kota Paris (aktiviti yang dibuat juga bersama kawan-kawan sekadar untuk mendapatkan maklumat tentang suasana kota-kota tersebut yang langsung tidak ada kaitan dengan alam sekitar...) dan pernah menziarah kota kelahiran dan kewafatan Rasulullah SAW.
Jadi, itu baru intro saya untuk entri kali ini. Hehe....panjangnya intro.
Jadi....bila saya sudah 'ditinggalkan tanpa sengaja' dalam satu aktiviti memanjat Gunung Kinabalu yang dibuat pada 7 November lepas kerana kesilapan teknikal...saya rasa amat frust.
Tapi, takpe. Semalam, kawan saya sudah datang ke rumah dan membawa 2 helai t-shirt Kinabalu, dua keping kek lapis beserta gambar-gambar yang membuatkan saya rasa sangat cemburu! Lalu, katanya kepada saya - takpe, kalau nak pi nanti, tak kisah pun nak pi sekali lagi untuk temankan. Tapi kali ni kita ikut trail rock climb ya...rupanya ada dua jalan naik ke puncak - satu, menggunakan tangga (huhu...dah siap laluan, cuma pastikan ada kekuatan kaki dan lutut sahaja untuk memanjat) - dan satu lagi lebih mencabar. Anda semua sendiri boleh tau saya akan memilih trail/laluan yang mana...hehe.... (sebab tu saya sendiri takut dengan aura nakal saya...).
Tapi...cantik dan menenangkan betul. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni...
Untuk pengetahuan anda semua, puncak Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara.
InsyaAllah, ada rezeki saya...saya akan berpeluang juga memanjat gunung ini. InsyaAllah.
27 October 2009
Sabtu Ahad dan Haru Biru
Saya keluar awal pagi untuk ke kenduri kahwin ini yang dijadualkan bermula pada pukul 12.30 tengahari. Majlis kahwin anak bos saya. Majlis kahwin mula lambat lagi, jadi saya merayau dahulu di dalam bandaraya Kuala Lumpur.
Ini apa yang ada di dalam pinggan saya untuk saya makan. Seperti biasa, kuantiti tidak boleh lebih untuk mengelakkan perut saya menjadi tepu. Makan buah dulu untuk menjaga kesihatan. Dah makan sepotong oren, baru teringat mahu ambil gambar.
11 October 2009
Ala-ala Open House
05 October 2009
Bual Hari-hari
1.
- Cikgu, sapa tu? (menegur saya yang baru menghabiskan perbualan telefon...)
+ Buah hati cikgu... (dalam hati terfikir, kalaulah orang yang saya call tu tahu...)
2.
- Tulah, awak nak sangat saya pergi dengan awak (merujuk kepada baju yang tak sesuai...)
+ Takpe, dah hensem dah... (sungguh saya tak kisah pun...sebab memang nampak dia ok je dengan jeans dan shirt warna merah serta bertopi walau orang lain pakai baju melayu dan siap bersamping dan bersongkok...dan bersyukur sebab dia temankan saya...mana ntah staff2 saya yang lain...)
3.
+ Bismillah...wah, first time saya naik Vios ni. Sapa yang pernah naik kereta awak ni? Ayah awak dah naik la kan? (kereta baru keluar 16 Sept 2009, plastik di seat belakang pun masih ada...)
- Dah...ada juga orang lain dah naik.
+ Orang perempuan, dah ada yang naik? (sudah hampir 3 tahun saya mengenali dia...sebab tu berani tanya...)
- Ada...tapi yang muhrim saya la... (eh, tiba-tiba keluar muhrim dan bukan muhrim pulak...)
+ Yang bukan muhrim? Awek awak dah naik? (ia-ia je saya tanya kan?)
- Awak je la.....
+ Ye ye....bestnya saya jadi perasmi.... (huhu....ada maksud ke pernyataan dia, tapi saya terus bersandar je dalam kereta tersebut tanpa perasaan...menikmati naik Vios konon-kononnya...)
4.
- Dia ok orangnya....hensem...baik hati... (sungguh best duduk sembang-sembang bawah pokok mangga yang ada buah besar-besar...)
+ Saya macam tu la kak....kalau dia serius, saya tak kisah...saya tau dia baik orangnya...
- Kalau macam tu teruskan je la... (alamak! hati saya terus terbahagi lapan....hehe....)
5.
- Bila awak sms suruh hati-hati, saya makin risau...masa saya nak balik kampung tu...
+ Hati-hati je la bila memandu... (alkisahnya saya pun terlupa isi sms saya kepada dia...huhu!)
6.
- Sikitnya ambil nasi. Tu ada plastik besar lagi. (Qariah masjid atau mungkin kawan abang saya agaknya menegur kuantiti nasi yang saya ambil...abang saya yang menyuruh saya membungkus makanan baki dari jamuan yang dibuatnya tadi sudah balik ke rumah membawa anak-anaknya...)
+ Takpe...soghe... (huhu...tiba-tiba keluar loghat kelantan saya...tapi saya bukan kelantanese ya...)
- Oh...soghe... (hakikatnya saya jarang buat kes tapau sebab saya tau saya bukan makan banyak, tapi kerana cara anak saudara saya bercerita tentang lembu yang baru disembelih semalam di belakang masjid dan apabila menikmati daging lembu segar yang best, memang saya tak lepaskan peluang...saya cuma ambil nasi dan masakan daging lembu itu saja walau kakak ipar saya pun ada offer ayam dan acar...)
Ada satu lagi yang saya nak simpan sebagai memori...
7.
+ (biarlah saya simpan di memori saya saja kerana ia bersifat peribadi untuk dikongsikan...)
*** Sekadar beberapa perbualan yang saya ingat dan mahu dirakamkan di sini, kerana saya telah pecah rekod lagi hari ini. Tapi itulah, saya dapat rasakan yang Allah sudah kukuhkan hati saya ini. Ini hanya bual-bual biasa sahaja dalam kehidupan saya.
17 September 2009
Buka Puasa Ke-3 Paling Best
Balik semula ke pejabat dalam keadaan lesu dan mula menguruskan hal-hal lain pula yang menyesakkan kepala, sambil-sambil tangan laju menekan sms di telefon dan YM di komputer. Akhirnya, dapatlah keputusan untuk berbuka di Mid Valley bersama seorang sahabat (selalunya kami pergi berempat - walau hakikatnya kami sebenarnya bertiga - dan kemudian semalam kami hanya berdua sahaja - seorang lagi sudah pergi 'dating' - hoho!).
Pun, keputusan mendadak pukul 5.45 petang itu rupanya mendera diri saya. Jalan Istana jammed teruk. Saya sempat menghantar sms kepada sahabat saya sambil memandu (hantar sms guna Dopod 838 touch screen, tentu boleh dibayangkan jammed tersebut seteruk mana kan...).
Lalu, kami tukar lokasi. Di sini. (Mulanya saya sudah bercadang hendak balik sahaja, tapi kerana jalan hendak balik pun jammed teruk, lalu saya terus sahaja bersetuju dengan saranan sahabat saya itu...lagipun, saya hendak merealisasikan buka puasa terakhirnya di KL sebelum dia balik ke Kedah...). Sungguhlah saya ini naif benar, hampir 7 tahun bekerja di Kuala Lumpur, inilah kali pertama saya memandu sendiri ke dalam The Mall ini. Pecah rekod ni.

Kami pun mengambil keputusan berbuka di sini.
Seperti biasa juga, memang sangat bagus saya berbuka puasa dan makan bersama sahabat saya ini. Untungnya kerana dia akan menolong menghabiskan bahagian saya yang memang selalunya tidak berjaya dihabiskan. Makan apa? (saya terlupa ambil gambar makanan lagi, tapi kata sahabat saya - lepas ni order spaghetti je dengan cara makan macam ni...) sebab side dishes saya memang dia yang tolong habiskan. Thanks!
Tapi inilah berbuka puasa paling best. Nak tahu kenapa? Hmm. Saya dah pecah rekod banyak kali untuk buka puasa ini. Apa yang saya pecah rekod? Biarlah rahsia...
09 September 2009
Buka Puasa Best Lagi
1. Saya buka puasa di Mid Valley bersama 3 orang sahabat saya (oh...dah tentu bukan sahabat yang saya berbuka puasa bersama-sama semalam)
2. Kami berempat tiba agak lewat. Semua kedai makan sudah penuh. Lalu, kami mencari bun dan saya dapat menikmati tart telur (sungguh sudah lama saya mengidam - teringin la....tapi rasanya tidak sama dengan tart telur yang saya selalu makan sekiranya saya ke Putrajaya - sebuah kedai kek di Presint 8 bersebelahan dengan Dominoes Pizza dan bank RHB..saya rasa saya kena ke sana lagi...walau tart telurnya selalu cepat habis...) di hadapan surau Jaya Jusco. Saya mula teringat kenangan makan di Makkah sewaktu berseorangan begitu. Saya sayu. Sudah masuk hari ke 20. Ramadhan hampir tamat, dan saya rasa late-night-party saya masih ada banyak kekurangan.
3. Surau di Mid Valley lebih besar dari surau yang saya pergi semalam. Saya solat dengan lebih selesa walaupun bilangan jemaah wanita agak ramai. Mungkin juga kerana masa masih awal dan ramai yang sedang berbuka di restoran-restoran sekitar Mid Valley. Alhamdulillah.
4. Saya terlupa lagi hendak mengambil gambar makanan. Semuanya sudah licin, barulah saya teringat untuk mengambil gambar. Gara-gara lapar agaknya, ataupun saya kasihan melihat orang lain yang lapar. Lalu, seperti saranan shahril, ambil ajelah gambar pinggan mangkuk yang dah kosong (saya follow je saranan shahril....).
Alhamdulillah...
5. Seperti biasa, ada yang akan tolong menghabiskan nasi saya yang memang selalu susah sangat nak dihabiskan (terima kasih kepada dua sahabat saya yang baik hati menolong dan membantu saya supaya saya tidak membuat aktiviti pembaziran yang disukai syai-thon...).
6. Saya telah dibelanja dessert strawberry + vanilla aiskrim (sungguh mengujakan kerana saya telah mendapat aiskrim free....bestnya! terima kasih kepada salah seorang sahabat saya....nak tahu namanya kena tanya dengan tuannya sendiri kerana dia suka duduk di belakang tabir...) dan yang paling penting, saya memang teringin dan sukakan aiskrim.
Inilah orangnya...thanks!
7. Ada rumah-rumah kayu yang comel-comel (seperti biasa berjalan selepas makan sebelum balik...saya terfikir hendak upload gambar yang ada orang tapi saya terfikir untuk tidak mahu mengglemerkan kawan-kawan saya...hoho!)
8. Saya berjaya memasukkan siaran IKIM.fm kepada radio kereta shahril (selambanya saya, shahril nak setkan di no.6, saya mahu IKIM disetkan di no.1...huhu! aura nakal saya telah keluar....)
9. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang baik hati. Saya tiba rumah awal lagi malam ini. Tidak seperti biasa, menghampiri 11 malam. Selamat berlate-night-party!
PANDUAN PENTING : Panggilan telefon dari seorang ibu kepada anak murid saya pada pukul 4 petang menjadikan saya mempunyai masa lapang untuk berbuka bersama sahabat saya. Kasihan, anak murid saya sakit kepala dan tidak sihat.
Senyum, Troli, Kertas dan Buka Puasa
Ya, rutinnya. Menolak troli berisi susunan-susunan kotak dan kertas-kertas melintasi traffic light dengan badan yang terbongkok-bongkok. Sudah tua amat. Saya tahu dia menolak dari perjalanan yang sangat jauh. Saya pernah nampak dia menolak troli berat itu (jika kotak-kotak itu ringan pun, bila sudah ditimbun begitu pasti berat) dari sebelah bangunan CIMB bank yang jaraknya anggaran 2km dari situ.
Apa yang menariknya?
Dia menolak troli tersebut sambil tersenyum kepada orang di sekitarnya. Sungguh pasti senyumannya menyejukkan kerana penat bekerja seharian seolah terubat melihat lelaki tua berpakaian lusuh itu dengan senyumannya sambil terus menolak trolinya. Sering, saya cuba memastikan kamera saya dapat dioperasikan pada waktu saya ternampak dia, tapi saya sering terlupa....(oh, habit saya bila memandu kereta, saya akan mencampakkan handbag saya jauh ke bahagian bawah tempat duduk kerana safety first!).
Walaupun begitu, saya jua merasa amat sayu. Melihat dia, saya sering teringat kepada kehilangan yang telah saya alami di awal tahun ini. Mana mungkin saya mampu melupakan keringat seorang lelaki, jua dengan pakaian lusuhnya, menyambut saya setiap kali balik dari asrama (sewaktu saya bersekolah menengah) atau universiti, di bawah pohonan kelapa sawit bersama sebuah motosikal yang sudah tua. Kini, dia sudah tiada. Al-fatihah untuknya.
-------------------------------------
Sesi berbuka puasa yang sangat best semalam.
1. Sudah 18 hari berpuasa, semalam merupakan hari pertama saya berjaya memilih menu buka puasa saya mengikut selera saya. Selalunya, apa yang dihidang, itu yang saya makan (oh....saya memang jarang demand dengan makanan...saya makan apa saja....terutama di bulan puasa).
2. Sayangnya tidak ada gambar makanan kerana apabila semua bekas makanan sudah licin, baru kami berempat teringat yang kami belum mengambil gambar makanan tersebut. So, kita kehilangan part paling best kerana tidak ada gambar makanan untuk ditunjukkan.
3. Lokasi makan yang selesa (pilihan adik-adik yang pandai memilih tempat makan...) dengan harga yang berpatutan. Sudah hampir tiga tahun saya menjejakkan kaki ke tempat tersebut, saya tidak tahu pun bahawa ada tempat yang ada makanan yang sedap begitu.
Kata Nas...kak, gambar ni boleh masuk blog...hehe...apa-apaan sih...
4. Pun, kata nas, saya tidak boleh join grup makannya (agaknya la...) sebab perut saya sudah tepu dengan kuantiti makanan dan menu yang sama sebijik macam dia (sebab pada masa tersebut makanan dia dah habis pun dan makanan saya masih banyak....oh...terlupa nak bagitau yang habit makan saya kunyah 40 kali baru saya telan.....hoho! tapi memang kenyang sungguh semalam....mungkin juga kerana saya telah menelan 2 ketul sushi sebelum makan nasi....)
5. Saya dapat beli apa yang saya nak beli sejak dua tahun lepas (oh...salah satu habit saya juga, kalau saya teringin membeli sesuatu, saya akan berfikir kadang-kadang hingga 3 - 4 tahun juga kerana saya selalu memikirkan tentang pembaziran sekiranya barang yang saya beli tidak digunakan dengan semaksimumnya....)
6. Saya tiba rumah awal semalam. Selalunya saya hanya berjaya tiba di rumah menghampiri 11 malam.
10 May 2009
Sahabat Lama Zaman Remaja
Di ruangan Personaliti Guru, saya cukup terkejut melihat paparan di majalah tersebut.
Dahulu, sahabat ini seorang Ketua Murid di sekolah saya yang kesemuanya perempuan. Saya mula rapat dengannya apabila dia mengajak saya ke rumahnya pada cuti hujung minggu. Saya tidak sangka bahawa rupanya titik mula saya mengajar sudah bermula sewaktu saya berada di zaman persekolahan lagi. Sungguh pasti lorong pilihan Allah untuk saya ini memang lorong yang benar-benar tepat. Alhamdulillah.
Saya diajak ke rumahnya untuk mengulangkaji Matematik Tambahan / Additional Mathematics (kali kedua saya bermalam di rumah orang - kali pertama sewaktu saya tidak dapat membeli tiket untuk pulang menyambut Aidil Adha bersama emak saya semasa saya di Tingkatan Tiga - sahabat yang saya menginap di rumahnya untuk cuti Aidil Adha ini sudah meninggal dunia - AlFatihah...).
Baru saya teringat, usai mengajar, emaknya telah memberikan RM 50 kepada saya (sudah tentu waktu itu nilainya amat tinggi kepada saya - bersama 3 pasang stokin baru - kasihan benar agaknya dia melihat stokin saya yang sudah banyak lubang, pastinya...), dan kemudian hubungan saya dan sahabat ini menjadi agak rapat (ya...saya ada rasa rendah diri yang sangat tinggi di zaman kecil, remaja dan semasa di universiti dahulu - sudah tentu kerana kehidupan yang saya lalui semasa kecil hanyalah seadanya sahaja - jauh benar berbeza seperti sekarang... - pun waktu itu, walau tidak mewah, saya amat mensyukurinya...). Alhamdulillah.
Dan, inilah kehidupan sahabat saya ini sekarang. Alhamdulillah. Jika ada kelapangan dan masa, saya teringin bertemu dengannya. Melihat maklumat dirinya, dia sudah ada 2 anak, dan saya, seumur hayat ini, masih 'menyimpan hati' tanpa dapat diambil oleh sesiapa pun. Masih jua, Alhamdulillah. Jika ada izinNya, adalah. Jika tiada pun, Alhamdulillah.
24 March 2009
Pertama Kali
Hari ini, saya melaluinya. Hari ini, saya menyerahkan kunci bangunan kepada pihak pengguna. Hari ini, gambar saya dirakam beberapa kali oleh lensa kamera. Hari ini juga, hari pertama saya berucap secara spontan (tanpa sebarang persediaan) kerana saya sememangnya tidak menjangkakan yang saya akan berucap. Memang sering bercakap di dalam mesyuarat, di dalam perbincangan-perbincangan kecil, tetapi berucap di dalam suatu majlis yang tumpuan sepenuhnya diberikan kepada kita (saya terlewat tiba dan saya ditunggu kerana majlis tidak boleh bermula tanpa saya...adakah begitu?) - berucap seumpama hari ini tidak pernah saya lakukan.
Apapun, alhamdulillah. Usai berucap, saya menerima tepukan gemuruh dan kakitangan-kakitangan saya tersenyum-senyum melihat saya. Kata kakitangan saya - it is a good speech. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Proses tersebut berjalan dengan lancar.
Itulah antara pengalaman manis yang perlu dilalui di dalam suasana tugas saya sekarang. Menangani beratus-ratus kakitangan di bawah seliaan saya bersama tanggungjawab yang bukan sedikit, saya rasa amat bersyukur dengan pengalaman seumpama ini walaupun cabarannya terlalu besar. Semoga Allah akan sentiasa membantu saya dan memudahkan urusan saya di sini dan di sana. InsyaAllah.
*********
Saya menikmati makan malam saya tanpa sedar sahabat saya sudah 'mengusik' Yahoo Messenger saya. Sebetulnya, saya makan agak lambat malam ini kerana ada pelajar yang belajar di rumah saya dari 8 hingga 10 malam tadi.
*********
Kenduri 40 hari telah berjalan dengan lancar pada hari Khamis, 19 Mac 2009. Sungguh saya rindukan Allahyarham abah saya. Sungguh saya rindu, pun semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang diredhai Allah, insyaAllah.
09 March 2009
Maulidur-Rasul
Selawat ke atas baginda, ahli keluarganya dan para sahabat dengan sebanyak-banyaknya. Alhamdulillah. Kita masih kekal di dalam iman, masih tetap di dalam Islam, masih redha bersama ihsan.
Semalam saya diperkenalkan kepada Skype. Oleh seorang kawan di Guildford, United Kingdom. Benar-benar saya teruja.