Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

26 October 2009

Simple Shining Inheritance

Menu simple makan malam saya hari ini. Ikan goreng, kangkung goreng belacan dan nasi. Huhu...benar-benar tidak ada selera makan. Masak malam ini pun mengenangkan siang tadi saya tidak makan apa-apa. Sibuk betul!

*** Saya sudah menghabiskan 'Shining Inheritance'. Hari ini. Cerita Korea 28 episod yang saya rasa antara yang best dan boleh ditonton. Mengisahkan Eun Sung yang kematian ayahnya dan kehilangan adiknya yang cacat kerana angkara ibu tirinya. Wah, rasa macam cerita Cinderella versi baru pulak. Cuma bezanya, Go Eun Sung tidak berkahwin dengan putera raja, sebaliknya kehadiran Go Eun Sung di dalam keluarga Hwan membawa impak yang besar dan seterusnya bukan saja mengubah keadaan, malah mengubah sikap ahli di dalam keluarga Hwan. Jika berminat, sila tonton cerita ini di You Tube. Episod penuh dari mula hingga habis. Taip : Shining Inheritance.

03 October 2009

Coffee Prince


Salah satu cerita Korea yang saya baru habiskan. Rupanya cerita ni agak glemer...sementelah saya seorang saja 'yang ketinggalan kapalterbang'. Bila dah habis, ready pulak untuk cari cerita lain di You Tube.

15 September 2009

Snow White a.k.a Taste Sweet Love


Title: 백설공주 / Baek Seol Gong Ju
Also known as: Taste Sweet Love
Episodes: 16

Ma Young-Hee (Kim Jung Hwa) has been in love with her best friend Han Jin-Woo (Yeon Jung Hoon) since the first time they met in high school. Han Jin-Woo, on the other hand, does not see Ma Young-Hee's love for him and blindly goes out with other girls in front of Ma Young-Hee. On a trip to Japan, Young-Hee meets a young man on the street who takes her back to his apartment since she is drunk. Young-Hee accuses this man of raping her even though he didn't, but before she can rightfully press charges, he runs away as the government officials of Japan chase him down for an expired visa. Upon returning to Korea, Jin-Woo stops by her apartment and introduces his younger brother, Han Sun-Woo (Lee Wan) who just happens to be the young man she met in Japan. Jin-Woo asks if Sun-woo may stay at her place, and Young-hee accepts out of love for Jin-Woo. The story unfolds as a sudden high school classmate of Young-Hee, Jang Hee-Won, (Oh Seung Hyun), begins to court Jin-Woo.

~ saya menghabiskan menonton cerita ini semalam. lama sungguh. yalah, sejak bulan 7 hinggalah sekarang dah pertengahan september (saya yang sibuk sebenarnya sebab kalau dalam tempoh kuarantin, 20 episod merah puteh pun saya boleh habiskan dalam sehari je...). 16 episod. cerita korea biasa yang sebelum ni kalau tak tengok dekat you tube, saya pun tidak menontonnya di televisyen. tapi ok, sebab satu episod pun tak miss kat you tube. sekarang sedang cuba cari full episode untuk sweet relationship (yang ni memang saya suka sangat sebab ceritanya tentang chef dan masakan - saya suka tengok rupa masakan yang dihasilkan!)

15 August 2009

Cinta Kanak-kanak

Lama juga saya menghabiskan filem ini (Mukhsin). Sibuknya bekerja dan jarang ada di rumah, hanya 10 episod di dalam You Tube pun memakan masa yang lama. Kisah cinta kanak-kanak biasanya bukan apa-apa, tapi pada saya pengolahan Allahyarham Yasmin Ahmad memang mengujakan. Sama seperti dalam Sepet dan Gubra. Ya, saya mahu tunggu Talentime pula!

*********

Saya ada assignment yang perlu disiapkan, wajib submit hari Isnin. Tapi...malas benar saya hari ini. Sudah cancell kelas mengajar pula. Jika tidak siap assignment dengan berkualiti, pasti saya akan rugi. Oh...mahu masak juga. Sudah keluarkan fish ball dari peti. Mahu siapkan kangkung pula. Menu hari ini, nasi goreng kampung. Mahu masukkan baju dalam mesin juga. Hendak lihat beberapa batang pokok yang saya tanam di balkoni. Mahu kemas bilik. Mahu menulis. Mahu melukis. Tadi sudah belek-belek beberapa e-book Harun Yahya pula. Termasuk juga LOTR. Malah, sedang baca 5 Tahun 5 Bulan untuk kali yang keberapa yang sudah tidak terkira. Nampak beberapa kotak coklat, teringin juga mahu bersiap pergi bermain dengan anak-anak saudara.

Apa pun yang paling penting, assignment dahulu! Paling wajib untuk disiapkan sebelum saya keciciran nanti. Semoga Allah membantu saya dalam usaha murni saya menegakkan Islam, insyaAllah.

05 August 2009

Los n Faun

Tamat satu lagi kisah yang saya lihat di You Tube, mengisahkan dua orang anak muda dari Melaka yang menjalankan perniagaan mencari benda-benda yang hilang. Tapi, superb betul pemikiran Faun. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Cerita lawak dan berunsurkan penyiasatan. Tak ada dalam jangkaan pemikiran saya pun, walhal selalunya kalau cerita di Malaysia ini, boleh dijangkakan apa yang akan berlaku dalam scene seterusnya. Cerita ini mempunyai pengarah yang sekepala dengan Allahyarham Yasmin, cerita-cerita yang tidak dapat saya jangkakan yang dilahirkan oleh pengarah-pengarah filem yang unik. Tahniah!

03 August 2009

Kuarantin Bersama Julia Juli




*** Mengisahkan tiga beradik Juli, Jula dan Julu yang berasal dari kayangan. Suka dengan sound effect cerita ni yang macam-macam bunyinya pada saat-saat yang tepat. Cerita lawak yang memang tak logik tapi dipenuhi pelbagai pengajaran yang jika direnung-renungkan, banyak kesilapan kita di dunia ini yang perlu kita perbaiki.

Habis 20 episod cerita ini sejak habis Merah Puteh dan disambung pula dengan cerita ini. Bagus betul saya menghabiskan tempoh kuarantin saya yang hanya berbaki dua hari lagi.

Suatu cerita yang mempunyai plot jalan cerita yang bagus dan banyak pengajaran yang berguna jika diteliti dengan betul. Wwalaupun banyak juga perkara yang tidak logik, tapi komitmen dan air muka yang ditunjukkan oleh pelakon menjadikan cerita ini benar-benar hidup. Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan cerita ini.

01 August 2009

Kuarantin Bersama Merah Puteh


*** Kisahnya seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih, tetapi dalam versi moden yang mengisahkan dua orang adik beradik tiri bernama Merah dan Puteh (nama panggilan yang kalau tak silap saya, nama sebenar si Puteh adalah Nazlee). Dikisahkan bahawa mak si Puteh telah meninggal dunia manakala mama si Merah adalah Datin Mastura dan papa mereka berdua adalah Datuk Jehan. Kisah cinta mereka bermula apabila mereka berdua berebutkan cinta seorang gadis bernama Anggun. Nak tahu kesudahannya, saya rasa baiklah menonton cerita ini.

Habis 20 episod saya lihat video cerita ini di You Tube dari hari Khamis (hari pertama saya dikuarantin) hingga ke 10 minit yang lalu. Saya akur, di rumah saya memang tidak ada televisyen kerana jika di hari-hari normal, saya cuma akan berada di rumah sekitar 11 malam hingga 6.45 pagi sahaja. Sebahagian besar masa yang singkat itu pula diisi untuk tidur dan berehat, jadi menonton televisyen bukan agenda utama saya. Untuk memastikan diri saya tahu tentang perkembangan terkini dunia, saya hanya menyediakan laluan internet sahaja di rumah - yang amat saya hargai pada tika tempoh kuarantin ini.

Tak sangka, dalam tempoh kuarantin ini, saya sudah pandai pula menonton cerita Melayu (yang saya jumpa secara kebetulan semasa merayau-rayau di dalam You Tube). Sebenarnya, saya suka tengok cerita kartun Popeye sahaja di You Tube jika ada kelapangan, tapi yalah...bila ada kelapangan melampau, barulah pandai tangan saya menaip pula nama cerita-cerita lain, lalu terjumpalah Merah Puteh ini.

Tapi, saya amat puas hati. Tidak tertinggal satu episod pun. Saya dapat menikmati cerita ini yang agak menyeronokkan juga. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan cerita ini.

27 December 2008

Masa Senggang

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Tiba-tiba saya rasa sangat lega hari ini. Jadual yang sepatutnya padat, berubah tanpa disangka-sangka. Lalu, banyak aktiviti yang saya berjaya lakukan dengan tenang dan tidak terkejar-kejar dengan masa. Apapun, saya sudah keluar dari rumah awal pagi - agak awal. Menguruskan beberapa urusan termasuklah mengambil buku-buku resepi yang saya telah buat salinan di kedai fotokopi.

Yuhuu! Bestnya! Ini beberapa buah buku resepi yang telah dipinjamkan kepada saya.


Ini pula merupakan buku-buku yang saya telah buat salinan (kalau masih boleh dibeli buku-buku ini, saya akan cari di kedai sahaja - kerana fotokopi yang saya buat tidak berwarna!).


Ini pula merupakan buku yang paling saya sukai - buku berwarna biru, resepinya mudah dan sangat praktikal. Mengikut ibu kepada anak murid saya itu, resepi-resepi di dalam buku ini banyak yang telah dipraktikkannya semasa mereka sekeluarga berada di United Kingdom dahulu.



Usai mengambil buku-buku tersebut, saya segera menuju ke rumah kakak saya. Sudah lama saya mahu pergi ke rumah kakak, namun sering tidak berkesempatan. Baru-baru ini pun (semasa cuti Krismas), elok saya tiba di hadapan rumah kakak, saya menerima panggilan dari seorang sahabat yang mengajak saya melihat 'Bedtime Stories' di KLCC. Walau sibuk, undangan sahabat yang jarang saya temui itu, saya penuhi juga. Lalu, saya dapat melihat kesibukan dan kemeriahan warga kota di KLCC dengan pelbagai gelagat di hari Krismas. Sempat juga saya merakamkan gambar pokok krismas yang tinggi (dari aras bawah) hingga ke tingkat yang keberapa pun saya tidak dapat pastikan. ( Actually, saya berminat kerana saya terfikir, bagaimana pokok krismas tersebut boleh dibawa ke dalam KLCC dan dipasang beserta decoration yang pelbagai - walhal kedudukannya sangat jauh dari ruang legar di setiap tingkat).


Paling pasti, saya seronok melihat 'Bedtime Stories', menghabiskan masa di Sakura pula - bukan di KLCC - (meniikmati makan malam - saya makan Grilled Chicken Chop) walau mata sudah mahu tertutup. Usai makan-makan, saya terus minta diri untuk pulang ke rumah dan hanya tiba di rumah seawal 10.45 malam.

23 November 2008

Madagascar 2

Assalamualaikum warahmatullah...

Sudah lama saya tidak ke panggung wayang. Pun, seingat saya cerita pertama yang saya berpeluang menonton di panggung wayang adalah Harry Potter. Harry Potter yang mana satu, saya memang tidak ingat langsung. Selepas itu, disusuli dengan Transformers (ini salah satu cerita favourite saya sehinggakan model Optimus Prime pun ada dalam koleksi simpanan saya), kemudian Spiderman, Pirates of the Carribean dan banyak lagi.



Hari ini saya menonton Madagascar 2 pula. Tempat yang biasa saya pergi adalah KLCC - seingat saya, saya tidak pernah menonton di panggung wayang lain. Saya tidak pernah membeli tiket wayang kerana selalunya satu-satunya keluarga yang sering mengajak saya - saya menganggap mereka seperti keluarga saya sendiri - akan menentukan cerita apa yang akan ditonton. Tujuan utama saya pula, mengeratkan silaturrahim yang memang normal bagi wanita berkerjaya seperti saya yang sukar untuk meluangkan masa bagi mengeratkan ukhuwah.

Kemudian, saya ke Kinokuniya pula. Seperti biasa, masuk sahaja ke kedai buku, saya tidak pernah tidak akan membeli buku. Mahu diapakan agaknya dengan buku-buku saya yang banyak di rumah. Pun, hari ini saya membeli buku-buku yang di luar kebiasaan saya - Murderous Math, dan beberapa buku berkaitan Home Improvement dan penanaman pokok pula menjadi kegilaan saya. Selalunya, saya gemar membeli novel-novel berkaitan pembunuhan, penyiasatan dan yang sejenis dengannya. Hakikat yang perlu diterima, saya memang kurang sukakan novel-novel cinta yang tidak realistik.

Saya sudah tua agaknya, sudah tidak sukakan novel-novel seumpama itu lagi. Saya mahu duduk-duduk di rumah, menanam pokok, mengajar dan pergi bekerja sahaja. Saya tahu, saya sudah berubah dari segi minda dan keinginan. Keinginan kanak-kanak itu sudah semakin hilang dari diri saya. Sudah tuakah saya?