09 March 2009

Shear Wall


(From Wikipedia, the free encyclopedia)

Main article: Earthquake engineering

In structural engineering, a shear wall is a wall composed of braced panels (also known as shear panels) to counter the effects of lateral load acting on a structure. Wind and earthquake loads are the most common loads braced wall lines are designed to counteract. Under several building codes, including the International Building Code (where it is called a braced wall line) and Uniform Building Code, all exterior wall lines in wood or steel frame construction must be braced. Depending on the size of the building some interior walls must be braced as well.

A common method of constructing a braced wall line in wood frames is to create braced panels in the wall line using structural plywood sheathing with specific nailing at the edges and supporting framing of the panel. A more traditional method is to use let-in diagonal bracing throughout the wall line, but this method isn't viable for buildings with many openings for doors, windows, etc.

Such walls can be either "load bearing" or "non-load bearing". Shear walls are a type of structural system that provides lateral resistance to a building or structure. They resist "in-plane" loads that are applied along its height. The applied load is generally transferred to the wall by a diaphragm or collector or drag member. They are built in wood, concrete, CMU (masonry).

Plywood is the traditional material used in the construction of Shear Walls, but with advances in technology and modern building methods, there are stronger, more effective ways to accomplish this feat. The creation of pre-fabricated shear panels (i.e. Hardy Panel, Simpson Strong Wall...etc.) have made it possible to inject strong shear assemblies into small walls that fall at either side of a opening in a shear wall. As well as the use of a sheet steel, and steel-backed shear panel (i.e. Sure-Board) in the place of structural use plywood in shear walls, has proved to be far stronger in seismic resistance when used in shear wall assemblies.

Nonplanar Shearwalls: Due to functional requirements, the designer may choose non planar sections like C,L as opposed to the planar sections like rectangular/bar bell sections. Nonplanar sections require 3D analysis and is research area.

Maulidur-Rasul

Pagi Isnin yang indah dengan suasana Subuh yang hening. Burung bersiul-siulan dan alam pun menyanyi-nyanyi keriangan. Pagi yang amat nyaman, meraikan kelahiran Rasulullah SAW yang tidak pernah dilupakan.

Selawat ke atas baginda, ahli keluarganya dan para sahabat dengan sebanyak-banyaknya. Alhamdulillah. Kita masih kekal di dalam iman, masih tetap di dalam Islam, masih redha bersama ihsan.

Semalam saya diperkenalkan kepada Skype. Oleh seorang kawan di Guildford, United Kingdom. Benar-benar saya teruja.

07 March 2009

BIcara Sunyi Sepi Sayu Seorang Diri

Normalnya, bila sedih datang bertamu, saya akan segera menghubungi emak di kampung. Sejak 11 Februari - sebetulnya sejak 16 Februari apabila saya sudah balik semula ke Kuala Lumpur, paling kurang pun saya menghubungi emak dalam sehari sebanyak dua kali. Walau saya tidak menangis semasa bercakap dengan emak - sebetulnya saya tidak pernah menangis di hadapan sesiapa pun.

Sudah terbiasa bercakap dan berbual dengan emak - awal pagi apabila tiba di pejabat, tengahari apabila usai mesyuarat yang menyebalkan, malam apabila usai mengajar dan hendak bertolak balik ke rumah - atau awal sedikit, selepas solat Maghrib - jarang saya menghubungi emak selepas solat Maghrib kerana munajatnya lebih lama - ya, selepas 11 Februari 2009 itulah rutin saya, dan saya akur pada rutin emak yang kini lebih lama di tikar sembahyang.

Hari ini saya masih belum menghubungi emak. Mungkin kerana keluarga abang saya ada di kampung bersama adik perempuan dan tiga orang yang lelaki. Ramai. Saya tidak mahu mengganggu konsentrasi emak (atau sejujurnya saya agak cemburu - tugasan saya tidak kira hari - 24/7 - menyebabkan masa saya untuk menjenguk emak agak terbatas - walau hati saya meronta - walau bicara emak dan saya saban hari) dan ditambah dengan diri saya yang masih belum kuat - rumah di kampung itu ada kenangan yang sangat banyak antara saya dan Allahyarham abah.

Lalu, saat ini saya sedang merindukan bicara saya dan emak, yang sering jua, pada masa yang sama, saya sedang merindukan Allahyarham abah saya. Benar-benar saya rindu! Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman, insyaAllah.


Ayam ini, ayam yang dibela oleh emak dan Allahyarham abah saya. Suasana rumah saya di kampung yang sering saya rindukan. Kuatkah saya untuk balik, sedangkan dalam tempoh yang lalu, saya sering termenung dan tidak ada selera untuk makan pun.


Ini lukah hasil tangan Allahyarham abah saya. Dulu, berhampiran lukah ini merupakan tempat Allahyarham abah saya selalu berdiri setiap kali saya mula mengundurkan kereta untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur. Senyumannya, bagaimanatah mampu dilupakan? Sungguh saya benar-benar rindu!

Luahan ini hanyalah luahan kerinduan seorang anak kepada Allahyarham abah yang sudah meninggalkan dunia ini. Selalunya saya melepaskan rasa rindu ini dengan berbual-bual bersama emak. Ya Allah, bantulah saya untuk menjadi kuat semula, InsyaAllah.

Senang Masa Senang

Minggu penuh sesak.

Saya jadi tepu. Hari-hari mesyuarat. 9 mesyuarat dalam masa seminggu. Ada beberapa pula yang saya sendiri mempengerusikannya. Apabila saya handle sendiri, saya cuba kawal supaya jadi sangat ringkas dan mencapai objektif mesyuarat sahaja. Tidak mahu meleret-leret seperti mesyuarat lain yang saya hadiri. Sudah sangat berbeza. Kata boss baru saya : preparation untuk jadi boss pula satu masa nanti. Tambahnya lagi : saya suka pada awak kerana awak sangat aktif dalam kerja. Huh! Lain macam benar timbunan tugas saya sekarang.

Sudahnya, saya mencuba merasakan keseronokan dalam kelelahan yang saya alami. Andai tidak berbuat begitu, bimbang tekanan minda pula merajai diri. Kesannya, saya jadikan tempat ini (di bawah kapalterbang lama ini) sebagai tempat saya melepaskan kebosanan.

Bersantai seketika menikmati keseronokan di awan walau hanya dalam imaginasi.





Bilalah saya dapat terbang? (bukan hanya sekadar menjadi penumpang atau sekadar memandu di dalam Flight Simulator)

04 March 2009

Lena Saya Diusik

Pukul 1.05 pagi, 4 Mac 2009.

Saat inilah. Ya, saat ini saya terjaga. Entah kenapa, air mata saya tiba-tiba mengalir. Saya jarang menangis (di hadapan sesiapa jua) pun saya sering melemparkan senyuman sehinggakan tidak ada sesiapa yang nampak kesedihan yang bertamu jauh di sudut hati.

Saya sedih kini. Saya teringat. Saya rindu. Dalam sebak dan sendu, saya teringat sedutan sedikit kata-kata di radio IKIM - Nabi Muhammad SAW juga menangisi pemergian anaknya, iaitu Ibrahim. Ya Allah, memang saya tidak pernah mempunyai anak. Tapi hubungan darah ini.....

Ya. 11 Februari 2009. 6.55 pagi. Cukuplah sekadar mengingatkan. Ciptaan kenangan yang seolah-olah sudah terhenti. Dalam tempoh yang belum cukup satu bulan, bagaimana saya mampu melupakan? Walau hakikatnya, kehidupan itu saya teruskan - dalam senyuman. Namun sesekali terasa air mata yang mahu terburai di khalayak, cepat-cepat saya tahan.

Ya Allah. Cukuplah tempoh pinjamanMu. HambaMu yang lemah ini amat redha pada ketentuanMu. Cuma hati yang sayu dan sendu berbisik - rindunya!

Walau di tengah ramai, rasa keseorangan itu tidak pernah hilang. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa mencucurkan rahmat ke atas rohnya, dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

** Saya masih tidak kuat, Allah yang banyak membantu saya menghadapi situasi ini. Alhamdulillah.