23 September 2009

Cuti Raya Saya

Belum puas duduk kampung. Sungguh. Walau sudah 6 hari di kampung.

Sebab ada 4 budak kecik yang sering mengalih perhatian saya dari bermanja dengan mak dan 4 budak kecik tu hanya balik ke kampung nenek Pahang-nya pada hari ke-3 raya (sudah tentu 4 budak kecik tu balik ke kampung saya satu kereta bersama saya - memang setiap tahun pun begitu...bukannya nak balik bersama abi dan uminya...). Hari ini pula (raya ke-4) saya sudah balik ke rumah saya semula (hoho...yang ni lepas ni saya cerita macamana saya boleh 'ter-balik' awal la pulak dari jadual asal....)

Mahu makan, cari saya (best juga sebab masa hari Jumaat dan Sabtu yang masih berpuasa, saya dapat 'paksa' 2 budak kecik yang tak puasa tu makan sampai habis sebab saya bagitau dia, semua orang puasa dan takde sapa nak habiskan nasi dia...yang saya sedang suapkan waktu tu - manja betul, sanggup tunggu saya bangun dari tertidur dan kemudian duduk atas riba saya dan berkata dengan manjanya - nyanyah...nak aci...huhu!)

Habis dua si adik punya karenah, datang pula dua si abang. Ajak main monopoly. Kemudian mahu belajar main catur. Mulanya si abang sulung tak nak mengaku kehebatan saya bermain catur (ececece...macam hebat sangat la...), tapi bila melihat si pakcik catur di komputer (err..tak taula jantina apa game tu!) kalah sebanyak 13 kali dengan saya dalam 13 games, nampak si abang mengangguk perlahan mahu ber'guru' dengan saya.

Lalu, cuti raya saya kali ini benar-benar penuh. Itu belum kira selepas balik beraya (4 si kecil itu pun sama beraya bersama kami - tapi diorang je la dapat duit raya yang banyak!) yang mereka sangat kepenatan dan kemudian buat hal menangis tengah malam yang kemudian membangunkan saya dan 'memaksa' saya memujuk mereka dan kemudian menidurkan mereka (tak tahan jugak rasa hati tengok anak-anak sedara menangis ni....rasa macam luluh jantung....). Sudahlah tak nak diam kalau orang lain pujuk, yang paling kecil (2 tahun) itupun hanya mahu dengan 'nyanyah'-nya saja...

Sedar tak sedar, saya sudah ada di rumah saya sekarang setelah bertolak balik pagi tadi dari kampung. Adik saya pula ada 'hal bicara hati' yang membuatkan saya dan keluarga perlu membuat perjalanan ke Kuala Kangsar, Perak pada esok hari. Itulah sebabnya kenapa saya balik awal. Esok pagi mahu ke Perak pula. Alang-alang, cuti kecemasan yang sudah saya plan pada hari Jumaat terpaksa dikuburkan dan saya tahu saya akan mula bekerja pada hari Jumaat. Huhu!

Cuti raya saya tahun ini sangatlah laju habisnya. Saya tak puas!
...tapi gembira juga la balik awal sebab dah bosan melayan GPRS yang slow gileee kat kampung...(buat-buat gembira....lalalala....)
KAMUS SAYA : nyanyah - mak ngah

21 September 2009

1 Syawal 1430H

Kita terlupa pada Ramadhan,
Bila tibanya 1 Syawal,
Ramadhan yang indah,
Adakah akan bertemu lagi,
Walau tahun hadapan pasti tiba,
Adakah lagi Lailatul Qadr,
Andai maut sudah menjemput - sebelum tiba waktunya...

Pun, kembalilah kepada fitrah,
Sekolah kita di Ramadhan,
Banyak yang dipelajari,
Tentang hakikat hidup, dan iman...kukuhkanlah,
Walau Ramadhan, sudah berlalu...

Jangan biarkan ia hancur,
Iman yang kita bina,
Akidah yang kita jaga,
Nafsu yang kita kawal,
Bersama tibanya 1 Syawal...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

* Untuk anda semua, juga untuk saya yang sering terlupa...

17 September 2009

Buka Puasa Ke-3 Paling Best

Saya memang sangat sibuk semalam. Dari pagi sudah berada di HQ, dan kemudian pergi memeriksa besi (ramai orang takut saya terjatuh sewaktu saya meniti di atas beam yang masih belum dikonkrit kerana ia bukan beam tingkat bawah, tapi kerana bidang ini yang saya ambil, maka ia adalah tanggungjawab saya memeriksa rangka bangunan yang masih belum siap - maybe sebab size beam kecil 125 x 300 sahaja).

Balik semula ke pejabat dalam keadaan lesu dan mula menguruskan hal-hal lain pula yang menyesakkan kepala, sambil-sambil tangan laju menekan sms di telefon dan YM di komputer. Akhirnya, dapatlah keputusan untuk berbuka di Mid Valley bersama seorang sahabat (selalunya kami pergi berempat - walau hakikatnya kami sebenarnya bertiga - dan kemudian semalam kami hanya berdua sahaja - seorang lagi sudah pergi 'dating' - hoho!).

Pun, keputusan mendadak pukul 5.45 petang itu rupanya mendera diri saya. Jalan Istana jammed teruk. Saya sempat menghantar sms kepada sahabat saya sambil memandu (hantar sms guna Dopod 838 touch screen, tentu boleh dibayangkan jammed tersebut seteruk mana kan...).

Lalu, kami tukar lokasi. Di sini. (Mulanya saya sudah bercadang hendak balik sahaja, tapi kerana jalan hendak balik pun jammed teruk, lalu saya terus sahaja bersetuju dengan saranan sahabat saya itu...lagipun, saya hendak merealisasikan buka puasa terakhirnya di KL sebelum dia balik ke Kedah...). Sungguhlah saya ini naif benar, hampir 7 tahun bekerja di Kuala Lumpur, inilah kali pertama saya memandu sendiri ke dalam The Mall ini. Pecah rekod ni.


Kami pun mengambil keputusan berbuka di sini.

Seperti biasa juga, memang sangat bagus saya berbuka puasa dan makan bersama sahabat saya ini. Untungnya kerana dia akan menolong menghabiskan bahagian saya yang memang selalunya tidak berjaya dihabiskan. Makan apa? (saya terlupa ambil gambar makanan lagi, tapi kata sahabat saya - lepas ni order spaghetti je dengan cara makan macam ni...) sebab side dishes saya memang dia yang tolong habiskan. Thanks!

Tapi inilah berbuka puasa paling best. Nak tahu kenapa? Hmm. Saya dah pecah rekod banyak kali untuk buka puasa ini. Apa yang saya pecah rekod? Biarlah rahsia...

15 September 2009

Snow White a.k.a Taste Sweet Love


Title: 백설공주 / Baek Seol Gong Ju
Also known as: Taste Sweet Love
Episodes: 16

Ma Young-Hee (Kim Jung Hwa) has been in love with her best friend Han Jin-Woo (Yeon Jung Hoon) since the first time they met in high school. Han Jin-Woo, on the other hand, does not see Ma Young-Hee's love for him and blindly goes out with other girls in front of Ma Young-Hee. On a trip to Japan, Young-Hee meets a young man on the street who takes her back to his apartment since she is drunk. Young-Hee accuses this man of raping her even though he didn't, but before she can rightfully press charges, he runs away as the government officials of Japan chase him down for an expired visa. Upon returning to Korea, Jin-Woo stops by her apartment and introduces his younger brother, Han Sun-Woo (Lee Wan) who just happens to be the young man she met in Japan. Jin-Woo asks if Sun-woo may stay at her place, and Young-hee accepts out of love for Jin-Woo. The story unfolds as a sudden high school classmate of Young-Hee, Jang Hee-Won, (Oh Seung Hyun), begins to court Jin-Woo.

~ saya menghabiskan menonton cerita ini semalam. lama sungguh. yalah, sejak bulan 7 hinggalah sekarang dah pertengahan september (saya yang sibuk sebenarnya sebab kalau dalam tempoh kuarantin, 20 episod merah puteh pun saya boleh habiskan dalam sehari je...). 16 episod. cerita korea biasa yang sebelum ni kalau tak tengok dekat you tube, saya pun tidak menontonnya di televisyen. tapi ok, sebab satu episod pun tak miss kat you tube. sekarang sedang cuba cari full episode untuk sweet relationship (yang ni memang saya suka sangat sebab ceritanya tentang chef dan masakan - saya suka tengok rupa masakan yang dihasilkan!)

12 September 2009

I'm a Boy

Saya di sini, pagi tadi. Sekitar pukul 5.15 pagi sudah berada di sini. Suasana pusat perubatan ini masih lengang. Tapi, saya berdiri di tepi dinding yang bercermin untuk melihat ke dalam bilik.

Cuba lihat apa?
Sebenarnya, saya sedang cuba melihat ini....

dan ini....

Alhamdulillah. Bayi lelaki ini selamat dilahirkan pada pukul 4.22 pagi tadi dengan berat 3.23 kg. Inilah anak saudara saya yang ke-5, dan gambar ini diambil pada usianya lebih kurang 1 jam.

Saya berdiri mengamatinya hampir 20 minit, mengambil gambar dan video. Malah, semasa azan Subuh berkumandang (yang saya rasa jika ada yang terlambat bangun tentu terkejar-kejar nak bersahur), saya terlupa yang saya hanya makan 3 biji kurma dan seteguk air sebelum menyarung jubah dan tudung pada pukul 5 pagi tadi sewaktu abang saya menelefon saya memaklumkan tentang kelahirannya.

Alhamdulillah. Semoga bertambah pewaris Islam sejati yang akan menegakkan kebenaran Islam di dalam generasi akan datang dalam keadaan diredhai olehNya.