"Saya bayar guna duit la....apa pulak nak guna kad....", dan terus mengeluarkan duit sebanyak RM 100 untuk membayar deposit barang yang mahu dibelinya (yang kemudiannya dia berniat untuk membatalkan pembeliannya dengan alasan barang yang dibelinya lambat tiba...)
Lebih kurang begitulah isi percakapan seorang lelaki. Pada hari ini (err..bukan hari ini...ini entri dua hari yang lalu...hehe....tak larat nak menaip terus banyak-banyak...). Di sebuah lokasi yang dirahsiakan (dirahsiakan sebab...bukannya saya nak cerita perihal dia....tapi saya mahu cerita perihal kad...)
Kad kredit. Atau kad debit. Apapun, saya kurang faham fungsi kad debit. Jadi, di sini, saya cuma akan bercerita tentang kad kredit sahaja.
Kad kredit. Mesti ada kredit limit (had kredit). Boleh guna di mana-mana saja yang mempunyai perkhidmatan ini, dengan 'sesuka hati' anda saja. Tanpa melebihi had kredit yang telah ditetapkan oleh bank. Kalau lebih, memang nahas!
Okey. Di bawah ini ada beberapa saranan/cadangan saya. Kepada pengguna kad kredit. Dan kepada yang berniat mahu menggunakan kad kredit. Atau sekadar info untuk disampaikan kepada orang lain.
SATU
Jangan 'benarkan' pihak bank charge (kenakan sebarang bayaran) untuk interest penggunaan kad kredit tersebut. Biasanya bank akan charge sebanyak 11%, 13.5% atau ada juga untuk pengguna tegar yang selalu lambat bayar walaupun amaun paling minimum akan dikenakan charge interest sebanyak 17.5%. Banyak kan? Kalau guna sebanyak RM1000....dah terang-terang kena bagi kat bank sebanyak RM175. Kalau pi makan kat Secret Recipe...lumayan sungguh RM175 tu....Bagaimana caranya untuk mengelakkan dikenakan interest ini?
Sebagai contoh, jika anda gunakan sebanyak RM2000 untuk satu-satu bulan dengan menggunakan kad kredit, sila bayar semula kepada bank sebanyak RM2000 sebelum melepasi 'tarikh akhir' bayaran patut dibuat. Memang tidak akan dikenakan sebarang 'denda'....
Atau
Anda boleh merekodkan perbelanjaan harian anda yang menggunakan kad kredit, dan bajet untuk bayaran kad kredit anda kepada pihak bank. Sebagai contoh, jika bil perbelanjaan pada penyata kad kredit anda tamat pada 19hb setiap bulan, dan akan dihantar kepada anda pada 24 atau 25hb setiap bulan, dan anda diwajibkan melunaskan semua bayaran sebelum 8hb pada bulan yang berikutnya. Dah tentu selepas 19hb hingga ke 8hb bulan yang berikutnya pun anda masih berbelanja dengan menggunakan kad kredit kan? So...walau penyata yang tiba bertulis RM2,580.00 untuk pembayaran yang perlu dibuat...dan mungkin ada beli baju dan tudung dan beg tangan sebanyak RM1000.00 pada 1hb bulan berikutnya....baik bayar je sebanyak RM3,580....jadi pada bil bulan hadapannya....anda dah 'selamat' RM1000 di situ....atau lagi mudah, bayar je RM4000.....boleh save RM420 di situ.
Okey.....maksudnya.....saya bayar dulu.....baru guna! Takde hutang, best kan?
Malah....boleh jadikan penyata kad kredit anda bernilai 'negatif'.....enjoy sungguh kalau dalam dua tiga bulan nampak penyata bernilai negatif ni.....hehe....rasa macam banyak pulak dapat dijimatkan...
DUA
Jangan gunakan kad kredit melebihi gaji bulanan anda.
Contohnya, gaji bulanan anda sebanyak RM5000 sebulan. Had kredit pada kad kredit anda pula RM7000 sebulan. Anda perlu bayar kereta RM1000, rumah RM900, bil telefon RM200.....so baki boleh guna dari duit gaji cuma RM2900 (okey...jangan lupa makan minum...bagi mak ayah....untuk simpanan di masa kecemasan dan di masa tidak kecemasan plak ek...) tup-tup pi shopping, boleh pulak beli baju ke, tudung ke, beg tangan ke...atau handphone baru ke....tab baru ke....dengan menggunakan kad kredit sebanyak RM4000 plak.....dan kemudian beranggapan plak...."okey...aku ada RM3000 lagi untuk digunakan ni..."
Adoi!!! Tokey balak pun boleh rabak kalau macam ni....
Jadi.....sila berbelanja ikut keperluan ya....jangan berbelanja ikut nafsu! Kalau nak diikutkan nafsu ni....saya rasalah saya nak je beli sebuah jet peribadi untuk diri sendiri...hehe...kalau ikut nafsu la kan....walau memang tak mampu pun nak beli jet peribadi tu!!! (uhuk...ini gara-gara kes merindukan kampung halaman la ni...sudah hampir 6 bulan tidak balik ke kampung kerana - saya allergic perjalanan jauh dengan menaiki kenderaan beroda 4...apatah lagi yang beroda 6 atau beroda 8 atau beroda 24...hehe....)
TIGA
Kalau lebih guna, boleh dapat lebih point. Kalau dapat point yang cukup, boleh redeem apa-apa saja yang ditawarkan oleh pihak bank. Dengan syarat, penggunaan adalah sangat-sangat mematuhi perkara 1 dan 2 yang saya sebutkan di atas.
Sebagai contoh, jika anda ke pasaraya. Beli kentang, serai, cili, buah-buahan dan barang-barang lain....amaun yang dikenakan cumalah RM33.40. Di kaunter, anda diberitahu bahawa pembayaran menggunakan kad kredit adalah dibenarkan untuk pembelian melebihi RM30 ke atas sahaja.
So...apalagi? Guna je la kad kredit tu....boleh dapat lebih point....boleh redeem macam-macam. Terutama kalau pi isi minyak....kat Shell ke (ada BonusLink)....kat Petronas ke (ada Kad Mesra)....wah...dengan point kad kredit dan dengan point kad-kad lain (contoh BonusLink dan Kad Mesra atau Real Reward ke)....memang dapat bonus berganda-ganda!!!
Apapun....anda memang mesti isi minyak kereta dan mesti makan roti....eh eh....(itu yang saya ceritakan tentang perbandingan antara keperluan dan kenafsuan...ho ho....)
Hehe....dah lama tak membeli roti di Petronas dengan menggunakan duit tunai. Selalunya inche' suami saya akan bawa Kad Mesra, masuk ke dalam Petronas....capai roti sebungkus dan bayar guna Kad Mesra saja....kalau dikira-kirakan....dah banyak puluhan ringgit juga point Kad Mesra itu di-redeem dengan cara membeli roti!!! Hehe......nak redeem pun kena redeem ikut keperluan ya....bukan ikut nafsu!!!
Ok...back to 'point' kad kredit plak...
Setiap tahun, biasanya bank memang akan charge untuk 'amaun wajib dibayar - atau annual fee' untuk penggunaan kad kredit. Biasanya RM60, RM70, RM120 dll....ada macam-macam amaun....
So jika anda redeem (terutamanya voucher-voucher pasaraya seperti Jusco, Parkson, Tesco...) - yang biasanya ditawarkan sebanyak RM100....so dapatlah 'cover' balik annual fee tu. Seolah-olah...anda guna kad kredit.....anda tak perlu bawa duit tunai banyak-banyak (woooooo....bahaya tau bawak tunai banyak-banyak ni....), anda dapat point....redeem point....ada lebihan lagi yang dapat menguntungkan anda...tidakkah ia memberikan anda keuntungan berganda-ganda?
Okey....cukuplah dulu saranan saya tentang tatacara penggunaan kad kredit. Tangan saya sudah mahu tercabut bila dah menaip banyak-banyak ni... Stop dulu. Nanti-nanti masa lain....kita sambung lagi. InsyaAllah.
Apapun...saranan saya...berbelanjalah secara berhemah....samada menggunakan duit tunai....atau menggunakan kad kredit.
Sesungguhnya syaitan sangat sukakan pembaziran....dan Allah Yang Maha Besar tidak pernah menggalakkan kita membuat walau sedikit pun pembaziran.
Sebarang kesilapan penulisan di dalam entri ini....sila maafkan saya....saya ini manusia yang tidak sempurna....sama saja seperti anda semua....
Semoga ada redha Allah kepada kita semua. InsyaAllah.
# Saya bukan pegawai bank dan tidak pernah dikenakan 'interest' kad kredit walau sesen pun selama saya menggunakan kad kredit....ALHAMDULILLAH...
Dunia yang sempurna dengan kebaikan ibarat sebuah ladang yang subur dan dipenuhi tanaman yang bermanfaat dan dapat dituai pada masa yang tepat untuk dibawa pulang sebagai bekal di akhirat yang kekal abadi. Berjihadlah di ladangmu kerana Allah yang Maha Esa.
08 January 2012
05 January 2012
Awal Januari 2012
Selepas solat Maghrib. 3 Januari 2012.
Okey...hari pertama bekerja. Hari pertama bersekolah. Hari pertama pejabat dibuka. Pada 2012.
Saya dan suami pula kehabisan 'bekal' di rumah. Sementelah suami bercuti, jadi kami berdua pun keluar dan menuju ke sebuah kedai menjual bahan-bahan membuat kek, kuih muih dan bahan-bahan lain serta ke sebuah pasaraya yang paling dekat dengan rumah (saya alergic dengan perjalanan jauh....hehe....)
Sungguh mengujakan.
Tempat meletak kereta di kedai menjual bahan-bahan membuat kek, kuih muih dan bahan-bahan kering lain (saya membeli paprika, oregano, mix spice, susu tepung dan beberapa bahan lain di sini - harganya memang tersangatlah murah jika mahu dibandingkan dengan...errmmm...contohnya McCormick yang biasa saya guna sebelum ini...) yang selalunya penuh dengan kereta hingga tiada satu pun petak ataupun bahu jalan yang kosong, kini sangat-sangat lengang hinggakan boleh berguling-guling dengan bebas di atas parking lot yang sering penuh, dari bulan Ramadhan hinggalah ke bulan Disember tahun lalu.
Keadaan di dalam kedai juga lengang, dan kami berdua bebas memilih barang-barang yang mahu dibeli dengan sangat selesa (okey....sebelum ni kalau nak berjalan dalam kedai ni pun memang sangat susah kerana terlalu sesak...apatah lagi mahu memilih barang yang mahu dibeli...memang takde can...)
Amazing!
Anggapan saya : Sesi memasak sudah tamat. Sekarang sesi membeli makanan yang siap dimasak pula. Apabila Ramadhan tiba nanti, baru kedai ini akan sesak semula.
Kemudian, kami berdua ke pasaraya pula. Ternyata tekaan saya tidak meleset.
Pasaraya penuh sesak. Tempat parking penuh, dan kereta sangat banyak. Ya, di sini juga ada Pizza Hut, ada KFC, ada Mc Donald...ada Ayamas...ada A&W....dan juga ada food court....serta juga ada beberapa buah restoran...
Saya dan suami masuk ke pasaraya. Kami membeli kentang, serai, buah-buahan dan beberapa barang dapur lain. Kemudian terus menapak ke kereta.
Bukan mahu melihat atau menilik hal orang lain, tetapi kerana keterbatasan pergerakan saya yang sangat-sangat perlahan (okey....orang sangat ramai...dan kaki saya menjadi semakin sakit....so, tongkat di tangan sudah tidak memberikan bantuan...dan saya hanya mampu melangkah dengan sangat perlahan...), menjadikan saya seorang pemerhati kini apabila kami berdua keluar membeli belah. Ya, kebanyakan yang datang ke bangunan pasaraya ini tidak membawa apa-apa beg plastik di tangan dalam perjalanan menuju ke kereta untuk pulang - ada yang bawa, tapi samada ia beg plastik dari kedai kasut atau beg plastik kedai buku, atau jika ia plastik pasaraya pun....hanya berisi susu kotak dan biskut tiger sahaja. Ini menunjukkan pengunjung-pengunjung yang ramai pada malam ini, kebanyakannya hanya datang untuk makan sahaja, dan kemudian balik ke rumah tanpa membeli apa-apa 'bahan basah' untuk dimasak di rumah.
Wah...sesi masak-memasak memang benar-benar sudah 'tamat' rupanya. 'Majoriti' dan sebahagian besar sudah menjadikan kedai-kedai makan di luar sebagai 'dapur utama' dan meninggalkan dapur-dapur di rumah sebagai 'hiasan'.
Amazing!
Saya benar-benar teruja dengan 'trend' serupa ini.
***kalau saya buka kedai makan yang beroperasi dari bulan Januari hingga ke bulan Ramadhan, mesti sangat-sangat laku kan...untung berganda-ganda!!! Hmm...

31 December 2011
Bye-Bye 2011
Selamat tinggal 2011.
Tahun penuh memori. Memori suka duka yang penuh berhikmah.
Tahun saya pulang ke Semenanjung Malaysia. Hehe. Macam jauh je Negeri Di Bawah Bayu tu.
Tahun saya bertukar status menjadi seorang isteri. Status yang sangat indah. Terima kasih my inche' suami yang sangat-sangat disayangi. I love you...:)
Tahun saya mewarnakan hidup saya dengan menjadi pengunjung setia hospital dan menjadi terlalu banyak berfikir tentang kehidupan. Ia benar-benar mengubah minda saya. Terima kasih Allah.
Ya. Tahun yang penuh keindahan. Tahun yang penuh ujian. Tahun yang berhikmah. Hikmah dan hidayah yang indah dari Allah. Nikmat yang tidak terhitung. Alhamdulillah.
Apapun, sudahkah anda semua menunaikan Rukun Islam yang keempat? (atau masih dok fikir....Rukun Islam ada berapa ya....hehe...)
Hujung tahun yang sama, walau cukai pendapatan telah ditolak dari gaji bulanan saya, namun saya tetap akan membayar zakat. Kewajipan yang diwajibkan Allah.
Okey...nilainya tidak banyak pun. Hanya 2.5% sahaja dari BAKI PENDAPATAN kita.....kenapa saya katakan baki?
Okey....contohnya begini ya....
Jika gaji anda sebulan (jika makan gaji): RM 4000
Jadi gaji setahun : RM 48000
Tolak sara diri setahun (untuk solo) : RM 8200
Tolakan lain : KWSP, Tabung Haji dan institusi lain yang membayar zakat untuk anda : RM 5000
Tanggungan lain (mungkin ibu bapa, isteri atau anak2 - 'by person' ya) : anggaran saja RM 15000
Jadi : RM 48000 - (RM8200 + RM5000 + RM15000) = RM 19800
Jadi, zakat wajib dibayar adalah sebanyak : RM 19800 x 2.5% = RM 495 sahaja
Sikit saja kan...RM 495 sahaja. Walhal keberkatan dan rahmat Allah sangat-sangat banyak di dalam nilai yang sedikit itu. Kalau dilebihkan sedikit pun tidak apa, kerana ia milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Jadi, serahkan saja kepada Allah supaya Allah yang akan membalas segala keikhlasan hati kita. Okey....nak bayar zakat kena ikhlas ya...
Firman Allah SWT yang bermaksud :-
Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).
Maksud sebahagian ayat Surah at-Taubah : 103
For your info, zakat yang dibayar sebelum 31 Disember 2011 berhak mendapat rebat cukai pendapatan untuk tahun 2011 yang biasanya perlu diselesaikan sebelum 30 April tahun selepasnya, iaitu 2012.
Nota : Tolong pastikan tidak ramai 'anak-anak luar nikah' terhasil malam ini, atau subuh esok. Semoga sikap yang buruk dan tidak disukai Allah dapat dijauhkan dari dalam hati dan diri kita semua. Semoga redha Allah sentiasa bersama kita semua. InsyaAllah.

24 December 2011
Mengepam Oksigen
Sakit kepala.
Sakit kepala memang berbeza dengan 'pening kepala'.
Saya sudah alert (err...apa maksudnya dalam Bahasa Melayu ya...) dengan sakit kepala sejak saya mula bekerja. Tahun bila ya....seingat saya dalam tahun 2002 atau 2003....mulanya ia cuma hadir dalam sekali setahun...dan kemudian kekerapan sakit kepala lebih kerap hadir seiring dengan petambahan tahun. Tak banyak kan...sekali atau dua kali je setahun. Apapun...sekarang....untuk tiga hari ini (termasuk hari ini...) sudah 3 hari berturut-turut saya mengalami sakit kepala ini. Makin banyak ek....ya memang makin banyak.
Tandanya?
Ia bermula dengan peluh. Peluh di dahi mencuar-cuar (err....bahasa apakah ini?...sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan maksudnya - kalau ada dalam kamus la....hehe...) walaupun duduk dalam bilik air-cond bersuhu 16 degree Celcius. Pelik kan.....sejuk yang amat, tapi saya boleh berpeluh. Then....saya akan menguap berulangkali. Biasanya orang menguap dan rasa mengantuk.....tapi bila sakit kepala ini mau datang....saya akan menguap setiap saat. Hanya menguap....badan mula rasa lembik dan lemah....tanpa rasa mengantuk....dan kemudian mulut akan rasa masin-masin sedikit. Oh....air liur jadi masin. Sometimes, akan ada rasa mahu muntah. Selalunya...memang muntah.
Then. Dummm!!! Biasanya akan berguling-guling....kalau boleh rasa macam mahu keluarkan isi kepala dan nak dicuci-cuci je isi kepala yang menyebabkan sakit. Okey...saat ni memang kena ingat kat Allah banyak-banyak. Ada ketika ia jadi di pejabat pada waktu dulu-dulu, atau ketika mengajar, atau ketika outstation, dan saya tetap cuba senyum sambil membawa kereta untuk balik ke rumah. Kena banyak sabar. Kena banyak redha. Walau badan sudah lembik. Kan ia cuma ujian. Nak pass ujian dengan 'full mark', kenalah bersusah payah sikit kan. Kena banyak senyum dalam sakit. Lagipun....Allah takkan uji kita di luar kemampuan dan di luar tahap kekuatan yang diberikan olehNya kepada kita. Sabar, itu sudah cukup. Dan ingat pada Allah banyak-banyak.
Dulu. Saya tidak tau. Jadi ubatnya cuma ada dua. Bukan paracetamol. Pernah jadi kes awal-awal dulu saya makan paracetamol, then muntah-muntah bersama 'pil yang tak hadam' dan kemudian badan jadi flat selama 3 hari tak boleh bangun. So, Pertama, buat air coklat panas - betul2 panas tau...terus minum dan kemudian 'paksa' diri untuk tidur. Tapi, kedua, kena pastikan table fan dipasang pada level 3 dan betul-betul mengadap muka. Okey. Air cond tidak berkesan ya. After 3 or 4 hours deep sleep....selalunya ok. Itu dulu. Sekarang, lepas deep sleep, bangun pun masih tak okey. Masih sakit, atau sudah lebih rasa sakitnya.
Ada beberapa yang membeitahu ia migrain, tapi saya katakan....ia bukan migrain. Ternyata telahan saya benar. Walau saya telah berjumpa ramai doktor di tahun-tahun sebelum ini yang tidak dapat mengesan kewujudan hal ini dalam badan saya.
Setelah didiagnos melalui ujian MRI pada bulan Jun 2011 lalu, saya sudah tahu puncanya. Tak perlu disebut sakit apa, tapi dengan bilangan hari 'MC' yang sudah menjangkau 99 hari serta tempoh 'light duty' tanpa kerja berat yang diberikan oleh doktor juga menjangkau hampir 4 bulan...hingga kini, saya masih begini. Pun, saya tetap bersyukur. Kena ingat, ada banyak hikmahnya kejadian Allah untuk kita semua. Walau macamana pun bentuk ujian yang datang.
Cuma satu yang saya mahu cerita. Bab sakit kepala itu. Ia berlaku kerana blood capillary saya yang menuju ke kepala tersekat. Jadi, hemoglobin yang terkandung dalam sel darah merah dengan fungsinya membawa oksigen ke seluruh badan - terutamanya ke kepala - tidak dapat berfungsi dengan sempurna. So, otak saya tak cukup oksigen, dan dengan otak anugerah Allah ini juga saya berfikir dengan sangat banyak terutama di dalam pelaksanaan kerja-kerja saya...yalah...manusia kan diwajibkan berfikir...ada disebut juga dalam salah satu ayat Surah Al-Baqarah rasanya....jadi, itulah penyebab sakit kepala saya selama ini....otak saya kurang oksigen.
Alhamdulillah...setelah terbaca dalam satu web : http://exerciseforbulgingdiscs.com, saya menemui salah satu penyelesaian murah dan mudah untuk masalah sakit kepala ini.
Hanya dengan menggunakan 'gym ball', duduk di atasnya dan 'bounce' kan diri (err...apa maksudnya dalam bahasa Melayu ya....) tanpa mengangkat badan dari gym ball dan buat dalam kadar 5 minit, saya dapat mengepam oksigen dari badan untuk naik ke otak melalui blood capillary yang tersekat itu. Alhamdulillah. Walau blood capillary masih tersekat, dan walau masih alami sakit kepala sehingga kini...ia mengurangkan tahap sakit tersebut tanpa menyebabkan saya berguling-guling dan sentiasa ada perasaan mahu mengeluarkan otak saya dan 'mencucinya'. Haha.
Apapun....ia cuma suatu usaha. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Yang Maha Besar. Tapi, Allah juga tidak suka kepada orang-orang yang tidak berusaha untuk memperbaiki dirinya sendiri. Semoga kita semua diredhai oleh Allah. InsyaAllah.
nota : jika ada sesiapa di antara anda yang mengalami simptom sakit kepala seperti saya, sila pergi ke mana-mana hospital terdekat, minta doktor buat MRI ya....xray mungkin boleh, tapi dalam kes saya....xray kurang berkesan....

16 December 2011
Hospital : My 2nd Home
Pagi ini ke hospital lagi. Ya. Dah jadi my 2nd home. Dalam sebulan, mungkin dua atau tiga kali berulang pi hospital. Paling minimum pun, sekali mesti akan pi. Setiap kali pi, setiap kali tu jugaklah akan dapat 'Medical Certificate'. Tak pernah yang tak dapat. Paling sikit, satu hari - reason : sebab pi Jabatan Kecemasan. Paling lama, ermm....ada yang pernah sampai almost satu bulan setengah. Dah lali. Dunia saya yang terkini. Dunia pemberian Allah yang amat saya hargai. Dunia yang penuh hikmah.
Hari ni, pi lagi. Dummm!!! Dapat 4 suntikan. Masuk ubat tahan sakit entah berapa dos. Boleh jadi pulak menangis sampai tersedu-sedan. Gara-gara terlalu sakit. Walhal sebelum ni, kalau sakit macam mana pun...muka saya tetap akan senyum, sampai orang tak sedar pun bahawa saya ni sedang sakit. Suara pun okey je. Tapi, tadi....memang sangat-sangat sakit. Suami puas memujuk, tahu sungguh bahawa saya sangat-sangat sakit, sebab sebelum ni memang 'tak pernah pun menangis macam tadi' terutama tadi ada tiga orang doktor di hadapan kami berdua.
Ya, saya rasa sangat sakit. Pun, doktor kasihan...lalu selepas proses x-ray yang memerlukan saya baring dan berdiri - sebelum ni masa buat MRI je yang saya pernah baring, saya diberikan sebuah katil untuk berbaring dengan bayaran RM 3 (err....sebelum balik, sempat makan nasi hospital....kira bukan bayar katil la....bayar harga nasi dan lauk ayam dan sayur tu sebenarnya...). Semasa berbaring di katil inilah, saya tahu, sakit saya hanya sedikit. Ada yang lebih sakit dari saya, dan mereka semua mampu menanggung kesakitan itu.
Ya, di sebelah katil saya, ada seorang wanita. Apabila doktor duduk di sisinya dan bertanya perihal dirinya, dia bercerita tentang dirinya yang mengalami pembengkakan buah dada serta mengeluarkan nanah lebih kurang dalam setengah cawan. Saya terkesima di dalam balutan selimut. Bukan kerana suhu sejuk hospital yang membuatkan segala sendi saya mengalami rasa bisa teramat sangat, tapi kerana tahu.....sakit saya masih kurang sangat-sangat berbanding wanita itu. Baru disuntik sebanyak 4 suntikan, sudah tersedu sedan dengan bersungguh-sungguh. Oh...saya rasa sangat-sangat kerdil. Lalu, inilah yang saya selalu fikirkan di setiap kunjungan saya ke hospital - my 2nd home : sakit saya hanya sedikit. Ujian yang masih ringan berbanding orang lain yang menerima ujian lebih berat dari saya.
Jadi.....redhalah. Ya...saya redha semula dengan ujian ini. Ini hanya ujian yang sedikit. Saya perlu lebih banyak bersabar. Semoga ada redhaNya. Semoga ada perlindunganNya. semoga dimudahkan olehNya. InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)