Semalam, saya mengambil peluang menunaikan solat Asar di masjid berdekatan dengan rumah saya. Sudah lewat, pun cuba untuk dicepat-cepatkan. Oh! Ruginya solat yang terlewat...
Kalau nak di-analogi-kan...dibayang-bayangkan...cuba waktu solat ni dianggapkan macam waktu untuk masuk panggung wayang (contoh la ni kan...). Kalau dapat masuk on time, tepat pada masa, dapat tengok movie dari awal bersiaran hinggalah habis...tentu rasa berbaloi-baloi kan...tapi kalau masuk dalam panggung lagi 10 minit nak habis movie, apa perasaan anda? Tapi...pelik pula...kalau 'terlepas tengok wayang', rasa nak menangis dan rasa rugi tersangat-sangatlah ruginya. Mesti masuk ke dalam pawagam paling awal...
Tapi, kalau terlewat solat, ada tak antara kita semua yang akan menangis? Ada tak antara kita yang rasa rugi? Ada tak yang rasa teramat sedih? Ada tak antara kita semua yang menjadi 'penanti dan penunggu setia' kepada waktu solat, sentiasa menanti-nantikan waktu solat tiba? Hmm...untuk difikir dan direnung-renungkan. Rasanya, anda semua lebih arif dengan jawapan dari hati anda kan? Errm...entah bilalah hati kita ni nak 'improve' ek? Kalaulah esok pagi maut datang menjemput...kalaulah esok pagi terjadinya kiamat? Aduhai...
Usai solat Asar, saya masih duduk di masjid. Menanti waktu solat Maghrib, dan kemudian selepas solat Maghrib berjemaah, memang akan ada Kuliah Maghrib pada setiap malam di masjid ini. Malam itu, Ustaz Khusairi Hamthan membicarakan tentang akidah, akhlak dan hati.
Saya terkesan dengan kuliah yang beliau sampaikan berkenaan tentang kewajipan solat berjemaah. Bagaimana Rasulullah berkeinginan membakar rumah-rumah para sahabat yang tidak menghadirkan diri untuk solat berjemaah. Walhal, kita semua sedia maklum, Rasulullah ini manusia terbaik yang punya ketinggian akhlak, kesempurnaan diri yang dianugerahkan Allah kepada beliau. Beliau kekasih Allah. Jadi, jika kitalah...ya...kita yang tidak maksum ini...kita ini tidak maksum pun...apa kesalahan yang boleh dibuat oleh seseorang kepada kita sehingga menjadi sebab untuk kita membakar rumah seseorang? Apakah jenis kesalahan agaknya....dan ia boleh dibayangkan betapalah 'besarnya' kesalahan orang yang tidak menghadirkan diri dalam solat berjemaah pada setiap waktu solat fardhu sehingga rumahnya boleh dibakar oleh 'Rasulullah yang maksum'. Ya, saya takut. Dari dulu lagi sudah tahu...tapi...seperti biasa, tuntutan waktu kepada 'dunia' sering membataskan diri. Terlebih untuk solat Subuh berjemaah di masjid. Sungguhlah amat payah...Ya Allah...jadikan ia mudah...solat berjemaah ini mudah...untuk saya, keluarga saya, dan semua muslimin dan muslimat...insyaAllah...
Kemudian, ustaz juga menyampaikan tentang 'MUDAHNYA UMAT ISLAM ZAMAN INI MEMPRAKTIKKAN PERKARA-PERKARA YANG SILAP DAN DILARANG OLEH ALLAH'. Lebih mudah jika dikatakan bahawa umat Islam zaman ini 'menjadikan perkara haram sebagai cara hidup'. Contoh yang diberikan oleh ustaz sangat mudah. Ia berkaitan tentang 'menjaga aurat' - saya letakkan perkataan 'menjaga' di sini...kerana perkataan 'menutup' aurat tidak sinonim dengan 'menjaga aurat'. Kata ustaz, Perkara 1. Jangan pakai pakaian jarang hingga menampakkan bentuk badan (ini mengingatkan saya kepada malam sebelumnya sewaktu saya sedang duduk di tempat meletak kereta di hadapan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi, malam sudah lewat...suasana gelap yang ada hanya cahaya dari Pusat Rawatan Islam tersebut sahaja...tiba-tiba ada 3 orang wanita lalu di hadapan kereta saya menghala ke pusat rawatan tersebut. 2 orang berpakaian 'ketat' dan seorang lagi memakai baju longgar tetapi menjadikan 'saya malu' untuk melihatnya. Ugh!! Saya yang wanita ini pun merasa amat malu untuk melihatnya. Apabila saja wanita itu lalu di hadapan saya, susuk tubuhnya amat jelas dilihat 'dengan bantuan cahaya' dari hujung kaki hingga ke pinggang, mujurlah memakai baju sejuk dan tebal di bahagian atas badan, dengan memakai tudung. Errmmm....nasihat saya kepada para wanita...TOLONG! Sila tolong pakai 'kain di bahagian dalam' pakaian anda, atau pakai seluar panjang yang agak longgar di bahagian dalam pakaian anda jika anda memakai baju kurung atau apa-apa saja pakaian yang nampak 'labuh dan menutup' tetapi sebenarnya ianya jarang...ia TIDAK MEMBOLEHKAN ANDA 'MENJAGA AURAT' ANDA...).
Perkara 2 yang disebut oleh ustaz pula adalah tentang pemakaian 'ketat' dan 'sendat' yang memang berleluasa sekarang. Ini, saya tidak perlu ulas. Semua sudah sedia maklum bagaimana sendatnya pakaian zaman ini hingga menampakkan apa saja bentuk tubuh, samada seseorang wanita itu mempunyai susuk badan yang 'berisi' ataupun tidak. Malah, pakaian-pakaian seumpama ini dijual dengan berleluasa. Sangat banyak. Apa yang saya mahu nyatakan, ia sungguh benar DILARANG OLEH ALLAH...walaupun majoriti...ya, walaupun memang ramai wanita di zaman ini yang berpakaian sebegini. Ya...kerana ia dibuat oleh 'majoriti'...ia jadi seperti satu 'kebiasaan yang dibolehkan'...kenapa kita tak rujuk semula kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW apabila ada keraguan di hati kita? Kita di zaman ini....suka benar 'mengikut rentak dan gaya orang lain'...tidak belek-belek pun samada ada redha Allah atau tidak dalam apa yang kita lakukan. Redha Allah, atau redha manusia? Kata suami saya...kalau di zaman ini, 'tidak berpakaian' itu menjadi satu fesyen...maka semua orang pun akan menganggap 'tidak berpakaian' itu sebagai satu perkara normal kerana ia dibuat oleh 'majoriti'...
Malah, ustaz juga membicarakan dan menegur tentang 'tudung ranting pokok'. Haha. Mungkin ia cuma istilah saya, tapi kata ustaz, majoriti wanita zaman ini memakai tudung yang 'menyangkut' menutup rambut dan kepala saja, sama seperti kain yang menyangkut di ranting pokok...tidak ikut konsep tudung yang telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran...
Apapun, ia berkait dengan hati. Jika buntu, hati yang mengingati Allah akan mencari penyelesaian melalui jalan yang diredhai Allah. Jika sedih, Allah jua tempat kita merafaq kasih, menagih simpati. Jika gembira, Alhamdulillah...segala puji bagi Allah sekelian alam. Semunya dari Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan...hanya kepada Dia...
Jadi, tepuk dada, tanya hati, belek iman. Semoga ada redha Allah dalam entri saya kali ini. InsyaAllah.
Dunia yang sempurna dengan kebaikan ibarat sebuah ladang yang subur dan dipenuhi tanaman yang bermanfaat dan dapat dituai pada masa yang tepat untuk dibawa pulang sebagai bekal di akhirat yang kekal abadi. Berjihadlah di ladangmu kerana Allah yang Maha Esa.
21 April 2012
14 April 2012
My Lovely Sling Bag
Saya suka pakai sandal - hehe...sandal sangat buruk tanpa tumit yang sebelum sakit...saya jadikan sandal itu sebagai sandal untuk saya ambil wudhu' (wooo....mulia taraf sandal ni...hari-hari bantu saya untuk solat...) - err...buruk-buruk pun...hanya buruk di mata orang lain agaknya. Ia sangat bagus, dibeli pada tahun 2004 pada harga seingat saya lebih kurang RM25 (wah....almost 8 tahun sudah ek? dan untuk sandal taraf selipar jepun pada RM25...ia sangat-sangat berbaloi..) dan saya masih memakainya sehingga kini (ya...masih pakai hari-hari...dan sejak kaki saya sakit setahun sudah...sandal itu kerap dipakai bersama stokin..) dan ia masih tidak rosak. Alhamdulillah. Alah membeli menang memakai.
Ya. Kaki masih sakit. Sedikit-sedikit. Masih pakai sandal (hello...ayat 'lari-lari' dalam entry sebelum ini hanya gimmick ya...haha...mana ada berlari lagi...) walau ke mana-mana pun, dengan berjalan perlahan-lahan.
So, bila 'sling bag' a.k.a handbag saya yang sudah digunapakai sejak tahun 2004 sudah mula rosak dan koyak (kerap memakainya...bila pergi ke site, atau ke mana jua sebab ia mudah, ada ruang yang luas dan kainnya sangat tahan lasak..), maka saya pun 'rajinlah' menjenguk ruang menjual handbag di pasaraya untuk mencari 'sling bag' baru sebagai ganti. Saya pakai sandal, stokin, baju kurung labuh dan longgar, tudung bidang 60 inci yang labuh dan tak ada gaya pun macam orang banyaaaaakkkk duit. Haha. Inilah gaya saya kalau saya ke mana-mana sebenarnya. Suami tidak pernah menghalang, malah lebih menggalakkan. Kata suami, lagi bagus pakai macam ni...dia tak banyak nak tanggung dosa.
Sling bag saya sebelum ini, brand 'Roberta di Camerino' (sila google sendiri ya...sebab saya pun membuat google sebaik saja membeli beg ini 8 tahun lepas dan saya amat terkejut..kalau dalam Dollar US tu...convert je la dalam RM boleh dapat berapa...yang biasa saya jumpa, almost RM 7000 - RM10,000 juga....) dibeli dengan harga RM 112.....seingat saya, setelah diskaun 70%.....dan harga asal 'sling bag' itu...lebih kurang dalam RM500++. Okey...saya membelinya kerana teruja dengan rupanya....bukan kerana brand...walau sebelum membeli, saya tidak mengenali 'Roberta di Camerino' pun...malah, bila sudah menjadi pengguna sling bag ini...saya tahu, ia merupakan jenama yang sangaaaatttt berkualiti...alhamdulillah...
Biasanya, tidak ramai yang mempedulikan saya. Yalah, nampak macam tidak ada duit kot. Haha.
Pun, bila saya (saya hanya berseorangan...suami ke rak kasut...) masuk menjenguk di antara rak-rak handbag yang bersusun itu, saya terjumpa - ahaksss!!!- terserempak dengan tiga orang jurujual wanita yang bersandar di rak sambil berbual-bual. Tidak ketiga-tiganya, hanya salah seorang di antara mereka memandang saya dari atas ke bawah dengan rasa syak?? (agaknyala...sebab perlakuannya berulang-ulang...memandang saya dengan pandangan 'merendahkan diri saya'??...okey...ia mungkin cuma perasaan saya...tapi selalunya instinct saya tepat...) membuatkan saya terus pergi ke rak lain.
Hmm...mungkinlah....mungkin kerana harga-harga handbag di rak-rak tersebut dari RM70-RM300...dia merasakan 'untuk apalah dia ni masuk ke sini, bukannya mampu pun nak beli apa2'...dengan gaya saya yang agak selekeh, atau selebet...errmm....don't try to judge any books by its cover....please...
Okey. Saya tidak membeli. Bukan kerana harga. Bukan kerana jurujual. Tapi, saya tidak berjumpa rekabentuk (bab rekabentuk beg...ia memang sukar diperoleh, kadang makan tahun pun...sama juga jika saya mencari kasut untuk dibeli...) yang saya suka. Tidak terlalu 'glittering', tidak terlalu glamour....tapi selalunya 'suit with all pupose'...saya tidak suka membeli banyak kali, tapi saya suka membeli 'yang berkualiti', 'worth the price' dan 'suit with all purpose'....'worth the price' paling utama....kalau harganya RM500 dan ia datang bersama kualiti RM500 atau RM700....ya....saya akan membeli...bersama design yang saya mahukan....
Ada sesiapa tahu di mana butik 'Roberta di Camerino' di area Lembah Klang? Sudah google...tapi tidak berjumpa....saya rasa, saya mahu brand ini juga....haha...
...sekadar mengisi masa terluang, semoga kita semua sentiasa diredhai Allah. InsyaAllah.
...menilai manusia dari segi taqwa...bukan dari segi perhiasan yang dipakainya...dan harta apa yang dimilikinya...

Dah koyak...tapi 'sangat lambat' nak koyak terus...inipun ambil masa dekat 9 bulan...baru jadi seteruk ini...dari satu lubang yang kecil je...kalau beg biasa, sampai 9 bulan ke ek? dengan penggunaan kerap hari-hari?
I love this bag....

28 March 2012
Ulang Tahun Pertama : 1st Anniversary
Okey...ada hati mahu taip entry walau jam sudah 9.05 malam. Hehe. Biasanya time ni saya sudah lari-lari keluar dari lif menuju ke kereta (Ehhh....kaki dah baik ke? Anda sudah sihat ke? Eh...bila baik ni? Ehh....sakit punya 'makan tahun'....tup-tup....sila citer....sila citer - okey...kena abaikan dulu ya....hehe...fokus pada entry ini dulu...)
Saya tidak terlupa kepada 1st anniversary kami. Sayangnya...tiada entry di sini kerana kami berdua 'memadu kasih' - wink!!! - ke utara tanahair. As usual, bila buat long journey....memang 'no internet'. I'm busy...hehe....internet cuma guna untuk tengok GPS je....sebabnya....bila jalan-jalan jauh-jauh ni, lebih baik dimanfaatkan untuk berjalan dengan bersungguh-sungguh. Terlebih pula, sudah hampir setahun saya tidak dapat menikmati momen-momen berjalan-jalan seumpama ini...alhamdulillah.
Sungguh, menikmati kehidupan selama setahun (kini setahun seminggu dan dua hari sudah...) bersama seorang suami yang sangat penyayang, sangat romantis, sangat rajin, sangat baik hati....okey! cukup dulu ek...yang lain-lain saya nak rahsiakan sebab banyak keistimewaan suami yang saya tak nak...okey, TAK NAK kongsi dengan orang lain...haha...membuatkan saya sering berfikir yang saya baru je berkahwin semalam (erkk....semalam ek? ya....tapi itulah yang saya fikir setiap hari sepanjang melalui kehidupan perkahwinan saya...tidak terasa masa berlalu...) dan ia sangat-sangat membahagiakan. Thanks a lot my loving inche' suami....
Allah....sudah 9.15....saya kena log out dulu....hehe....tiada entry sambungan ya...
Saya bersyukur. Saya bahagia. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan keindahan hidup ini kepada saya dan suami. Ya Allah, hambaMu yang lemah ini memohon semoga saya dan suami sentiasa dilindungi, dimudahkan, dikurniakan hidayah, dirahmati dan diredhai di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Semoga dikekalkan kasih sayang kami berdua hingga ke syurga. InsyaAllah.
p/s : kami berdua TIDAK PERNAH dating sebelum kahwin. Kali pertama saya berjumpa suami adalah lebih kurang setengah jam sebelum kami dinikahkan...indah kan?

21 March 2012
Dia Yang Mempunyai Rasa Sakit di Hati
Dia tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain.
Dia tidak boleh melihat kegembiraan orang lain.
Dia tidak percaya kepada qada' dan qadar. Padanya, qada' dan qadar MESTI mengikut setiap kehendak dan keinginannya. Kalau tidak semua pun, sebahagian besar hal-hal yang penting dalam hidupnya mesti menurut keinginannya. Tidak tahukah dia, bahawa qada' dan qadar termaktub dalam salah satu Rukun Iman. Tidak percaya kepada salah satu dari enam perkara dalam Rukun Iman, ia akan mewujudkan suatu hal lain dalam kehidupan seorang Muslim yang percaya tentang kewujudan Allah (sepenuhnya).
Dia yang mempunyai rasa sakit di hati.
Dia yang mempunyai rasa benci.
Dia yang mempunyai rasa marah. Kepada manusia.
Tanpa sedar. Ya. Tanpa dia sedar.
Rasa amarahnya bukan hanya kepada manusia. Seolah-olah dia marah kepada Allah.
Tanpa sedar.
Allah juga benci kepadanya.
Kerana Allah membenci kepada manusia yang tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain. Apatah lagi benci Allah kepada manusia yang menjadi mudarat kepada orang lain.
Dia tidak tahu itu. Kerana hatinya ditutup oleh rasa amarah, dan rasa benci.
Dia tidak tahu. Bila-bila masa maut akan menjemput dia. Dan tahulah dia nanti, datang ke hadapan Allah dalam keadaan mempunyai rasa sakit di hati dan memberi mudarat kepada insan lain yang dicipta oleh Allah.
Tahulah dia nanti.
Di sini, saya hanya bersabar. Berdoa. Bermunajat. Bertahan. Bersama Allah.
Ampunkan saya, Ya Allah. Sembuhkan saya, Ya Allah.
Ampunkan jua dia, Ya Allah. Dia jahil. Hatinya jahil. Akalnya dangkal. Dia tidak tahu DUNIA INI HANYA SEMENTARA.
Ya Allah. Semoga ada redhaMu. HambaMu ini amat lemah. Semoga ada redhaMu. InsyaAllah.

29 February 2012
Leap Year a.k.a Tahun Lompat
Hari ini...tarikh hari ini...tarikh yang jarang ada. Wujud setiap 4 tahun sekali. Yup....this year is a leap year a.k.a tahun lompat. Sesiapa yang dilahirkan pada hari ini...bagaimana ya? Susah juga nak jumpa kawan-kawan yang lahir pada 29 Februari ni...nak juga tanya perasaan mereka...
Apa itu tahun lompat? Tahun lompat hanya wujud sekali dalam 4 tahun. Macamana nak tau itu adalah tahun lompat? Ambil tahun tu, contoh 2012....then dibahagikan dengaan 4....kalau takde baki/remainder untuk proses pembahagian tu, jadi ia adalah tahun lompat. Kalau ada baki...maka ia adalah bukan tahun lompat. Tahun lompat mempunyai 29 hari di dalam bulan Februarinya dan mempunyai 366 hari dalam setahun, manakala tahun bukan tahun lompat pula mempunyai 28 hari di dalam bulan Februari dan mempunyai 365 hari dalam setahun...menarik kan? Sebenarnya...jika diikut pada sejarah kalendar Gregorian ini....setiap tahun sebenarnya mempunyai 365 dan 1/4 (one quarter) hari...tapi untuk memudahkan pengiraan hari...jadi 1/4 hari itu digabungkan selama 4 tahun dan diwujudkan sebagai '1 hari' sahaja dalam tempoh 4 tahun tersebut....kalau 1/4 hari tu wujud sampai hari ni....agaknya tahun baru setiap tahun akan disambut pada pukul 6 pagi untuk tahun pertama, then pada tahun kedua plak pada pukul 12 tengahari, pada tahun ketiga plak pada pukul 6 petang....okey2...saya sudah melalut2...
Eh...hari ini saya perlu ke hospital rupanya. Kena pi ambil ubat. Bagus kan....walau dapat MC lama-lama pun...masih ada 'ubat wajib' yang memang tak boleh overdose dan perlu ambil di hospital setiap bulan...walau bagus macamana pun ubat tu, still....1 paket yang ada 6 keping plaster tu jugak la yang dia akan bagi ambil untuk sekali ambil....dan untuk kegunaan 1 bulan. So, apalagi...memang ubat tu bagus. Nak tak nak, saya kena gunting kecil-kecil, dan tampal di mana-mana part badan saya yang sakit. Untuk 1 keping, kadang-kadang boleh diguna untuk banyak hari. Walhal sekeping tu pun, saiznya lebih kurang anggaran 1/8 dari saiz kertas A4 sahaja....itulah salah satu 'ubat tahan sakit' saya yang banyak membantu...dan apabila pergi ke mana-mana farmasi, apabila diperiksa harganya....aduhai! Mahalnya...dan mulut saya pun akan melagukan 'alhamdulillah'...kerana saya diberikan satu paket ubat itu secara percuma sahaja untuk kegunaan setiap bulan....terima kasih Allah!
Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana masih memberi saya udara untuk bernafas pada hari ini. Alhamdulillah. Syukurku hanya pada-Mu Ya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)