Hari ini hari Sabtu. Untuk yang biasa membeli-belah, tentu tahu 'trademark' hari ini. Untuk yang tidak biasa, sesekali masuk ke pasaraya pasti akan sedikit terkejut. Terutama jika membeli barang-barang dalam kuantiti yang banyak.
Sejak kempen Hari Tanpa Beg Plastik diperkenalkan pada setiap hari Sabtu, di dalam beg saya akan sentiasa diletakkan satu beg kain 'folded' (boleh dilipat hingga menjadi sebesar sapu tangan) dan akan dibawa sepanjang masa walaupun bukan pada hari Sabtu. Terkadang, pada hari lain pun saya tidak pernah meminta beg plastik dan lebih suka menggunakan 'beg kain' saya.
Selalunya, saya akan akur saja pada Hari Tanpa Beg Plastik, walaupun terselit sedikit rasa terkilan tidak puas hati dengan beg plastik yang masih boleh digunapakai pada hari Sabtu dengan bayaran RM 0.20 untuk satu beg plastik. Ya, nilainya terlalu rendah, dan pada saya ia tidak menyumbang sedikit pun kepada kempen Hari Tanpa Beg Plastik dan untuk menyelamatkan alam sekitar.
Mengapa?
Dua minggu lepas saya telah pergi ke sebuah pasaraya pada hari Sabtu. Apabila membeli beberapa barang yang agak besar, beg kain saya tidak muat. Lalu, saya 'membeli' sebuah beg plastik dengan harga RM 0.20 di kaunter pembayaran. Jurujual di kaunter memberikan beg plastik yang agak besar. Lalu, ruang kosong yang masih berbaki itu menyebabkan saya berjalan ke ruangan-ruangan lain untuk membeli pelbagai barangan dengan diisikan ke dalam beg plastik yang besar itu. Untuk nilai RM 0.20, saya boleh membeli pelbagai barangan lain, dan saya masih menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar.
Jika harga beg plastik ditinggikan lagi, saya rasa saya tidak akan berusaha membawa 1 'folded bag', malah mungkin dua atau tiga 'folded bag' untuk mengelakkan saya 'terpaksa membeli' beg plastik di kaunter pembayaran. Lalu, Hari Tanpa Beg Plastik akan menjadi lebih bermakna. Bukan saja kepada saya, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
Petang tadi, saya pergi ke sebuah kedai runcit. Beg saya agak besar hari ini, lalu empat barang-barang yang saya beli saya letakkan di dalam beg saya. Selepas itu, saya ke kedai lain pula. Saya membeli sebotol 'shower cream' 1 liter beserta refill 600ml. Pekedai di kedai tersebut meletakkan barang belian saya di dalam sebuah beg plastik dan tidak dikenakan caj 20 sen. Saya yang sering bertanya, terus saja bertanya kepada pekedai tersebut.
"Eh...hari ni Sabtu, kedai ni takde kempen Hari Tanpa Beg Plastik?"
(Sebenarnya, saya lebih suka tidak diberikan beg plastik dan memasukkan belian saya ke dalam beg tapi saya juga mahu menyelami perasaan pekedai itu yang sengaja tidak mengambil 20 sen bagi setiap beg plastik yang diberikannya..)
"Dik...kedai ni tak ikut. Bukannya apa, nak charge 20 sen untuk sekeping beg plastik, tak berbaloi langsung. Ramai orang masih guna beg plastik pada hari Sabtu. Tak menyumbang pada alam sekitar pun. Kalau nak charge, baik charge mahal terus dan orang akan lebih berhati-hati nak membeli barang dan diisi dalam beg plastik. Lagipun, cuba adik fikir kalau di pasaraya besar-besar, kalau satu beg plastik di-charge 20 sen dan setiap orang secara purata membeli satu beg plastik pada hari Sabtu, kalau yang pergi pasaraya tu 50 ribu orang, satu minggu je diorang dah dapat 10 ribu ringgit...4 minggu tu satu bulan, senang-senang je dapat 40 ribu ringgit untung dengan jual beg plastik je. Itu baru satu pasaraya, kalau ada 500 pasaraya, nampak keuntungan yang merugikan rakyat Malaysia kan...tapi rakyat Malaysia tak nampak sebab kita selalu nampak apa yang kita hulur je mungkin 20 sen, 60 sen...tak nampak yang kalau semua orang buat macam kita buat, memang keuntungan pasaraya jual beg plastik je dah sangat banyak...dan alam sekitar pun masih macam tu juga. Dahlah alam sekitar tercemar juga, dan rakyat Malaysia menghulurkan duit pula untuk mencemarkan alam sekitar...jadi kedai ni tak nak buat macam tu...mintak maaflah dik...akak ni cakap banyak pulak...".
Saya tersenyum, menyatakan tidak kisah dengan luahannya, mengucapkan terima kasih dan kemudian saya keluar dari kedai tersebut sambil berfikir panjang.
Ya, benar kata-katanya.
Alam sekitar masih tercemar. Dan rakyat Malaysia terus menghulurkan duit dan menyumbang kepada pencemaran tersebut. Lalu, apa akan terjadi kepada alam sekitar? Apa akan terjadi kepada rakyat Malaysia? Apa akan jadi pada beg plastik?
Bolehkah dikuatkuasakan terus supaya 'TIADA BEG PLASTIK' pada hari Sabtu dan jika perlu buat pelaksanaan kempen-kempen seumpama ini dua atau tiga kali dalam seminggu. Kemudian, baru akan nampak keberkesanan kempen yang dilaksanakan, insyaAllah...
Tujuan pelaksanaan kempen adalah untuk menjaga alam sekitar. Bukan untuk menjaga kepentingan lain.
# sekadar cadangan dan memaparkan luahan hati seorang pekedai pada hari Sabtu...
Dunia yang sempurna dengan kebaikan ibarat sebuah ladang yang subur dan dipenuhi tanaman yang bermanfaat dan dapat dituai pada masa yang tepat untuk dibawa pulang sebagai bekal di akhirat yang kekal abadi. Berjihadlah di ladangmu kerana Allah yang Maha Esa.
30 October 2010
27 October 2010
Hati Putih Bersih Milik Semua
Hati putih bersih. Tiada noda hitam. Tiada apa-apa. Polos.
Ingin benar jadi begitu.
Tiada syak wasangka. Tiada sangka buruk. Tiada niat jahat. Tiada rasa dengki dan iri hati. Hanya sekeping hati putih bersih yang mengharapkan redha Allah dalam amalan dan perlakuan seharian. Tiada rasa ingin mengambil kepentingan duniawi. Tiada rasa ingin mengharap balasan keduniaan. Tiada rasa keji. Tiada rasa sakit hati. Tiada rasa pedih apabila disakiti.

Oh...hati putih bersih yang sangat baik dan hanya mengingatiNya sahaja. Bilakah saya akan mendapatkannya? Saya teringin memiliki hati putih bersih yang hanya ada Allah di dalamnya dan hanya ada Allah kerananya...insyaAllah...
*Jika semua manusia di dalam dunia ini memiliki sekeping hati putih bersih yang polos dan suci serta dipenuhi ikhlas keranaNya sahaja...alangkah indahnya dunia ini dan alangkah berserinya akhirat kita di sana...dipenuhi dengan rahmat dan redhaNya...insyaAllah...
Bermula Perjuangan Saya
Lama saya tidak menulis di sini. Kekangan masa dan tugas. Sangat sibuk. Pun saya tetap mencuba mencari ruang untuk menulis, seperti saat ini, walau sebentar lagi saya perlu ke beberapa lokasi untuk menguruskan kehidupan saya.
Baru saja tiba dari Sabah semalam. Flight 5.30ptg dari Kota Kinabalu dan tiba di KLIA seawal 8.15 malam. Solat jama' takhir Maghrib dan Isya' di masjid KLIA yang sentiasa lengang sebelum bertolak pulang ke rumah. Ya, sejak 21 Oktober, kehidupan saya totally berubah. Semenanjung bakal jadi tempat persinggahan saja sementelah masa saya yang lebih banyak di Sabah.
Oh...sungguh homesick!!! (luahan hati paling dalam yang sangat sayu...)
Saya masih mencari ruang hikmah arahan pelaksanaan tugas untuk diri saya di Sabah. Sungguh, hikmahnya banyak, dan redha Allah jua ada bersama saya. Lalu, masih terngiang-ngiang cerita sahabat saya : satu negeri yang diberikan kepada saya sama saja seperti berlaku kepada seorang pemimpin yang sabar dan menerima banyak tentangan dan cabaran, pun beliau masih menelusuri kehidupannya sama seperti sebelum dia menjadi seorang pemimpin.
Jadi, Sabah itu...perlu saya lalui seperti biasa, sebelum saya diarahkan ke sana, seperti itu jualah pelaksanaan tugas saya di sana. Usah berubah ke arah usaha untuk memuaskan kepentingan orang lain, tetapi lebih kepada mencari keredhaan Allah dengan menjaga amanah dariNya yang telah ditetapkan untuk berada di bawah tanggungjawab saya. Semoga Allah membantu saya, kerana Allah Maha Membantu.
Sama jua seperti sebelum ini. Saya hanya meminjam kekuatan dan ketabahan untuk melalui kehidupan ini dari Allah Yang Maha Berkuasa. Tidak ada selainnya, kerana hanya Dia yang mampu mengubah apa saja yang kita usahakan, dengan syarat ia dilaksanakan dengan ikhlas hanya keranaNya. InsyaAllah.
Lalu, perjalanan perjuangan saya untuk pelaksanaan tugas-tugas di negeri Sabah akan bermula hari ini. Semoga Allah mengurniakan ikhlas, lembut, qana'ah, sabar, senyum, tawadhu' dan tenang dalam setiap perlakuan harian saya. Semoga Allah membantu saya, hambaNya yang lemah ini. InsyaAllah. Amiinn.

Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu - 23 Okt 2010

Rindu melampau setiap kali lalu di sini - 24 Okt 2010
21 September 2010
6 Hari Di Syawal Ini
Salam Syawal...masih Syawal ya...
Sudah puasa 6 hari di bulan Syawal?
Apabila ditanyakan ada yang menjawab :-
1. InsyaAllah esok
2. Lagi dua hari la...masih belum puas makan tengahari di pejabat...
3. Minggu depan la...ada masa lagi...
4. Jawapan paling best : tahun depan la....
Ohh...andai bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan....
Andai tidak bertemu? Hanya Allah yang merahmati keseluruhan kehidupan kita...insyaAllah...
" Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang " : An Nisa' - 100

16 September 2010
Sila Tutup Pintu Surau Wanita
Assalamu'alaikum warahmatullah...Salam Idul Fitri (ya...perlu ucap lagi kerana baru Syawal yang ke-7 kan? Oh sekejapnya sudah Syawal yang ke 7...)
Saya belum mahu cerita tentang sambutan Hari Raya tahun ini. Nanti-nanti dahulu. Ada lebih penting yang lama sudah saya pendamkan dan belum sempat untuk dimasukkan di sini.
Sebelum saya meneruskan tulisan saya, ingin saya nyatakan di sini bahawa saya hanyalah seorang insan biasa yang tidak ada apa-apa kepentingan di mana-mana. Menjalani kehidupan sebagai seorang muslim biasa, pun sering melakukan perjalanan-perjalanan di dalam Malaysia. Terlalu banyak perjalanan sehinggakan ruang solat saya tidak terbatas. Di mana boleh bersolat, di situ saya akan berhenti. Samada di jama', di qasar, atau melakukan solat-solat biasa dalam waktu-waktu yang telah ditentukan.
Ruang solat saya yang biasanya tentulah di surau-surau R&R di lebuhraya, atau di lapangan terbang, atau di mana-mana masjid kampung atau bandar yang dapat saya singgah. Malah, selalu juga saya solat di surau-surau stesen-stesen minyak. Pendek kata, paling penting solatnya dan pakaian serta ruang yang bersih.
Baru-baru ini, saya membuat perjalanan selepas hari raya sebetulnya. Suatu peristiwa yang amat memberi kesan kepada diri saya. Sehingga ingin saya ungkapkan di sini. Kisah ruang solat saya. Yang banyak berlaku pun sebelum ini dalam perjalanan-perjalanan saya.
Dari Gerik, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Mengejar masa, ditambah dari pagi tidak berhenti menguruskan perkahwinan adik saya, terus melepasi tol Kuala Kangsar tanpa sedar lebuhraya sesak teruk. Lalu, saya minta adik saya berhenti di R&R Sungai Perak untuk solat. Sudah tentu bila lebuhraya sesak, ditambah pula dalam keadaan hujan, ruang rehat juga sesak. Lalu saya mencari surau di stesen minyak untuk bersolat.
Saya masuk ke dalam ruang solat yang kosong. Pintu sudah saya tutup kemas. Langsir sudah saya tarik. Di luar memang sangat bising. Surau yang dekat benar dengan tandas menyaksikan beratus-ratus manusia yang beratur dan mahu menggunakan tandas. Elok saya menyarung telekung, pintu surau ditolak oleh seorang lelaki muslim. Apabila dia nampak saya di dalam surau, dia terus beredar (makluman : sesetengah surau di stesen minyak tidak ada 'gender'). Pintu yang terbuka, saya tutup semula dan saya segera menunaikan solat seperti biasa. Hati tidak memberontak, saya cuba bersabar.
Selesai solat, saya lihat pintu surau terbuka lagi. Di hadapan pintu, seorang gadis bertudung saya kira kerana nampak wajah kebudak-budakan berdiri rapat-rapat dengan seorang lelaki yang sedang merokok sambil bergelak ketawa. Mereka bersandar di railing di hadapan surau yang memisahkan dengan laluan ke tempat meletak kenderaan. Apabila saya bangun hendak menutup pintu semula, seorang lelaki dan wanita berbangsa Cina lalu di laluan tersebut dan melihat ke arah saya yang masih dalam telekung. Saya hanya tersenyum dan terus menutup pintu. Selepas melipat telekung, saya segera keluar dari surau dan berdiri di hadapan surau menunggu adik saya. Oh, ramainya manusia. Terutama yang berbangsa Cina. Saya pun tidak tahu semasa saya bersolat ramaikah yang melihat saya semasa di dalam surau kerana saya tidak sedar pada masa bila pintu surau dibuka dan tidak ditutup semula.
Kejadian biasa di mana-mana surau yang saya pergi. Kadang-kadang dapat saya lihat wanita-wanita yang keluar dan masuk dari surau (sudah tentu wanita muslim) juga tidak gemar menutup pintu surau walau laluan di hadapan pintu adalah laluan umum lelaki dan perempuan. Pernah saya bersolat di sebuah surau di R&R, saya terpaksa menutup pintu surau sebanyak enam kali berulang-ulang kerana wanita-wanita yang keluar dan masuk membiarkan pintu surau terbuka lebar tanpa ditutup semula. Peliknya, ramai wanita lain di dalam surau yang berada dalam keadaan tidak bertudung (ada yang sedang bersolek selepas solat) tetapi tidak mengendahkan hal tersebut walaupun kemudiannya mereka akan keluar dari surau dalam keadaan bertudung.
Sekadar ingatan, seorang wanita muslim adalah wanita yang punya sifat malu dan rasa rendah diri yang teramat. Bukan saja malu kepada manusia, tetapi yang lebih utama adalah malu kepada Allah. Auratnya sekadar muka dan dua tapak tangan yang boleh ditunjukkan kepada orang lain yang bukan mahramnya. Pintu surau / tabir pula disediakan supaya boleh ditutup apabila mahu masuk dan keluar dari surau supaya aurat dan perlakuan wanita muslim di dalam surau, ruang solat wanita atau masjid terjaga. Manfaatkanlah apa yang ada untuk menjaga apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Perlakuan biasa di surau-surau ini menyebabkan saya sudah tidak pernah membuka tudung saya walau di dalam surau. Malah, apabila mengambil wudhu', saya akan mencari ruang tersembunyi yang memang tidak akan dilihat oleh orang lain di luar surau sekiranya pintu surau yang dibuka tidak ditutup. Namun, ingin diingatkan sekali lagi, jadilah hambaNya yang diredhai walau dalam sekecil-kecil hal, kerana Allah melihat segala-galanya. Hal yang nampak remeh terkadang apabila dihimpun berulang kali akan menjadi hal besar yang menutup pintu hati.
Paling utama dalam kehidupan kita hamba yang lemah ini adalah keredhaan Allah. Semoga Allah sentiasa memberi petunjukNya kepada kita semua. Semoga Allah mengampunkan kita semua. Semoga Allah sentiasa meredhai kita hambaNya yang lemah ini di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
***sila tutup semua pintu surau / tabir selepas ini - terima kasih***

Subscribe to:
Posts (Atom)