18 November 2011

Kerusi Roda


Baru tiba di rumah. Keluar mencari kerusi roda (wheelchair a.k.a 'wilcha' dalam cerita Mak Limah). Bukan kerusi roda biasa. Mahu mencari kerusi roda elektrik.

Selama ini tidak pernah ambil tahu pun tentang harga sebuah kerusi roda. Tadi, baru tahu.

Kerusi roda biasa-biasa - harga dalam RM 600++
Kerusi roda biasa yang canggih sedikit - harga dalam RM 1000++ (saya cuba menggunakan kerusi roda jenis ini tadi..mempunyai pemegang untuk memusing roda....tapi...nampaknya agak sukar untuk digunakan...)

Ready-stock pula cuma ada kerusi roda biasa-biasa saja. Bukan motorized/electric wheelchair.

Lalu keinginan membeli kerusi roda elektrik terus mantap di hati saya. Julat harga, kata pharmacist tadi - semua kerusi roda elektrik berharga RM 4000++ (gayanya macam orang seperti saya tidak mampu untuk membayar harga seperti itu - err....saya memakai jubah lusuh, longgar dan besar berwarna hitam dan sehelai tudung labuh bidang 60" yang berwarna kelabu...serta sebuah sling bag yang agak lusuh...- haha....memang gaya macam orang takde duit pun agaknya....)

Jadi, jika ada sesiapa di antara anda yang ternampak kedai/outlet/farmasi yang menjual kerusi roda elektrik, terutama seperti gambar di atas - features paling penting untuk saya adalah : seat/tempat duduknya mesti sangat-sangat lembut....err...sila maklumkan kepada saya ya....pertolongan anda sangat dihargai...

Semoga Allah memudahkan saya dan anda semua dalam kehidupan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

******

update : Saya sudah membeli sebuah kerusi roda di sebuah farmasi. Alhamdulillah.

2 comments:

MaMa IyTa said...

salam, saya nk tanya..kat mana saudari beli kerusi roda elektrik?saya juga mencari kerusi roda yg sama.terima kasih.

rashinina said...

maaf kerana lambat reply komen ini...saya sangat sibuk beberapa hari yang lalu...

mulanya, saya memang mencari kerusi roda elektrik. kebanyakannya, saya survey di farmasi-farmasi. biasanya, diorang akan tunjuk katalog kat kita, then bayar deposit..kena order dulu la..

kalau nak cari sendiri, dapatkan maklumat dan alamat supplier dari farmasi-farmasi, then boleh pi sendiri ke tempat supplier. harga mungkin lebih murah sedikit...tapi yang ni saya tak buat pun...

sebab...semasa survey tu, saya dapati berat kerusi roda elektrik ni menjangkau dalam 30 kg and above...

memandangkan tangan saya sakit pada waktu itu...kudrat pun tak kuat...so memang sangat-sangat tak applicable kerusi roda tu utk orang macam saya...nak angkat keluar dan masuk kereta confirm tak boleh...

jadi, saya beli kerusi roda biasa...di farmasi juga...kerusi roda biasa range harga RM250 - RM 700 yang boleh dapat kat farmasi...tapi ada lagi yang lebih mahal...dengan kualiti yang lebih baik...

semoga info ini membantu...