03 April 2009

Denda Lewat Bayar

Fi Notis Cukai Taksiran

Bermula dari Bulan Mac 2009, caj Fi Notis sebanyak RM 20.00 akan dikenakan ke atas Cukai Taksiran yang gagal dijelaskan sebelum tempoh bayaran tamat iaitu sebelum/pada 28(29) Februari bagi penggal pertama dan sebelum/pada 31 Ogos bagi penggal kedua setiap tahun.

Sekian, harap maklum

Notis ini terdapat di dalam laman web Majlis Perbandaran Kajang (saya hanya dimaklumkan tentang nilai denda berubah ini sewaktu di kaunter MPKj). Notis yang menyatakan denda akan dikenakan sebanyak RM 20 untuk pembayaran lewat ke atas cukai taksiran. Amaun denda yang tiba-tiba berubah - di dalam bil dinyatakan RM 5 sahaja- dan tidak dicetak perubahan nilai di dalam bil. Hari ini, saya telah membayar denda ini kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang bersama nilai cukai taksiran berjumlah RM 87.78. Jumlah yang saya perlu bayar adalah sebanyak RM 107.78.

Namun, saya sedikit musykil. Bil cukai taksiran tiba di dalam peti surat saya pada 23 Mac 2009. Walhal tarikh pada bil adalah 4 Januari 2009. Apabila saya pergi ke kaunter Majlis Perbandaran Kajang hari ini (masa tidak mencukupi untuk pergi awal ke MPKj sebelum ini), perbualan di bawah berlaku di antara saya dan petugas di kaunter :-

+ Saya terima bil ni pada 23 Mac 2009. Macamana nak bayar awal kalau bil pun lambat?

- Tersilap masuk peti surat orang lain agaknya. Bil ni kami dah keluarkan bulan Januari.

+ Tak logik langsung sebab tak pernah lagi ada surat yang tersilap masuk melainkan tersilap alamat. Kat kawasan rumah tu, semua peti surat bertulis nombor dengan elok dan posmen akan nampak dengan mudah. Kalau tersilap pun, orang lain akan cepat-cepat masukkan dalam peti surat kita semula. Takdelah tertangguh sampai dua bulan.

- Tapi kami dah keluarkan bulan Januari ni. Tarikh bil pun bulan Januari ni. Kena denda ni.

+ Takpelah pasal denda tu walaupun sebenarnya tak silap apa-apa pun. Tapi takde cara ke untuk bayar kalau bil tak tiba tepat pada masanya?

- Datang ke sini dan bagitau nombor akaun yang ada pada bil, atau bagi alamat rumah untuk buat pembayaran.

Jadi, saya bayar jugalah denda yang sepatutnya tidak patut saya bayar. Nilai RM 20 itu bukan apa-apa pada saya, tetapi jika perkara seumpama ini berlaku kepada lebih kurang berpuluh-puluh ribu penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Kajang yang lain, apakah yang telah berlaku agaknya?

Saya bukan orang yang jenis suka bertangguh membuat pembayaran bil tanpa sebab. Bil-bil saya tidak pernah dibayar lewat, tidak pernah didenda, dan tidak pernah dibayar dengan nilai yang kurang dari jumlah sepatutnya. Walaupun untuk bil kad kredit, saya akan bayar penuh kerana saya bukan jenis yang suka berhutang keliling pinggang. Jika tidak ada duit yang mencukupi, saya tidak akan beli sesuatu barang yang saya inginkan.

Oleh itu, ini nasihat saya kepada semua pembayar cukai taksiran. Samada bil tiba ataupun tidak di rumah anda, bayarlah cukai taksiran anda pada masa yang tepat iaitu antara 1 Jan - 28 Feb bagi awal tahun dan 1 Julai - 31 Ogos pada penggal yang kedua setiap tahun.

Jika anda merasakan hanya anda seorang yang membayar lambat, amaun denda bagi satu-satu kawasan mungkin seperti ini :-

Kawasan kecil 100 penduduk, 80 lewat bayar = 80 x 20 = RM 1,600
Kawasan sederhana 1000 penduduk, 800 lewat bayar = 800 x 20 = RM 16,000
Kawasan besar 10,000 penduduk, 8000 lewat bayar = 8000 x 20 = RM 160,000
Kawasan metropolitan, 1 juta penduduk, 900,000 lewat bayar = 900,000 x 20 = RM 18 juta

RM 18,000,000 (18 juta) itu baru nilai pembayaran untuk denda lewat membayar. Berapakah pula agaknya jumlah nilai keseluruhan cukai taksiran yang akan dapat dikumpul bagi sesuatu daerah atau negeri? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

2 comments:

AyuS said...

Itulah kan..depa ni suka-suka aje nak kenakan caj itu ini...sikit-sikit kena caj tapi servis nak katakan bagus..wallahualam..tu baru pasal bil cukai taksiran..belum lagi cerita pasal TV satelit ..bla bla (nasib baik saya tak melanggan TV berbayar)

Bagi kita yang ada kerja ni RM20 tu bole la bayar..tapikan kalau org miskin..yang takde duit nak makan..RM20 tu tinggi nilainya kan..macam-macam bole beli..beli ramly burger berhari-hari bole makan..

Eii..geram pulak bila saya baca pasal ni..macam nak mencekik darah pulak..hehehehe...

rashinina said...

Tulah...yang musykilnya nilai denda tu tiba-tiba berubah dan tak dimaklumkan pada bil. Hanya diberitahu bila dah tiba di kaunter. Then, bil lambat pulak tu sampai ke rumah. Pelik kan?

Balik ke rumah baru cek kat internet dan jumpa notis tu...

Diorang ni ambil kesempatan la....