19 April 2009

Baik Jadi Tauladan

Suasana hening di kampung pada waktu pagi begini amat menyelesakan. Jika di rumah saya di Selangor, bunyi kenderaan masih tidak putus walaupun pada waktu-waktu begini. Seolah-olah orang tidak pernah tidur dan sentiasa menggunakan kenderaan 24hrs.
Saya teringin mengulas mengenai adik Nik Nur Madihah yang saya dengar di radio IKIM semalam (walau kejayaannya di dalam SPM 2008 sudah lama saya ikuti).


Terus terang, pada saya Nik Nur Madihah bukan setakat terbaik di dalam pelajaran, tetapi dia juga ikon yang baik untuk menunjukkan contoh remaja yang tidak terjebak dengan gejala sosial yang berleluasa sekarang ini (sudah tentu kita semua faham dengan masalah sosial yang sangat banyak dan mempengaruhi minda kebanyakan remaja sekarang ini).
Di saat kebanyakan remaja pada masa kini hanyut dengan hiburan dan perlakuan yang melekakan, Nik Nur Madihah seolah-olah tidak terkesan langsung dengan corak pemikiran sebegitu. Dia tidak kolot, pada saya, tetapi dia tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh perkara-perkara yang dia sendiri sangat jelas, tidak seiring dengan kehendak agama dan masyarakat.
Sungguh, lihat pada peribadi anak gadis ini, bukan sahaja perlu menjadi contoh kepada anak-anak remaja, tetapi juga patut menjadi contoh kepada orang dewasa yang masih alpa dan leka dengan dunia.

No comments: