25 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009

Saya berada di PWTC dari pukul 12.30 tengahari hingga ke pukul 2 petang hari ini. Tentu saja ke Pesta Buku. (Setelah berfikir samada mahu pergi pada hari Jumaat atau hari Sabtu, saya lebih selesa memilih untuk pergi pada hari Jumaat...)
Segera naik ke Tingkat 3 (rasanya) dan menuju ke gerai Arah Pendidikan untuk membeli sebuah buku English. Kemudian ke McGraw Hill dan membeli sebuah buku psikologi.
Turun semula dan nampak gerai Ameen Serve...terus saya singgah dan menyambar sebuah Ketupat Cinta. (Saya tidak dapat mengambil gambar Ketupat Cinta dan beberapa buah buku lain yang saya beli hari ini kerana kamera saya tertinggal di pejabat...)

Kata adik di gerai tersebut," Datanglah selepas 3.30 kalau hendak berjumpa dengan Faisal Tehrani...", sambil saya menghulurkan duit merah sekeping dan duit hijau dua keping kepadanya.

Saya hanya tersenyum. "Sampaikan aje salam saya pada dia. Saya tak boleh tunggu kerana ada hal 3.30 petang nanti...". Adik tersebut tersenyum dan menyatakan 'InsyaAllah' mendengar jawapan saya.

Ya, kalau saya tidak ada mesyuarat pada pukul 3 petang pun, saya memang tidak boleh menunggu untuk bertemu pengarang Ketupat Cinta ini (walau di hati teringin untuk menunggu..). Ini kerana saya punya waktu rehat dari pukul 12.15 hingga 2.45 petang sahaja. Bagaimanatah saya wajar menggunakan masa pejabat saya untuk perkara yang bukan hal pejabat semasa waktu pejabat. Di mana amanah yang saya galas? Huh....saya simpan kejap2 dalam hati untuk datang lagi ke Pesta Buku andai ada kesempatan.

Ya, Ketupat Cinta-nya masih belum saya baca. InsyaAllah, usai membacanya, saya akan mengulasnya sedikit di laman ini. InsyaAllah.

No comments: