02 May 2009

Sambutan Hari Pekerja Yang Bekerja

Semalam Hari Pekerja / Labour Day.
Kelas mengajar saya dari 8 pagi - 11 malam pada Hari Pekerja. Sungguh melelahkan. Saya merupakan pekerja yang tidak ada cuti. Huh! Sungguh benar hari bekerja kerana saya terlalu letih. Agaknya, bilakah masa saya berehat? Itupun, kelas-kelas yang non-stop itu wujud kerana saya perlu mengajar pelajar-pelajar yang duduk di sekolah berasrama dan hanya akan berada di rumah pada waktu cuti panjang sahaja.
Saya baru balik ke rumah malam ini. Usai kelas pengajaran saya di Puncak Jalil, barulah saya berpeluang bersantai. Santaikah? Mata saya sudah hendak tertutup. Badan saya lembik dan penat. Esok pagi, seawal 6.30 pagi saya sudah perlu memulakan kelas yang pertama.

Pun, rezeki saya dimudahkan Allah. Alhamdulillah. Saya tidak balik dengan tangan kosong.

Ada telur penyu (saya pernah merasanya sekali sebelum ini - hendak kata suka sangat pun tidak, tapi untuk merasanya lagi, tidak ada masalah...insyaAllah...lagipun, apabila orang menghulur, jangan ditolak) dan sebungkus ikan bilis dari Shah Alam (dari rumah pelajar saya di Shah Alam, yang pasti tidak ada penyu di Shah Alam) dan ada 4 biji mangga dari Puncak Jalil (juga pokoknya bukan di Puncak Jalil, tetapi di tengah Kuala Lumpur). Alhamdulillah.

Ditambah dengan bateri kereta saya yang tamat jangka hayatnya semalam - memang sudah patut habis tugas bateri tersebut kerana saya menukarnya pada bulan 4 tahun 2007. 'Orang solo' seperti saya, bila tamat riwayat bateri, sudah pernah mengalaminya dua kali sebelum ini. Jadi, sudah hilang panik. Semuanya....banyak benar yang dimudahkan Allah. Alhamdulillah.

No comments: