22 May 2009

Jaga Kesihatan

Saat-saat zaman moden ni, banyak benar sakit pelik-pelik. Selsema burung dah lepas, datang pulak la selsema ba-alif-ba-ya. Lepas ni entah apa jenis penyakit lagi yang mulai muncul. Tapi, dalam penularan wabak yang pelbagai ni, dapat diperhatikan rupanya masih ramai lagi yang tak nampak bahawa penyakit tu datang untuk mewujudkan kesedaran dan ingatan (kepada Dia).


Malah sebaliknya berlaku;
1. Anak gadis dan mak-mak gadis zaman sekarang suka pakai baju saiz kecil ikut bodi (walau bodi saiz XXXXL pun) dan nampak punggung (or pungkok). Kelakarnya bila tengok spesies-spesies macam ni kat merata-rata alam, bila dia nak bangun dari duduk ke, nak tertungging-tungging kat kedai kasut ke, boleh nampak bagaimana sedaya upaya spesies-spesies ini akan menarik-narik hujung baju yang sediada singkat supaya boleh menutup punggung - konon malulah agaknya (atau supaya tidak nampak seluar yang dipakai di bahagian dalam). Kebanyakannya bertudung menutup kepala, lengan baju panjang, tapi sayangnya saiz baju kecil dan nampak lekuk badan serta singkat nampak punggung. Ini manusia akhir zaman yang 'berpakaian tetapi bertelanjang' agaknya.
2. Aurat wanita mengikut Islam ialah keseluruhan badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Ini kita semua sedia maklum walaupun di zaman ini tidak ramai yang patuh. Aurat lelaki pula? Saya memang akan tergelak besar (dalam hati saja) kalau nampak seorang lelaki yang elok berbaju tetapi lebih suka berseluar pendek di atas paras lutut. Ramai kan? Jadi, siapa kata wanita saja tak menutup aurat, kebanyakan lelaki Islam zaman kini juga tidak tahu agaknya bahawa aurat mereka adalah bahagian badan dari pusat hingga ke paras lutut, yang mana sering bahagian atas paras lutut dibuka dan ditunjukkan dengan cara hanya berseluar pendek sahaja.
Cukuplah dua perkara dahulu. Semoga jadi iktibar dan dimudahkanNya, insyaAllah.

No comments: