11 February 2012

Adakah Rezeki Serupa Ini Rezeki Yang Halal? Part 2

Wahhh...terasa macam lama tidak memblog. Okey...badan memang kurang sihat. Asyik sakit-sakit. Tangan mereng-mereng sikit. Kaki pulak berat nak melangkah. Sekarang..kerap juga ber 'wheelchair'. Ermm...ini namanya 'ujian'...ini jua namanya 'kasih sayang Allah'...apapun, semuanya ada hikmahnya...insyaAllah!!!

Jom...nak sambung lagi entry yang dah laaaamaaaa rasanya tak disambung...

KISAH 2

Ada sebuah kedai makan...saya katakan ia kedai makan, tapi papan tandanya menyatakan ia bertaraf sebuah restoran. Kedai makan ni terletak di sisi beberapa buah kedai lain. Kedai yang terdekat dengannya biasanya akan menutup perniagaan antara pukul 9.30 ke 10.30 malam. Okey. Nak dijadikan cerita, kedai yang bukan kedai makan tu memasang lampu yang cukup cerah hingga kecerahannya sampai ke bahagian 'bertar' di hadapan kedainya. Bahagian bertar tu biasanya memang laluan kereta pun. Ditutup separuh, so laluan tu jadi agak sempit la...

Jadi, apa yang dibuat oleh kedai makan ni...dalam pukul 3 atau 4 petang je...pekerja dah mula susun kerusi-kerusi dan meja-meja sampailah ke kawasan bertar di hadapan kedai yang bukan kedai makan tu. Kiranya memang laluan nak masuk ke kedai yang bukan kedai makan tu sebahagian besarnya dah ditutup dek kerusi dan meja-meja tu. Kadang-kadang, siap kedai makan akan letak kerusi sebuah dulu...'booking' supaya takde kereta boleh parking depan kedai yang bukan kedai makan tu...boleh pulak 'booking' depan kedai orang lain? Then, bila malam...orang yang datang makan di kedai tu akan makan di meja yang ada di kawasan bertar tu, tapi menikmati kelazatan makanan dengan menggunakan 'cahaya lampu kedai yang bukan kedai makan' tu...

Okey. Orang dah tak boleh nak masuk kedai bukan kedai makan tu untuk membeli apa-apa walaupun kedai bukan kedai makan tu tutup around pukul 10 malam pun. Macam tutup laluan rezeki orang lain ke? Laluan dah very limited...ya, memang masih ada pelanggan...tapi jika tiada 'halangan' di hadapan kedai itu...insyaAllah pelanggannya lebih lagi. Cahaya lampu pula diambil oleh peniaga kedai makan, dan kedai makan tu pulak memperoleh bayaran dari cahaya yang diambil tu bila orang yang datang, makan dan membayar di kedainya. Nak tanya ni...kalau gelap-gulita terus...bolehkah anda makan? So...boleh faham kan tentang 'penggunaan cahaya' tu kan...

Then, paling sedih...bila ada family yang mempunyai anak-anak kecil sekitar umur 2,3 atau 4 tahun...diorang makan di meja dan kerusi di kawasan bertar tu (yalah...dah diletak meja kerusi kat situ...so orang akan duduk dan makan je la kan...), tak jauh pun dalam setengah kaki je...sebab kawasan bertar tu memang laluan kereta dua hala pun...pernah juga saya ternampak seorang budak kecil hampir dilanggar kereta sewaktu ibu dan bapanya sedang makan pada waktu malam hari...salah siapa agaknya kalau budak kecil itu dilanggar? Biasalah...budak-budak kan suka main-main...memang tabiat budak-budak pun...dia tak tau pun kawasan tu very2 limited untuk dia bermain...jadi, salah pemandu kereta yang melanggar, atau salah ibu bapa kerana memilih meja di kawasan itu, atau memilih kedai itu untuk makan...atau salah siapakah sekiranya kanak-kanak itu menemui ajalnya di situ? Hmm...

Sangat jelas pula...di waktu pagi hari apabila kedai yang bukan kedai makan itu mahu memulakan perniagaannya lebih kurang 10.30 pagi...pemilik kedai makan 'membiarkan' meja-meja dan kerusi-kerusi serta pinggan dan gelas-gelas kotor betul-betul di hadapan pintu kedai bukan kedai makan. Jadi...pekerja yang bukan kedai makan ni terpaksalah 'menjemput' pekerja kedai makan untuk mengambil meja dan kerusi diorang...walau dah tahu masa perniagaan kedai di sebelahnya pun...depa akan buat sambil lewa je...

Okey...ini yang saya perhatikan sendiri almost 1 year (walau sebutir nasi dari kedai makan itu tidak pernah pun masuk ke perut saya...err saya hanya gemar memerhati dan menganalisa..). Kedai-kedai lain...minta maaflah...tak banyak kedai makan yang saya pi...sebab 'kurang rajin' makan di luar pun...tapi ada beberapa kedai seperti restoran Arab, Cina Muslim dan beberapa restoran lain yang saya pernah pi, termasuk sebuah restoran makanan Kelantan yang best, walau ia hanya sebuah restoran biasa-biasa je - biasa yang saya katakan di sini sebab harga makanan tengahari untuk dua orang sekitar RM6 atau RM7 sahaja....tapi trend-nya tidak seperti itu. Kerusi meja diletak di dalam kawasan premis dan tidak mengganggu laluan pejalan kaki pun...apatah lagi laluan kenderaan. Ini kerana perilaku seperti di atas bukan saja boleh mengganggu dan menghalang laluan, tapi boleh membawa kemudaratan kepada pelanggan yang makan di kedai tersebut juga...tanpa kita sedar...

Ia hanya sebuah perkongsian. Untuk direnung-renungkan....bersesuaian dengan 'tajuk entri' ini. Kalau nak cerita bab bahaya...lagi panjang pula ceritanya. Boleh masuk bab 'kebenaran Majlis Daerah' dan lain-lain lagi. Jadi...jom sama-sama kita renung-renungkan...perbincangan dan berfikir untuk hal ini menurut hukum Allah ya...bukan hukum ketetapan manusia...

NOTA :- Ia situasi biasa. Tapi kadang-kadang kita tidak menyedarinya.  Rezeki yang tidak halal...ia menjadi darah daging, ia membentuk permasalahan sosial yang semakin berleluasa. Ia membentuk minda-minda Muslimin dan Muslimat masa kini yang tidak mengamalkan Islam 'sepenuhnya'. Ia membentuk hati kita, iman kita dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Pernahkah kita terfikir apabila mahu melakukan sesuatu - ada redha Allah-kah untuk apa yang akan aku lakukan ini??? Jika tiada redha-Nya...adakah kita akan meneruskan juga perlakuan-perlakuan yang tidak diredhai itu?

Entri ini akan disambung lagi.

Semoga ada redha Allah untuk entri saya kali ini. InsyaAllah.

*Saya tiada kaitan dengan kedai makan itu...jua dengan kedai bukan kedai makan itu. Ia cuma suatu pemerhatian...

No comments: