28 January 2012

Adakah Rezeki Serupa Ini Rezeki Yang Halal? Part 1

Terasa lama tidak mem-blog. Januari 2012 pun sudah hampir tiba ke penghujungnya. Oh! Sungguh cepat masa berlalu...dan sungguhlah...kesihatan badan lebih baik yang saya rasakan pada awal Januari seolah-olah telah memboikot diri saya pula. Saya diserang ulser di lidah, demam teruk dengan suhu 39 degree Celcius....the best part is pi klinik selepas waktu kerja dan doktor terus menegur..."kenapa tak datang awal lagi...kalau tak boleh dapat MC 2 hari...."

Sungguhlah...muka saya sudah jadi muka MC...dan itu salah satu penyebab rasa 'malu' saya untuk pergi ke klinik yang sudah hampir 7 tahun saya menjadi pengunjung setianya. Saya 'malu' sebab nanti mesti doktor akan bagi MC...dan - "asyik-asyik dapat MC je".....hehe...walaupun 'MEMANG PATUT' pun dapat MC...awok tu bukannya sihat sangat....uhuks!! Ujian sungguh...bulan ini saja saya sudah menerima 6 hari MC dari klinik tersebut....itupun sebab 'weekends' dan cuti Tahun Baru Cina merupakan hari-hari tidak bekerja....so, boleh kiralah berapa hari saja yang saya pergi ke pejabat dalam bulan Januari ini...

Sudah dua hari juga, tangan kanan yang saya sangkakan SEMAKIN SEMBUH dan mempunyai sedikit tenaga untuk digerakkan seolah-olah cemburu dengan kaki kanan yang dilayan bak raja...perghh!!! Tangan kanan 'bertambah lemah' semula...hmmm....so, memang ambil masa sangat-sangat nak mem-blog. Ambil masa semula untuk bergerak....merasakan semula kesakitan melampau...and my loving hubby dah bagitau : no more driving!!! I'll send you wherever you want to go...uhuks!!! back to 2011....back to 2011....

Okey. Itu cuma sedutan secebis kisah saya di Januari 2012 ini.

Di sini, saya hendak memaparkan beberapa 'kisah benar' yang sentiasa berada di benak dan minda saya. Okey! Ia memang kisah benar, bukan pengalaman saya...tapi pemerhatian dengan mata dan kepala saya sendiri...hehe...(just nak berkongsi kisah dan pendapat anda semua - seperti yang kamu semua sudah sedia maklum la....saya bukannya ustazah...pengajian Islam pun sangat cetek dan berada di tahap-tahap biasa saja...) So...I just want to share it with all of you...untuk sama-sama direnungkan...

KISAH 1

Terdapat seorang pekerja yang bekerja di sebuah pejabat (pejabat kerajaan atau tak...tu tak kisah la kan...yang penting ada system kat tempat kerja tu...). So, dia masuk kerja pukul 8 pagi dan balik pukul 5 petang (waktu kerja yang saya berikan ni cuma contoh...). Diberikan waktu rehat dari pukul 1-2 petang. Setiap bulan, beliau akan menerima gaji sebanyak RM3500 (okey...contoh lagi ni...). Apa yang biasa dibuatnya setiap hari...dia akan punch-card lebih kurang 2 minit sebelum 8 pagi...then dia akan meletakkan helmet di ruang kerjanya (contoh lagi ni...) dan kemudian dia akan pi kantin untuk membeli makanan. Dia akan masuk semula ke pejabat, sembang-sembang dengan kawan-kawan...sampai 10.30 pagi baru dia akan MULA buat kerja.

Then...pukul 12, dia akan keluar pi mencari makanan tengahari pulak. Dia akan siap makan dalam pukul 12.45 - okey, biasa la kan...lelaki biasanya makan agak cepat...then balik ke pejabat, mengadap komputernya untuk bermain game. Kata dia, itu waktu rehat. So, 'tak boleh' buat kerja dan kena layan game atau facebook je. Azan Zuhur pun berkumandang pada pukul 1.20 tengahari...dan dia masih leka dengan game-nya hinggalah 2.30 petang. Then, dia pun menyarung selipar untuk mengambil wudhu'. Dalam perjalanan untuk mengambil wudhu', dia singgah di meja kawan-kawan dan bersembang. Then, wudhu' berjaya diambil pada pukul 3.15 petang.

Selesai wudhu', dia singgah lagi meja kawan-kawan dan sembang. Dia berjaya tiba di surau pada pukul 4 petang (okey...waktu Ashar plak masuk pada pukul 4.25 petang..). Selesai solat Zuhur pada pukul 4.08, dia lalu di meja kawan-kawan dan bersembang lagi. Then, tetiba dia tengok jam kat tangan. Eh!!! Lagi 5minit pukul 5 la....aku nak kena balik nak ambil orang rumah aku....dan dia pun meluru ke punch-card dan punch-card tepat pada pukul 5 petang, dan dia terus balik...

Maklumat tambahan : tugasan yang diberikan kepadanya banyak yang terbengkalai atau dibuat dengan sambil lewa. Bukan tidak pernah diingatkan..malah sudah berulangkali diingatkan oleh boss atasannya - yang paling utama tentulah 'jangan melewatkan solat'..pun dia masih begitu juga. Dan, dia tidak pernah meng-qada' masa kerjanya dan menyiapkan kerja on-time tanpa bayaran overtime. Kalau nak minta dia siapkan kerja di luar masa yang sepatutnya, mesti ada bayaran over-time. Walaupun dalam masa kerja yang dia dibayar untuknya, dia tidak melaksanakan kerja dengan baik.

Jadi...persoalannya di sini...adakah patut RM3500 yang terdapat pada slip gajinya itu diterima sepenuhnya oleh beliau? Perbincangan dan berfikir untuk hal ini menurut hukum Allah ya...bukan hukum ketetapan manusia...

NOTA : Ia situasi biasa. Tanpa sedar, mungkin perlakuan kita pun serupa ini. dan tanpa sedar juga...kita 'ter'bawa balik 'rezeki yang tak halal' untuk anak-anak dan isteri kita. Ia menjadi darah daging, ia membentuk permasalahan sosial yang semakin berleluasa. Ia membentuk minda-minda Muslimin dan Muslimat masa kini yang tidak mengamalkan Islam 'sepenuhnya'. Ia membentuk hati kita, iman kita dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Pernahkah kita terfikir apabila mahu melakukan sesuatu - ada redha Allah - kah untuk apa yang akan aku lakukan ini??? Jika tiada redha-Nya...adakah kita akan meneruskan juga perlakuan-perlakuan yang tidak diredhai itu?

Entri ini akan disambung lagi.

Semoga ada redha Allah untuk entri saya kali ini. InsyaAllah.

No comments: