05 January 2012

Awal Januari 2012

Selepas solat Maghrib. 3 Januari 2012.

Okey...hari pertama bekerja. Hari pertama bersekolah. Hari pertama pejabat dibuka. Pada 2012.

Saya dan suami pula kehabisan 'bekal' di rumah. Sementelah suami bercuti, jadi kami berdua pun keluar dan menuju ke sebuah kedai menjual bahan-bahan membuat kek, kuih muih dan bahan-bahan lain serta ke sebuah pasaraya yang paling dekat dengan rumah (saya alergic dengan perjalanan jauh....hehe....)

Sungguh mengujakan.

Tempat meletak kereta di kedai menjual bahan-bahan membuat kek, kuih muih dan bahan-bahan kering lain (saya membeli paprika, oregano, mix spice, susu tepung dan beberapa bahan lain di sini - harganya memang tersangatlah murah jika mahu dibandingkan dengan...errmmm...contohnya McCormick yang biasa saya guna sebelum ini...) yang selalunya penuh dengan kereta hingga tiada satu pun petak ataupun bahu jalan yang kosong, kini sangat-sangat lengang hinggakan boleh berguling-guling dengan bebas di atas parking lot yang sering penuh, dari bulan Ramadhan hinggalah ke bulan Disember tahun lalu.

Keadaan di dalam kedai juga lengang, dan kami berdua bebas memilih barang-barang yang mahu dibeli dengan sangat selesa (okey....sebelum ni kalau nak berjalan dalam kedai ni pun memang sangat susah kerana terlalu sesak...apatah lagi mahu memilih barang yang mahu dibeli...memang takde can...)

Amazing!

Anggapan saya : Sesi memasak sudah tamat. Sekarang sesi membeli makanan yang siap dimasak pula. Apabila Ramadhan tiba nanti, baru kedai ini akan sesak semula.

Kemudian, kami berdua ke pasaraya pula. Ternyata tekaan saya tidak meleset.

Pasaraya penuh sesak. Tempat parking penuh, dan kereta sangat banyak. Ya, di sini juga ada Pizza Hut, ada KFC, ada Mc Donald...ada Ayamas...ada A&W....dan juga ada food court....serta juga ada beberapa buah restoran...

Saya dan suami masuk ke pasaraya. Kami membeli kentang, serai, buah-buahan dan beberapa barang dapur lain. Kemudian terus menapak ke kereta.

Bukan mahu melihat atau menilik hal orang lain, tetapi kerana keterbatasan pergerakan saya yang sangat-sangat perlahan (okey....orang sangat ramai...dan kaki saya menjadi semakin sakit....so, tongkat di tangan sudah tidak memberikan bantuan...dan saya hanya mampu melangkah dengan sangat perlahan...), menjadikan saya seorang pemerhati kini apabila kami berdua keluar membeli belah. Ya, kebanyakan yang datang ke bangunan pasaraya ini tidak membawa apa-apa beg plastik di tangan dalam perjalanan menuju ke kereta untuk pulang - ada yang bawa, tapi samada ia beg plastik dari kedai kasut atau beg plastik kedai buku, atau jika ia plastik pasaraya pun....hanya berisi susu kotak dan biskut tiger sahaja. Ini menunjukkan pengunjung-pengunjung yang ramai pada malam ini, kebanyakannya hanya datang untuk makan sahaja, dan kemudian balik ke rumah tanpa membeli apa-apa 'bahan basah' untuk dimasak di rumah.

Wah...sesi masak-memasak memang benar-benar sudah 'tamat' rupanya. 'Majoriti' dan sebahagian besar sudah menjadikan kedai-kedai makan di luar sebagai 'dapur utama' dan meninggalkan dapur-dapur di rumah sebagai 'hiasan'.

Amazing!

Saya benar-benar teruja dengan 'trend' serupa ini.

***kalau saya buka kedai makan yang beroperasi dari bulan Januari hingga ke bulan Ramadhan, mesti sangat-sangat laku kan...untung berganda-ganda!!! Hmm...

No comments: