13 June 2013

Jangan Putus Asa Allah Masih Ada

Saya bertemu dengan doktor pada 10 Jun, ya...empat hari yang lepas. Menyangkakan bahawa penyakit saya mempunyai kebarangkalian tinggi untuk sembuh. Saya positif untuk itu. Saya merasa semakin sihat. Saya merasa semakin kuat.

"Condition that thing tetap akan macam tu...tapi, saraf awak saja samada bengkak atau tidak...kalau bengkak, saiz saraf berbeza....so memang akan rasa sakit...kalau saraf elok, takdela rasa sakit..."

Perlu bedah baru elok ke doktor?

"Tak semestinya...kebarangkalian untuk sembuh bukan pada pembedahan....yang bedah ni, ada juga yang sakitnya kurang berbanding puan, keadaan juga tidak seteruk keadaan puan...tapi dah bedah sebab tak tahan nak tanggung sakit....jadi, bedah bukan syarat untuk sembuh....hanya pesakit merasakan kalau bedah rasa sakit yang dirasakan dalam keadaan that thing seperti itu akan hilang...hanya untuk hilangkan rasa sakit..."

Oh. Saya semakin positif. Sakit saya mungkin tiada harapan sembuh, tapi pembedahan juga bukan pilihan terakhir untuk sembuh.

"Kena banyak jaga la....big possibility puan banyak menggunakan komputer akhir-akhir ni...tugas apa puan buat di pejabat sekarang?"

Bagaimana awak boleh tau doktor? Sungguhlah...pengalaman itu memang sungguh-sungguh mendewasakan seorang doktor wanita muda sepertinya.

"Memang banyak guna komputer doktor..."

Apapun, diserahkan sepenuhnya kepada Allah...hanya Allah Maha Mengetahui. Semoga ada redha Allah di dunia dan di akhirat dalam redha saya menghadapi 'nikmat sakit' ini. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.

No comments: