20 January 2010

Masa oh Masa

Benarlah masa kala ini sangat sangat sangat sangat sangat mencemburui saya.

14 Januari, saya balik lewat petang semata-mata mahu mendapatkan kelulusan keluar dari pejabat yang tidak dapat dilunaskan oleh salah seorang pembantu saya.

Seawal 7 pagi 15 Januari, saya sudah keluar rumah dan menuju ke Taman Melati di Gombak. Menikmati sekeping roti canai bersama A---n dan B----l. Usai makan pagi, saya terus memandu (bila lagi mahu menikmati pemanduan naik ke Genting Highland) - macam dekat benar Genting Highland, asyik ke sana sahaja - saya yang memandu (kalau ikut A---n memang tidak dibenarkan saya memandu kerana dia tidak mahu saya penat) sehingga ke kawasan berhampiran Hotel Seri Malaysia kerana ada urusan kerja di kawasan tersebut - pengalaman lagi bila mempengerusikan mesyuarat yang dihadapan saya terdapat hampir 150 orang. Majoriti sudah tentu lelaki dan yang wanita masih bisa dibilang dengan jari tangan.

Selesai di Genting (setelah berjaya membuat pelbagai tepisan untuk membenarkan kami bertiga bergerak dari situ...), kami bertiga menuju ke Jerantut pula. Masih saya yang memandu dengan alasan saya tidak boleh tidur di dalam perjalanan walaupun di Jerantut, masih saya jua yang perlu bercakap bagi menyelesaikan satu lagi masalah projek di kawasan tersebut. Kali ini, mesyuarat dipengerusikan oleh seorang Datuk dan dianggotai oleh beberapa Datuk Datuk lain. Alhamdulillah. Keputusan dapat dicapai. Saya puas hati. Pasukan saya puas hati. Masalah dapat diselesaikan.

Selesai di Jerantut (sudah pukul 5 petang), kami bertiga menghala ke Benta - Kuala Lipis - Gua Musang dan seterusnya tiba di Kota Bharu seawal pukul 11 malam. Saya hanya memandu sehingga tiba di stesen minyak Kuala Lipis sahaja. Ya, mata sudah letih kerana jalan raya bersimpang siur dan punya banyak selekoh berbahaya dari Jerantut ke Benta benar-benar menguji kecekapan saya sebagai seorang pemandu.

Pagi 16 Januari (pagi Sabtu ni...), saya mempengerusikan dua mesyuarat lagi dan kemudian melawat 7 projek lain. Makan tengahari merangkap malam seawal pukul 6 petang dan malamnya saya hanya duduk berehat di bilik hotel.

Pagi 17 Januari (pagi Ahad...), saya menghadiri satu lagi mesyuarat dan kemudian melawat 4 projek lain yang jauh benar kedudukannya di antara satu sama lain. Usai semuanya pada pukul 5 petang, barulah bertolak balik menghala ke Kuala Lumpur. Berjaya tiba di rumah saya seawal 12 malam. Terlalu letih agaknya dan mata saya hanya boleh ditutup seawal pukul 2 pagi.

Pagi 18 Januari, punch-card saya seawal 7.10 pagi di pejabat. Benarlah, tenaga sudah tidak ada. Namun mengenangkan banyak benar urusan pejabat dan mesyuarat yang perlu dihadiri, walau sudah letih dan longlai, saya masih cuba mempamerkan senyum dan menunjukkan kekuatan.

Kata salah seorang staff saya : boss ni macam ironman la....kuat betul...

Pun, semoga Allah membantu saya. Hakikatnya, badan saya sudah terlalu lemah. Hanya Allah yang Maha Membantu dan Maha Menolong. InsyaAllah.

No comments: