13 August 2009

Hanya Allah Yang Tahu

Elok saja saya meletakkan kereta di hadapan rumah saya dalam pukul 11 malam semalam (hari pertama yang sesungguh hati saya dapat mengajar sepulangnya dari kembara saya pada 22 Julai lalu), telefon saya terus berbunyi. Saya terus mengangkatnya walau nombor yang tertera hanya di skrin telefon saya hanya 0301. Huh! Panggilan dari luar negara ni, getus hati saya. Sangka saya, kawan saya di Surrey, United Kingdom yang menelefon saya.

Terdengar suara lelaki...."sekejap ya kak...". Eh! Ini bukan dari UK. Ini dari Arab Saudi. Ini panggilan dari Kota Suci Mekah. MasyaAllah...

Kemudian, terdengar suara perempuan pula..."akak dah sihat ke? akak lama tak YM....saya risau..."

Ya Allah! Sungguh pasangan suami isteri dari Mekah ini merisaukan kesihatan diri saya. Perkenalan singkat semasa saya mengerjakan umrah ( suaminya merupakan ustaz yang memberikan penerangan semasa sesi ziarah di Mekah dan Madinah ) rupanya membuahkan kasih yang tak terhingga kepada diri saya.

Lalu saya pun..."jangan risau. akak dah agak ok. InsyaAllah dalam setengah jam lagi akak online ya...". "Takpe kak...akak ambil masa akak. Akak mandi dulu...lega dah dengar akak ok.." (yang kemudiannya tidak dapat saya online kerana saya terus tertidur sepanjang menunggu laptop saya memulakan operasi - sungguhlah badan saya masih kurang sihat lagi...)

Lalu saya teringat cerita salah seorang anak murid saya semasa saya mengajar semalam.

Murid - Cikgu..kat sekolah saya ada sorang pelajar mati sebab H1N1.

Saya - Masuk dalam laporan suratkhabar tak?

Murid - Tak masuk pun. Kat sekolah saya pun dah ada 36 orang kena H1N1.

Saya - uishhh...bahayanya. Tak masuk dalam suratkhabar juga?

Anak murid saya hanya menggelengkan kepalanya. Kepala saya semakin sakit. Anak murid saya pula batuk dan bersin di hadapan saya. Saya segera mengeluarkan topeng mulut saya yang memang sentiasa ada di dalam beg.

Tapi, pagi tadi saya dengar pula di radio.

"Topeng mulut tu saiznya 0.3 sedangkan virus H1N1 tu 0.2" (dalam unit apa saya tak tahu la...). Tapi yang penting, virus tu boleh masuk juga la walaupun kita memakai topeng? Huh!

Saya semakin risau.

Semoga Allah melindungi saya dan semua muslimin dan muslimat di dunia ini dari sebarang sakit berjangkit yang boleh membawa maut, insyaAllah.

2 comments:

Nas said...

badan saye ni..
ok sekejap je..masa baru lepas mkn ubat..lepas kesan ubat tu dh hilang..badan panas blk~

rashinina said...

nas...better pi jumpa doktor semula dan bagitau ubat tu takde kesan pun.

dah pi cari madu?
madu khaula pun ok gak. makan dua sudu pagi dan dua sudu malam.

+ 3 biji kurma ajwah.

huh...bahaya! salah satu tanda H1N1 ialah demam yang datang dan pergi sesuka hati je...