01 August 2009

Kuarantin Bersama Merah Puteh


*** Kisahnya seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih, tetapi dalam versi moden yang mengisahkan dua orang adik beradik tiri bernama Merah dan Puteh (nama panggilan yang kalau tak silap saya, nama sebenar si Puteh adalah Nazlee). Dikisahkan bahawa mak si Puteh telah meninggal dunia manakala mama si Merah adalah Datin Mastura dan papa mereka berdua adalah Datuk Jehan. Kisah cinta mereka bermula apabila mereka berdua berebutkan cinta seorang gadis bernama Anggun. Nak tahu kesudahannya, saya rasa baiklah menonton cerita ini.

Habis 20 episod saya lihat video cerita ini di You Tube dari hari Khamis (hari pertama saya dikuarantin) hingga ke 10 minit yang lalu. Saya akur, di rumah saya memang tidak ada televisyen kerana jika di hari-hari normal, saya cuma akan berada di rumah sekitar 11 malam hingga 6.45 pagi sahaja. Sebahagian besar masa yang singkat itu pula diisi untuk tidur dan berehat, jadi menonton televisyen bukan agenda utama saya. Untuk memastikan diri saya tahu tentang perkembangan terkini dunia, saya hanya menyediakan laluan internet sahaja di rumah - yang amat saya hargai pada tika tempoh kuarantin ini.

Tak sangka, dalam tempoh kuarantin ini, saya sudah pandai pula menonton cerita Melayu (yang saya jumpa secara kebetulan semasa merayau-rayau di dalam You Tube). Sebenarnya, saya suka tengok cerita kartun Popeye sahaja di You Tube jika ada kelapangan, tapi yalah...bila ada kelapangan melampau, barulah pandai tangan saya menaip pula nama cerita-cerita lain, lalu terjumpalah Merah Puteh ini.

Tapi, saya amat puas hati. Tidak tertinggal satu episod pun. Saya dapat menikmati cerita ini yang agak menyeronokkan juga. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan cerita ini.

5 comments:

Nas said...

kak..saye bace je post akak ni,saye trus tgk..memang best!!!\0/

rashinina said...

best betul kan ceritanya...unik...

tapi tengok kat rumah, jangan tengok kat ofis plak...nanti banyak kerja tak siap, payment tak sign, site yang tak ditengok...sebab cerita tu macam 'ketagih' jugak la....

hehehe....sekarang akak tengah tengok Julia Juli. Nanti kalau akak dah habis tengok, akak buat satu lagi post utk Julia Juli plak...

Nas...best gak la kena kuarantin ni...cuma...err....harap2 bukan H1N1, insyaAllah...tolong doakan akak ya...

Nas said...

dah abes tgk!!\0/

nas tgk kat umah je..kat opis takleh bukak..intenet lembab..haha!

Nas said...

eh lupe..semoga cepat sembuh..^_^

rashinina said...

nas tak tido malam ke tengok merah puteh ni? lajunya tengok......

hehehe....akak kot yang tak concentrate tengok....walau tak kerja, macam takdela tumpu sangat depan laptop pun...

insyaAllah khamis ni akak pi ofis...