11 September 2009

Hati dan Cinta


hati tempat jatuhnya pandangan Allah

jasad lahir tumpuan manusia

utamakanlah pandangan Allah

jangan hanya pandangan manusia.......

Pernah dengar bait-bait nasyid ini? Saya mula terdengar di minda saya beberapa hari ini. Bait-bait yang membuatkan saya berfikir panjang tentang hati dan jasad.

Hati, tempat jatuhnya pandangan Allah. Allah menilai kita dari hati. Menguatkan hati dengan solat. Solat sumber cinta kepada Allah. Menguatkan hati dengan ibadat. Ibadat dalam setiap saat? Boleh....memang boleh dilaksanakan kerana hati yang sentiasa bersih dan ikhlas dan sentiasa mengingati Allah juga menandakan kita sentiasa berada dalam keadaan beribadat. InsyaAllah.

Jasad lahir pula memang sering menjadi tumpuan manusia. Siapa yang tidak inginkan paras yang cantik dan menarik hati semua orang. Malah, ada juga yang tidak mahu didampingi oleh orang yang kurang cantik di dalam pergaulan seharian. Jika patuh pada nafsu, memang kita hanya mahukan yang indah di mata kasar sahaja. Kita memang sering terlupa pada mata hati.

Mulakanlah berfikir untuk sentiasa menilai melalui 'pandangan Allah' dahulu berbanding tumpuan manusia kerana kita hanya manusia lemah yang akan kembali kepadaNya, dan sudah tentu penilaian di akhirat nanti akan dinilai berdasarkan pandangan Allah.

Hati, dan cinta kita hanyalah untukNya. Itulah cinta abadi.

Dari hadis riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran Islam itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di zaman akhir ini berdebu, samar-samar dan berasap. Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran Islam di akhir zaman adalah mata hati! Hati telah kenal Allah kerana dia datang dari Allah. Hati tahu di mana nilai kebenaran. Asalkan hati itu bersih, ia akan melihat dengan 'pandangan Allah'. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar.... (petikan dari majalah i edisi September 2007 hasil tulisan Hasrizal Abdul Jamil).
MAKSUD PERKATAAN : Late night party itu merupakan term untuk qiyammullail dan membaca Al-Quran di tengah malam. Home alone pula menandakan perbuatan itu dilakukan bersendirian sahaja. Sekadar penjelasan supaya ia tidak menjadi sumber fitnah kepada diri orang lain.

No comments: