28 March 2009

Pemuda & Wanita

Ketua Pemuda dan Ketua Wanita sudah ditemui. Malah, barisan puncak pimpinan baru juga sudah ditemui. Agaknya inilah kali pertama saya sedar tentang kewujudan perhimpunan ini kerana perhimpunan-perhimpunan sebelum ini tidak pernah saya peduli. Pun, saya sekadar tahu saja. Saya masih tidak ambil peduli.

*********

Pernah digigit nyamuk? Jika duduk di rumah saya, memang saya tidak pernah berjumpa dengan seekor nyamuk atau seekor lalat pun. Tapi, apabila balik ke kampung, nyamuk seolah-olah 'geram' melihat saya. Maka, saya pun sering melancarkan pemburuan nyamuk sehinggakan tidak ada seekor pun yang boleh menggigit saya. Saya akan hancur-lumatkan nyamuk yang dapat saya tampar kerana sejak kecil saya telah mempunyai perasaan yang nyamuk akan membuat pembedahan plastik dan mengumpulkan anggota badan yang tidak hancur untuk membaikpulih nyamuk-nyamuk yang lain. Entah apalah yang saya fikir semasa kecil-kecil dulu. Itulah, saya sering terfikir, jika manusia ada doktor dan kepakaran perubatan sendiri, nyampuk, semut, lebah, ayam, itik dan semua haiwan pun mempunyai kaedah perubatan yang unik. Jika tidak, bagaimana haiwan-haiwan ini boleh baik setelah melahirkan atau bertelur?

*********

Saya suka bercakap dengan ayam dan semut. Malah, jika saya jumpa kucing dan kambing pun sama. Saya rasa haiwan-haiwan ini boleh memahami kata-kata saya kerana haiwan-haiwan ini boleh mendengar suara dari alam lain. Kalau di alam lain pun boleh didengari, apatah lagi suara manusia yang ada di depan mata kita.

Tapi, apabila duduk di sini, saya hanya dapat pergi bekerja dan melakukan aktiviti yang sepatutnya sahaja. Di rumah saya tidak ada ayam dan kucing. Kambing juga tidak ada, dan sesekali berjumpa semut, saya rasa sangat gembira.

*********

Wajarkah formwork dibuka kurang dari 24 jam untuk struktur sesebuah bangunan? Huh. Saya pun tidak tahu engineer manakah yang akan bersetuju dengan pernyataan ini. Saya sendiri berpendapat, formwork bagi beam atau column perlu dibuka - bukan bahagian bawah beam, tapi bahagian tepi - hanya boleh dibuka sekurang-kurangnya selepas 3 hari. Bahagian bawah pula? Oh...sudah tentu lebih dari 21 hari. Kenapalah benda semudah ini selalunya sukar difahami oleh para pembina bangunan? Buat kerja sesuka hati tapi apabila tiba bab duit...boleh marah pula walaupun kualiti kerja yang dihasilkan tidak sempurna.

No comments: