24 March 2009

Pertama Kali

Jika bekerja di dalam bidang dan suasana seperti yang saya lalui sekarang ini, melihat handing - over atau penyerahan projek merupakan sesuatu yang di luar dugaan untuk kita menanganinya. Saya sering melihat kebanyakan ketua-ketua di pejabat yang saya bekerja melakukan proses handing - over. Ya, kerana saya masih muda. Masih mentah untuk melalui projek penyerahan sebegitu di bawah kelolaan saya dan kakitangan saya sendiri.

Hari ini, saya melaluinya. Hari ini, saya menyerahkan kunci bangunan kepada pihak pengguna. Hari ini, gambar saya dirakam beberapa kali oleh lensa kamera. Hari ini juga, hari pertama saya berucap secara spontan (tanpa sebarang persediaan) kerana saya sememangnya tidak menjangkakan yang saya akan berucap. Memang sering bercakap di dalam mesyuarat, di dalam perbincangan-perbincangan kecil, tetapi berucap di dalam suatu majlis yang tumpuan sepenuhnya diberikan kepada kita (saya terlewat tiba dan saya ditunggu kerana majlis tidak boleh bermula tanpa saya...adakah begitu?) - berucap seumpama hari ini tidak pernah saya lakukan.

Apapun, alhamdulillah. Usai berucap, saya menerima tepukan gemuruh dan kakitangan-kakitangan saya tersenyum-senyum melihat saya. Kata kakitangan saya - it is a good speech. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Proses tersebut berjalan dengan lancar.

Itulah antara pengalaman manis yang perlu dilalui di dalam suasana tugas saya sekarang. Menangani beratus-ratus kakitangan di bawah seliaan saya bersama tanggungjawab yang bukan sedikit, saya rasa amat bersyukur dengan pengalaman seumpama ini walaupun cabarannya terlalu besar. Semoga Allah akan sentiasa membantu saya dan memudahkan urusan saya di sini dan di sana. InsyaAllah.

*********

Saya menikmati makan malam saya tanpa sedar sahabat saya sudah 'mengusik' Yahoo Messenger saya. Sebetulnya, saya makan agak lambat malam ini kerana ada pelajar yang belajar di rumah saya dari 8 hingga 10 malam tadi.

*********

Kenduri 40 hari telah berjalan dengan lancar pada hari Khamis, 19 Mac 2009. Sungguh saya rindukan Allahyarham abah saya. Sungguh saya rindu, pun semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang diredhai Allah, insyaAllah.

2 comments:

AyuS said...

Zam, bila Zam cerita pasal handing over nih teringat plak Ayu masa handing over satu projek kat area Port Kelan, nasa tu kena wakilkan bos utk hadir ke handing over..tapikan..masa tu JD yang bagi speech..hehehe..Ayu ade la jugak interframe terima kunci from JD then bagi kat client..tu aje la..

rashinina said...

Ayu...

Mendadak je client tu kata kena bagi speech. Dahle tengah penat baru balik dari satu mesyuarat yang lain. Dalam majlis tu pulak ada beberapa Datuk dan Tan Sri. Hmmh...sesuka hati je la bercakap. Alhamdulillah, staff lain bagitau - it is a good job. It is a good speech.

Diorang kata, smooth je ayat tu keluar dari mulut saya. Padahal, ni handing over pertama yang saya handle.

Anyway, it is a very good experience.